Wednesday, October 21, 2009

Taman Negara 2009 (part 3)




Petang 18/10/2009

 


Sesi petang tu memang aku dah kepenatan. Sakit kaki, sakit badan semua ada... haha tu la tak prepare body sebelum ke tempat aktiviti camnih. tapi tak per, sakit cari sendiri.

 


Lepas makan tengah hari, kitorang naik bot lagi dan kemudian berjalan sejauh 800m untuk sampai ke Lubuk Simpon.

 


Masa smpai tu ujan rintik2 tapi then terus berenti jer. Dapat la kitorang meninjau sekitar tebing sungai. Sapa pun takmo mandi. Aku dah letih, dah tak larat nak buat kuak lentang kuak kupu2 semua.

 


Pemandangan kat situ memang sejuk mata memandang. Reminds me of kampung tempat aku dilahirkan tapi sungai2 kat situ dah tak mcm ni... sedih betul.

 


Petang tu lepas balik dari Lubuk simpon, aku gi cari souvenior. Mehei!!! aku bli gak ler t-shirt utk diri sendiri dan buttons utk adik aku. Aini bagi button extra satu, so ada la satu utk diri sendiri :). TQ :)

 


Malam tu lepas makan malam aku habiskan set ubat-ubatan aku. Memang berpinar semacam. Tido pun mcm pengsan.

 


Esoknya lepas breakfast roti canai, kitorang bertolak balik dan sempat singgah makan kat Kedai Ali Tomyam. Memang sedap giler makan, tambah2 pulak memang tengah lapaq.

 


Lepas dah makan tu baru la kitorang balik ke rumah masing2. Mulanya aku plan dah tido ja sbb dah letih, tapi biler dah sampai tu aku terus kemas2 rumah dan basuh kain baju dlm beg tu sebab mak aku nak sampai petang tu jugak. Bukannya apa, kalau mak aku sampai kang nanti jenuh letih dia basuh kain baju aku, dah la aku basuh guna manpower bukan guna mesen. Kalau aku larang pun bukannya dia nak dengar.

 


Best giler lepas letih2 bleh bermanja ngan mak. hawr hawr hawr.

 


sure fine whatever
rinn


 

kos yg bayar hari tu RM250, ni kira termasuk kos penginapan, aktiviti, makan, minyak keta, tol dan jajan.

kalau kos chalet brapa, pakej semua tu saya tak tau la pulak, sbb bayar ikut yg diorang mintak jer.. saya tak banyak tanya lah pulok. huhu...

 

 



2 comments:

  1. bukan senang nak capture peah yg versi keibuan camni.. kalau tak muka brutal jer dia.

    ReplyDelete