April tak masuk lagi tapi buku2 dah beratur untuk di pasarkan :) sebagai peminat novel melayu ada terselit rasa kagum dan bangga. Kelebihan internet digunakan dgn baik oleh penerbit2 buku utk mempromo kan buku2 mereka termasuk buku2 yang bakal berada di pasaran. ini membuat peminat berkobar-kobar nak membeli buku2 baru ni. Ni saya letakkan buku2 NBKara yg bakal berada di pasaran :)
1. Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
Harganya RM23.90, sebanyak 670 muka surat :)
Tahniah buat Rose Harissa a.k.a NOra Ismail, produktif sungguh penulis kita sorang ni. nampaknya selepas "Serasi Di Hati" bertubi tubi buku keluar dari penulis ini.
-----------------------------------------------
2. NOvel Aku Ada Kamu dari Penulis Lily Haslina Nasir
karya terbarunya ini bakal diterbitkan oleh NB Kara. Makin mencurah curah idea Lily Haslina nampaknya. rasa mcm baru jer baca Di Langit Cinta, ni dah kuar pulak "Aku Ada Kamu". Cover nyer pun cantik :) pelukisnya rose harissa a.k.a nora ismail
sinopsis sebagai teaser ;)
Sizzling Sofi. Adorable Adura.
Itu antara gelaran yang singgah di telinganya dari jejaka-jejaka kampus. Nak buat macam mana?bukan dia yang menjaja diri, jauh sekali merengek mencari cinta.
Huh, dia orang ingat aku ni mi hot plate apa... nak panggil aku Sizzling Sofi!?Pernah dia merungut begitu pada teman serumah.
"You ni hotlah Dura! Allure and sexy! Kadang-kadang rasa nak gigit sebab nampak crunchy!?Farhan kenalan yang tinggal berhampiran pangsapurinya pun memuji begitu.Hah? I ni hot? You pernah ukur I pakai termometer ke? Ha! Ha! Crunchy? Lawak antarabangsa tu... You fikir I ni buah epal ke??Selamba saja Sofi Aidura membalas sambil ketawa terkekeh-kekeh.
----------------------------
3. Lagi novel baru dari NB Kara. Setiap Jumaat oleh Penulis kesayangan ramai Norhayati Berahim.
sinopsis belakang buku:
hidup di negara org memang payah. apatah lg di Negara Jepun yg rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata org, biar hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri leibh indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pd emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak bekahwin lain, tidak ada hinanya.
Ayahpun sudah meninggal dunia tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yg emak tidak mahu cerita...
Persahabatan itu sudah menjadi racun...
RM24.90
ISBN 978-967-5229-05-3
723 muka surat
ni sedikit petikan dari website penulis ini. utk updates terkini boleh terus ke website penulis atau website NB Kara :)
Saya nak panggil awak siapa ya?”
Tanya Jasmine sambil matanya tertancap ke tangan lelaki tersebut. Lelaki itu menoleh pada Jasmine dan kemudian menyeringai lebar.
Mungkin pelik kerana sudah beberapa kali mereka bertemu, baru Jasmine mahu bertanyakan namanya.
“Apa-apa saja saya tak kisah...”
Lelaki itu menjawab. Seperti tidak mengacuhkan Jasmine. Jasmine terasa tetapi apabila melihat lelaki itu tetap dengan senyum lebarnya, mahu dengan tidak, Jasmine terpaksa menerima yang lelaki itu sebenarnya bergurau.
“Saya panggil Ultraman boleh?”
Lelaki itu ketawa. Ketawanya tidak terlalu besar. Tetapi lembut dan lepas.
“Boleh... boleh. Tak kisah. Awak?”
“Apa-apa saja...”
Kalau lelaki itu boleh berkata begitu padanya, kenapa dia tidak boleh? Si Ultraman yang sedang sibuk melukis itu menoleh kepada Jasmine buat seketika.
“Masako...”
“Masako?” Berkerut dahi Jasmine.
Bukankah itu nama isteri Putera Naruhito. Wanita yang dikatakan begitu tertekan sejak akhir-akhir ini kerana tidak suka tinggal di istana. Bahkan buku mengenai Masako yang kononnya menjadi tawanan di dalam istana, begitu meluas ditulis dan dijual pada orang ramai walaupun ada yang diharamkan untuk dijual di Jepun.
“Masako? Nanti cemburu pula Naruhito.”
Gurau Jasmine dan Si Ultraman ketawa. Ketawanya masih seperti tadi. Tidak besar tetapi lapang dan bebas.
“Nak cemburu apa? Awak tahu Masako lambang kebangkitan wanita Jepun yang selalunya berjalan di belakang lelaki. Awak sendiri tahu yang wanita di Jepun terutamanya di kampung-kampung selalu dilayan sebagai manusia kelas kedua?”
Kata-kata Ultraman itu menyebabkan Jasmine tersentak. Dia merenung para pelancong yang tidak begitu ramai dibawanya hari ini, sedang berkeliaran sambil mengambil gambar pokok sakura yang sekarang sedang menerbitkan buahnya.
“Ya... saya pernah baca apa yang Minoru Hamao tulis terhadap Masako. I felt she was a bit impudent...”
“Kurang ajar... itu yang dimaksudkan Minoru?”
Pertanyaan Ultraman itu disambut dengan anggukan oleh Jasmine.Mungkin ramai orang di Jepun itu kenal siapa itu, Minoru Hamao. Orang yang menguruskan East Palace selama lebih 20 tahun, yang pernah menulis beberapa buah buku mengenai kehidupan diraja Jepun.
“Ya... ya. Itu pandangan Hamao. Mungkin dia merasakan Masako sedikit kurang ajar kerana tidak berpuas hati Masako berjalan di depan lelaki. Satu perkara yang jarang dilakukan oleh perempuan lain di Jepun ni. Awak tahu apa yang Hamao komen mengenai Masako…?”
“Tidak. Saya jarang membaca buku-buku di Jepun ni. Bahasa Jepun saya tak sebaik awak mungkin...”
“Alah... saya baca pun dalam bahasa Inggeris, awak…”
Ultraman ketawa. Jasmine tersenyum.
“Above all she talked so much. She ever talked about things which she was not asked about. She did as she’s an Americans do-she walked in front of man because Westerners said ‘ladies first...’ Itu gambaran Hamao terhadap Masako tau!”
Sambung Jasmine. Apa yang dikatakan oleh Hamao, itulah yang diberitahu kepada Ultraman. Lelaki di sebelahnya.
Kah... kah... kah... Kali ini ketawa Ultraman cukup besar. Apa yang menggelikan hatinya, Jasmine tidak tahu.
“Agaknya Hamao fikir, perempuan Jepun yang lain akan dipengaruhi oleh Masako dan orang-orang lelaki Jepun yang akan menerima padahnya.
”Ultraman masih tergelak. Jasmine ketawa. Ketawa bukan kerana kata-kata Hamao, tetapi ketawa kerana melihat Ultraman ketawa.
“Dia menderita...”
“Siapa?” pantas Jasmine bertanya, tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ultraman itu.
“Masakolah. Dia menjadi tawanan dalam istana. Awak bayangkanlah, dia seorang diplomat, kemudian terpaksa duduk terperap di dalam Istana. Otaknya tak berkembang, dia tak boleh bercakap banyak seperti Hamao dakwa...”
mak aii, kak rose ni mmg stok idea cam air terjun.
ReplyDeletetiap2 bulan kuar novel. jeles cun huhuhu
I masih kecewa bila buku NB yang tajuk nya CHINTA.. hilang 10 helai mukasurat... rugi nya tak terasa dah laa ayat dlm print nya kurang terang..!! Hampeh Tau..
ReplyDeleteDatinella boleh tukarkan buku tersebut di kedai buku di mana buku tu dibeli. Memang print Chinta byk yg return sbb kualiti kureng. dan diorang gi tukar kat kedai yg diorang beli utk dapat copy yg baru. Itu hak pembeli.
ReplyDeletesian mama.
ReplyDeletebtul ckp kak rin tu, g balik kedai yg mama beli tu tukar blk.
cam cun alafnye pun ada gak kes helaian tercabut. dia tercabut sbb x kena pada ikatan. nnt cun nak g tukar.
Dah pergi tapi kedai itu mintak resit laa dan resit nya pula I tak tau kemana pula... tapi sticker kat kedai itu amsih ada... I beli kat Jb tau..:-(
ReplyDeleteJb to Sg .. jauh Cun... Cun mama nak pesan buku RAM leh dgn Nora ismail..:-D
ReplyDeleteboleh tu boleh. mama collect kat woodland leh x?
ReplyDeleteeh...mama. Buku kak rose/nora tu yg mana satu mama nak SDH ke TLH. klu SDH cun kena cari. tapi klu TLH tu x silap lum kuar la mama.
ReplyDeleteMama Nak Tuhan lebih Tahu- Nora..Boleh ke..?:-D
ReplyDeleteBoleh..dghn RAM sekali..nanti Mama ambil and pay dgn org Woodland ke?
ReplyDeletemama, boleh aja post ke pejabat Nbkara untuk tukar buku Chinta tu kalau kedai tak mahu tukarkan... ataupun nanti pesta buku KL nak start ni, pesan aja buku tu pada siapa2 yg nak turun ke sana dan boleh minta tukar kat booth NBKara... cari Cik Suraya (Kak Su) di sana...
ReplyDeletemama, sebelum tu cun nak tau.
ReplyDeletemama x naik ke masa pesta buku antarabangsa kuala lumpur nnt?
byk nak beli ni...hehehehehe
ReplyDeletesaya pun nak gi bli Tuhan Lebih Tahu - NOra Ismail. Hopefully pesta buku nanti boleh beli n amik ttgn terus, tengok kat NB kara nyer website nora ismail tu hari2 ada booth lah hehe.. bleh gi amik gambar.
ReplyDeletehaaa... thanks iejay for the info. ada gak la beberapa org yg beli buku yang muka surat dia 'tak lekat'.
ReplyDelete