Monday, November 16, 2009

Bahtera Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iffa Irdina
Bahtera Cinta
Penulis: Iffa Irdina
Penerbit: nylea publishing
Cetakan Pertama 2007
isbn: 9789833686209
RM21.90
554 mukasurat


"Rindu dan benci ini bersatu... Lalu membawa aku jauh darimu"


Aku rasa sakit hati sepanjang membaca kisah ini. haha.. adui la.. emosional betul aku biler baca citer hero yg jahat dpt heroin yg baik. Tapi tanyalah sapa2 pun yg dah baca citer ni mesti diorang suka bebenor citer ni. Ramai yg merekemen bukku ni utk dibaca sbb best. Heronya yg romantis berubah menjadi baik dan mendapat heroinnya.


Aku sangat2 suka dengan character Ridwana dalam cerita ini. Seorang yg sangat mesra dan mudah disukai oleh golongan yg lebih berusia dan dia sentiasa menjadi menantu idaman. Koman2 ada 3 mak-mak yang nak dia jadi menantu.


Memang banyak calon di awal cerita ini yg mungkin menjadi bakal suami Ridwana. Memang buat aku terteka-teka, siapa yg bertuah. Fairul yg telah 2 tahun menduda, Adiputra suka bercumbu dengan wanita2 jelita, Azmin duda yg pendiam atau Saiful jejaka yg sekian lama dicintai tetapi kemudian meninggalkannya bila terpikat dgn wanita lain yg lebih jelita.


Fairul ditolak dengan alasan menceraikan isterinya kerana ibu mertuanya tak pernah menyukai wanita itu walaupun isterinya sgt baik. Ridwana tidak yakin Fairul akan dapat mempertahankan rumahtangganya sekiranya tiba2 ibu mertuanya sudah tidak suka akan dirinya.


Adiputra dibencinya kerana dia adalah jenis lelaki yg tidur dgn semua perempuan yg menyerah diri padanya. Entah berapa perempuan yg dah mengandungkan anak dia dan dipaksa menggugurkannya.


Azmin terlalu pendiam dan Danish, anak tunggal Azmin adalah pemikat hati Ridwana.


Saiful, memang awal2 kena reject sebab sudah beberapa kali diberi peluang kedua oleh Ridwana tetapi sentiasa melukakan hati gadis itu walaupun mereka sudah hampir2 berkahwin. Bila dah eksidan dan lumpuh baru la sibuk nak Wana balik.


sapa yg dpt Wana? tentulah yg paling hensem dan romantis, iaitu Adi. Adi adalah lawan Wana yg gemar berdebat. mereka berdebat mengenai wanita kerana Wana membela wanita2 yg menjadi mangsa Adi. Adi hanya suka menyakat Wana. Semasa Wana tidur kat rumah Adi sbb temankan ibu Adi, Adi nak sakat Wana masa Wana tengah tidur, tapi apabila dia melihat Wana sedang tidur dan tidak bertudung, dia terus jatuh cinta dan nak kawin dgn Wana. Nampak sangat cinta nafsu.


Wana pulak macam dah tak boleh lari dari Adi. Walaupun kata tak suka tapi dia seperti sentiasa memberi peluang pada Adi. Adi sudah mula berhenti keluar malam dan dah tinggalkan semua perempuan lain demi Wana. Bila dia bosan akhirnya syarat Wana dilanggarnya dan Wana sudah tak mau jumpa dia selepas terserempak dgn Adi yg sedang berpelukan dgn wanita lain. Adi yakin dia tak salah sbb dia buat camtu cuma nak menguji Wana.


Lepas Wana berpatah arang dgn dia Adi benar2 berubah dah berbaik2 dgn ayah Wana serta mendalami Islam di kampung Wana sendiri.


Nak tau cemana sukarnya Adi nak mendapatkan Wana semula, kena lah baca citer ni. Geram punya pasai, sekejap jer aku baca buku ni dah abis. Rasa tak sabar nak baca hingga ke muka surat terakhir. hehe.


sure fine whatever
rinn






sinopsis/blurb


Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawarkan janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun di saat aku cuba mencorak bahagia dan menganyam buih2 di lautan, bahtera cinta kita dilambung badai. Aku tidak tega membiarkan bahtera cinta kita ini tenggelam namun apalah dayaku... Kisah silammu yg hitam membuat aku kehilangan diriku. Aku redha melangkah pergi tetapi rindu ini seakan merantai kuat kaki ku. Syg, berikan aku fatwa... agar cukup kuat alasan utk aku terus setia mempertahankan bahtera cinta kita ini...

Tuesday, November 10, 2009

Cinta Datang Lagi!



Ha yang ni akan datang dari karya Bikash Nur Idris. aku ingat ker 'Bukan pilihan hati' saja.. ni ada juga karya terbaru bikash dengan Alaf yang akan muncul tak lama lagi. :) thanks kak ju'a for the info. hehe..

 

 

Tajuk: Cinta Datang Lagi

Penulis: Bikash Nur Idris

Penerbit: Alaf 21 Sdn. Bhd

 

"Tak mungkin kuingkari suara hati yang membisik namamu"

 

 

A good reason to smile :)

Sekarang ni aku memang tak online sangat.

bagi those yang selalu tegur kat gtalk, sorila yer.. memang semua tu dah kena 'disabled' haha..

apa2 contact aku kat emel saja lah ye. tak bleh nak hora dah.

Updates aku memang seminggu sekali jer.. tu pun guna prepaid broadband yang slow giler tu. nak upload gambar review pun berjam jam. edeh.. sakit gak hati... nasib baik aku ni penyabar orgnya.. hehe perasan! Kira ok la bleh gak online daripada tak boleh langsung walaupun slow giler.

 

 

sure fine whatever

rinn



Sunday, November 8, 2009

Yang Tak Terluah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Puteri Andalas
Yang Tak Terluah
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675067228
RM17.00
Sabah / Sarawak: RM20.00
378 mukasurat


'Luahkan sebelum terlambat...
Luahkan sebelum mata tertutup rapat'


Kisah heavy ini entah mengapa tidak terasa terlalu berat, tetapi tidak menghampakan. Mungkin kerana ianya padat dan tidak meleret-leret. Ending nya yg memuaskan hati juga membuatkan saya senang dengan karya ini.


Sebelum 'Cinta Seindah Madah', saya tak derlah teruja sangat nak baca karya Puteri Andalas, tapi kalau ada memang la saya akan baca.


'Cinta Seindah Madah' cukup menarik dengan caranya tersendiri, tambahan pulak watak anak2 kecil yg menarik hati.


Dalam 'Yang Tak Terluah' ini, kisah Manisah memang kedengaran hiba. Tetapi pekahwinannya dgn Mahdi yg ketika itu sudah kudung sebelah tangan dan kedua-dua kaki sebenarnya membahagiakan dia yang tidak menaruh harapan tinggi dlm hidupnya. Dia redha bersuamikan Mahdi demi kesihatan ibunya. Mereka tiada tempat berlindung.


Semasa masih sempurna, Mahdi pernah cuba memerangkap Manisah agar tertangkap basah bersamanya supaya ibunya (Normah) tidak dapat menghalang hasratnya utk memperisterikan Manisah yg sudah dihalau Normah kerana Manisah adalah anak kepada ibu tiri yang dibenci Normah.


Perkahwinan Manisah dgn Mahdi mengubah pekerti Normah terhadap Manisah dan ibunya Munah. Tetapi apabila Mahdi mati dalam kejadian ribut, Normah menyalahkan Manisah kerana memujuk Mahdi berpindah, dan setelah berpindah kebetulan pulak Mahdi mati dgn ibu mertuanya setelah ditimpa pokok jering.


Manisah membawa diri bersama kandungan yg baru bertitik dalam rahimnya. Sepucuk surat dari lelaki yg diyakini bapa saudaranya telah membawa Manisah ke Kampung Setia di mana kesemua rahsia hidup ibunya tersingkap di situ. Manisah seperti melakonkan semula nasib ibunya ketika terpaksa mengahwini Mahdi dan kini situasi serupa berulang lagi. Sayang pada Cikgu Senah membuat dia menerima cucu cikgu senah sbg suami. Antara Anang dan Jimi, siapa yg menjadi bakal suaminya?


Yang pastinya Manis tidak perlu memilih kerana lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya dan ibu lelaki itu saling tak tumpah wajah ibunya, Munah yg telah meninggal dunia tu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yg tidak lagi sempurna.


Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yg diberi, menjadi isteri Mahdi yang kudung tangan, kudung kaki.


Menjaga Mahdi bagaikan menjaga seorg bayi. Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. dia belajar mengasihi suami. Tetapi tidak lama... takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yg menyayat hati.


Hidupnya terumbang ambing kembali.


Normah, mertuanya menyalahkan dirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bagaikan anjing kurap menunggu mati.


Dia pergi. Langkahnya jauh, membawa diri. Mencari ahli keluarga yg masih ada. Setelah ditemui lain pula yg terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali. Pertemuannya dengan cikgu Senah, Pakcik Azizul, Anang Johari, Jimi Johan dan Peguam Hamdan, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali.


Ikuti kisah Manisah yg terbuang di sebuah kampung - Kampung Setia tempat kelahiran dia dan ibunya...


Sakti Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anita Aruszi
Sakti Cinta
Penulis: Anita Aruszi
Terbitan iBook
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789832748601
Harga: RM23.90
755 mukasurat


"Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu.
Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut"


Misteri besar dalam karya Anita Aruszi kali ini adalah persoalan hati dan cinta terlarang yg mekar berbunga di hati Diazey dan Dina Azura. Memandangkan saya pernah membaca karya2 penulis ini sebelum ini, saya sekadar mengagak cerita ini happy ending dan tentulah ada pertalian lain yg tersembunyi di antara Diazey dan Dina Azura dan mereka sebenarnya bukan adik beradik.


Laluan utk mengetahui kebenaran itu bukannya singkat dalam kisah ini, banyak lapisan misteri yang disingkap Penulis dengan baik dan teratur membuatkan kita takkan lepas novel ini hingga ke helaian terakhir.


Bukan hanya soal hati yang perasaan dimainkan penulis ini. Seperti karyanya yg saya dah baca sebelum ini, sentuhan thriller tetap diberikan melengkapkan trademark Anita Aruszi yang menjadi punca cerita2nya menarik perhatian saya. Tahniah buat penulis ini kerana berjaya menvariasikan ceritanya dengan baik sekali.


Chemistry yg wujud antara Diaz dan Dina membuatkan kita mahu menyingkap kisah sebenar mereka. Diaz awal2 lagi sudah maklum mengenai status sebenar Dina dalam keluarga kecil mereka. Disebabkan itu dia sebenarnya berusaha keras utk merahsiakan apa yg dirasanya dari pengetahuan Dina. Rahsia itu menjadi beban pada Diaz apabila cinta berbunga di hatinya buat Dina.


Sikap Diaz membuatkan Dina merasakan Diaz tak sayangkan dia sebagai adik. Dia juga mempersoalkan hatinya sendiri yang jatuh cinta dgn abang sendiri.


Diaz menghilang dari hidup Dina sbg hukuman pada diri sendiri yang ada niat tak baik pada Dina dan 15 tahun kemudian, dia muncul semula dan kedua2 mereka sedar perasaan 'cinta tak terucap' masih dan semakin mekar dalam jiwa mereka.


Diaz sebenarnya tak buat apa2 utk membongkar perkara sebenar kpd Dina kerana dia lebih bimbangkan perasaan ibunya sekiranya Dina pergi setelah mengetahui kisah sebenarnya.


Dina terkejut apabila suatu hari dia berdiri di hadapan sebuah pusara yang jelas tertera namanya di batu nisan. Peristiwa itu menjadi lembaran pertama buat Dina untuk menyingkap rahsia sebenar kewujudannya dalam keluarga Hisyam, Zuraini dan Diazey.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut... Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih byk bercakap dgn mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tak pernah muncul lagi.


"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula di gegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

Puisi Untuk Nadina

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Puisi Untuk Nadina
Penulis: Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok!
Cetakan Pertama 2009
RM16.90
Sabah/Sarawak: RM18.90
386 mukasurat


"Tuhan, berikan aku cinta yang tidak perlu aku memilih antara dua keindahan dan terima kasih kerana KAU berikan aku dia cinta yang tidak perlu aku pilih"


Kali ini Bahruddin Bekri lebih banyak menceritakan soal hati dan perasaan hero dan heroin kisahnya. Dalam novelnya sebelum ini yg saya dah baca (Dunia Ini Sederhana Kecil & Doa Utk Aku), BB lebih baca menceritakan kisah hero novelnya.


Cara penceritaan berbaur komedi masih dikekalkan dan sudah menjadi trademark BB apabila berkarya. Lawak selambanya pasti menyebabkan tawa yg tak disangka-sangka tercetus.


Borhan adalah anak yg baik dan bertanggungjwb dlm keluarganya. Demi membantu ibu dan memastikan pelajaran adiknya terjamin, dia nekad melakukan apa saja kerja. Daripada tukang cabut bulu itik, despatch, pelayan kedai makan dan mekanik sambilan. Semua dia buat demi mendapatkan pendapatan yg halal.


Perkenalan dengn Nadina bukanlah bermula dengan baik, namun apa saja yg berlaku membuahkan pergaduhan antara mereka.


Nadina adalah anak org kaya yg akan dapat apa saja yg diingininya. Keputusannya utk menjadi model telah menyebabkan bapanya menarik balik semua elaun yg pernah diberikan padanya dan membiarkan Nadina mencari duit sendiri dgn menjadi model. Yg kelakar tu jadi model pakai kostum pisang, haha.. ngan model botol jamu. edeh bleh pengsan aku gelak.


Nadina yg mulanya suka bergaduh dgn Borhan akhirnya jatuh cinta dengan kesabaran Borhan. Keadaan Nadina yang mabuk kepayang sorang2 menyebabkan sahabat baiknya, Seh

Detektif Bertudung Hitam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Bahruddin Bekri
Detektif Bertudung Hitam
Penulis Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok!
Cetakan PErtama 2009
isbn: 9789833654772
RM17.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
298 mukasurat


Ini bukan kisah cinta, tapi kisah gadis yg pemalu dgn rakan2nya yg juga pemalu dari kelas menghilangkan rasa malu teknik Ponorogo (org Ponorogo sendiri tak tau tu teknik apa, haha)


Memang cerita yg sentiasa mengundang tawa. Az-Zahra memang pemalu sejak kali pertama menjejakkan kaki di bangku sekolah. Setelah dewasa dia cuba mencari pekerjaan utk menampung perbelanjaan keluarganya dan ayahnya perlu dibedah segera.


Dia sanggup bekerja apa saja tetapi masalahnya dia selalu gagal temuduga kerana terlalu malu. Ketika memulakan kelas teknik Ponorogo tu dia telah diterima bekerja di sebuah syarikat penyiasatan kerana dia sanggup menerima berapa saja gaji yang ditawarkan.


Dia sangka dia kerja kerani, tetapi dia buat multi-tasking rupanya. Dia juga buat kerja-kerja penyamaran dan siasatan, dan kawan2nya yg pemalu yg lain tu pun selalu membantunya. diorang siap nyamar jadi budak skolah ngan penjual mas cotek. hehe.


Kes pembunuhan yang sedang disiasatnya menjadi pendorong utk dia menjadi penyiasat berdedikasi kerana ketuanya menawarkan ganjaran RM50,000.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Ini saya tempah kad bisnes untuk awak."


"Encik Zabidi letak nama jawatan saya 'Penyiasat Persendirian'? Saya hanya kerani, encik salah tempah," persoal Zahra.


"Tak ada yg salah. Memang saya sengaja letak jawatan awak sebagai 'Penyiasat Persendirian' kerana bekerja di syarikat penyiasat membuatkan awak jadi penyiasat. Takkan saya hendak letak kerani pula? Kerani buat apa ada kad bisnes? Secara tak langsung, awak dapat mempromosikan syarikan ini. Jadi, jangan simpan sahaja kad itu, berikan kepada orang. Faham!" terang Encik Zabidi panjanglebar.


"Faham!" jawab Zahra keras. Tidak semena-mena dia menjadi penyiasat pula. Hati Zahra bergetar memikirkan dunia baru yg perlu ditempuhinya.


Zahra gadis pemalu yg selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yg mendpat kerja sbg kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dgn gaji yg rendah. Gadis pemalu yg memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zahra yangpemalu ini menyelesaikan kes itu?



Saturday, October 31, 2009

Novel Baru Lagi!

dah tak dak idea dah nak boh tajuk apa. hehe banyak betul novel2 baru... ntah brapa ribu yg aku tak baca lagi. haha.

Tajuk : Yang Sebenarnya
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf21


TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.


Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.


Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan sema ngat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya
melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...
lelaki itu seperti memusuhinya.


Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

 

 

Tajuk: Titian Nabi
Penulis: Muhammad Masykur A. R. Said
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
http://www.pts.com.my
Harga: RM 17
RM 19 (Sabah & Sarawak),
isbn: 9789833892556
384 mukasurat


Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?

Di sebalik yang terjadi, pasti ada yang terjanji. Terpateri sesuatu yang pasti jika ada reda Ilahi. Begitulah pandangan Sara dan Azelea apabila hati sudah terlanjur cinta.


Sara bertemu dengan Haziq secara tidak sengaja di Cameron Highlands. Dia tertarik kepada ketenangan dan karisma lelaki itu. Dia sudah terlanjur cinta tanpa boleh menolak hakikat; yang dicintai itu adalah suami wanita lain.


Azelea terlalu cintakan Sinclair. Tiada yang dapat mengubah cinta itu, namun percaya yang hilang meranapkannya. Hati dibasahi parah jadi segar dengan kehadiran Eric Loi, membuatkan cintanya terlanjur semula.


Apakah Sara rela menjadi yang kedua dalam hidup Haziq? Mungkinkah Azelea mengizinkan Eric Loi jadi yang kedua di hatinya? Adakah keterlanjuran cinta mereka akan membuat mereka bahagia?

 

 

Tajuk: Syurga Kasih di Kaki Pelangi
Penulis: Halis Azhan
Penerbit : KarnaDya solutions
Cetakan Pertama: 2009


"Aku mencari tempayan emas di kaki pelangi, rupa-rupanya syurga kasih juga menanti di sini."


Sinopsis:

 

Erni Aflina, gadis anak angkat berhati tulus, hidupnya tidak pernah tenang kerana banyak liku-liku yang tidak terjangka terpaksa ditempuhi. Sejak kecil dia mengimpikan syurga kasih, sejak kecil juga dia mencari-cari tempayan emas di kaki pelangi. Segala-galanya tidak pernah indah buat Aflina. Sampai suatu masa, dia perlu minta diri.

 

Izrar Hadafi, anak muda berhati luhur, hidupnya mewah tetapi tidak sarat dengan kasih sayang. Dia ingin menjadi Hang Jebat, dia akan membela apa-apa yang dirasakan benar. Segala-galanya tidak pernah elok di mata dan di hati Hadafi sehingga dia mengenali gadis itu. Namun, tidak mudah hendak mendekati dan memiliki hati Aflina.

 

Sepasang hati bertemu di hujung noktah. Titis-titis hujan menderu ketika fikiran keliru dan perasaan celaru. Siapa sangka di hujung jalan, Aflina menemui syurga kasih di kaki pelangi yang dicari-cari…

 

Ikutilah kisah pencarian gadis Erni Aflina yang mendebarkan ini...

 

Tajuk : Samudera Indah Nian
Penulis : Mazni Darwisya
Penerbit : Jemari Seni
Harga : -


Ibarat setianya Ali pada Fatimah


Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah


Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.


Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?


Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.


* * * *

Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!

 

 

TAJUK : KAPAL TERBANG KERTAS
PENULIS : HASLIZA ISMAIL
PENERBIT : KAKI NOVEL
HARGA: S/M : RM16 AHLI : RM14
S/S : RM19 AHLI : RM15


"Angin bawa aku terbang jauh dari kedukaan ini"


Suriani melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang sudi membantunya. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya. Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri hidupnya.

Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan kasih Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran. Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama. Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?

 

 

 

TAJUK : HOT GIMMICK
PENULIS : SHASFA ALYAHYA
PENERBIT : KAKI NOVEL
HARGA : S/M : RM18 AHLI : RM14
S/S : RM21 AHLI : RM17

"Tengok! Si Killa buat gimik lagi dengan 3K...!"


Natasya Shakilla telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd. Kewibawaannya sebagai Ketua Pengawas tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak. Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan.

 

Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd. Hubungan rapat mereka berdua telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla. Mujurlah Harizd menyelamatkan Natsya Shakilla. Rupa-rupanya Harizd dan Natasya Shakilla pernah ‘berkasih’ semasa mereka masih kanak-kanak dahulu.

Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?

Blurb Belakang Novel

Kehadiran Natasya Shakilla (Asya / Killa) mendatangkan gimik yang besar di dalah hidup Harizd Hakkam. Status Harizd sebagai Ketua Pengawas bukanlah penggugat untuk dia melawan lelaki itu. Pergaduhan yang tercetus di antara dia dan pengawas besar itu menimbulkan pelbagai masalah. Manakala hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien Carl dan Wan Izuan Hafiz menerbitkan cemburu di dalam hati para pelajar perempuan. Secara tidak langsung , Asya telah pun memasuki kumpulan 3K. Tapi bagi peminat setia 3K, Asya adalah musuh utama mereka! Musuh yang sentiasa laparkan sasaran dan hero penyelamatnya – Harizd.

Apabila hatinya mula menerima kehadiran Harizd sebagai rakan sekelas dan hidup sebagai seorang muslimah yang sebenar, dia mendapat tahu lelaki itu ialah ‘Ayez’, kenangan masa silam. Dan dia terpaksa meneruskan pembohongan kepada Harizd atas permintaan Hanis Humaira.

Tegarkah dia meneruskan pembohongan disebabkan Hani Humaira yang dahagakan kasih sayang seorang insan yang bergelar abang? Dapatkah dia berhadapan dengan diri Harizd sekarang, sedangkan kenangan Ayez pada masa silamnya bagaikan berputar di segenap benaknya? Apakah kisah silam yang tersembunyi di antara mereka berdua?

Apakah masih ada gimik yang lebih hebat?

"Setia kunantikan sebuah memori"


Konflik diri Priscillia bermula dengan satu panggilan misteri daripada pembantu suaminya, Ziela. Maklumat yang diterima dianggap tohmahan sahaja. Ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan keluarganya. Itulah tanggapan awal Priscillia. Namun, pengintipan yang dilakukan di Hotel Hilton membuktikan kecurangan suaminya, Kelvin. Suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.
Kelvin mempunyai dua personaliti; sebagai suami misali dan suami yang zalim.


Kelly, si anak pula menjadi mangsa apabila Kelvin sanggup mengumpan si kecil itu untuk kepentingan diri sendiri. Dia mahu hidup bebas, namun Priscillia tidak boleh begitu. Di mata orang dia suami misali di rumah dan Priscillia isteri yang taat. Priscillia hanya miliknya namun dia bukan hanya untuk Priscillia.


Priscillia masih rindukan cinta Kelvin, perhatian seseorang suami dan mahu Kelvin terus bersamanya. Dia tidak boleh hidup tanpa Kelvin. Berjayakah Priscillia membebaskan diri daripada kemelut rumah tangganya? Mungkinkah rindu Priscillia untuk Kelvin bakal bersambut?

 

Tajuk: Ajarkan Aku Setia Cinta
Penulis: Antasya Balqis
Terbitan: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


"Tiap Kali Berpapasan Mata, Hati Dipalu Irama Cinta"


Antara Faryan dan Serra, bagaikan bulan dan matahari, saling memerlukan… saling mencintai. Antara Faryan dan Serra, bagai kumbang dan bunga, menyeri taman. Tetapi entah mengapa bulan dan matahari berpisah kasih, kumbang dan bunga bercerai sayang.


Perpisahan terjadi lantaran hati terlalu sedih kerana dikecewa. Saat cinta Faryan mengembang, Serra menghilang diri. Tanpa khabar, hilang berita. Faryan jadi perindu dan rindu itu cuba dikambus melalui pertunangannya dengan Wina, atas kehendak keluarga.


Namun, di celah rasa kecewa yang menjadi cebisan perasaan, pertemuan ada semula. Mereka tetap bersama. Rindu dan benci bertandang antara malu untuk mengakui aku juga cinta kepadamu…


Pun begitu, akhirnya bulan dan matahari tetap bersama kerana fitrah azali telah menjodohkannya. Dan, mungkinkah begitu jua suratan azali antara Faryan dan Serra? Fitrah mereka, adakah mungkin jodoh bersama? Atau akankah Serra dibalas kecewa atas silap dahulu?