Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Siti Rosmizah |
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2008
isbn: 9789833669653
Harga RM19.90
583 mukasurat
"Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yg membakar mengeringkan
Segala keindahan yg penuh kepalsuan"
Secara keseluruhan novel ini membawa kisah sedih. Kalau ada kegembiraan pun agak kurang menyerlah kerana bagi saya kekejaman Syed Aizril tu sangat melampau sehingga sukar dilupakan, tapi berulang kali Aleya tu memaafkan suaminya. Aku plak yg jadi geram.
Rasanya banyak air dlm citer nih.. hehe air mata campur air hujan, so universe 'Andai Itu TakdirNya' adalah sangat banyak air. :)
Kekuatan novel ini adalah pada scene2 sedih yg mencengkam perasaan dan meraih simpati pembaca pada watak Aleya yg teraniaya.
Nama2 company dlm novel ni semua guna 2 hurup saja, contoh macam, AA, SA, FA, RR.
yg penting aku (dan sesiapa saja) memang geram dengan kekejaman Syed Aizril hingga membuat aku rasa dia lelaki jahat yg tk sepatutnya mendapat kasih sejati dari sesiapapun. Dia mencederakan Aleya secara fizikal dan dengan niat membunuh. Dia paling dendam dgn Aleya kerana memalukan dia tentang assignment masa belajar dulu dan juga kerana Aleya dirasakan telah memerangkap dia sehingga mereka dipaksa berkahwin demi menjaga nama baik keluarga dan reputasi syarikat. Syed Aizril dan keluarga terus merancang mengahwinkan dia dgn sepupunya Lin kerana diorang semua benci Aleya. DAri hari pertama berkahwin Aleya sudah membiarkan diri didera malah dia dirogol dan dibuang di tepi jalan dan kemudian dia ngandung. masa dia sarat ngandung tu la dia kena sepak terajang ngan Syed Aizril.Syed Aizril telah melafazkan taklik bahawa sebaik saja dia menikah dgn Lin, talak satu jatuh.
Kemalangan yg menimpa Syed Azril sebelum pernikahannya dgn Lin telah menginsafkan Syed Aizril dan merayu Aleya kembali sbg isterinya. Aleya keberatan, tetapi apabila mengetahui dia ada ketumbuhan otak, dia kembali kpd keluarga Zril yg sudah mahu menerimanya dgn hati terbuka. Masa tu Aleya sudah melahirkan Dania dan Danish tapi Danish meninggal dunia kerana jantung berlubang. Dia tak mahu Dania keseorgan bila dia mati nanti.
Syed Aizril makin sembuh sejak dijaga Aleya dan kasih mereka semakin kuat. Namun baran Syed Aizril masih ada dan conflict timbul. Disebabkan conflict itu Syed Aizril mempergunakan Lin utk diperisterikan. Mana pergi kesemua keinsafan dia selama ini. n then biler dia rayu Aleya kembali lepas Aleya dibedah sbb ketumbuhan otak tu memang dah tak ada simpati dah utk watak Syed aizril ni sbb mcm dah insaf seperti mula2 tadi tapi walaupun cerita ini happy ending, bila menutup buku ini, rasa puas tu tak ada sangat sebab saya seperti merasakan bila2 masa saja Syed Azril akan datang barannya dan Aleya akan makan hati. baran Syed Azril masih ada, masa dia marah Lin tu kan dia cekik Lin mcm dia cekik Aleya dulu. Nanti bila2 kalau dia salah faham dgn Aleya lagi, tak mustahil dia akan cekik Aleya lagi. Watak Lin yg dimatikan di hujung cerita terasa agak drastik.
Mcm citer hindustan pun ada gak citer ni :) mesti org yg suka citer jiwang-sedih seronok layan kisah air mata macam ni... masa hero heroin yg hensem dan cantik jelita sedih mesti ada kilat sabung menyabung dan hujan lebat menyimbah bumi dan mereka basah dlm air mata dan dalam hujan.
Tapi ada beberapa scene yg seperti boleh dipersoalkan lah, contoh macam peristiwa Syed Azril dimalukan Aleya di taman pasai assignment diorang (masa tu blum hantar lagi) tu dikatakan berlaku sebulan sebelum mereka balik ke Malaysia dan masa Aleya pulang ke Malaysia tu ada disebut Aleya mengenali Syed Aizril dari semester pertama sehingga hari konvokesyen. Dlm tempoh sebulan tu lah, Zril present paper kat lecturer, exam terakhir dan konvo, sempat ke? Kadang2 benda2 kecil mcm ni (biasanya dlm movie or tvseries dipanggil 'nitpick') selalu terlepas pandang.
tak sampai 2 minggu lepas pembedahan otak Aleya sudah bleh jalan balik rumah.
kegeraman pada kisah ini mengingatkan aku pada kegeraman aku membaca kisah Kasih Untukmu karya Arn Faisal. Mungkin kalau korang suka AIT, korang akan suka Kasih Utkmu :) sempat lagi rekemen buku. huhu... rasanya aku kurang suka kisah lelaki yg mendera isteri secara fizikal kot. hmmm...
Syed Aizril spt tak berusaha menyenangkan hati isterinya dgn menjauhi satu2nya punca sakit hati Aleya iaitu Lin. Dia terus melayan kerenah Lin walaupun sudah byk kali Lin tu buat hal.
Sepanjang tempoh dia berbaik dgn Aleya dia tk berusaha langsung merapatkan semula Aleya dgn ibunya di kampung. Aleya dibuang keluarga lepas ditangkap basah dgn Syed Aizril. Scene2 intim diceritakan dengan berhemah dlm novel ini. yer la.. kebelakangan ni kan novel2 melayu makin berani menceritakan scene2 intim dgn terperinci.
Lepas ni mari kita baca Cinta Kau dan Aku pulak ye? hehe
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb:
"Jangan salah faham, Puan Sri. Kemaafan yg diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yg pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu takdirNya, dia akan menempuhinya dgn tabah dan sabar. Apa yg penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yg penuh dgn onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dlm hidupku. Andai itu takdirNya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu utk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil"
----------
Umpama mimpi dlm mimpi, itulah perkataan yg tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yg suka berimaginasi hingga terbawa dlm mimpi? Rasanya tidak, kerjaya sbg seorg peguam yg segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya utk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yg sama. Bermula dgn pengenalan certia pada mlm pertama diikut dgn babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah menjadi seorg penulis, satu bidang yg begitu berlawanan dgn apa yg saya praktikkan sekarang. Dgn sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan2 saya akhirnya melihat dari satu sudut yg positif, segala yg terjadi atas kehendak yg Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur utk saya tetapi satu anugerah dari Nya.
~siti rosmizah~
baca ulasan kak rin je dah rasa geram... camne ni!!
ReplyDeletesaye dh bace...
ReplyDeletemmg menarik..
xsilap saye novel nie menang novel terbaek..
xpasti la betul ke x..tp klu ye pon..mmg layak novel nie menang..
kisah Aleya yg sememangnya menyayat hati..
kisah ketulusan n ketelusan hati budi Aleya yg luhur..
kisah kekerasan Ego Syed Aizril yg tinggi..
so totaly menarik..
novel pertame siti rosmiza pon menarik gak..
"cinta kau dan aku"
ye ke? utk betul-betul menghayati kegeraman sambil membaca tu, bleh ar baca citer ni. hehe. kiter ingat misscun dah baca dah.
ReplyDeletehaa'ah la.. novel ni telah memenangi novel paling popular berita harian.
ReplyDeletenampaknya memang ramai suka kisah wanita seperti Aleya dan lelaki yg mulanya jahat tapi akhirnya berubah menjadi baik dan penyayang seperti Syed Aizril. Sekarang ni kan makin banyak novel didrama kan.. manatau citer ni plak lepas ni :) hehe..
err wan, cerita Cinta Kau dan Aku tu adalah karya kedua Siti Rosmizah. "Andai Itu Takdirnya" adalah karya pertama beliau. ntah2 tak lama lagi kuar la karya dia yg ketiga.
kak sofia dah baca novel ni 2 kali rinn..
ReplyDeletememang best sangat2.. sedih dengan kehidupan Aleya dari sebagai seorang gadis pelajar, isteri dan ibu..
hidupnya sentiasa dalam kesedihan.. sentiasa berdepan dengan keegoan suami sendiri dan diganggu perasaan oleh
sepupu syed aizril, sharifah emilin yg sentiasa mengada dan mengoda suaminya..ishhh geram dengan si emilin tu..
bermacam macam peristiwa sedih yang dilalui oleh Aleya..memang dia seorang isteri yang kuat dan tabah..
di akhir cerita memang seronoklah.. akhirnya aleya dan syed aizril melalui bersama saat2 bahagia kehidupan mereka
seronok sangat..bila dah habis baca novel tu, kita macam rasa rindu dan nak tahu lagi kehidupan mereka seterusnya..
best sangat2.. rugi siapa tak baca.. sebab tu bagi 5 bintang tu...
tulah.. sedih betul hidup sorang Aleya.
ReplyDeleteSharifah Emilin tu watak yg sering muncul dlm novel2 melayu sekarang ni. Emilin wanita yg sangat bersemangat waja dan tidak akan berputus asa sehingga dapat hero yg gerenti dia takkan dapat tu.
kak sofia, ada ker ura2 penulis nak sambung cerita ni? nak jugak tau perkembangan hidup Aleya di samping Syed Aizril dan 3 anak diorang tu.. tiap kali beranak mesti kembar. jenuh ar Aleya nak jaga anak2 dia kalau beranak lagi. huhu... nasib baik mak mertua dia baik.
ahahahaaa...lawak lah rinn ni...
ReplyDeletedah penulis yang buat cerita asal beranak je kembar, asal beranak je kembar...
nak buat mcm mana...tapi seronok lah kalau memang betul2 kan...
ha`ah mak mertua dia pun dan baik, awalnya jahat jugak...
kak sofia pun cadang macam tu jugak, mintak penulis sambung
Andai Itu Takdirnya 2.. menceritakan tentang kebahagian hidup
Syed Aizril & Aleya dan cabaran mereka membesarkan anak2.
Rinn novel cinta kau dan aku tu bagus tak? rinn mesti dah baca kan...
ha'ah comel la anak kembar... tapi yg beranak tu la kesian, jenoh wo nak jaga. Sorang pun pening pala nak handle, ni kan sekali mai dua! Uish teringat pulak kat azah, mama comel beranak kembar hero2 dan sedang pregnant sekarang ni.. apa khabar agk nya ye? dia pun suka bebenor ngan AIT nih. nanti kena contact dia lah sbb dah teringat-ingat pulak hehe. keluar tajuk pulok!
ReplyDeletecabaran membesarkan anak2 dan cabaran org lain dok ngorat Syed Aizril ngan Aleya tu... kan diorang tu lawa2 org nya.
Cinta Kau dan Aku saya baca tak abih lagi la kak. :) tapi hero heroin dia pun lawa2 hensem2, putih melepak, comel lote. Heroin plan chantek nak kawin olok2 ngan org lain skali terkawin betul2 ngan org lain. haha.
hehee..memang lah kuat cabarannya tu Rinn jaga dua orang baby dalam satu masa
ReplyDeletetapi bersyukurlah itu adalah ketentuan Allah Maha Pencipta kan...
iya contac, jgn tak contact..
ha`ah sambung cerita bagi lagi best.. tapi jangan bagi ujian kuat sangatlah pada
Syed Aizril ngan Aleya, dah seronok baca dia orang tu hidup bahagia, teruskan
meneroka kebahagian mereka cuma bagi cabaran lebih je untuk menunjukkan
betapa berharganya nilai kasih sayang seorang isteri, apabilia SA (Syed Aizril)
mengetahui dan melihat betapa Aleya mempunyai perasaan kasih dan yang tulus
khlas yang tinggi menjaga ibu SA yang terlantar sakit ke..tunjukkan kemurnian
jiwa Aleya..dan SA pula sentiasa menyesal atas sikap dia terhadap Aleya
sebelum ni.. ceritakan bagaimana SA terus berubah menjadi suami yang lebih
baik, beriman dan berusaha sentiasa mendekati agama dgn selalu menghadiri
kelas2 agama di masjid kawasan rumah mereka, membantu anak2 yatim,
menganjurkan aktiviti2 agama lah..yang sebelum ini dia tidak nampak segala
usaha2 kebaikan seperti itu.. maknanya dia lebih mendekati agama dia lah
setelah insaf dgn segala perangai buruk yang pernah dia lakukan sebelum ni..
lebihkan nilai2 islam di akhir cerita tapi mereka terus bahagia.. ehhh panjang
bebenor lah pulak..sedap pulak nak buat cerita.. ahahahaaa....
Cinta kau dan aku.. macam tak menarik minat Rinn jerr..kalau menarik mesti
dah habis baca tu.. huhuuuu...wah sampai boleh membayangkan sifat2 yang
ada pada hero dan heroin tu ye..mcm bestlah pulak..nntilah bila ada masa
gi bookstore bolehlah intai2 sbb sekarang ni pun kak sofia dah kurang sikit
baca novel, bacalah jugak..tapi lebih kpd buku2 agama..Rinn novel terbaru
RAM apa ye? Thanks Rinn...c u again ye...
ha'ah, saya pun teringin nak baca part yg betul menunjukkan perubahan Syed Aizril. Aleya tu dah ok, dia memang wanita yg sgt baik.
ReplyDeleteAla kak weekend2 ni adik2 saya dtg rumah, bawak anak buah, mak saya pun ada sini.. takkan la saya nak tercongok baca buku.. huhu lgpun satgi nak gi service keta. Memang busy sikit weekend ni. nipun entah2 minggu depan baru saya dapat update review2 baru. sekarang ni nak online seminggu sekali pun susah.
Novel terbaru RAM mestilah MIKHAIL! hehe..
nangis je la.... hahaha..
ReplyDeletecun lum g beli novel dia kak rin.
ReplyDeletecun tunggu pesta alaf hehehe
cerita ni best. bg sy agak menarik jalan ceritanya. masa baca tu t'bwk2 jgklah emosi. geram betul dgn sikap hot temper & ego si Zril tu. dia mmg suka Aleya tp tak nak ngaku. part yang paling menyanyat hati time anaknya Danish meninggal. ketabahan Aleya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu mmg satu watak yang betul2 menyentuh hati pembaca. byk penderitaan yang t'paksa dia t'gung krn Syed Aizril. sebyk mana pun dia t'luka krn Syed Aizril namun lelaki itulah yg di cintainya. dr situ kita fhm tulusnya cinta Aleya t'hdp Syed Aizril meskipun dah b'kali-kali di lukai. harga yg t'paksa dia byr bila jatuh cinta dgn lelaki ego spt Syed Aizril. tak rugi baca novel ni. mmg patut novel ni best seller. ini adalah antara novel yang jd favourite selain dari Bicara Hati, Semusim Rindu, Kasih Antara Kita, Ombak Rindu, Pergilah Sepi, Cahaya Kasih, Sehangat Asmara & byk lagilah.
ReplyDeleteyup betul..sory tersalah..
ReplyDeletenovel pertama dia mmg Andai Itu Takakdirnya..
Hai Rinn
ReplyDeleteBuku ni best banget. Buku ni boleh buat saya jadi biul bermain dgn emosi. Marah pada sikap zalim Syed Azril, sedih pada kepayahan hidup Aleya (menangis sampai bengkak mataku). Tapi suka pada happy endingnya. Tahniah untuk Siti Rosmizah
sebenarnya saya geram gak ngan Aleya ni yg setia cintanya pada lelaki mcm Syed Azril.
ReplyDeleteMemang kesian kat Aleya la dlm citer ni. Masa Syed Azril lumpuh tu ada gak la kesian kat dia.. tapi bila dia mcm mengulang balik kesilapan lalu, rasanya abih ilang rasa kesian, memang bagus la dia kena teruk2 sikit, barula rasa mcm Aleya tu selamat. hehe. Biler fikir balik rasanya lagi baik citer ni tak sambung, kalau tak mesti ada lagi kejadian2 yg menggeramkan yg dibuat Syed Aizril kat Aleya tu.
ReplyDeleteBenciiiiiiiii...hampeh punyer jantan! camnerlah c Aleya tuh kc chance byk kali kat mamat tuh...eiii x kuasa tol ler..muke hansem tp perangai cam setan..patut c umi tuh histeria bila Aleya nak baik ngan suami dia tuh..sekali kene dera..boleh maap lagik yg ke 2...selamat tinggal ler romeo..cinta aleya pada mamat nih..entahler..saya x sokong...
ReplyDeletetulah.. saya tak puas hati gak ngan Aleya yg dah kena blasah byk kali pun nak setia lagi kat mamat tu. Tak mustahil perkara tu akan berulang. apa2 pun bawak2 bersabar. Amik b complex secara berterusan selama seminggu. hehe.
ReplyDeleteCerita yg 'hidup' blh buat emosi tercabar, terganggu, tersentuh dan byk ter.. lagi. Best
ReplyDeletewah...byk nyer komen...igt nk bgi 5 bntang tpi memikirkn kkejaman syed aizril pd aleya x jdiklah...lagipun syed aizril nie x romantik la...kalu rmantik lg best...satu lagi,lgi best kalau masa Aizril kemalgn,aleya yg jaga dia dan lama2 dia mula jth cnta kat aleya melihat kebaikan aleya..kalau dia terus berbaik ngan aleya,mna pergi ego dia selama nie???
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekak rinn,,
saye suke sangat citer ni..
tapi, saye ade masalah skit ni..
blh saye nak email kak rinn??
yang ni email saye.. rabiatul_5672@yahoo.com
tolong reply ikut email saye yer..please...
time kacih..
sabar syz sabar, emo pulak. hehe.
ReplyDeleteuik? masalah? kalau masalah berkaitan citer ni how can i help plak ke? musykil2. :) nanti i PM u ya? thanks for dropping by yer rubiey
ReplyDeleteye lah..ter emo la plk..nk wt cm mna tersgt skit ati...hehe
ReplyDeleteSangat suka ni n0veL !! <3
ReplyDeleteterbaik buku nie..blum bce dh nangis..btpa sy mghyati kisah dalam novel ini..<3 apepepon mmg trbaiklh
ReplyDelete