Rating: | ★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Mystery & Thrillers |
Author: | Ramlee Awang Murshid |
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2008
"Dendam itu bara
Marah itu api!"
Excitednya nak baca citer ni. Aku memang suka sangat2 dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Memang kisah2 yang menakjubkan dan membuatkan aku hooked dengan buku2 nih. Ntah mengapa aku kurang hooked dengan Hijab Sang Pencinta. Bukan kerana endingnya. Aku agak berpuas hati dengan endingnya. Mungkin kerana terasa seperti membaca versi lain Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Lagipun Manggala tu tak der lah ngeri sangat kalau nak compare dengan Nyi Burga Kelara tu.
Kalau dlm Bagaikan Puteri, Haryani terperangkap di zaman Laksamana Sunan, dalam Cinta Sang Ratu pulak Dani terperangkap dalam tubuh Senggara, kali ini giliran Laksamana Sunan pula terdampar di zaman kita, di dunia Dani dan Haryani.
Kelakar betul scene Laksamana Sunan nak pakai jeans ngn t-shirt ketat. haha sabo jer aku. Laksamana Sunan kata "Subhanallah... seksanya pakaian zaman ini". Iyo lah tali pinggang yg ada buckle tu dia pi ikat ketat2 macam baju taekwando, mau tak sengkak ulu hati. hehe.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...
RM 19.90
520 mukasurat
isbn 9789831243855
novel2 nukilan ramlee awang murshid mmg menarik termasuklah novel2 trilogy ini bagaikan puteri, cinta sang ratu dan hijab sang pecinta.....begitu juga dgn novel semangat hutan, tombirou, tombirou terakhir............
ReplyDeleteditumpang baca komennya...terima kasih...
I suka karya dia..lain dari yg lain terutama buku novel ADAM.. very touching .. dan rasa nya belum ada penulis sebaik dia menulis..infact buku nya yg dah diterjemahkan kedalam bahasa english pun amat baik...:-)
ReplyDeleteRAM is my favourite author..saya memang mengumpul novel2 beliau dan memang meminati karya2 beliau terutamanya Trilogi Bagaikan Puteri..tak sabar nak tunggu novel Mikhail pulak..
ReplyDelete:) yup trilogi ni memang unik dan exciting utk diikut.
ReplyDeletesaya blum lagi pernah baca trilogi dia yg sebelum ni iaitu semangat hutan, tombirou dan tombiruo terakhir
rasanya saya akan mulakan membaca trilogi tu.
tapi cam takut jer kisah2 mistik ni, aku dah la jenis tak berapa nak berani.
sila la komen hyzane :) akak alu2kan. terima kasih byk2 sbb sudi tempek komen kat sini.
ADAM saya blum baca lagi! wah lepas ni saya kumpul buku2 R.A.M lah. hehe.. saya dah baca satu janji, rahsia perindu dan trilogi bagaikan puteri. Imaginasinya memang best. Novel barunya Mikhail dah keluar! watak novel ni ada set2 mcm filem 'Jumper' pun ada jugak. :)
ReplyDeleteyup mikhail dah berada di pasaran! rasanya nak beli masa pesta buku lah.. mana tau kot2 dapat tandatangan R.A.M. dia kan rajin pegi pesta buku :)
ReplyDeletetbaik....dlu xmnat pn bce bku mcam ni...tpi skli bce, nk bce lgi yg lain2...
ReplyDeletenampak kisah tu macam seram aje tp tak pun, saya pun dah tak berapa ingat sangat sbb dah 2 tahun saya baca..tp apa yang saya tau ia mengenai kisah dua org kembar, sorang bernama Amiruddin dan seorang lagi bernama Ejim yang juga digelar Tombiruo ( roh atau hantu ) kerana wajahnya yang cacat, terpisah semasa kecil kerana ada berlaku konflik...si Amiruddin ini hidup di bandar dan Ejim ini tinggal di hutan...mmg menarik kisah ini, kisah mengenai pembunuhan dan suspens yang menghiburkan, mula2 saya ingatkan kisah hantu tapi rupa2nya bukan...
ReplyDeletekalau nak baca kena mulakan dengan buku Tombiruo 'Penunggu Rimba', kemudian Semangat Hutan dan yang terakhir ' Tombiruo Terakhir '
ini sinopsis utk ketiga2 kisah tombiruo tu..
ReplyDelete1. Tombiruo
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam!. Dan setelah 30 tahun mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri..
2. Semangat Hutan
Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya, kekasihnya. Benar....gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang ditinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu.
Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pendalaman. Renungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia terjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?
3. Tombiruo Terakhir
Ketrampilan dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetuskan rasa cemburu Dr Haslia. Ejim yang kini bergelar Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia akibat angkara Rogon. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam lelaki Tombiruo itu.
Wan Suraya telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.
Kehidupan di Kuala Lumur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagian. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang oleh Dr Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya terlaksana juga setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu Ejim telah berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya di Hutan Keningau dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemuncula 'Seorang Tombiruo'.
Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isteri demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pendalaman itu?
yaaa stuju ngan tenshi :)
ReplyDeleteowhhh kena baca tombiruo dulu? akak ingat ker mula dengan semangat hutan dulu.. thanks for the info yg panjang lebar tu hyzane. :) dah masuk hunting list la buku2 ni.
ReplyDeletemmg wajib dibaca novel2 nie....selain dari itu novel 'ranggau' dan 'ungu karmila' juga dari RAM....he he promosi nie....:)
ReplyDeletehehe...mse mburu....ni nsib da pokai...klu x, ade jgak mburu sbjik dua...
ReplyDeletepromo jgn tak promo, guna segala platform yg ada
ReplyDeletebetul tu tenshi now tengah kumpul duit utk diperabih msa pesta buku bulan depan. heeh
ReplyDeletepesta bku yg mne?kt mne?
ReplyDeletePesta buku antara bangsa kuala lumpur akan diadakan di pwtc dari 17 April 2009 sehingga 26 April 2009. boleh shopping buku murah2 puas2.
ReplyDeletetbaik....huhu
ReplyDeletebest sgt kesudahannya walaupun haryani dgn laksamana sunan tak sempat bersatu....masa akak bc bagaikan puteri seminggu akak demam.....terasa haryani tu akak la.....mungkin akak terlalu taksub sgt dgn jln cerita tu......sambungannya......cinta sang ratu kira ok la.......dlm ketiga2 trinovel nie akak lebih sukakan bagaikan puteri..........setakat ini hero yg paling akak suka LAKSAMANA SUNAN.....hero novel yg lain bukan tak best tapi laksamana sunan hero lain dari yang lain...............
ReplyDeletejalan cerita dia best kan? saya pun dah baca trilogi tu.. paling nak tergelak masa part laksamana sunan nak pakai jeans ngan belt tu.. haha..
ReplyDelete