Saturday, July 7, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa: Saja nak citer

Aduh.. bestnya weekend, dapat bermalas malasan walaupun hari ni sempat ke seberang jambatan Pulau Pinang hantar adik lapor diri utk semester baru di USM.

Sementara menunggu tu sempat la ronda2 sekitar USM yg mempunyai view sekeliling yg menarik.. sempat jugak menjengah ke muzium USM yg utk kali keberapa dah tak kira dah.

Then ntah naper teringat beberapa kisah masa raya last year kitorang pegi kenduri di rumah maklang.. masa tu aku dah betul2 resah kena balik sbb ada kawan nak datang ke rumah.. Adik aku sibuk bergaduh dgn sepupu kitorang, Eda. Adik ngan Eda dok bertelagah sapa patut cium tangan sapa.. Eda kata "aku lagi tua dari hang, hang la cium tangan aku!" Adik aku pulak cakap "Dak la, hang yang kena cium tangan aku." Aku dah resah dok tengok jam.. last2 aku stopkan pertelagahan diorang dengan satu jerit "uit!!! sudah-sudah.. aku nak buat pengakuan exclusive, yg sebenarnya akulah yg paling muda jadi meh aku cium tangan hangpa." aku cium tangan adik, aku cium tangan Eda, lepas tu aku terus tarik adik masuk keta..

Dulu2 kalau pi kenduri mesti bwk balik bunga telur byk2.. nak makan telur tak terlarat, mesti buat masak kurma telur.. ada la sekali tu aku masakkan.. tapi terlupa.. terkering kat dapur.. aku masak 8 telur tapi tinggai 7, aku ingat ada orang dah makan tapi rupa2nya satu dah terlekat kat ceiling, entah biler meletupnya sampai tertempek kat atas sana..
----
Dulu masa sekolah aku selalu gak gaduh2 dgn adik2.. biasala.. ada saja tak puas hati.. Ada skali tu aku beleter kat adik2 sebab somenthing la.. masa tu aku nak solat, dah amik air semayang dah.. beleter leter ni masuk bilik nak semayang.. memang aku tak puas hati masa tu.. Masa aku angkat takbirratul ihram tu terasa ringan.. rupa2nya aku tak pakai telekung lagi.. dari marah terus tergelak.
----
Tadi masa kat muzium ada alat bentuk 2 pasang tangan utk tengok bentuk aura pada tangan. Dia tulis kat kat situ, letak tangan dan tengok apa jadi selepas 60 saat. Aku dgn adik test la.. mak tolong kira masa 1hingga60. bila cukup jer 60, aku ngan adik cepat angkat tangan dan tengok tapak tangan masing2 apa jadi.. "tak dak apa2 ponnn" sekali silap daaa bukan tengok kat tangan sendiri.. hasilnya terbentuk kat alat berbentuk 2 pasang tangan yg kat mesin tu.. huhu maluuuu nasib baik tak der cctv.
------
Mlm ni adik2 dan adik2 ipar berkumpul kat rumah.. ramai2 buat bbq.. too bad adik lelaki tak dapat join.. memang best sekali sekala buat bbq kat depan rumah sebelah porch kereta.. huhu..

sure fine whatever
Rinn

No comments:

Post a Comment