1. SAKSI CINTA
Penulis: Wana Amani
Halaman: 488
Harga: RM18.00
ISBN: 978-983-124-457-9
Sinopsis:
MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.
Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.
Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?
Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...
------------------
2. BEBUNGA KASIH
Harga: RM19.90
Penulis: Hani Fazuha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-462-3
Sinopsis:
DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?
-----------------------
3. JIWA MERINDU
Penulis: Erin Zehana
Halaman: 424
Harga: RM17.00
ISBN: 978-983-124-469-2
Sinopsis:
PERTEMUAN semula dengan Luqman benarbenar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.
Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.
Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.
waaaaaa...
ReplyDeleteHani Fazuha de novel baru
yer.. novel first dia kita dah baca. citer kawin paksa kan? yg 2nd ni tak tau la apa kisah nyer pulak :)
ReplyDeleterinn yang kedua ni lg best dr yg 1st. kisah Dya yg jd mangsa rogol abang dia sendiri. bkn sekali dia kena b'kali-kali even lps dia dah kawin dgn Zarif pun abg dia tu msh lg buat dajal sampai dia mengandung. bila dpt tahu Dya mengandung, Zarif frust sbb selama dia org kawin mrk tak b'sama pun. Zarif ni sebnrnya cintakan Dya dr sekolah lg tp tak luahkan sbb dia igt Dya ni sombong jd bila npk Dya je dia mesti buat Dya sakit hati sampai ada sekali tu Dya tampar Zarif & phk sekolah report dkt bapak Dya and then Dya di htr ke kg. Zarif ni mmg tangkap cintan dgn Dya hingga dia tak boleh nak terima girl lain dlm hdp dia. tak rugi klu beli.
ReplyDeleteooooo alamakkkk
ReplyDeletecam sadis je cik acliffqaisy?
msk list r ni hehe
dah baca Gerimis Rindu dr Meen Zulaika..? yg ni pun best. kali ni byk ulasan ttg hubungan Tim & Li. watah Seth dr Ksh Yg Suci pun ada tp tak byk rupanya Seth Dgn Tim tu b'saudara. novel ni sebnrnya ksh Ailani & Fatimi. dr benci jd cinta. t'hibur baca novel ni.
ReplyDeleteReview utk novel yg br hbs baca.
ReplyDeleteAiris Cinta dr FP - ksh ttg Dewi yg t'lalu setia dgn cinta. p'gunaan bahasa pun simple sng nak fhm tak perlu nak perah otak. kesian jgk dgn nasib Dewi asyik dpt bf yg kaki kelentong. tp geram gak dah tau bf dia ada psg spare part dia bantai setia tak ingat gak. overall mmg best.
Dgn Sepenuh Hati dr FP - ksh ttg Asyqah dgn Harris. dia org ni b'kwn baik dr sekolah lg. si Harris ni kat sekolah org panggil ketua samseng sbb dia suka buat hal & sbb tu ramai yg bg amaran dkt Asyqah supaya jgn b'kwn dgn Harris takut Asyqah pun turut jd jahat tp Asyqah tak peduli sbb dia tau Harris tu baik. jln ceritanya biasa je tp m'hiburkan. pembacaan pun santai. p'gunaan bahasa pun sempoi. ada unsur2 komedi skit.
Candelier Cintaku dr Fajar Pakeer - agak menarik. Farisya yg m'bawa diri ke KL krn malu bila hubungan songsangnya di ketahui org kg. dia jd setiausaha Mudaritz. si Mudaritz ni mamat yg anti pempuan sbb ksh silam ayah dgn arwah ibu dia. Farisya sering jd tempat dia lps geram tp bila org tu dah tak ada pandai pulak dia igt anak dara org. Mudaritz ni ada kakak kembar Mardiah. rupanya Mardiah ni la bf Farisya yg masa tu m'gunakan nama Ariel. best la. jln cerita pun sempoi tak memberatkan otak utk b'fikir. bg yg suka Novel santai boleh la msk list.
Takkan B'henti Mencintai mu dr FP - novel ni agak berat skit. mula2 baca mmg confius tp bila dah sampai tgh2 br fhm skit2. bukunya tebal tak ingat.
lupa nak add Street Vandeta dr BP - tak rugi beli novel ni. kshnya ttg Anabella & Koji. dia org ni b'temu bila Koji dtg nak tarik keta Anabella. mcm2 Anabella buat utk lari dr Koji. si Koji ni pulak jenis lembut hati tak psl2 buta-buta kena main dgn si Anabella. part yg klakar time makcik telangka tumpang dia org. yang kelakarnya Anabella t'kejut bila t'pandangkan makcik yg duduk kat sit blakang dgn rambut mengurai. orang tu terus bantai baca ayat quran lintang pukang. si Koji ni mula2 blur bila Anabella tiba-tiba bc ayat Quran tp bila Anabella bg tau dia tak percaya so utk kepastian dia tgk belakang apalagi dia pun sama kecut perut. rupa2nya hantu yg tumpang dia. imagine mcm mana Anabella & Koji b'dpn dgn situasi tu nak tak nak dia kena jgk htr makcik tu ke rumah dia. bila sampai makcik tu siap ajak singgah tp nak mampus. lps je makcik tu turun terus je dia pecut kereta. mmg lawak citer ni. dah tiga kali baca. bila baca buku ni saya siap ketawa sorang2 sampai my sister ckp sy tak betul sbb baca buku pun blh ketawa.
ReplyDeletehmm makin ramai penulis makin suka menjadikan mangsa rogol sbg heroin novel mereka. kan? Insyallah ada kesempatan nanti nak juga saya baca novel kedua hani fauzha ni. :)
ReplyDeletehehe, airina suka citer sadis ke? hmmm kena cuba baca "Yang Tak Terluah" dan "Gerhana Hati Lara" terbitan kaki novel, kot2 la cukup sadis utk airina :)
ReplyDeleteUih banyak nyer acliffqaisy baca buku baru!!! kiter ni tengah marathon nak abiskan buku2 yg tersadai kat rak sebab dah tak sabar nak bli buku baru. hehe. ha chandellier cintaku tu mcm best jer :) nanti bleh ar cari.
ReplyDeletebuku meen zulaikha ni memang wajib nak baca :)
ReplyDeleteStreet Vendetta kiter dpt hadiah besdei!! hehe.. baru nak bukak plastik ni. Lepas baca 'Sakti Cinta' tadi, teringin pulak nak baca street vendetta yg juga karya anita aruszi. thanks acliffqaisy, ni kiter baru nak baca nih.
ReplyDeletetpi krg best la sbb dya tu dh x suci lg dah...ermmm sedih la ctr cam nie..smpai mgandung plk tu..tntg cnta Zarif kat Dya tu mmg best la..sbb Zarif x tnjuk sgt dia ska kat Dya..
ReplyDeletesya bca bebunga kasih dlm satu hari je. sya bru minat bca novel so impossible dpt bca satu hari. sya asyik menangis je bca bku ni. nasib baik ending dye best. ada sesape bca jiwa merindu? sya xsure nk beli or not
ReplyDeleteJiwa Merindu agak membosankan. dr mula sampai last xde yg boleh buat sy t'tarik. i dont know why..!! cerita yg cuba di garapkan biasa2 je.. m'kin penulis ni msh br kot..!! sorry sgt2..!!
ReplyDeletehalamak syadah, akak dua2 tu tak baca lagi. esok ingat nak gi alaf... bleh ar borong buku baru :)
ReplyDeleteowh ada yg dah baca ek? laju nya...
ReplyDeleteesok bleh ar browsing buku baru alaf & buku prima :)
yeke membosankan? review awk tu, terima kasih...
ReplyDeleteada sesapa boleh recommend novel yg best? sya bru minat bca novel so teringin nk bca novel lg. bku dr rose harissa sya udah abis. seriously, rose harissa buat best gile! plg fav, mybe berikan cintamu. hehe.
ReplyDeletekalau shadah nak cari genre yg sama ngan berikan cintamu, boleh klik kat tags 'kawan jadi kekasih'. ada jugak la review yg terlupa nak tag. tapi setakat nak cari tu bulehla.. tak sempat lagi nak kemas kini posting lama2. bleh gak cari jer review yg mana rasa berkenan :) macam menjual lah pulak.
ReplyDelete