Monday, December 1, 2008

Usikan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaira Qasidah
Usikan Rindu by Qaira Qasidah
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008


"Tak tersiram rasa resah bila wajahmu terbayang di mana-mana"


Masa mula2 capai buku ni dan tengok nama penulis yang saya tak familiar, saya just baca ja buku ni dengan niat nak mengisi masa santai. Seronok pulak biler kiter tak expect citer begini boleh jadi menarik dan menghiburkan :) Sebagai penulis baru Qaira Qasidah menggunakan pendekatan cinta sebegini utk menarik perhatian pembaca dan saya rasa ianya berkesan dan sekiranya buku keduanya keluar nanti sudah tentu pembaca-pembaca yang pernah menikmati kisah ini akan membeli karya keduanya.


Kisah ini berkisar konflik alam rumah tangga Syed Khalid yg beristeri dua. Mungkin kita rasakan tipikal kisah suami beristeri dua. tapi yg ni lain. Syed Khalid sudah lama menyintai Normala. Namun pinangannya ditolak kerana bapa tiri Normala mahu mengahwinkan dia dengan seorang lelaki kaya dan tua di kampung mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Syed Khalid mengahwini Sharifah Junaidah. Perkahwinan itu tidak mampu memadamkan nama Normala dari jiwanya. Dia bertindak melarikan Normala lalu mengahwininya. Perkahwinan keduanya direstui keluarga kerana mereka tahu Syed Khalid berkahwin dgn Sharifah Junaidah semata2 kerana sepupunya itu mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.


Kisah ini menjadi menarik setelah kematian Syed Khalid beberapa tahun kemudian dan wasiatnya dibacakan. Keluarga Sharifah Junaidah terkejut dengan kehadiran nama Dayang Suhana dalam wasiat Syed Khalid. Siapa Dayang Suhana? Besar mana jasanya sehingga Syed Khalid mewasiatkan sebahagian besar share resort Cenderawasih kepada Dayang Suhana? malah Normala memberi kuasa kepada Dayang Suhana utk mewakilinya di pejabat Syed Adam, anak sulung Syed Khalid yang angkuh.


Separuh dari buku ini tidak menampakkan sebarang bibit2 perdamaian antara Dayang Suhana dan Syed Adam. Syed Aqil jugak tak tau macam mana nak mendamaikan Dayang Suhana dengan abgnya Syed Adam. Syed Aqil membantu Dayang Suhana dalam diam. Namun Adam dpt menghidu sesuatu. Dia mengekori mereka sehingga ke Karambunai. Namun siapa sangka sekelip mata dia dan Dayang Suhana menjadi mangsa penculik yg mencari wang dgn cara mudah. Permusuhan mereka menjadikan mereka sukar bekerjasama utk melarikan diri. Namun mereka akhirnya terpaksa seiring sejalan dalam belantara yang khabarnya ada manusia yang makan manusia. Bukan heroinnya saja pengsan sebab tekejut. heronya pun pengsan jugak sbb terkejut. hehe..


Saya suka dengan cara Johan dan keluarganya menerima pembalasan setelah menolak Sharifah Haslinda dari mengahwini Johan. nasib baik ada lelaki yang baik seperti Aliff. :)


Romance adventure yang ringan dan menghiburkan.


sure fine whatever
rinn


KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!


Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.


Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.


Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...



RM 18.00
480 mukasurat
ISBN : 978-983-124-340-4

4 comments:

  1. dah terpegang buku ni a few times BUT BLUM tergerak hati nak beli lagi...hehehe

    ReplyDelete
  2. bila hati dah bergerak-gerak, beli ler. hehe.. karya pertama yang tak menghampa kan :)

    ReplyDelete
  3. amboi cun dah lekang rahang tu.. kena gi beli buku lah tu. hehe :D

    ReplyDelete