Nak kata balik kampung macam tak sesuai lah pulak sebab aku pun duduk area bandar la jugak, sebab tu selalu sebut 'mother planet' :D Kalau minggu tu ramai adik beradik yang balik rumah lagi la best, riuh sikit, buleh beraktiviti beramai ramai..
Biasanya kalau balik tu mestila pi menjengah kebun kecil peninggalan aruah ayah.. asyik tengok bangunan batu, sekali sekala pegi tengok tempat2 byk pokok tu damai la sikit.. cari la pucuk2 ubi ka.. bunga kantan ka, limau kasturi ka..
Paling best kalau musim doroyan la, pokok tak banyak tapi cukup la utk makan anak beranak.
Kalau tak der aktiviti lain, lepas aktiviti menebas dan menyapu, sempat la jugak bakaq ayam, makan ramai2 bawah pokok cempedak. Kadang2 tu kalau tak sempat pi kebun, bakaq ayam depan rumah jer.. best best.
Kalau on the way balik dari kebun tu biasanya singgah la kejap kat rumah adik aku. Jalan nak pi rumah dia masyaallah, kadang2 ada tar kadang2 tak dak tar.. kalau ujan tu.. mencabar la jugak nak sampai.. tapi tempatnya aman, suasana hijau.. memang sekali sekala pi la tidoq kat rumah dia..
Tengok anak itik yang kembar ramai2 ni memang lucu.. ke mana pun mesti satu group, takleh berpisah. Tapi diorang ni sekarang dah besar2, yang dah jadi lauk pun ada.. Innalillah..
haaa yang ni idup lagi.. jadi tukang guard rumah.. kalau ada orang lalu, dia ni mesra, selalu menegur "ANGR, ANGR ANGR, ANGR"
Kadang2 tu pegi la menyeberang Jambatan Pulau Pinang, biasanya ke USM la sbb adik aku ada belajaq kat situ. Memang seronok ronda2 sekitar USM satu famili.
Scenery kat tasik tu ok la.. bila jalan2 tu nyaman la...
Kadang2 tu pagi2 buta dah sampai kat USM embun kat rumput pon tak kering lagi.. tapi masa mcm ni la best orang pon tak ramai.
Byk gak alat senaman, buleh cuba semua kalau tak ramai orang..
Mak aku paling suka pi kat tasik dia.. ada baaaaaaaaaaaaaaaanyak ikan.. tiap kali pi dia mesti bawak roti nak bagi makan 'anak-anak' dia kat tasik tu.. hehe.. geremmm tengok ikan banyak2, tapi area situ dilarang memancing la.. depa nak simpan utk buat pertandingan memancing kot..
Memancing tak buleh.. so ikan tu jadi rezeki reptilia yg hidup di sekitar tasik tu la.. tekejut jugak tengok biawak besaq ni.. sempat jugak tangkap gambar aksi dia bawak lari ikan yang fresh ditangkap dari tasik tu.
burung2 mynah pun byk gak kat sini, kalau tabur roti, lagi la ramai dia mai.. yang sekoq ni control cool betul.. siap bagi pose utk tangkap gambar :)
Lepas USM ke UiTM Merbok pulak.. adik aku yang bongsu belajar kat sini.. perjalanan ke UiTM lagi jauh berbanding USM. Kadang2 tu letih jugak memandu sbb perjalanan dari KL dah la jauh.. biasanya aku tak ambik cuti.. balik Jumaat malam, Malam Ahad (tengah malam) dah bertolak balik ke KL semula. Pagi2 Isnin dah masuk kerja.. mula2 dulu terasa jugak penat, tapi bila dah lama2 ni dah jadi biasa la..
Kalau ada kesempatan dan kerajinan tu, selalu la jugak kitorang pegi berkelah dan mandi2 di hutan Lipur Ulu Paip yg tak jauh dari kebun.
Airnya jernih, scenery nya menarik, memang aku tak tinggal camera la kalau berkesempatan datang ke sini.
Air terjun kat sini tak der la tinggi sangat.. ok ok saja.. kalau nak bawak anak2 kecik mandi tu ada la byk spot yg sesuai. kalau anak2 muda yang suka mandi tempat2 mencabar sikit diorang selalu pergi jauh lagi ke atas. Katak ni mengeraskan diri dalam usaha penyamarannya :)
Kadang2 tu ada la jugak pi main bowling kat BM Plaza, or pegi makan2 kat Nasi Ayam Periuk Besar. Bila 'Jalan-jalan Cari Makan' nak pi situ? :)
sure fine whatever
Rinn
No comments:
Post a Comment