Novel: Kasih Ini Milik Kita
Penulis: Puteri Imaneisya
Penerbit: Fajar Pakeer
Tahun 2009
“Tak tercarik kasih kepadamu walau digilis dugaan...”
Maya - Apa yang direncana tidak semudah perlaksanaan. Di mana nilai cinta harus ditempatkan? Dia bagai terhumban ke jurang dilema. Tegakah dia memperjudikan hidupnya bersama Joseph?
Shahiza - Adakah yang sudi menerima dirinya yang lahir bukan daripada ikatan yang halal? Yang hilang sebahagian daripada kesempurnaan seorang perempuan? Apakah masih ada sisa bahagia untuk dirasainya walau insan yang disayang sudah menjauh?
Eliza - Kerana marah dia tega membawa diri. Meninggalkan insan yang disayangi, justeru kepercayaan bukan lagi menjadi miliknya yang hakiki. Dia memaksa diri menjadi insan berhati kering, biarpun satu ketika dahulu hatinya pernah dibanjiri limpahan kasih sayang. Namun siapa yang dapat menolak ketentuan?
Melissa - Hati dan jiwanya sering meronta inginkan pembebasan daripada belenggu resah dalam kegelapan. Nur ketenangan dicari pada tiap penjuru kehidupan. Akhirnya dia bertemu, malah pertemuan yang tidak hanya membebaskan hati dan jiwa, sebaliknya turut menerangi jalan bahagia di lembayung cinta dan kasih sayang insan bergelar lelaki.
--------------------------------------------
Tajuk: Evolusi Elly: Daripada Rempit Kepada Juara
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS Millenea
Isbn: 978-983-3603-54-1
Tahun 2009
Harga Semenanjung: RM12.90
Harga Sabah Sarawak: RM14.90
“Demi satu impian, segala cabaran dan halangan mampu diatasi. Bermula di jalanan kini di litar melakar kejayaan.”
Dia membuktikan dirinya mampu menjadi juara. Berbekalkan tekad dan azam, tiada apa yang dapat menghalangnya. Kini, namanya disebut-sebut sebagai salah seorang pelumba terbaik di Malaysia.
Beliau adalah Elly Idzlianizar. Perjalanannya bagi menjadi seorang pelumba berselang seli dengan pelbagai kisah suka dan duka. Ini adalah kisah seorang pemuda yang berjaya membuktikan kepada masyarakat, daripada seorang budak nakal seawal usia remaja, tandus dengan kasih sayang, terlibat dengan lumba haram serta pergaduhan, berubah menjadi salah seorang pelumba Malaysia yang digeruni di rantau Asean. Daripada gaya comot bertukar menjadi pelumba yang kemas bergaya.
Evolusi Elly adalah rangkuman kecil kisah Elly Idzlianizar sebagai pelumba yang dapat dijadikan iktibar bagi menunjukkan tanpa semangat, kesungguhan, azam dan tekad yang kuat, kejayaan tidak akan datang bergolek.
No comments:
Post a Comment