Wednesday, March 28, 2012

Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Liar

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Muliati Abdul
Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Liar
Penulis: Muliati Abdul
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18
Sabah/Sarawak: RM21.00
431 mukasurat
9789675067938


"Aku bukan Hawa yang diciptakan utk Adam.
Aku hanya Kamilia. Tapi tidak salahkan,
kalau kali ini Kamilia diciptakan utk Adam?


Kisah zaman sekolah yang telah lama dittinggalkan menyebabkan Adam Ahmad lupa pada Kamilia Si Kambing Liar yang sering diusiknya di zaman sekolah. SEmangat nya melayang sehingga pengsan ketika itu apabila si Kambing Liar lah yang menyelamatkan nyawanya ketika lemas di kolam. Pengsan black out si Ikan Buntal tu bila tau Kambing Liar yg bagi cpr kat dia.


Pertemuan semula sepuluh tahun kemudian... Mereka saling tidak mengenali kerana kedua-duanya berubah 100% dari keadaan dulu. Adam Ahmad merupakan jejaka pujaan wanita, manakala Kamilia pula cintanya diburu doktor Khairyzan. Pertemuan demi pertemuan telah menimbulkan persepsi buruk Adam Ahmad terhadap Kamilia. Jiwanya bertambah serabut apabila ibu dikampung telah menguruskan pertunangannya dengan si Kambing Liar. Disebabkan Kambing Liar pernah bagi CPR kat dia, maka dia terpaksa berkahwin dengan Kambing Liar? Adam Ahmad mula membina strategi untuk meleraikan ikatan pertunangan tanpa kerelaannya.


Kamilia pula menyangka pertunangannya dengan si Ikan Buntal telah mendapat persetujuan tuan punya badan. Ibu si Ikan Buntal sudah memberi confirmation yang sangat meyakinkan.


Kisah ini lebih kepada kisah komedi ringan yang mencuit hati. Kisah dari zaman skolah PMR membawa ke zaman dewasa memang comel. Walaupun kisah Dr Khairyzan yang memburu cinta Kamilia kelihatan memberatkan sedikit kisah ini namun Dr. Khairyzan adalah watak yang menggegarkan perasaan Adam Ahmad. Lagi cemburunya membara bila sahabat baik sendiri menaruh hati pada tunangannya.


Lawak la part Adam tu sampai pengsan dan muntah2 tengok darah.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku


Ikan Buntal bulat. Sudahlah bulat, jauh sekali sekacak Nabi Yusof A.S Tidak ada yg istimewa melainkan NAKALNYA yang nauzubillah! Tapi jgn terkejut, si Ikan Buntal ini ramai peminat. Kambing Liar bau seperti kambing gurun. Suka marah-marah. Cermin mata dia BESAR mengalahkan makcik-makcik. Kerjanya cuma menghadap buku. Anak emas sekolah lah katakan. Tapi itu semua kisah sepuluh tahun yg lalu. Bertahun-tahun terpisah akhirnya mereka bertemu semula. Tambah parah bila ada hasrat utk melihat mereka berdua disatukan. Musuh tradisi bakal bersatu? Umpama mimpi di dalam mimpi.


Terlalu banyak cerita yg tersimpul dan kusut sejak dulu lagi yg berlarutan hingga kini. Tapi siapa berani merungkai kalau kedua-duanya punya ego setinggi langit tua? Yg seorg penuh dgn rasa curiga. Yg seorg keras kepala. Lalu terjadilah isu SMS yg berbunyi begini:


"Awak dah buat hidup saya mcm roller coaster.
Esok saya akan jumpa awak. Kita putus tunang!"


Duhai Adam Ahmad dan Kamilia, sila selesaikan masalah anda berdua secepat mungkin ya! Jangan sampai melarat. Lagipun tidak elok susahkan hati org tua. Nanti hidup tidak berkat.

Semakin Rindu Semakin Sayang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Umaira Dzul Widad
Semakin Rindu Semakin Sayang
Penulis: Umaira Dzul Widad
Editor: Radiah Baharin & Norhafedah Jamiyil
Penerbit: Fajar Pakeer
RM22.90
Sabah /Sarawak : RM25.90


'Semakin dikenang, rindu tambah mendalam
Semakin dipandang, hati bertambah sayang'


Puteri Elisya menyintai Khyrul tapi pada masa yang sama dia jatuh hati pada Syahmi. Elis seperti menduakan Khyrul (walaupun Khyrul tu bukanlah jejaka pilihan terbaik sebagai suami). Elis tidak pasti dengan perasaan sendiri dan membiarkan Khyrul berharap. Khy tu memang bersungguh-sungguh nak kahwin dengan Elis tapi keadaan diri dia tu tak menunjukkan dia seorang lelaki yang sudah bersedia utk beristeri. Syahmi kelihatan lebih stabil dan bertanggungjawab walaupun tidak kaya raya.


Khy dari keluarga yg berstatus tinggi. Kadang2 ibu Khy seperti memperlekehkan status Elis yg bekerja menghantar bunga utk kedai ibunya. Sepupu Khy, Badri pun bencikan Elis kerana Elis menyebabkan Khy sudah jarang keluar bersuka ria dengannya. Syahmi lebih humble dan bertimbangrasa, malah pandai mengambil hati dan bergaul mesra dengan ibu dan nenek Elis. Tapi Syahmi ni plak, pergaulan dia dengan Zafira yang dikatakan sahabat rapat tu dah macam pasangan bercinta. Zafira terang terangan menaruh hati terhadap Syahmi tetapi Syahmi anggap dia sebagai kawan malah cuba pasangkan sahabat baiknya itu dengan pakciknya yg bujang terlajak. Lebih mengelirukan apabila Syahmi penah menyebut dia lebih rela kehilangan Elis sebagai kekasih daripada kehilangan Zafira sbg sahabat. Syahmi ni macam saja2 nak bagi harapan palsu kepada Zafira.


Kisah yang lebih menarik untuk dibongkar adalah rahsia perpisahan bonda dan ayah Elis, Maizurah dan Megat Fattah. Elis membesar tanpa kasih seorang bapa. Dia amat akrab dengan bonda dan neneknya. Meningkat dewasa, dia semakin ingin mengenali Megat Fattah. Maizurah merestui hasrat anak tersayang walaupun dia berat hati dan cuba menutup kesalahan Megat Fattah agar Elis tidak kecewa dengan kisah sebenar di sebalik perpisahan mereka dahulu.


Kalau Elis dah tak cintakan Khy, kenapa biarkan saja ibu dan ayahnya berjumpa dengan ibu dan ayah khy utk membincangkan hal perkahwinan, tambah-tambah pula kejadian ini adalah selepsa Elis dan Syahmi dibelasah samseng yg kamcing dengan Badri, sepupu Khy. Gila ngeri nak kawin dengan lelaki yang ada sepupu rapat yg beri pengajaran guna samseng kaki pukul.


Rasa mcam mudah sangat pula Maizuran beri peluang kedua kepada Megat Fattah. Kesalahan Megat Fattah terasa terlalu besar untuk diampunkan semudah itu. Tambah-tambah pula sikapnya tak banyak berubah dari masa mudanya dulu.


watak2 Elis, Khyrul dan syahmi kadang2 kelihatan tidak matang dan sangat kebudak-budakkan. tidak serius.


sure fine whatever
rinn



meRinnTis Blurb/sinopsis:




Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bagi saat cinta itu bakal disatukan dgn sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkan rindunya sudah kehilangan bisa?


"Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh hati pada Elis, tapi abang tak paksa Elis utk cintakan Abang."


"Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang."


Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindan di jiwa membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.


"Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni. Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali."


Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?

Lagu Cinta Buatmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaseh Qaisara
Lagu Cinta Buatmu
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
9789833880324
491 mukasurat


"Hati kian bernada bila cinta memenuhinya"


Cerita ni citer kawin paksa. Tema agak biasa, sebab2 yg agak biasa juga digunakan utk mengahwinkan dua watak utama cerita ini. Ada dialog2 menarik dan refreshing yg diselitkan penulis dan membuat kita tersenyum. Joke tak basi la. :)


Kisah ni tentang Anis dan Daniel. Daniel ni sepatutnya berkahwin dgn Nadia. Lagi dua minggu majlis, Nadia tarik diri. Daniel tu nampak sgt dia paling bara dgn kawan2 dia yg bersungguh2 pujuk dia kawin dgn Nadia tapi last2 Nadia buat hal. Demi maruah keluarga, Daniel setuju menerima Anis yg tidak pernah dikenalinya. Dia menganggap Anis sbg wira yg menyelamatkan maruahnya.


Anis terlalu sayangkan ibu tirinya dan tak sanggup mengecewakan harapan wanita itu. Perkahwinan itu diterima dgn hati terbuka. Anis ni beruntung, mak mertua dan kak ipar dia memang sah2 menyebelahi dia, kalau jadi apa2, memang teruk ar Daniel tu kena sbb diorang semua menghargai jasa Anis.


Masalah besar antara Anis dan Daniel ada komunikasi. Dua2 berat mulut. Anis tu tak berat mulut sgt, bila dgn org sekepala dgn dia, dia akan jadi riuh. Biler dpt mamat senyap sunyi mcm Daniel tu, rumah diorang pun jadi sunyi sepi lah jugak.


Diorang buat hal masing2. Hajat Anis nak mengenakan Daniel akhirnya terpantul ke batang hidung sendiri dan akhirnya mulalah kuar bunyi dalam rumah diorang. Walaupun bunyi macam nak gaduh, tapi meriah la sikit dari sebelum ni.


Seperti diduga, Nadia muncul kembali dan cuba memenangi hati Daniel. Tapi Daniel tu buat dek jer. NAdia bagi alasan nak uji Daniel, sbb tu dia buat keputusan meninggalkan Daniel dulu. Biler tengok Daniel mesra dan memanjakan Anis, NAdia jadi jeles pulak sbb sebelum ni Daniel tu stone jer, tak pernah nak melayan dia mcm tu. Daniel tu memang ngan sapa2 pun dia tak byk cakap. Tapi sejak mengenali Anis yg manja semacm tu, Daniel jadi spesis suka mengusik pulak.




sinopsis/blurb:


Dlm menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan utk meneruskan juga perkahwinan itu.


Anis terpaksa menjadi 'pak sanggup' apabila terpaksa menjadi pengganti pengantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.


2 minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yg ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yg dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. Sehinggalah satu kejadian yg memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.


Sikap Daniel yg dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit2 cinta kian bercambah dalam diri masing2. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yg mereka bina.


Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?

2x5

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
2x5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
500 mukasurat


"Terkini daripada penulis best-seller BAJU PENGANTIN MAK ANDAM."
"Seorang kecewa menonggeng. Seorg kecewa berguling. Seorg merentas Lebuh Raya Utara Selatan. Seorg terbang menyeberangi Laut China Selatan. Agak kalau seorg sudah kata sampai ke pusat angkasa ISS. Mahu seorang lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke tanah bulan!!!"


ni cerita replacement bride :) eh, dunia penulisan kita makin dirancakkan dengan cerita2 kahwin paksa dan 'love-hate' relationship. 2x5 turut menambah bilangan kepada genre itu dah pastinya nama Areila Sahimi sudah lebih dari cukup utk mendorong peminat2 novel melayu mencapai karya terbarunya ini yg juga merupakan enovel popular di blogspotnya.


Dalam karya keduanya ini, penulis kelihatan selesa melayarkan cerita romantik komedi dan memang mudah menarik hati pembaca dengan penceritaan begitu. Penulis juga sgt prihatin dengan tagline dan motto2 popular dalam iklan yg digunapakai dengan ton jenaka dalam karyanya. Kali ini karyanya lebih kemas dengan alunan cerita yg tidak meleret-leret. Walaupun kemunculan Sofea seperti sangat predictible tetapi ia tetap menarik utk kita meneruskan pembacaan kerana memang kita nak tau kenapa Sofea menghilangkan diri pada hari pernikahannya. Ada kisah tragic yg disembunyikan Sofea dan kita tertanya-tanya cukup kuatkah cinta Zaim pada Kirin untuk tidak jatuh cinta semula pada Sofea.


Zaim seperti sengaja menempah masalah apabila keluar dgn Sofea dan anaknya. Itu sudah lebih dari cukup untuk menimbulkan syak wasangka siapa saja, tambah2 Kirin. Kirin pulak seperti sengaja menimbulkan syak wasangka Zaim apabila melayan kehadiran bos Zaim, Johan Razi. Memang sesuai sangatlah tajuknya 2x5. Kalau nak tau apa jadi dari hasil peperangan Zaim ngan Kirin, jgn lupa baca citer nih. Sebahagian kisah ini boleh dibaca di blog beliau. Tapi kalau dah start baca tu, mestilah nak tau endingnya kan? :)


Penceritaan scene sedih tu kira menjadilah dan memang tangkap nangis. Tapi ada org kata aku memang senang tangkap nangis kebelakangan ni. haha... entah la.. tengok citer Karate Kid pun aku nangis! huhu...


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku


Seniman Agung Tan Sri P Ramlee pernah berpujangga... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.


Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yg mantap sahaja utk menjinakkannya.


Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.


Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yg halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya sofea dgn tiba2 mengganggu keharmonian rumah tangga yg dibina. Bila datang insan ke3 memang payah utk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.


Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yg hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan tidak berperasaan bgitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dgn duda beranak satu itu.


Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yg curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing2 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu boleh membawa padah...

Sunday, March 18, 2012

Bukan Pungguk Rindukan Bulan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Wanis Soffya
Bukan Pungguk Rindukan Bulan
Penulis: Wanis Soffya
Terbitan Kaki Novel Enterprise
317 mukasurat
RM17.00
Sabah/sarawak: RM20.00
9789675067945

"Kalau sudah ditakdir bersama, sampai masa, bulan sendiri akan mencari si pungguknya"


Kisah cinta remaja simanis 17, Balkis Batrisya ni sangat manis :) Bagi yang gemarkan kisah cinta remaja tentu saja akan enjoy kisah setebal 317 muka surat ini. Tiada isu yang dibiarkan tergantung dan disimpulkan dengan baik di akhir cerita. kisah yg membuat pembaca juga gembira :) Konflik kisah ini bukanlah baru malah mungkin boleh diteka permulaan, pertengahan dan penghujungnya namun Wanis Soffya menyampaikannya dengan caranya tersendiri. Penceritaannya kemas dan tidak meleret. Salah satu sebab mengapa aku suka buku2 yang nipis dan menarik :) Tapi tulah, heroinnya muda lagi, baru nak isi borang UPU.


Menutup buku ini buat aku ingin mencari karya pertama penulis ini yg bertajuk Cahaya Kasih Qaisara tetapi ending cerita itu membuatkan aku fikir balik nak baca ke tidak. :)


Kisah ini tentang Balkis Batrisya atau panggilan manjanya Cha. Dia seorang gadis yang ceria dan berani. Walaupun latar belakang kelahirannya membuat dia dipandang serong, dia cuba bersikap ceria dan bersyukur dikurniakan ibu saudara yang dianggap ibu kandung. Persahabatan yang dihiasi bunga2 kasih dengan Firdaus dirasakan tidak ke mana kerana ibu Firdaus yang bermulut murai tu sentiasa mengutuk2 Cha yang diumpamakan pungguk rindukan bulan apabila sering bersama Firdaus. Penghijrahan Firdaus menjarakkan persahabatan mereka dan mungkin itulah yang terbaik. Peristiwa sebuah kemalangan kecil menemukan Cha dengan Syahrain yang baru frust kerana pilihan hatinya bukan pilihan keluarganya. Syahrain cuba menjauhkan diri dari Tengku Julia yang sukar dibentuk dan lebih suka bergaya dan seksi. Free2 jer Syahrain kena tazkirah dengan kakaknya bila bawa Julia berjumpanya.


Pertemuan dengan sipenunggu keputusan SPM, Cha yang comel membuat Syahrain melupakan Tengku Julia sedikit demi sedikit. Apabila Cha mula membuka hatinya buat Syahrain, terbongkar pulak cerita sebenar mengenai dirinya. Dia dicari oleh ibu dan bapanya dan akhirnya ketemu. Rasanya terlalu mudah pula Tengku Zul dan Tengku Mariah menyerah kalah semasa mencari Balkis Batrisya dahulu. Takkan sekali cari saja dah mengalah. Kalau Balkis tu dibawa berpindah randah kot2 la susah nak cari. ni last2 lepas berbelas tahun jumpa balik di tempat yang sama. Ni lah padahnya cepat sangat percaya cakap orang seperti Cik Senah Murai.


Setelah mengetahui Tengku Julia adalah bekas kekasih Syahrain, Cha mula mengundurkan diri. dia tidak mahu dikatakan perampas kekasih kakak sendiri. Cha ada rancangan sendiri untuk mengeratkan semula hubungan Tengku Julia dan Syahrain. Tanpa diketahuinya Tengku Julia dan Syahrain ada rancangan yang jauh lebih baik ;)


sure fine whatever
rinn


meRinnTis Blurb/sinopsis


'Aku bukan pungguk rindukan bulan!!!'
Balkis Batrisya ingin menjerit untuk meluahkan rasa hati. Tapi... untuk apa? Melampiaskan marah? Pada siapa? Dia tidak tahu...


Kata orang langit tidak selalunya cerah, sesekali sampai masa mendung akan tiba jua. Bagi diri Balkis Batrisya pula langit hidupnya sering saja mendung, tiada cahaya, tiada juga harapan. Tapi siapa sangka? Langit yang sekian lama mendungi tu akhirnya cerah jua, malah bagaikan berlukisan bunga2an yang kian hari kian berkembang, putih bersih dan bercahaya. Semuanya bagaikan anugerah dgn kehadiran Syahrain sulaiman dalam hidupnya sebagai kekasih hati. Bagaikan telah terencana, kehdiran Syahrain Sulaiman telah merungkai banyak persoalan hidupnya yg suram menjadi ceria dan bahagia. Merenung ke langit mengharapkan cahaya pada mlm hari. Hatinya berbunga ceria tatkala terungkap rahsia diri yang sekali gus memberi jawapan yg pasti dia takkan menjadi seperti pungguk selamanya. ibu, bapa dan keluarga... akhirnya dia punya semuanya.


Namun, baru sahaja diulit bahagia, langit yang mendung kembali bertamu bersama halilintar yg merentap tangkai hatinya. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yg bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya, Tengku Julia yang baru dikenalinya, yg lebih dia sayangi kini. Tapi... sanggupkah dia melepaskan Syahrain Sulaiman? Mampukah dia menerima Syahrain Sulaiman sbg abg iparnya... dan relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lamanya itu?


Thursday, March 15, 2012

Merah Cinta Epal

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ridha Reewani
Merah Cinta Epal
Penulis: Ridha Reewani
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah / Sarawak: RM 21.00
373 mukasurat


Ekhmal lelaki kaya tapi sanggup mengejar sorng budak yg mencuri epalnya. Dia mampu bayar RM50,000 utk upah seorang gadis yg tak dikenali langsung sebagai tunangannya tapi epal yang tak sampai 50sen tu pun dia tak sanggup nak halal kan? Takkanlah Irdina tak terfikir semua tu. Ekhmal tu tak pa lah. dia ada agenda rahsia utk memiliki Irdina. Terasa mudah benar Irdina bersetuju dengan idea tiba-tiba seorg lelaki yg tidak dikenali. Mudah benar dia menurut.


Cerita ini dikisahkan dalam pergerakan yang laju. Bagi yang gemarkan kisah yang tidak drag, memang sesuailah baca kisah ni. ni bukan citer kahwin paksa tapi cerita tunang paksa :) Kehadiran Balqis dan Hasmir menambah rencah dalam 'pertunangan' mereka berdua. Hasmir tu mcm lalang. kalau dia berkawan dengan org baik, dia jadi baik, kalau dia berkawan dengan orang jahat, dia akan jadi jahat. Balqis, seorg wanita yang mementingkan kepuasan perasaan sendiri. Dia tak kisah kalau org lain terluka demi mencapai hasratnya. Balqis adalah watak hitam yang diputihkan di akhir cerita.


Bagi saya, kewujudan Isma menarik. Dia menjadi titik misteri cerita kerana sejarah kematian ibu dan bapa Irdina tidak didedahkan sejak awal. Isma menjadi kunci untuk membongkar kisah yang menjadi rahsia hidup nenek Irdina. Dendam Isma terhadap Irdina semakin lama semakin memuncak sehinggalah nenek Irdina sendiri terpaksa membuka rahsia demi mendamaikan dua saudara yang selama ini menyangka mereka adalah sebatang kara.


licik sungguh perancangan keluarga ibu Isma untuk memecah belahkan keluarga menantu yg tak direstui mereka. Diorang psyco cucu mereka sendiri melalui surat palsu dan jika plan mereka menjadi, keturunan menantu bukan pilihan itu akan kucar kacir dan pupus kerana dendam yg membawa maut.


sure fine whatever
rinn



meRinnTis Blurb/Sinopsis:


Sebiji epal merah menyatukan seorg gadis bernama Irdina yang sedang mencari pekerjaan dan seorg pemuda bernama Ekhmal yang tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga. Pertemuan dua insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain ini hampir membawa kedua-duanya ke gerbang perkahwinan tetapi dapat dihalang. Tanpa Irdina ketahui, pertemuan tersebut adalah satu rancangan dari seseorang yg telah lama memendam rasa padanya. Walaupun perkahwinan tersebut tidk menjadi, kedua-duanya tetap ditunangkan tetapi hanya dalam tempoh 3 bulan. Irdina menerima perjanjian itu atas kesempitan hidup sementara Ekhmal bersetuju kerana belum bersedia untuk berkahwin. Perjanjian yg dimeterai, cuba dilunaskan sebaik mungkin.


Seorg gadis polos dan seorg pemuda yg panas baran, Irdina dan Ekhmal saling berbalah dan tidak sependapat. Tanpa sedar, angin cinta mula menyapa lembut di dalm hati masing-masing. Dugaan dan pengorbanan dalam bercinta sudah menjadi satu kemestian. Ada gadis lain yg menaruh hati pada Ekhmal yg sanggup melakukan apa sahaja utk memisahkan mereka. Begitu juga ada seorg lelaki yg memuja Irdina yang begitu ingin melindungi gadis itu. Ekhmal dan Irdina masnig2 memendam rasa membuatkan hubungan cinta mereka dinodai org ke3. Mereka hampir terpisah namun kuasa cinta mengatasi segalanya. Sedang hangat dilamun cinta, mereka sekali lagi diuji. Mampukah kuasa cinta bertahan sekali lagi?


"Kahwin dengan aku."


Terbeliak mata Irdina mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya.


"Awak bergurau bukan?"


"Aku serius! Kahwin dengan aku."


"Kalau saya tak nak?"


"Aku bawa kau ke balai polis atas tuduhan mencuri dan melakukan penderaan mental," jawab Ekhmal.


Sebuah kisah cinta romantis yang bermula dari sebiji epal merah. Nikmatilah.

Sunday, March 4, 2012

Nuansa Kota Merah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Khairyn Othman
Nuansa Kota Merah
Penulis: Khairyn Othman
Editor: Mohd Rohaizat
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan pertama 2011
RM20.00
Sabah /Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118623

"Untuk kamu pembaca budiman"

Aku suka pembukaan seperti yang tertera di atas. Ayat yang sangat pendek ini buat aku rasa seperti seorang pembaca yang penting. Aku mencari ruang masa yang betul-betul kosong untuk membaca karya ini kerana nama Khairyn Othman di kulitnya membuat aku pasti aku akan suka dengan karya ini.

Walaupun ia bukan kisah komedi tetapi ianya tetap manis, perisa Khairyn Othman. Bagi yang pernah baca Zahrah de Tigris dan amat menyukainya, aku gerenti korang akan enjoy cerita Islamik yang begini. Ia menceritakan para pejuang Islam zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau pejuang dahulu berperang dengan musuh-musuh Islam dengan cara mengangkat pedang, pejuang sekarang berperang dengan nafsu dan sikap diri sendiri yang membuat diri sendiri menjadi sesat dan jauh dari Allah.

Dina seorang gadis melayu yang sudah hilang melayunya. Dia hidup untuk berhibur dan bersuka ria. Ketibaannya ke Sepanyol menyingkap rahsia mimpi yang sering berulang-ulang dalam tidurnya. Ada yang melambainya kembali ke Sepanyol. Kembali? Bagaimana dia boleh kembali ke Sepanyol sedangkan dia belum pernah ke situ?


Pertemuan dengan Aaron memasukkan dia ke tengah-tengah misteri mimpinya. Dia seperti bertemu mata dengan dua insan yang sering mengunjungi mimpi-mimpinya. Naskah lama yang diterjemah Aaron menyingkap rahsia perjuangan mujahid silam yang kemungkinan besar merupakan susur galur wujudnya Aaron dan Dina sekarang. Mereka membawa kita menghayati kisah dua mujahid muda, Shuaib dan Salma mempertahankan tanah tumpah darah mereka dari ditakluki musuh-musuh Islam. Kisah-kisah novel inggeris membuat kita mengagungkan Wariors dan She-warriors fiksyen yang heroic dan romantis. Bacalah Nuansa Kota Merah, dan hayatilah kisah perjuangan manis Salma dan Shuaib, warior dan she-warior Islam yang merindui syahid walaupun kedua-dua hati sudah terpaut rapat.

Tahniah buat Khairyn Othman kerana menghasilkan kisah yang lain dari yang lain. Eh, ni cerita kahwin paksa tau, hehe. Salma kena kawin paksa dengan Shuaib masa orang tengah sibuk berperang. Masa dia tengah syok kat Shuaib tu takdak plak orang nak paksa dia kawin dgn mamat tu, bila dia dah mula benci tetiba plak terkeluar wasiat yang menyatakan Abi nak Shuaib dijodohkan dengan Salma. Shuaib ni anak melayu jati dengan aura hebat Hang Kasturi! Salma plak pemanah unggul Andalusia. :)

Kisah Shuaib - Salma menjadikan Aaron dan Dina nekad berperang dengan nafsu diri. Mereka mahu berubah ke jalan Allah. Berjayakah mereka dalam peperangan besar ini? Manis!


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis:

Babak 1:

Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Aaron Mauricio, tetapi dgn cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!


Babak 2:

Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia ada bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.


Babak 3:

Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, "Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma."


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Laskar Pelangi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Andrea Hirata
Laskar Pelangi
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan PTS Litera
RM28.00
sabah/sarawak: 31.00
9789833892006
420 mukasurat


Kita dibawa menyusuri kisah anak-anak di sudut terpencil di Indonesia. Kisah mereka mungkin kelihatan kecil tetapi cara kisah mereka diketengahkan sangat menyentuh hati. Cara watak-watak cilik menyentuh hati kita sangat berkesan dan istimewa. Kali pertama aku baca sesi kuiz yang buat aku menangis kerana amat terharu dengan kehebatan lintang yang sangat 'cool'.


Sekolah Muhammadiyah mungkin akan kelihatan teramat-amat kerdil dengan bilangan pelajar yang sangat2 kecil hingga mungkin tak dapat memenuhi quota minimum utk sesebuah sekolah beroperasi. Hari pertama sekolah yg bakal menentukan sekolah tu akan beroperasi atau tidak tu pun cukup mendebarkan. Nak tunggu lagi sorang saja utk cukupkan jumlah minimum pun cukup membuat mereka dan kita gelisah. Namun setiap anak2 itu ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Kebijaksanaan cukupkah untuk membawa mereka keluar dari gaya hidup ibu bapa mereka, nenek moyang mereka?


Cerita ini buat aku rasa nak menonton filem Laskar Pelangi :) nak tengok cara watak 10 anak cilik ini dipamerkan di layar perak.


Lintang sangat amazing dan genius, Ikal adalah pemerhati yang sangat fokus, Mahar pula creatif dan penuh imaginasi, Mahar dan Flo sangat adventure mengejar misteri, mereka sangat serasi dan sefahaman. Perjalanan ke Pulau Lanun mencari Tuk Bayan Tula tu sangat mendebarkan dan melucukan. Bayangkan diorang sanggup meredah laut penuh gelora demi mendapat keberkatan dari Tuk Bayan Tula supaya dapat lulus exam dengan cemerlang sebab Mahar dgn Flo tu mempunyai otak yang creative tetapi selalu tercorot dalam kelas. hehe. Tips dari Tuk Bayan Tula tu boleh membuatkan orang yang sedang minum akan tersembur airnya. :) haha.


sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis:

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Laskar Pelangi. Sebelas orang anak Melalyu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa utk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman lainnya yg bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.


Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis, dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yg meyakini akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.


"Membacanya umpama menonton sebuah filem, satu kepuasan dan keseronokan kerana dapat menonton apa yang dibaca."
-Ramji Rabi, MPH Bookstores Sdn Bhd


"Satu lagi karya dari Indonesia yang mesti dibaca oleh pencinta novel di Malaysia."
-Meor Shariman, novelis dan penulis skrip filem Cicak Man


"Andrea Hirata telah menyajikan Laskar Pelangi dengan sempurna sekali. Bahasanya cerdas, jenakanya segar, serta terselit metafora yg indah: membuat kita dapat tersenyum dan tertawa serentak atau menangis pilu bersama-sama watak-wataknya. Plotnya ringan tetapi tebal dgn nilai moral dan estetika. Sebuah karya yg harus dibaca utk dinilai dgn mata hati!"
-Noor Suraya, novelis.

Kasihku Arina

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Science Fiction & Fantasy
Author:Mazni Aznita
Kasihku Arina
Penulis: Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi
Terbitan Buku Prima
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
RM25.90
Sabah/Sarawak RM28.90
710 muka surat.


"Aku kehilanganmu...
Aku mencarimu...
Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu"


Whoa... Sci-fi fantasi. Cara penceritaan kisah ini lebih sesuai dengan mereka yang ada pengalaman membaca novel-novel inggeris dan menonton filem-filem sci-fi omputeh. penceritaan suasana dan peralatan di alam sci-fi lebih mudah dibayangkan jika ada pengalaman menonton citer2 seperti starwars, farscape, battle star galactica, atau star trek :) Nampak sangat aku ni zaman bila nyer manusia. haha. sekarang ni dah tak layan sci-fi, tapi kalau tertengok tu memang aku layannnn.


Membaca kisah ini bagai kompilasi terbaik kisah-kisah sci-fi. Cover yang menggambarkan bentuk scroll, kunci orkid dan snowball bagi aku mengganggu sedikit imaginasi aku. Bagi peminat filem sci-fi mcm aku gambaran fantasi dlm kisah ini mudah aku bayangkan. Banyak juga terasa seperti pergerakan dan gambaran yang pernah aku tonton sebelum ini. Pencoit saber aku bayangkan tak jauh beza dari lightsaber, dreamer dan snowball mungkin juga dalam kelas2 senjata yang sama. Gerero adalah mirip warior jedi.


Ramalan mengenai Arina ada iras2 seperti ramalan terhadap Sydney Bristow dalam Alias. Bloomer pulak ala-ala Milo Rimbaldi dalam Alias juga. Emma mengingatkan aku kepada Mistique, watak antagonis dalam x-men. Makhluk2 ciptaan raja Kreuk mengingatkan aku kepada makhluk pelik dalam Lord of the rings yang dibangunkan oleh Dark Lord :) whoaaaa memang mengembalikan nostalgia lama lah bila baca novel ni. oh, part racun dalam tubuh Airina yang menyebabkan dia tak dapat menjadi wanita sempurna itu mengingatkan aku kepada Max dalam Dark Angel yg mengalami nasib yang sama ketika penutup season kedua siri menarik tu :)


Perkara-perkara mirip begini mungkin membuat cerita ini kelihatan seperti gabungan/remake sci-fi sci-fi terhebat dan dicampur/blend dengan suasana keMalaysiaan dan filipina membuat ia kelihatan seperti dunia misteri yang dekat dengan kita. Bagi penggemar sci-fi, fantasi mungkin tiada masalah utk enjoy kisah ini. Bagi aku kisah ini membangkitkan imaginasi yang dah lama aku tak gunakan. Otak terasa segar dengan kisah yang sangat luar alam ini :)


sinopsis menceritakan secukupnya secara asas mengenai cerita ini. Pembukaan cerita ini kelihatan seperti kisah thriller yang normal tetapi apabila kita makin mengenali Alwiz, Arina yang normal itu juga kelihatan semakin pelik dan misteri wataknya lalu membawa kita ke alam lain yg penuh fantasi. Penggunaan perkataan-perkataan inggeris bagi menggambarkan perkara-perkara asing menghilangkan sedikit ciri-ciri karya melayu/malaysia dalam kisah ini.

Dunia Drutasia penuh dgn peperangan, perebutan takhta dan dendam yang tak pernah padam. Arina dilatih sebaiknya demi melunaskan satu dendam, lalu dia menjadi insan yang kejam namun kehendak semulajadi Arina yang cintakan keamanan dan kedamaian membuat dia berpaling dari dunia kegelapan. Dia diburu orang2 sendiri.


Dia dilatih pula sebagai gerero yang diramal bakal membunuh Raja Kreuk. Arina dihantar ke bumi setelah dia berada dalam bahaya yang mengancam nyawanya. Dia jadi pelarian dari semua pihak kerana sejarah hitam dirinya. Alwiz dalam dilema apabila jatuh hati pada gadis yang pernah mencuri hati abangnya dan gadis itu ada agenda nekad utk membunuh abagnya.


Arina yang baru ditemuinya sudah lupa sejarah silam. Pembunuh-pembunuh kiriman raja Kreuk berjaya menjejak Arina yang disorok di Malaysia bersama sebuah keluarga yg Arina sangka keluarganya yang sebenar. Dia sudah lupa kisah2 lain. Arina perlu dibawa kembali ke Drutasia dan dia ditakdirkan bertarung bersama gerero-gerero untuk menjatuhkan kerajaan Raja Kreuk yang semakin menguasai Drutasia.


Arina terhutang nyawa dengan Nakhael tetapi dia jatuh hati pada Alwiz. Perhubungan mereka bertiga sangat rumit namun atas nama persahabatan, mereka bersatu hati dalam setiap perkara dan mereka sanggup berkorban nyawa demi persahabatan mereka.


Org Drutasia beragama Islam rasanya sebab kerap menyebut nama Allah. Kreuk tumbang tetapi bukan di tangan Arina. Pembunuh itu bukan saja berdendam dengan Raja Kreuk, malah Arina juga sudah pasti menjadi targetnya. Kelihatan kisah ini akan bersambung. Tapi endingnya adalah terbaek untuk Alwiz dan Arina :)

sure_fine_whateverr
rinn


meRinnTis Blurb/Sinopsis


Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, dia semakin dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu dirinya rupa2nya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?


Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yg membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.


Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.


"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku. Jerry, Kim dan dan yang lain2. Aku tidak ingin memaksa tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau utk menerima kami." - Nakhael


.........................................

Menulis naskhah ini adalah cabaran besar buat saya. Hampir saya lelah mengumpul semangat, namun ia tidak pernah luntur walau seaat dalam diri. Saya amat senang menulis karya pelbagai genre, kerana saya suka mencuba sesuatu yang baru. KASIHKU ARINA adalah novel yg sgt berbeza dari novel2 yg pernah saya tulis sebelum ini. Sentuhan fantasi diberikan agar ianya mampu memberikan kelainan dalam karya-karya saya yang pernah anda baca.
-Mazni Aznita-

Akukah Juwita?

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rina Farizq
Akukah Juwita?
Penulis: Rina Farizq
terbitan kaki novel enterprise
RM22.00
sabah/sarawak: 25.00
644 mukasurat
978675067907


Kisah ini menfokuskan Minah, gadis kampung yg kasar tetapi feminin setelah menempuh dunia pekerjaan. Kisah ini menceritakan tentang dilema Minah untuk membuat pilihan jejaka mana terbaik utknya. Ketiga-tiga calon dari latar belakang yang baik. Tapi pilihan Minah di akhir cerita aku rasakan akan menyukarkan jalan hidupnya kerana ibu si dia tak dapat menerima dirinya dengan sepenuh hati, walaupun nenek si lelaki itu amat berkenan dengan minah.


Dengan Gaban, Minah menjadi gadis kasar yang keras hati. Dengan Rifki dan Tengku Ukail, Minah kelihatan lebih feminin. Gaban tu hanya berani meluahkan perasaan setelah orang lain turut menunjukkan minat terhadap Minah. Keluarga Gaban sangat menyenangi Minah malah mengambil minah bekerja dengan mereka, malah Minah boleh nak pegi keja tak pegi keja ikut suka hati. Kalau dia berenti pun anytime boleh datang keje balik (ada ka keje macam ni? best nyaaaa) Rifki dari keluarga kaya yang sangat baik hati. Bila Rifki siap boleh mengimamkan jemaah-jemaah kat surau, dia kelihatan sangat mengkagumkan, tetapi dia jenis tak kisah bersentuh lelaki perempuan, membuatkan dia kelihatan janggal. Minah jadi jeles dan ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Adakah Rifki pilihan terbaik? Rifki kelihatan sangat menyintai Minah dan Minah pun kelihatan cenderung kepada Rifki, namun kehadiran Tengku Ukail menggugat peluang Rifki. Tengku Ukail tidak gentleman lah. dia jenis suka membuli dan menyakitkan hati orang. Namun gelaran 'budak jahat' kelihatan terlalu 'muda' untuk Tengku Ukail.


Watak-watak Gaban, Rifki dan Tengku Ukail kelihatan lebih kurang saja peranannya. Kadang2 kelihatan mereka seperti pecahan dari satu watak yang sama. Masih banyak yang pelru diperkukuhkan dalam kisah ini. Ada plot yang kelihatan longgar. Konflik dengan Tengku Masni kelihatan menarik untuk dikembangkan tetapi ia kelihatan sepi.


sure fine whateverr
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis


Org kata cinta itu indah, tapi tiada lebih indah andai cinta itu tiada rintangan. Bila kita hadapi dan bersama mengharungi rintangan itu, kita akan lebih menghargai orang yg kita cintai.


Minah, menemui beberapa lelaki yg hadir dalam hidupnya namun hanya seorg yg mampu menemukan cinta sejatinya. Mungkin Gaban, lelaki yg membesar bersamanya di kampung tetapi selalu saja bersengketa dan memanggilnya 'Timun Kecut'. Tetapi mungkin juga Rifki, si mamat poyo yang memang gemar berjenaka dan mengusik. Atau si budak jahat yang mengharu birukan hidupnya terus buat hari2 yg dilaluinya semakin mencabar kesabarannya.


Ikutilah perjalanan kisah cinta gadis biasa yg diberi nama Minah binti Temon dalam kisah yang dinamakan 'Akukah Juwita?'