Wednesday, July 4, 2007

Demi Kasih Ini

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hasreeyati Ramli
Demi Kasih Ini by Hasreeyati Ramli

"Cinta itu amat sukar dimengerti walaupun sesudah bersatu hati"

Hasreeyati Ramli adalah nama lama dalam alaf. 'Atikah' ternyata
menarik perhatian ramai pembaca sejak dulu lagi. Dalam kisah yang ni
memang lain dari karyanya yg pertama. Rasanya yg ni i prefer better
la daripada 'atika'.

Kisah ini bermula dengan kisah rumah tangga riana & mukhriz yg mula
berantakan setelah beberapa tahun bersama. Mereka dikurniakan 4
orang cahaya mata. Mukhriz berubah sikap dan cepat marah, riana
terdera dari segi fizikal dan mental. kehadiran orang ketiga
meruntuhkan rumah tangga mereka.

kepercayaan riana kpd lelaki sudah tiada utk dijadikan suami. Dia
memelihara persahabatnnya dgn Rafael. Walaupun Raf melamarnya, Riana
menolak kerana tak mahu persahabatan yg dibina musnah bila berkahwin
nanti. Kehadiran Mukhriz yg merayunya utk kembali setelah dia mula
menerima Raf meletakkan dirinya dlm keadaan dilema. Desakan anaknya
Anis utk menerima semula Mukhriz menjadikan Riana serba salah. dia
masih ingat siksaan yg diberikan oleh Mukhriz. Tetapi kemudian dia
setuju menerima Mukhriz sbb Mukhriz tu sakit dan dlm keadaan
kritikal. Dia menjaga Mukhriz hingga di saat dia menghadapi
kematiannya. Raf mencuba nasibnya buat kali kedua dan cuba menanam
keyakinan Riana terhadap dirinya. well the story ends with a big
kenduri kawin.




sure fine whatever
Rinn

RM16.00
334 mukasurat

sinopsis belakang buku:

Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci
tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya. Benarkah?

Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai
dengan ikatan. andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggi
lagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiada
apa yang bisa mejadi galang ganti.

Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satu
demi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora.
Tembelang pecah, retak menanti belah. Konflik demi konflik mencabar
keimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa.

Saat itu, dunia Iriana bagaikan mahu runtuh lagit menjadi gelap dan
bumi bagaikan mahu retak. Sekian lama bersabar, akhirnya dia nekad.
nekad utk mengembalikan harga dirinya, di atas nama sebuah
kesetiaan. Mungkin salahnya juga selama ini terlalu lurus bendul.
Terlalu alpa, hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia
terluka sendiri.

Begitu pun, atas nama kasih... sengketa ini bukan penamat kisah.
sebaliknya, gelora cinta baru saja bermula. dan di saat inilah
terdetik di hati Iriana, pesanan orang tua wajar dipertimbangkan.
Sebelum menggangguk sudi menerima lelaki, sematkan di hati bahawa
percintaan itu ibarat percaturan, terlalu byk rintangan yang tidak
disangka akan terjadi.

No comments:

Post a Comment