Wednesday, December 24, 2008

Kau Yang Istimewa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Alifah Juhaida
Kau Yang Istimewa by Alifah Juhaida
Terbitan buku prima
2008


Ayat pertama dalam bab pertama kisah ini sudah jelas menunjukkan kpd kita yang ini adalah kisah kawin paksa. :) mesti ramai suka nih. hehe.


Kisah romantis ini berlaku dalam sebuah kapal Star Cruise dan satu pulau asing di mana pasangan tersebut terdampar selepas satu cubaan menculik.


Zarul dan Sarah dipaksa berkahwin kerana perjanjian dua sahabat yang sudah lama dimeterai. MEreka tidak mahu memungkiri janji. Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya namun sebelum majlis persandingan pengantin perempuannya telah melarikan diri ke utara tanah air utk bersembunyi. Zarul cuba menjejak Sarah dengan mencari rakan2 dan kenalan rapat Sarah.


Sarah mengikut sahabatnya bercuti dalam sbuah kapal cruise. Di situ dia bertemu Riezman yang mempunyai kepakaran membakar perasaan Sarah. Kalau diorang bersembang memang akan menjurus kepada pergaduhan. Pembaca akan dapat meneka siapa Riezman dan itulah yg menjadi tarikan untuk mengikuti kisah itu bagi memastikan sama ada tekaan ini benar atau salah (provided tht you don't skip to the last page lah).


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


"Tapi itu zaman mama dan papa dulu. dlm zaman moden ni, Sarah tak mungkin bahagia dalam perkahwinan tanpa cinta. Lebih-lebih lagi sarah tak pernah jumpa dan kenal siapa lelaki tu," sangkal Sarah Darleena. Dia cuba mengawal nada suaranya agar tidak berkasar.


Sudah hampir kering air matanya kerana menangis mengenangkan nasib diri sejak papa dan mama mengkhabarkan tentang berita perkahwianan paksa itu kepadanya semalam.


Namun Sarah Darleena menurut jua meskipun hatinya membantah sepenuhnya. Dia akur meskipun di hati tiada kerelaan walaupun secubit.


Jauh di sudut hati terdapat sedikit gusar. Haruskah dia berterusan melarikan diri daripada Zarul? atau perlukah dia bersemuka dgn Zarul utk menyelesaikan masalah antara mereka supaya mereka sama-sama dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan aman? Tapi... mahukah Zarul melepaskannya? Jika Zarul tidak mahu menceraikannya, mana mungkin dia boleh berkahwin dgn lelaki lain.


--------------

Pulai Manukan memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan novel Kau Yang Istimewa ini. suasa yang tenang dan damai mencetuskan idea utk saya melakar gambaran cerita ini. Selain itu, keseronokan sewaktu menaiki kapal Star Cruise bersama teman2 sekerja turut saya selitkan sebagai rencah di dalam novel ini. Semoga anda terhibur. - Alifah Juhaida -


RM16.90
400 mukasurat
isbn: 978 983 3669 42 4

16 comments:

  1. alamak...tht day dah nampak d libry but tak pinjam pulak.. nanti will komen after dah dpt buku ni la...

    ReplyDelete
  2. mesti Ti baca kejap jer dah abis.. buku ni tak tebal sangat :)

    ReplyDelete
  3. ihiks... citer kahwin paksa yeeekkkk... besh nih... he..he..

    ReplyDelete
  4. ooo kawen pakse lg..
    ha cr la novel ni hik3 lalala5

    ReplyDelete
  5. hoho pantang dengar citer kawen paksa ek?? hehe

    ReplyDelete
  6. hehe nk wat cmne, typical story nowadays!
    so layan je hehe

    ReplyDelete
  7. kadang2 tema jer typical tapi penyampaian tu lain2. Kadang2 tak sangka penulis masih mampu buang tema typical jadi special :)

    ReplyDelete
  8. hehe yupp betoi gak tu
    mcm cte kawen kontrak, sy dh bce 3 jenis cte yg b'beza hehe
    len penulis len p'jalanan cte die kn2

    ReplyDelete
  9. yer.. tapi nak jumpa yg tak berapa nak sama tu agak susah. kadang2 rasa mcm dah penah baca. Bukan senang nak recycle cerita and make it more interesting.

    ReplyDelete
  10. hehe so kak rinn kne wat novel la
    cte len r g len hehe

    ReplyDelete
  11. hahaha... 1 idea yg BAIK!!!! rinn..cpt tulis novel... nanti Ti jadi pengkritik No.1.... :-)

    ReplyDelete
  12. takmo, saya nak review buku and share pendapat ngan kengkawan :)

    ReplyDelete
  13. sapa yg suka citer kawin paksa, citer benci jadi cinta... mesti suka punya lah citer nih.

    ReplyDelete