Weekend yang lalu (21-23 Nov) aktiviti aku agak packed. Bermula dari Khamis lagi aku dah bercuti sebab mak dan adik2 akan sampai dari Utara utk sama-sama meraikan konvokesyen adik bongsu aku kat Dewan Seri Budiman. Tak sangka pulak aku akan masuk lagi ke dewan ini lagi :) huhu nostalgia.
Jumaat tu memang khusus utk meraikan adik yang terima diploma pada sidang kedua. nama dia hurup S so dok dlm list terakhir. Alhamdulilah semua berjalan lancar. aku siap beli kamera baru utk bergambar sakan jumaat tu. Kamera canon aku dah wasalam, kali ni aku guna Nikon coolpix.
Malamnya kawan adik yg kami tumpang bermalam tu bawak makan satay kajang. balik tu memang terus pengsan. The next morning aku dihantar pulang ke Putrajaya. Alhamdulillah sampai awai, sempat la aku rehat2. Menjelang tengahari Sabtu tu aku rasa cukup sihat utk join jemari seni nyer makan2. Terbayang2 laksa memanggil manggil hehe. Terima kasih kak yah sbb sudi fetch saya kat Komuter UKM sabtu lepas :) Masa sampai tu ramai dah berkumpul kat dalam. Aku tengok wakil gengkicap pun dah ada.. Dapatla aku amik by hand 'Kebun Mimpi' yang aku dah order last week.
Terima kasih Jemari Seni. Terima kasih Lili sudi tumpangkan balik sampai stesen komuter UKM. Masa balik tu komuter memang packed. Jenuh menyelit nyelit nak kuar kat stesen Bandar tasik selatan tu. Aku menapak lenggang kangkong ke ERL tu sampai2 tengok lagi seminit tren sampai. Dah tu org kat kaunter takder pulak. Jenoh ngorek duit RM5. Dalam masa under 1minit aku beli tiket dah memecut Platform sbb tren dah kelihatan masuk ke platform. Ntah la bergegar Platform tu masa aku lari. hehe. masa dok kat dalam erl tu aku bernafas dah macam tak cukup oksigen, peluh merambu rambu. Org kat depan aku tu dah peluk beg dan tengok aku semacam. hehe.. udah rupa penyamun lah kot aku masa tu.
Nasib baik la esok paginya aku tak rasa sengal2 badan akibat remebesan asid laktik yang berlebihan. Dalam pukul 10pagi aku dah ngadap Sue yg janji nak jumpa aku kat Alamanda. Dah lama kitorang tak borak2. Banyak pulak aku mengangkut novel2 yang dia pesan dan juga DVD Grey's Anatomy Season 4 yang dia tak sabar2 nak tengok :) Sempat gak aku gi cuci gambar2 adik grad. The next day tu aku exam pulak kat KL. Sempat la gi puduraya beli tiket raya haji dan pegi service keta kat Dengkil. Phewww!
Ni aku up kan gambar2 masa kat jemari seni :)
sure fine whatever
rinn