Wednesday, May 14, 2008

Malam Gilang Gemilang Puspanita

12 Mei 2008 (Isnin)

Dah bertahun join puspanita, ni lah baru pestaim dapat join malam gemilang yang juga dikenali sbg ladies' night. ramai betul wanita2 anggun malam tu. Datin2 semua dressing gilang gemilang dgn tema Ungu dan Pink. Aku pun nasib2 jer ada baju pink & purple tu tersumbat dalam lemari. rasanya baru dua kali pakai baju tu, huhu.. aku ni kalau kaler pink2 ni memang silau sikit rasa, rasa cam bercahaya satu hari kalau pakai baju tu. Mak yang belikan so pakai jer la.. macam superman tu, dia pakai baju ketat dia tu sebab mak dia yang jahit. haha.. eh! apa kena mengena pulak aku ngan superman?!!

 

Tak sangka malam tu ada artis. pestaim la dpt jumpa Nasir Wahab, Noryn Aziz dan Sharifah Shahira. Sharifah Shahira sporting aar. Ramai gak wanita2 sporting malam tu, keras perut aku bergelak ketawa.. haha dah lama tak gelak mcm tu, sabar jer aku. Thanks Pn. Zawiyah sbb sudi include saya and tak sangka pulak Yam pun terlibat jugak malam tu! Terlibat dalam acara makan2 haha.. sama la kiter. Pentas mlm tu penuh lampu kelip2 dan bintang2.. macam pentas konsert kanak2 lah pulak.

 

sure fine whatever

rinn

Tuesday, May 13, 2008

Kursus Penulisan Anjuran Jendelaku Dot Com.

Start:     May 30, '08 08:00a
End:     Jun 29, '08
Location:     Desa Pandan.
Ada yang berminat dgn kursus penulisan? Ni ada mesej dari Kusyi Hirdan (Penulis Takdir Nor Aida dan Rantaian Cinta)

Assalamualaikum


Anda bercita-cita hendak menulis novel tetapi tidak tahu caranya, bagaimana mahu bermula?
Tidaklah susah sangat
Anda boleh melakukannya jika benar-benar berminat.
Jangan lepaskan peluang mendapat ilmu ini.

Kursus penulisan anjuran Jendelaku Dot Com.
Siapkan novel dalam masa 2 minggu saja.

Dapatkan petuanya dari novelis Kusyi Hirdan (http://www.jendelaku.com).

Daftar segera kerana tempat yang terhad.
Hubungi 016 274 6250

Yuran : RM80 sahaja
Kertas kerja dan makanan disediakan

Lokasi: Desa Pandan
Tarikh: setiap Sabtu & Ahad
Jadual: 10 pagi - 5 petang

Monday, May 12, 2008

Ternyata Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Damya Hanna
Ternyata Cinta by Damya Hanna
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Cinta kita yg sentiasa mekar tersemai di laman hati ini"

Saya lebih terhibur membaca Ternyata Cinta berbanding Senafas Rindu. Namun kisah ini agak jauh utk menandingi "Bicara hati" dan "Sepi Tanpa Cinta". Bagaimanapun saya suka dgn improvement Damya Hanna dalam menggarap watak2 utama dalam novel terbarunya. Tapi si Qasdina tu kuat betul berangan hingga boleh dikatakan tabiatnya itu menyebabkan dia kelihatan tidak 'reliable' dan kurang matang. Dgn dugaan hidup yang mendatang, Qasdina seperti tidak berubah atau terpengaruh dgn keadaan sekelilingnya, dia tetap dia namun segalanya dihadapi dengan tabah dan sabar. Tapi tu la, tahap berangan dia tu tinggi betul segala macam2 tiang dia dah sondol, tiang bas dah, tiang tepi jalan pun dah. haha.. saya lebih selesa dgn unsur komedi yg diselitkan oleh Damya Hanna dalam novel ini berbanding dgn novel2nya yang lain.

Kisah ini tentang Qasdina yang sudah lama kehilangan ibu. Ayahnya mengalami masalah kewangan dan dia bekerja utk menampung perbelanjaan persekolahan 2 orang adiknya. Kelulusannya yang tiada kaitan dgn kerjanya menyebabkan dia tersadai melakukan kerja2 pembantu am. Walaupun sikap berangannya sangat terkenal di pejabatnya, entah kenapa boss kat tempat dia tu nak amik dia jadi penolong pengurus namun dibantah keras oleh Zariel. Zariel yang mulanya masuk dalam list 'lelaki idaman' Qasdina terus terkeluar dari senarai. Dia nak buru lelaki yang kaya, hensem dan romantis namun hatinya lebih terpaut kepada Iqram, lelaki yang kelihatan sederhana, caring dan romantis. Kebencian Qasdina kpd Zariel makin bertambah apabila kemalangan yang memusnahkan masa depan adiknya adalah berpunca dari kelalaian Zariel. MAcam tak ada pulak watak yang betul2 mencabar watak 'Qasdina', Jun tidak cukup 'jahat' dalam kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Pgalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.

IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita2 bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

RM19.90
535 mukasurat

Jumpa Mimah di KLIA

Start:     May 14, '08 1:00p
Location:     KLIA
sahabat lama! Ntah macam mana la rupa misi comel yang merantau ke Arab Saudi nih!

Sunday, May 11, 2008

Hari Memanjakan Ibu!

Hari Memanjakan Ibu!


Tak sangka dalam tergesa-gesa pun aku sempat balik minggu nih, biarlah minggu depan cuti wesak aku tak balik, minggu ni aku balik juga2 sebab nak spend time dgn mak sempena hari ibu :) Memandangkan tak amik cuti extra, monday (hari ni) pagi2 sampai dari kampung terus masuk opis.. tapi aku rasa segar bugar jer.


Aku sampai dalam lingkungan pukul 11 malam sebab sempat pulak naik bas 6 ptg dari puduraya. Selalunya miss aja bas tu. Sampai jer tengok mak dah melepek kat tempat tidur, penat kot, siangnya bergotong royong di pondok kecil kat kampung. Esoknya kami buat aktiviti menggoreng kuih benderam. Sakit pinggang wo 3 jam ngadap minyak panas. Selesai jer keja2 menggoreng kitorang terus bersiap2 utk ke Carrefour seberang jaya, bukan nak masuk Carrefour pun, sekadar nak mendapatkan food steamer idaman mak aku kat cosway di situ. sengih lebar dia.


Masa nak pegi tu aku ingat ker adik aku yang drive, sebab biasanya balik kg, kalau dia ada memang aku tak drive keta dia. Sebaik saja siap aku terus duduk kat seat belakang, menyandar sambil baca novel. Diorang kat dalam keta tu semua gelak.. aku heran la aper sal. Mak aku cakap kalau kakna dok blakang sapa nak bawak? takkan mak kot. Rupa2nya adik aku yg dok drive tu tak ikut. Aku ni bab drive round2 ni malerssssss sikit.. Ekcili sebelum gi carrefour tu kitorang singgah kat Fair Lady utk beli uniform family masa kenduri nanti.. Jubah hitam bunga merah. lepas ni kena korek2 la beg2 aku cari tudung merah hitam. Rasanya ada, tak yah la beli.


Kitorang makan tengah hari kat KFC di carrefour. Selesai jer terus balik dan singgah di rumah saudara mara kat kg ptg pauh, to' kun dan sekitar taman selasih untuk edar kad undangan perkahwinan adik aku. Dah lama tak meredah hutan belakang rumah makcik aku, bersilat jugak la ngan nyamuk2 nak mendapatkan seikat bunga kantan.


Esok pagi bermula satu sesi lagi menggoreng kuih benderam. Kitorang perlukan stok yang banyak utk edaran masa majlis akad nikah adik aku nanti. So buat sikit2 la.. biasanya satu adunan mengambil masa 3 jam lebih utk digoreng. Hari tu aku rasmikan lah food steamer baru, buat ayam kukus sedap nak mampus (seperti kata Pn. Juriah officer kat ofis aku).


Hujung minggu yang aku rasakan sangat pendek tapi melapangkan kepala otak aku walaupun banyak benda yang kena buat. Therapy minda jugak buat aku.

Happy mother's day kepada semua ibu di dunia. Kalau tiba masa hari jadi korang nanti (kalau dah lepas, tahun depan la), jangan lupa bagi hadiah istimewa buat ibu, kerana kalau tak disebabkan wanita tu, pada tarikh tersebut korang takkan dilahirkan. Peluk cium yang paling istimewa buat EMAK!. Thanks for everything mak! mmmmmmmmmmuah!!! :-*


sure fine whatever
rinn

Untukmu Sayang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Marwati Wahab
Untukmu Sayang by Marwati Wahab
Terbitan Fajar Pakeer


"Dendam itu melontarku ke jurang sepi, lalu membunuh bahagia yang bersemi."


Kali kedua saya membaca hasil karya Marwati Wahab, tapi bukan sekali dua saya baca karya Aleya Aneesa. Terdetik juga di hati saya, saya lebih suka penulisan 'Marwati Wahab' berbanding 'Aleya Aneesa' sedangkan kedua2 nama itu milik orang yg sama. Characters yg ditonjolkan amat memuaskan dan pasangan yang ditampilkan dalam kisah ini mempunyai chemistry yg kuat dan interaksi mereka sangat menghiburkan.


Pengenalan bab pertama kepada Dasi dan Hazim agak hambar dan biasa tapi kemunculan watak "Yana" membuatkan saya tersenyum lebar. Scene2 sedih yang disampaikan sangat mengesankan dan memang akan turut merasa hiba, berkongsi rasa dengan perasaan watak2 yang ditampilkan. Tapi bagi situasi kampung yg dipaparkan, batas2 hubungan antara Dasi-Farish sgt tidak terjaga. Tahu lah at one point Farish sgt yakin Dasi akan jadi miliknya, tapi tindakannya tu terlalu berani. Yana seperti cepat pulak insaf semasa di kampung tu sedangkan keangkuhan agak tinggi masa mula2 menjejakkan kaki ke sana. Percaya pulak famili Dasi utk membiarkan FArish memujuk Dasi dalam biliknya. Apa2pun saya memang terhibur dgn kisah ini dan buku ini ditutup dengan senyum simpul. :)


"Sekurang-kurangnya dia tahu Azamila dan Dasiera boleh duduk semangkuk"
ni petikan dari muka surat 391. Terfikir gak saya, Azamila ngan Dasiera duduk semangkuk? kalau mangkuk yg buleh duduk, yang kat dalam tandas ler.. takkan nak duduk semangkuk kot. hehe.


Kisah ini tentang Dasiera yang sgt sayangkan Abgnya, Hazim. Namun apabila Hazim memperkenalkan Yana sbg bakal isterinya, membuatkan Dasiera mengimbau kenangan zaman persekolahan, permusuhan yang tidak berpenghujung dgn Yana. Ugutan Yana memaksa Dasiera meninggalkan abgnya lalu kembali ke kampung halaman ibunya. Tanpa disangka-sangka bakal membuka rahsia besar keluarganya.


Pertemuan dgn Farish membibitkan rasa kasih. Apabila dia sudah bersedia menyerahkan hatinya kpd Farish, Yana muncul lagi, dan kali ini Yana adalah adik kpd Farish. Dasiera tahu dia akan kehilangan kasih lagi sekali. Farish keliru dgn keputusan Dasiera dan dia akan membongkar misteri itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yg paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya dendam harus dibalas dgn dendam. tapi itu dulu... semakin masa berlalu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, "Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!"

Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorg yg menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi demi sayangnya yg melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru utknya yg semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."

Rupa-rupanya masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yg tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. Anggap saja saya gadis tidak tahu diuntung. Sudah bertemu dgn lelaki baik, tapi tetap juga tidak tahu menghargai. Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yg memaksa, namun, usai melafazkan kata2 itu, ada titisan jernih yang menemaninya.

Rm21.90
590 mukasurat

Saturday, May 10, 2008

Warna Hati

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Meen Zulaikha
Warna Hati by Meen Zulaikha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Secerah mentari segemilang pelangi begitulah hangatnya hati kita yang bertaut"

Menarik. Saya suka citer Meen Zulaikha dlm novel ini. Terasa fresh penyampaiannya walaupun isu2 yang disampaikan spt pernah dibaca. Saya rasa puas hati apabila membaca novel ini berbanding Kasih Yang Suci. Kisah wanita yang berusia awal 30-an yg lambat bertemu jodoh, menjadi bahan umpatan orang kampung, kisah isteri yang terabai layanan suami yang merahsiakan kelemahan diri membuatkan isterinya berprasangka, seorang lelaki yang sukakan orang sejenis cuba mencari isteri utk menutup kelemahan diri, seorang suami yang menyanggupi diri utk menikahi wanita yang dipujanya tetapi tidak pernah dianggap sbg suami.. semua itu adalah antara kisah2 yang disulamkan dalam novel ini. kedengarannya seperti banyak perkara yang disumbatkan dalam satu novel setebal 500 muka surat ini, tetapi saya rasa meen zulaikha bijak meletakkan setiap isu ini secara tersusun dan tidak bertindan kisah antara satu sama lain.

Scene speed dating tu macam penah tengok dalam movie lah.. citer aper ye? tak ingat lah pulak. Masa tu Zara memilih dengan mata bukannya dengan hati. Agak predictible tapi penyampaian cerita ini menjadikan jalan cerita interesting! Menarik cara Harith cuba memikat Zara setelah mengetahui Zara minat baca novel. Dia memilih tajuk2 novel yang menyatakan perasaan hatinya, dua buku pertama yang dihadiahkan kepada Zara adalah "Aku Cinta Padamu" dan "Kau Kekasihku" :) sweet! masa berselisih faham dan Zara merajuk, dihadiahkan novel Sepi Tanpa Cinta, Ke Mana Hatimu dan Masihkah Ada Kasih. :)

Kisah ini tentang Zara Lisa yang masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah melangkau 30-an. Adiknya seorang sudah berkahwin dan seorang lagi sudah bertunang. Dia semakin tertekan dgn kata2 sinis orang2 kampung. Ibunya resah memikirkan anak kesayangannya. Zara cuba mencari cinta dgn menyertai speed dating. Erman yg hensem giler segera menarik perhatiannya, manakala Harith mudah mesra dgnnya. Harith cuba warning Zara tentang sikap Erman namun Zara terlalu menurutkan hati sehinggalah Erman cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia mula menjauhkan diri. Dia selesa bersahabat dgn Harith yg disangkanya pemandu peribadi seorang datin dan seorg datuk.

Zara adalah sesuatu yang tak disangka hadir dalam hidup Harith. Dia membiarkan Zara menganggap dia hanya seorang pemandu. Namun itu tidak menghalang Zara utk terus selesa bersama Harith. Zara dipaksa bertunang dgn Jefri, Zara terpaksa akur namun apabila mengetahui rahsia besar Jefri, Jefri terpaksa menghantar rombongan memutuskan pertunangan.

Menarik juga scene2 romantis yang diselitkan Meen Zulaikha dalam novel ini :)

sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:

suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.

Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki. Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri ter lerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...

500 mukasurat
RM19.90