Rating: | ★★★★ |
Category: | Books |
Genre: | Romance |
Author: | Syamimi Aminolah |
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2007
"Semakin kita berlari, semakin ia mengejarnya. Semakin kuat keinginan untuk
melupakan, semakin kuat perasaan ingin memilikinya semula"
Apa-apapun sebelum mula membaca Air Mata Kasih 2, anda kena pastikan anda dah
baca Air Mata Kasih (kira part 1 lah). Saya memang suka sangat buku yang first
dulu, cuma endingnya saja buat saya kecewa sebab saya ni kan jenis suka happy
ending :). Memang tak sia2 berjaga malam menghabiskan novel kedua ni kerana
novel sambungan ini membuatkan novel pertamanya pun jadi sangat best :). Patutla
Cik Yam beli sampai dua2 buku sekali gus.
Di akhir Air Mata Kasih dulu Qimi excident dan meninggal dunia sebelum Ain
sempat meluahkan kata2 cintanya. Ain kecewa dan walaupun 5 tahun sudah berlalu,
dia merasakan Qimi sentiasa ada di sisinya. Dia tak pernah melalui hari2nya
tanpa memikirkan tentang Qimi. Dia mahu memulakan hidup baru dan mahu Qimi pergi
dari hidupnya supaya dia boleh membina keluarga sendiri. Dia membuat keputusan
utk berhijrah ke zon yang lebih sejuk dan meneruskan kerjaya dlm bidang
perhotelan. Namun hijrah itu menemukan dia dengan Nazmin Haqimi. Banyak perkara
tentang Nazmin Haqimi membuat Ain teringatkan Qimi (Iman Haqimi). Pertemuan
pertama mereka, pertelingkahan mereka, segala-galanya menjelmakan Qimi dalam
diri Nazmin Haqimi. Nazmin Haqimi seperti menanggung derita yg sama seperti Ain.
Banyak perkara yg membuatkan Ain mengesyakki yg Nazmin Haqimi dan Iman Haqimi
adalah org yg sama namun Nazmin Haqimi sendiri menidakkannya.
Saya sama2 keliru seperti Ain mengenai status Nazmin Haqimi dan ini membuatkan
menyelakkan buku setebal 554 muka surat ni tak terasa masa berlalu dan tak bleh
stop lagi tak abis :) Kadang2 rasa mcm org yg sama, kadang2 rasa mcm bukan.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Sesungguhnya Ain tidak mampu memadamkannya dari ingatan. Bagaimana mahu
melupakan kerana semua ingatan tentang kita bagaikan tayangan filem yang
ditayang berkali-kali! Kisah kita yang bermula dengan perasaan benci tetapi di
akhirnya membuahkan kemesraan yang bukan sedikit. Dan waktu yang memisahkan kita
sebenar-benarnya telah memisahkan kita untuk selama2nya. Kalaulah semuanya
terbentang di hadapan mata apa yang bakal berlaku, tidak ingin rasanya pergi
dari sisi walaupun hati diduga umpama belati yang merobek kejam. Dan andai
dimiliki semalam, ingin sahaja diubah menjadi hari esok kerana semalam amat
menyakitkan!
RM28.90
554 mukasurat
isbn: 978-983-893-837-2
bk 1 dah bace dulu... hmmm nak kene carik bk 2 ni plak... huhuhu....
ReplyDeletehmmm... if da alrite nanti Ti gi carik lah.... :)
hehe...klu 3 bntang da kre ok..bku 4 bntang lg la kne bce kot...=p
ReplyDeleteTi? lamanya tak sihat. saya doakan segalanya bertambah baik :)
ReplyDeleteNi ikut taste saya lah.. lain orang lain citarasanya kan?
masa baca buku 1st, tak puas ati giler. berharap sgt akan ada sambungan. tak sanggup nak baca masa laki tu mati, sampai sekarang.
ReplyDeletebila jumpa buku 2, baru lah puas ati walaupun mcm tak berapa nak logik ain lgsg tak dpt cam laki tu. berubah sangat2 ke?
mesti totally different sbb dia tak kenai langsung. cuma perangai jer sama.
ReplyDeletemaaf yaa...di mana saya boleh dapatkan kedua dua buku ini ya???saya dah cuba mencari di merata tempat namun gagal...saya pernah membaca buku part 1 nie tp buku tue milik teman saya...jadi saya ingin memiliki buku2 ini...di mana saya leh dapatkan ya????
ReplyDeletehalamak, buku creative enterprise susah dah nak cari yang reprint skrg ni. kalau ada pun kat kedai2 2nd hand lah kot. kat pwtc pesta buku antarabangsa hari tu tak perasan pulak ada ker tidak buku2 nih.
ReplyDeletebuku satu saya dah bace...n saya kasi kawan2 saya pnjam.. reaksi kami same.. kami menangis teresak-esak...huhu... dulu saya ada beli buku yang kedua ni tapi abang saya pinjam n dah buat hilang buku tu...saya tak habis baca buku 2 lagi...huhu...macam mane saya nak dapatkan buku yang kedua tu?
ReplyDelete