Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Laila Kamilia |
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008
"Apa ertinya datang membawa harapan esok, jika janji semalam masih tak tertunai?"
Kisah ini mempunyai awalan cerita yang membuat kita mahu mengikut kisah ini dari mula hingga akhir. Pilihan permulaan yg bijak utk mengikat pembaca. Penulis juga menggunakan cara pengakhiran bab yang mempunyai ayat tergantung utk membuat pembaca tertanya, apa sebenarnya ini. maksudnya seperti masa tengah tengok 'who wants to be a millionaire' n then masa nak dengar soalan yg bernilai tertinggi, pengacara dgn muka serius berkata "soalan seterusnya.. selepas ini..." *iklan* Dalam bab berikutnya barulah disambungkan cerita yg membuatkan kita tertanya2 sebelumnya. Paling panik tu masa Eliana nak memilih antara Imran dan Amri. :) Tersenyum saya biler sampai part Zuhairee dan Dzalia anak beranak buat special appearance dalam citer ni :) Zuhairee dan Dzalia adalah hero dan heroin dari novel pertama Penulis ini dgn alaf21 bertajuk "Lakaran Kasih".
Eliana-Amri mempunyai sejarah pertemuan pertama yang romantis. Tahun2 yang berlalu dilalui dengan penuh harmoni. namun Eliana menjadi kekok dan keliru dengan perubahan Amri yg kadang2 seperti org yg tidak dikenalinya. He even smells differently. Kadang2 terfikir jugak Amri ni ada split personality ker? atau ada org lain yg nak jadi dia? Amri sendiri seperti tahu konflik dan misteri ini tapi teragak-agak utk menceritakan kebenaran kepada Eliana. Imran hadir dalam hidup Eliana dan sedar dia mungkin pilihan kedua. Dia tak pernah meletakkan harapan yang tinggi namun rasa cinta pada Eliana sudah lama terpupuk, sebelum mata bertentang mata.
Besarkah misteri yg disembunyikan Amri? Eliana dan Amri sama2 terlibat dalam kemalangan yg dahsyat namun, hanya eliana yg ditemui. Amri lenyap begitu sahaja. Ramai yang terfikir mungkinkah Eliana berhalusinasi? Betulkah Amri ada bersamanya semasa kemalangan. Amri dipercayai sudah mati. Namun Eliana makin terganggu dengan panggilan2 misteri dari Amri. Saya suka dgn pilihan Eliana di akhir cerita ini :)
sure fine whatever
rinn
SINOPSIS:
Bibit2 cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.
Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.
Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.
Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!
Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?
RM18.00
484 mukasurat
isbn: 9789831244029
incident kat dlm tren tu sgt kelakar. ingatkan dia akan bersama dgn sidia yg dikenali sewaktu dlm tren.
ReplyDeletetulah... susah jugak jadi orang yang tak boleh berterus terang mcm nih. jodoh pertemuan di tangan Tuhan :)
ReplyDeletemase awal2 citer ni kelakar sgt mase diorang student, kat dlm train ...tp bile dah tgh2 agak boring pulak..overall okay la
ReplyDeletebagi yang minat sentuhan thriller dalam novel, tentu boleh enjoy citer ni :)
ReplyDelete