Showing posts with label bakal. Show all posts
Showing posts with label bakal. Show all posts

Friday, March 20, 2009

April 2009: Novel Baru di Pasaran

April tak masuk lagi tapi buku2 dah beratur untuk di pasarkan :) sebagai peminat novel melayu ada terselit rasa kagum dan bangga. Kelebihan internet digunakan dgn baik oleh penerbit2 buku utk mempromo kan buku2 mereka termasuk buku2 yang bakal berada di pasaran. ini membuat peminat berkobar-kobar nak membeli buku2 baru ni. Ni saya letakkan buku2 NBKara yg bakal berada di pasaran :)

1. Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
Harganya RM23.90, sebanyak 670 muka surat :)


Tahniah buat Rose Harissa a.k.a NOra Ismail, produktif sungguh penulis kita sorang ni. nampaknya selepas "Serasi Di Hati" bertubi tubi buku keluar dari penulis ini.

-----------------------------------------------

 

 

2. NOvel Aku Ada Kamu dari Penulis Lily Haslina Nasir
karya terbarunya ini bakal diterbitkan oleh NB Kara. Makin mencurah curah idea Lily Haslina nampaknya. rasa mcm baru jer baca  Di Langit Cinta, ni dah kuar pulak "Aku Ada Kamu". Cover nyer pun cantik :) pelukisnya rose harissa a.k.a nora ismail


sinopsis sebagai teaser ;)


Sizzling Sofi. Adorable Adura.


Itu antara gelaran yang singgah di telinganya dari jejaka-jejaka kampus. Nak buat macam mana?bukan dia yang menjaja diri, jauh sekali merengek mencari cinta.


Huh, dia orang ingat aku ni mi hot plate apa... nak panggil aku Sizzling Sofi!?Pernah dia merungut begitu pada teman serumah.


"You ni hotlah Dura! Allure and sexy! Kadang-kadang rasa nak gigit sebab nampak crunchy!?Farhan kenalan yang tinggal berhampiran pangsapurinya pun memuji begitu.Hah? I ni hot? You pernah ukur I pakai termometer ke? Ha! Ha! Crunchy? Lawak antarabangsa tu... You fikir I ni buah epal ke??Selamba saja Sofi Aidura membalas sambil ketawa terkekeh-kekeh.

----------------------------


3. Lagi novel baru dari NB Kara. Setiap Jumaat oleh Penulis kesayangan ramai Norhayati Berahim.


sinopsis belakang buku:


hidup di negara org memang payah. apatah lg di Negara Jepun yg rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata org, biar hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri leibh indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pd emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak bekahwin lain, tidak ada hinanya.


Ayahpun sudah meninggal dunia tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yg emak tidak mahu cerita...

 

Persahabatan itu sudah menjadi racun...

 


RM24.90
ISBN 978-967-5229-05-3
723 muka surat

 

ni sedikit petikan dari website penulis ini. utk updates terkini boleh terus ke website penulis atau website NB Kara :)


Saya nak panggil awak siapa ya?”
Tanya Jasmine sambil matanya tertancap ke tangan lelaki tersebut. Lelaki itu menoleh pada Jasmine dan kemudian menyeringai lebar.
Mungkin pelik kerana sudah beberapa kali mereka bertemu, baru Jasmine mahu bertanyakan namanya.
“Apa-apa saja saya tak kisah...”
Lelaki itu menjawab. Seperti tidak mengacuhkan Jasmine. Jasmine terasa tetapi apabila melihat lelaki itu tetap dengan senyum lebarnya, mahu dengan tidak, Jasmine terpaksa menerima yang lelaki itu sebenarnya bergurau.
“Saya panggil Ultraman boleh?”
Lelaki itu ketawa. Ketawanya tidak terlalu besar. Tetapi lembut dan lepas.
“Boleh... boleh. Tak kisah. Awak?”
“Apa-apa saja...”
Kalau lelaki itu boleh berkata begitu padanya, kenapa dia tidak boleh? Si Ultraman yang sedang sibuk melukis itu menoleh kepada Jasmine buat seketika.
“Masako...”
“Masako?” Berkerut dahi Jasmine.
Bukankah itu nama isteri Putera Naruhito. Wanita yang dikatakan begitu tertekan sejak akhir-akhir ini kerana tidak suka tinggal di istana. Bahkan buku mengenai Masako yang kononnya menjadi tawanan di dalam istana, begitu meluas ditulis dan dijual pada orang ramai walaupun ada yang diharamkan untuk dijual di Jepun.
“Masako? Nanti cemburu pula Naruhito.”
Gurau Jasmine dan Si Ultraman ketawa. Ketawanya masih seperti tadi. Tidak besar tetapi lapang dan bebas.
“Nak cemburu apa? Awak tahu Masako lambang kebangkitan wanita Jepun yang selalunya berjalan di belakang lelaki. Awak sendiri tahu yang wanita di Jepun terutamanya di kampung-kampung selalu dilayan sebagai manusia kelas kedua?”
Kata-kata Ultraman itu menyebabkan Jasmine tersentak. Dia merenung para pelancong yang tidak begitu ramai dibawanya hari ini, sedang berkeliaran sambil mengambil gambar pokok sakura yang sekarang sedang menerbitkan buahnya.
“Ya... saya pernah baca apa yang Minoru Hamao tulis terhadap Masako. I felt she was a bit impudent...”
“Kurang ajar... itu yang dimaksudkan Minoru?”
Pertanyaan Ultraman itu disambut dengan anggukan oleh Jasmine.Mungkin ramai orang di Jepun itu kenal siapa itu, Minoru Hamao. Orang yang menguruskan East Palace selama lebih 20 tahun, yang pernah menulis beberapa buah buku mengenai kehidupan diraja Jepun.
“Ya... ya. Itu pandangan Hamao. Mungkin dia merasakan Masako sedikit kurang ajar kerana tidak berpuas hati Masako berjalan di depan lelaki. Satu perkara yang jarang dilakukan oleh perempuan lain di Jepun ni. Awak tahu apa yang Hamao komen mengenai Masako…?”
“Tidak. Saya jarang membaca buku-buku di Jepun ni. Bahasa Jepun saya tak sebaik awak mungkin...”
“Alah... saya baca pun dalam bahasa Inggeris, awak…”
Ultraman ketawa. Jasmine tersenyum.
“Above all she talked so much. She ever talked about things which she was not asked about. She did as she’s an Americans do-she walked in front of man because Westerners said ‘ladies first...’ Itu gambaran Hamao terhadap Masako tau!”
Sambung Jasmine. Apa yang dikatakan oleh Hamao, itulah yang diberitahu kepada Ultraman. Lelaki di sebelahnya.
Kah... kah... kah... Kali ini ketawa Ultraman cukup besar. Apa yang menggelikan hatinya, Jasmine tidak tahu.
“Agaknya Hamao fikir, perempuan Jepun yang lain akan dipengaruhi oleh Masako dan orang-orang lelaki Jepun yang akan menerima padahnya.
”Ultraman masih tergelak. Jasmine ketawa. Ketawa bukan kerana kata-kata Hamao, tetapi ketawa kerana melihat Ultraman ketawa.
“Dia menderita...”
“Siapa?” pantas Jasmine bertanya, tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ultraman itu.
“Masakolah. Dia menjadi tawanan dalam istana. Awak bayangkanlah, dia seorang diplomat, kemudian terpaksa duduk terperap di dalam Istana. Otaknya tak berkembang, dia tak boleh bercakap banyak seperti Hamao dakwa...”

Mac 2009: Novel-Novel Terbaru di Pasaran

dari biar ruang 'blog' aku ni kosong, aku letak la buku2 yang bakal berada di pasaran. aku akan update kan sekerap mungkin insyallah :)


sebagai permulaan, ada beberapa buku jugak yang baru menjengah pasaran.

1. Potret Wajah Kekasih
terbitan kaki novel
Novel terbaru dari penulis yang aktif berkarya Antasya Balqis.


sinopsis belakang buku:
Faris, kau umpama pelangi selepas gerimis, seindah kelopak awan di langit, seharum kasturi...


Nazrin, aku cinta padamu kerana kau lelaki yang bertakhta di hati, beraja di jiwa. Cintaku padamu hanyalah kesetiaan.


Nadia... cinta dan kasihmu terlalu agung buatnya seluas langit dan bumi. Kau lambang cinta yang agung!


Sayangnya, kisah cintaku yang indah berakhir derita. Dia yang aku puja hanyalah debunga yang ditiup angin. Singgahnya hanya pada bunga yang indah dan harum baunya. Aku kecewa!


Dtg pelangi bawakan aku bahagia. Membuat aku alpa siapa diriku yang sebenarnya. Diri diulit sayang tidak bertepi. Namun ketika sedarku seketika...Dua potret wajah kekasih datang memayungi hati. Dalam diam aku memilih, pelangi itulah cintaku untuk selama-lamanya....

harga: RM20.00

 

2. Novel terbitan kaki novel jugak bertajuk Cintaku Satu by Emmy Hazza.


sinopsisnya:

Nur Hanna kecewa dengan sikap tunangnya, Adli, yang tidak setia. Sejak itu dia sukar untuk mempercayai lelaki. Azril, lelaki gentleman, hadir sebagai penyelamat kepada Nur Hanna di saat dia dikasari oleh Adli. Semenjak itu Azril terus menghulurkan tangan untuk Nur Hanna gapai dan genggam selamanya. Namun, bagi Nur Hanna, lelaki semuanya sama. Benarkah sudah tidak wujud lelaki baik di dunia? Sudah tidak adakah lagi lelaki melayu terakhir untuknya?


Di dalam keraguan, Nur Hanna belajar utk cuba menerima Azril. Malangnya sekali lagi Nur Hanna kecewa di tangan lelaki. Punahlah hati dan luruhlah perasaan cinta yang sudah mula bersemi. Nur Hanna membawa diri ke USA dengan alasan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Ketika itulah dia berbaik dengan Sean. Jadi betullah sudah tidak ada lelaki melayu terakhir untuknya. Patutkah dia menerima lelaki mat salih ini? Adakah jaminan yang Sean lebaik baik daripada Azril dan Adli?


Di kala Nur Hanna sedang menimbang lamaran Sean, tiba-tiba Azril muncul kembali. Dunia ini tidaklah sebesar mana pun untuk Nur Hanna menyembunyikan diri. Apakah petandanya ini? Adakah jodohAsril dan Nur Hanna terlalu kuat walaupun berpisah jauh beribu batu? Adakah mereka telah di takdirkan untuk bersama? Apa yang lebih penting, adakah hati Nur Hanna dapat menyakinkan dirinya untuk menerima manusia bernama lelaki? Apakah cabaran seterusnya sekiranya dia mengambil keputusan untuk membuka hatinya menerima lelaki? Berjayakah dia menemui cinta sejati?


harga: RM20.00

untuk maklumat terkini, sila ke laman web kaki novel :)

------------------------------------------------------

 

3. Sakti Cinta by Anita Aruszi yang popular dengan novel "Bunga Syurga"
karyanya yg ni terbitan iBook Publication

 

DINA AZURA membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut...Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih banyak dengan mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tidak pernah muncul lagi, membuatkan hatinya separuh mabuk rindukan lelaki itu.

 

"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tidak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula digegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.


RM23.90
755 mukasurat

----------------------------------------------------------

4. Cinta Di Hati oleh Nor Rafishah Md Hassan
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd

 

"Kita merenung bintang yang sama tapi mengapa mimpi berbeza?"


Merajuk dengan ayah sendiri, merajuk dengan gadis yang dicintai, Nashran nekad membawa hati. Di tempat orang, dia membina semangat baru dan belajar mengenali diri. Lebih daripada itu, dia menemui sebuah cinta baru.
Pleurotus sajor-caju.
Tetapi bahagia sebenar yang diimpikan masih jauh daripada genggaman tangan. Lalu, di manakah hendak dicari bahagia itu? Atau masihkah dia terlepas pandang pada kasih yang ada di hadapan mata?

------------------------------------------------

5. Odisi Bulan Biru Karya John Norafizan
NOvel terbaru JN ni terbitan Jemari Seni
Harganya RM20.00
Harga pembelian melalui pos RM18.00 (mulai 10 Mac 2009) melalui website jemari seni sahaja ya.


JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

 

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya
jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu.
Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan
dikeringkan nanti!

 

Kini ibu tiada lagi untuk bercerita. Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan
sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana
mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang
bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

 

Katanya....
Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini.
Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi.
Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.

 

Teka teki apakah itu hingga menyebabkan dia sanggup menempuh seribu misteri dan melintasi Selat
Bosporus? Dan siapa pula Qistina di hatinya?

 

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.

------------------------------

 

6. Matahariku by Aina Emir
makin2 produktif penulis2 popular kita sekarang ni ya? Tentulah Terbitan Karnadya
Harga buku ni RM19:90


Sinopsis:

 

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

 

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

 

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

 

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
Dr Blog Aina Emir :

Matahariku mengisahkan gadis Lembah Klang yang sedang mencari 'sesuatu' untuk dipautnya. Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga poligami. Mamanya memang jenis 'materialistik' dan dia paling takut kalau orang lain melabelkan dirinya seperti itu juga. Syakirah sangat sayang pada papanya. Tetapi, papanya sudah tak hebat macam dulu lagi.

Mamanya pula paling takut untuk hidup susah dan kerana itu dia mendesak agar Syakirah berkahwin sahaja dengan anak rakan baiknya. Tapi, bolehkah masalahnya diselesaikan? Syakirah pula, bukan jenis gadis matang seperti mereka yang sebayanya. Dia lebih suka menghabiskan masa di alam animenya. Bukan itu sahaja, dia juga seronok melayan mereka yang tidak dikenalinya semasa berada di alam maya. Perkara seperti inilah yang dapat menghiburkan hatinya yang selalu resah dan gelisah.

Dalam kerjayanya sebagai seorang 'interior decorator' dia sangat menghormati bosnya suami isteri, Adam dan Amani. Amani dijadikan 'role model'nya dan dari situ dia mempelajari sesuatu untuk memperbaiki diri. Semasa bertugas, dia bertemu dengan karakter ini... karakter yang paling menakutkan dirinya. Ada orang suka memerhatinya. Siapa pula ni dan boleh percaya ke?

Kini Aina Emir, penulis prolifik kembali lagi dengan sebuah novel dewasa yang bertajuk MATAHARIKU. Dapatkan novel terbaru ini di kedai buku berhampiran anda.

------------------------

novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid bertajuk MIKHAIL
Harga: RM19.90
512 muka surat. boleh ke website alaf 21 utk maklumat lanjut :)

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

 

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

 

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

NI semua dah berada di pasaran ya. nanti saya post kan pulak novel2 yang BAKAL berada di pasaran :) tak terbit lagi tapi sudah hebat promonya di internet. sakan betul promo novel sekarang ni :)


sure fine whatever
rinn