Sunday, December 14, 2008

Mengukir Bahagia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hani Fazuha
Mengukir Bahagia by Hani Fazuha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Sanggupkah aku menerima insan yang telah merobek hatiku?"


Tak sangka pulak citer ni tentang kahwin paksa setelah membaca part Zahim meminta Tasya memutuskan pertunangan mereka yg telah termeteri sejak kecil. Permulaan kisah ini banyak menceritakan bagaimana Haris terpaut pada Tasya dan Tasya seperti tertarik juga pada Haris namun dia menahan diri dari memberi harapan. Rupa2nya dialah isteri kepada Zahim Iskandar yang diidam ramai wanita. Zahim meninggalkannya setelah dinikahi dan dia telah menyumpah yang lelaki itu tak akan menemui bahagia dlm hidupnya. Tasya turut menghilangkan diri selepas itu. Setelah 4 tahun Tasya terpaksa menerima tugas di Kuala Lumpur. Harapannya utk tidak bertembung dengan Zahim musnah apabila Zahim merupakan peguam di syarikat dia bekerja.


Zahim rupa2nya sudah lama mencari Tasya. Dia sudah mengosongkan hatinya untuk Tasya. Tasya dalam dilema sama ada utk menerima Zahim atau tidak. Bagi saya cara penceritaan watak Zahim dan Haris macam sama pulak perangainya, terutamanya apabila bersama-sama dgn Tasya. Terasa seperti orang yang sama. Haris yg kecewa membawa diri. Tasya tak dapat menerima hakikat Zahim telah menodainya ketika dia di bawah pengaruh ubat. Dia cuba lari dari Zahim namun tak berdaya kerana dia disahkan mengandung. Dia terperangkap di rumah mertuanya sepanjang tempoh dia mengandung. Zahim mesti memanfaatkan peluang itu utk merebut semula hati Tasya yg pernah dia lukakan.


Siapa pulak Amylia yang tiba2 muncul mengocak bahtera kasih mereka?


sure fine whatever
rinn


Sinopsis Belakang buku:


Bukan kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan?


“Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”


Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas.


Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?


Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;


“Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”


RM 18.00
464 mukasurat
isbn 978-983-124-363-3


11 comments:

  1. mcm pnh ada bc cte yg agk2 sme ngn cte ni
    terbitan creative, tp xingt tjuk pe hik3 lalala5

    ReplyDelete
  2. ada ek? buku creative? tajuk apa? macam menarik jer. hehe.

    ReplyDelete
  3. sory xingat la tajuk pe kak rin
    coz buku tu pun kwn yg bg pnjam

    ReplyDelete
  4. hmm.. ntah2 citer 'Selamat Tinggal Sayang' yang Ma Lee Chuswan tu. tu citer cinta lepas kawin terbitan creative yg femos gak tu.

    ReplyDelete
  5. Baru lepas baca ....Memang best untuk dibaca ..Jangan x beli nanti rugi

    ReplyDelete
  6. terkerap pulak baca buku citer kawin paksa.. peh buku ni ada gak akak baca 'kau yang istimewa' kisah atas kapal cruise lagi ha.

    ReplyDelete
  7. haahla kak rinn, skang ni byk cite psl kawin paksa, lps kawin jatuh chenta hik3 lalala5

    ReplyDelete
  8. genre citer yang paling byk peminat, laris la di pasaran.

    ReplyDelete
  9. i'm looking for this novel...mcm sedap je...hehe

    ReplyDelete
  10. ya.. baca dulu baru judge :) bagi pengumpul kisah2 cinta selepas kawin, yang memang patut dimiliki :)

    ReplyDelete
  11. babak romantik dorg...
    "okay...baby. tell me what you wanna say. i'm all yours now.."
    "i know what you want to say. yes i'm tired but honey.. just open your mouth and say, i'll be there for you.."
    "abg nk tasya tau yg abg sentiasa ingin bersame tasya.. i love you so much. no words can describe how deep is my love for you.."

    ReplyDelete