Friday, March 20, 2009

Mac 2009: Novel-Novel Terbaru di Pasaran

dari biar ruang 'blog' aku ni kosong, aku letak la buku2 yang bakal berada di pasaran. aku akan update kan sekerap mungkin insyallah :)


sebagai permulaan, ada beberapa buku jugak yang baru menjengah pasaran.

1. Potret Wajah Kekasih
terbitan kaki novel
Novel terbaru dari penulis yang aktif berkarya Antasya Balqis.


sinopsis belakang buku:
Faris, kau umpama pelangi selepas gerimis, seindah kelopak awan di langit, seharum kasturi...


Nazrin, aku cinta padamu kerana kau lelaki yang bertakhta di hati, beraja di jiwa. Cintaku padamu hanyalah kesetiaan.


Nadia... cinta dan kasihmu terlalu agung buatnya seluas langit dan bumi. Kau lambang cinta yang agung!


Sayangnya, kisah cintaku yang indah berakhir derita. Dia yang aku puja hanyalah debunga yang ditiup angin. Singgahnya hanya pada bunga yang indah dan harum baunya. Aku kecewa!


Dtg pelangi bawakan aku bahagia. Membuat aku alpa siapa diriku yang sebenarnya. Diri diulit sayang tidak bertepi. Namun ketika sedarku seketika...Dua potret wajah kekasih datang memayungi hati. Dalam diam aku memilih, pelangi itulah cintaku untuk selama-lamanya....

harga: RM20.00

 

2. Novel terbitan kaki novel jugak bertajuk Cintaku Satu by Emmy Hazza.


sinopsisnya:

Nur Hanna kecewa dengan sikap tunangnya, Adli, yang tidak setia. Sejak itu dia sukar untuk mempercayai lelaki. Azril, lelaki gentleman, hadir sebagai penyelamat kepada Nur Hanna di saat dia dikasari oleh Adli. Semenjak itu Azril terus menghulurkan tangan untuk Nur Hanna gapai dan genggam selamanya. Namun, bagi Nur Hanna, lelaki semuanya sama. Benarkah sudah tidak wujud lelaki baik di dunia? Sudah tidak adakah lagi lelaki melayu terakhir untuknya?


Di dalam keraguan, Nur Hanna belajar utk cuba menerima Azril. Malangnya sekali lagi Nur Hanna kecewa di tangan lelaki. Punahlah hati dan luruhlah perasaan cinta yang sudah mula bersemi. Nur Hanna membawa diri ke USA dengan alasan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Ketika itulah dia berbaik dengan Sean. Jadi betullah sudah tidak ada lelaki melayu terakhir untuknya. Patutkah dia menerima lelaki mat salih ini? Adakah jaminan yang Sean lebaik baik daripada Azril dan Adli?


Di kala Nur Hanna sedang menimbang lamaran Sean, tiba-tiba Azril muncul kembali. Dunia ini tidaklah sebesar mana pun untuk Nur Hanna menyembunyikan diri. Apakah petandanya ini? Adakah jodohAsril dan Nur Hanna terlalu kuat walaupun berpisah jauh beribu batu? Adakah mereka telah di takdirkan untuk bersama? Apa yang lebih penting, adakah hati Nur Hanna dapat menyakinkan dirinya untuk menerima manusia bernama lelaki? Apakah cabaran seterusnya sekiranya dia mengambil keputusan untuk membuka hatinya menerima lelaki? Berjayakah dia menemui cinta sejati?


harga: RM20.00

untuk maklumat terkini, sila ke laman web kaki novel :)

------------------------------------------------------

 

3. Sakti Cinta by Anita Aruszi yang popular dengan novel "Bunga Syurga"
karyanya yg ni terbitan iBook Publication

 

DINA AZURA membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut...Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih banyak dengan mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tidak pernah muncul lagi, membuatkan hatinya separuh mabuk rindukan lelaki itu.

 

"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tidak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula digegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.


RM23.90
755 mukasurat

----------------------------------------------------------

4. Cinta Di Hati oleh Nor Rafishah Md Hassan
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn. Bhd

 

"Kita merenung bintang yang sama tapi mengapa mimpi berbeza?"


Merajuk dengan ayah sendiri, merajuk dengan gadis yang dicintai, Nashran nekad membawa hati. Di tempat orang, dia membina semangat baru dan belajar mengenali diri. Lebih daripada itu, dia menemui sebuah cinta baru.
Pleurotus sajor-caju.
Tetapi bahagia sebenar yang diimpikan masih jauh daripada genggaman tangan. Lalu, di manakah hendak dicari bahagia itu? Atau masihkah dia terlepas pandang pada kasih yang ada di hadapan mata?

------------------------------------------------

5. Odisi Bulan Biru Karya John Norafizan
NOvel terbaru JN ni terbitan Jemari Seni
Harganya RM20.00
Harga pembelian melalui pos RM18.00 (mulai 10 Mac 2009) melalui website jemari seni sahaja ya.


JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

 

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya
jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu.
Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan
dikeringkan nanti!

 

Kini ibu tiada lagi untuk bercerita. Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan
sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana
mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang
bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

 

Katanya....
Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini.
Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi.
Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.

 

Teka teki apakah itu hingga menyebabkan dia sanggup menempuh seribu misteri dan melintasi Selat
Bosporus? Dan siapa pula Qistina di hatinya?

 

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.

------------------------------

 

6. Matahariku by Aina Emir
makin2 produktif penulis2 popular kita sekarang ni ya? Tentulah Terbitan Karnadya
Harga buku ni RM19:90


Sinopsis:

 

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

 

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

 

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

 

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
Dr Blog Aina Emir :

Matahariku mengisahkan gadis Lembah Klang yang sedang mencari 'sesuatu' untuk dipautnya. Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga poligami. Mamanya memang jenis 'materialistik' dan dia paling takut kalau orang lain melabelkan dirinya seperti itu juga. Syakirah sangat sayang pada papanya. Tetapi, papanya sudah tak hebat macam dulu lagi.

Mamanya pula paling takut untuk hidup susah dan kerana itu dia mendesak agar Syakirah berkahwin sahaja dengan anak rakan baiknya. Tapi, bolehkah masalahnya diselesaikan? Syakirah pula, bukan jenis gadis matang seperti mereka yang sebayanya. Dia lebih suka menghabiskan masa di alam animenya. Bukan itu sahaja, dia juga seronok melayan mereka yang tidak dikenalinya semasa berada di alam maya. Perkara seperti inilah yang dapat menghiburkan hatinya yang selalu resah dan gelisah.

Dalam kerjayanya sebagai seorang 'interior decorator' dia sangat menghormati bosnya suami isteri, Adam dan Amani. Amani dijadikan 'role model'nya dan dari situ dia mempelajari sesuatu untuk memperbaiki diri. Semasa bertugas, dia bertemu dengan karakter ini... karakter yang paling menakutkan dirinya. Ada orang suka memerhatinya. Siapa pula ni dan boleh percaya ke?

Kini Aina Emir, penulis prolifik kembali lagi dengan sebuah novel dewasa yang bertajuk MATAHARIKU. Dapatkan novel terbaru ini di kedai buku berhampiran anda.

------------------------

novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid bertajuk MIKHAIL
Harga: RM19.90
512 muka surat. boleh ke website alaf 21 utk maklumat lanjut :)

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

 

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

 

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

NI semua dah berada di pasaran ya. nanti saya post kan pulak novel2 yang BAKAL berada di pasaran :) tak terbit lagi tapi sudah hebat promonya di internet. sakan betul promo novel sekarang ni :)


sure fine whatever
rinn

8 comments:

  1. waaa... bagus2. kak rin.
    nnt leh tau buku terbaru
    tapikan kak rin novel RAM tu dah sampai kat area cun hehehe

    ReplyDelete
  2. yup.. semua novel ni sudah berada di pasaran dan sepatutnya dah boleh beli :)

    ReplyDelete
  3. cun nak beli time pesta buku april nnt...
    kak rin!! cun harap kali ni kita dpt jumpe kat sana ye.

    ReplyDelete
  4. samala , akak pun simpan bajet utk pesta buku :) insyallah ada jodoh kita jumpa. hehe

    ReplyDelete
  5. bajet cun dah ada dah. hehehehe
    nnt kita calling/sms erk.

    ReplyDelete
  6. pesta buku bulan april akan di adakan dekat mane?

    ReplyDelete
  7. Rasya, tahun ni pesta buku PWTC akan diadakan bulan MARCH dari 19 hingga 28 haribulan Mac 2010. jgn silap tarikh pulak, karang terpergi persidangan UMNO ker pulak. hehe.

    ReplyDelete