Tuesday, December 2, 2008

PASTIKAN KEHADIRAN ANDA DI PESTA BUKU BERIKUT:

Start:     Dec 17, '08 10:00a
End:     Dec 21, '08
Location:     Perpustakaan Negeri Seberang Perai
PESTA BUKU PULAU PINANG

SESI BERTEMU PENULIS
19 Dis 2008

Emma Maizura
Damya Hanna
Hezzy Azra
Hasreeyati Ramli

*info dari website Alaf 21.

Pesta Buku Antarabangsa Pulau Pinang

Start:     Dec 16, '08 10:00a
End:     Dec 21, '08
Location:     PISA (Penang International Sport Arena)
PESTA BUKU ANTARABANGSA PULAU PINANG

SESI BERTEMU PENULIS
20 Dis 2008

Emma Maizura
Damya Hanna
Hezzy Azra
Hasreeyati Ramli

info dari website Alaf 21.

Monday, December 1, 2008

Usikan Rindu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Qaira Qasidah
Usikan Rindu by Qaira Qasidah
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008


"Tak tersiram rasa resah bila wajahmu terbayang di mana-mana"


Masa mula2 capai buku ni dan tengok nama penulis yang saya tak familiar, saya just baca ja buku ni dengan niat nak mengisi masa santai. Seronok pulak biler kiter tak expect citer begini boleh jadi menarik dan menghiburkan :) Sebagai penulis baru Qaira Qasidah menggunakan pendekatan cinta sebegini utk menarik perhatian pembaca dan saya rasa ianya berkesan dan sekiranya buku keduanya keluar nanti sudah tentu pembaca-pembaca yang pernah menikmati kisah ini akan membeli karya keduanya.


Kisah ini berkisar konflik alam rumah tangga Syed Khalid yg beristeri dua. Mungkin kita rasakan tipikal kisah suami beristeri dua. tapi yg ni lain. Syed Khalid sudah lama menyintai Normala. Namun pinangannya ditolak kerana bapa tiri Normala mahu mengahwinkan dia dengan seorang lelaki kaya dan tua di kampung mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Syed Khalid mengahwini Sharifah Junaidah. Perkahwinan itu tidak mampu memadamkan nama Normala dari jiwanya. Dia bertindak melarikan Normala lalu mengahwininya. Perkahwinan keduanya direstui keluarga kerana mereka tahu Syed Khalid berkahwin dgn Sharifah Junaidah semata2 kerana sepupunya itu mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.


Kisah ini menjadi menarik setelah kematian Syed Khalid beberapa tahun kemudian dan wasiatnya dibacakan. Keluarga Sharifah Junaidah terkejut dengan kehadiran nama Dayang Suhana dalam wasiat Syed Khalid. Siapa Dayang Suhana? Besar mana jasanya sehingga Syed Khalid mewasiatkan sebahagian besar share resort Cenderawasih kepada Dayang Suhana? malah Normala memberi kuasa kepada Dayang Suhana utk mewakilinya di pejabat Syed Adam, anak sulung Syed Khalid yang angkuh.


Separuh dari buku ini tidak menampakkan sebarang bibit2 perdamaian antara Dayang Suhana dan Syed Adam. Syed Aqil jugak tak tau macam mana nak mendamaikan Dayang Suhana dengan abgnya Syed Adam. Syed Aqil membantu Dayang Suhana dalam diam. Namun Adam dpt menghidu sesuatu. Dia mengekori mereka sehingga ke Karambunai. Namun siapa sangka sekelip mata dia dan Dayang Suhana menjadi mangsa penculik yg mencari wang dgn cara mudah. Permusuhan mereka menjadikan mereka sukar bekerjasama utk melarikan diri. Namun mereka akhirnya terpaksa seiring sejalan dalam belantara yang khabarnya ada manusia yang makan manusia. Bukan heroinnya saja pengsan sebab tekejut. heronya pun pengsan jugak sbb terkejut. hehe..


Saya suka dengan cara Johan dan keluarganya menerima pembalasan setelah menolak Sharifah Haslinda dari mengahwini Johan. nasib baik ada lelaki yang baik seperti Aliff. :)


Romance adventure yang ringan dan menghiburkan.


sure fine whatever
rinn


KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!


Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.


Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.


Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...



RM 18.00
480 mukasurat
ISBN : 978-983-124-340-4

Saat Kau Hadir

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Laila Kamilia
Saat Kau Hadir by Laila Kamilia
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008


"Apa ertinya datang membawa harapan esok, jika janji semalam masih tak tertunai?"


Kisah ini mempunyai awalan cerita yang membuat kita mahu mengikut kisah ini dari mula hingga akhir. Pilihan permulaan yg bijak utk mengikat pembaca. Penulis juga menggunakan cara pengakhiran bab yang mempunyai ayat tergantung utk membuat pembaca tertanya, apa sebenarnya ini. maksudnya seperti masa tengah tengok 'who wants to be a millionaire' n then masa nak dengar soalan yg bernilai tertinggi, pengacara dgn muka serius berkata "soalan seterusnya.. selepas ini..." *iklan* Dalam bab berikutnya barulah disambungkan cerita yg membuatkan kita tertanya2 sebelumnya. Paling panik tu masa Eliana nak memilih antara Imran dan Amri. :) Tersenyum saya biler sampai part Zuhairee dan Dzalia anak beranak buat special appearance dalam citer ni :) Zuhairee dan Dzalia adalah hero dan heroin dari novel pertama Penulis ini dgn alaf21 bertajuk "Lakaran Kasih".


Eliana-Amri mempunyai sejarah pertemuan pertama yang romantis. Tahun2 yang berlalu dilalui dengan penuh harmoni. namun Eliana menjadi kekok dan keliru dengan perubahan Amri yg kadang2 seperti org yg tidak dikenalinya. He even smells differently. Kadang2 terfikir jugak Amri ni ada split personality ker? atau ada org lain yg nak jadi dia? Amri sendiri seperti tahu konflik dan misteri ini tapi teragak-agak utk menceritakan kebenaran kepada Eliana. Imran hadir dalam hidup Eliana dan sedar dia mungkin pilihan kedua. Dia tak pernah meletakkan harapan yang tinggi namun rasa cinta pada Eliana sudah lama terpupuk, sebelum mata bertentang mata.


Besarkah misteri yg disembunyikan Amri? Eliana dan Amri sama2 terlibat dalam kemalangan yg dahsyat namun, hanya eliana yg ditemui. Amri lenyap begitu sahaja. Ramai yang terfikir mungkinkah Eliana berhalusinasi? Betulkah Amri ada bersamanya semasa kemalangan. Amri dipercayai sudah mati. Namun Eliana makin terganggu dengan panggilan2 misteri dari Amri. Saya suka dgn pilihan Eliana di akhir cerita ini :)


sure fine whatever
rinn

SINOPSIS:


Bibit2 cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.


Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.


Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.


Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!


Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?


RM18.00
484 mukasurat
isbn: 9789831244029

Dunia Ini Sederhana Kecil

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bahruddin Bekri
Dunia Ini Sederhana Kecil by Bahruddin Bekri
Terbitan PTS One
2008


Dari rupa covernya yg oren mungkin tak ramai yang nak capai dan baca isinya. TAjuknya menarik dan membuat kita berfikir di mana letaknya sederhana kecil dalam kecilnya dunia ini.


Permulaan ceritanya agak biasa, tambahan pulak pembukaan kisah ini menceritakan persamaan antara bas dan cinta. Sesuatu yang dh banyak kali saya baca kat emel. Benda2 yang Syamir cerita utk memancing perhatian si gadis agak selalu kita dengar tapi respond si gadis itu saya rasakan menarik :)


Seratus muka surat pertama agak sukar menarik perhatian saya tapi bila menginjak dari muka surat 100 saya dah mula merasai tarikan kisah ini. Syamir, bagi yang tak mengenalinya mungkin menganggap dia seorg yang sukar didekati, tapi tak sangka lah pulak mamat ni kaki kelentong jugak orangnya dan idea spontannya membuatkan kita tersembur ketawa. TAwa pertama saya pecah tatkala Syamir terserempak dengan pontianak berotot-otot. haha.. unforgettable lah benda2 mcm nih. Watak Jid, lelaki yg percaya dirinya berjiwa wanita, tapi badannya berotot-otot sbb tersalah medication. Jid mengingatkan saya pada mamat sasa dlm iklan Kit Kat yang terjerit2 biler labah2 melata kat dada dia. Byk insan-insan yang biasa tapi unik dalam kisah ini.


Sebenarnya ada dua kisah berasingan yang berjalan serentak dalam kisah ini. Usaha Syamir mencari kerja yg halal telah mencantum dua kisah ini menjadi satu dlm keadaan yang tak tersangka :) Kesian jugak membayangkan Syamir yang terpaksa menjadi jurujual kicap kesihatan yg berharga RM30.00! Kisah kedua saya rasakan suram dan mengelirukan, ada unsur2 misteri. Kisah ini menjadi menarik apabila Syamir terjebak dlam kisah kedua. Kekayaan yang Syamir impikan seperti tercampak gedebuk di depan mata namun ia menuntut Syamir utk mengaplikasikan segala idea kelentongnya, malah dia bijak menggunakan rakan2 sekeliling utk menjamin kejayaan. Suatu kisah yang kita takkan dpt predict apa akhirnya :) Tahniah buat Che Din!


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata perempuan berlesung pipit, "Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu saya masih menggunakan kereta."


Kata Riduan pula, "aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."


Kata ibu, "Hidup manusia ini seperti roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah."


Lelaki gempal kata, "Hidup manusia juga seperti tingkap. aAabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang."


Kata lelaki muka berminyak pula, "Pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih. Begitu juga dengan hidup."


RM23.90
436 mukasurat
isbn: 9789833654321

Sebening Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Azhan Kamal
Sebening Rindu by Azhan Kamal
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Kini kusedari rindu yang tersimpan dalam lipatan memori masih segar mewangi"


Cerita ini disampaikan dengan gaya yang heavy dan menuntut tumpuan pembacaan yan serius. Agak berat utk pembaca santai macam saya yang sukakan kisah ringan dan menghiburkan. Penceritaan kisah semasa dan flashback yang berselang seli tanpa warning membuatkan sikit terkulat-kulat mengulang baca bab. eh? macam pestaim lah saya guna perkataan terkulat-kulat! :) sukalah pulak. hehe.

kadang2 saya seperti tak pasti yang mana past yang mana present.


AWal cerita banyak menumpukan pada watak Kamarul seorang lelaki yang baik dan penuh kasih sayang buat Nazatul. Nazatul seperti tidak menghiraukan dirinya di saat dia mula bersedia utk menjadikan Nazatul suri hidupnya. Masa ni Nazatul seperti tak nak dah kat Kamarul dan memilih Faizal sebagai suami. Tapi di hujung2 cerita baru lah diselitkan peristiwa hitam dalam hidup Nazatul. Faizal yang tidak mendapat layahan Nazatul mencari hiburan luar sehingga satu hari nazatul yang disahkan mengidap kanser payudara menangkap Faizal bersama seorang lelaki di kamar tidurnya.


Kamarul menyambung pelajaran, macam bawak diri lah jugak. Di australia dia bertemu Iryanti. Asalnya teman serumah. Jodoh mereka ada namun takdir juga membawa Iryanti pergi akibat dari penyakit yang sama seperti nazatul.


Kamarul mampu bersahabat dgn faizal walaupun nazatul telah meninggal dunia. Faizal pun mati gak lam citer nih. Dia dikuburkan di sebelah kuburan nazatul di kampung kamarul. nazatul minta dikuburkan di situ kerana perkampungan itu mendamaikan jiwanya.


Jodoh Kamarul rupanya dgn Erica yg memeluk islam, anak Iryanti di dalam jagaannya. kamarul yang tiada kaitan dengan nazatul dan Faizal menjadi org penting setelah kematian mereka. dia lah yang memastikan mereka bersemadi damai di alam kubur.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Perit rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Di mana kasih, sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak di hati? Nazatul...gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah penyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan si dia?

Kamarul…cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi. Namun, tuntutan tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih mengenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar.

Faizal…punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status ‘metrosexual guy’ yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa sahaja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya.

Iryanti...gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidupnya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang di hatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagiaan itu?

“Cintailah dia yang menyayangi dirimu.”


RM15.00
370 mukasurat
isbn: 9789831243503

Tuesday, November 25, 2008

Makan-makan di Jemari Seni




Weekend yang lalu (21-23 Nov) aktiviti aku agak packed. Bermula dari Khamis lagi aku dah bercuti sebab mak dan adik2 akan sampai dari Utara utk sama-sama meraikan konvokesyen adik bongsu aku kat Dewan Seri Budiman. Tak sangka pulak aku akan masuk lagi ke dewan ini lagi :) huhu nostalgia.

 

 

Jumaat tu memang khusus utk meraikan adik yang terima diploma pada sidang kedua. nama dia hurup S so dok dlm list terakhir. Alhamdulilah semua berjalan lancar. aku siap beli kamera baru utk bergambar sakan jumaat tu. Kamera canon aku dah wasalam, kali ni aku guna Nikon coolpix.

 

 

Malamnya kawan adik yg kami tumpang bermalam tu bawak makan satay kajang. balik tu memang terus pengsan. The next morning aku dihantar pulang ke Putrajaya. Alhamdulillah sampai awai, sempat la aku rehat2. Menjelang tengahari Sabtu tu aku rasa cukup sihat utk join jemari seni nyer makan2. Terbayang2 laksa memanggil manggil hehe. Terima kasih kak yah sbb sudi fetch saya kat Komuter UKM sabtu lepas :) Masa sampai tu ramai dah berkumpul kat dalam. Aku tengok wakil gengkicap pun dah ada.. Dapatla aku amik by hand 'Kebun Mimpi' yang aku dah order last week.

 

 

Terima kasih Jemari Seni. Terima kasih Lili sudi tumpangkan balik sampai stesen komuter UKM. Masa balik tu komuter memang packed. Jenuh menyelit nyelit nak kuar kat stesen Bandar tasik selatan tu. Aku menapak lenggang kangkong ke ERL tu sampai2 tengok lagi seminit tren sampai. Dah tu org kat kaunter takder pulak. Jenoh ngorek duit RM5. Dalam masa under 1minit aku beli tiket dah memecut Platform sbb tren dah kelihatan masuk ke platform. Ntah la bergegar Platform tu masa aku lari. hehe. masa dok kat dalam erl tu aku bernafas dah macam tak cukup oksigen, peluh merambu rambu. Org kat depan aku tu dah peluk beg dan tengok aku semacam. hehe.. udah rupa penyamun lah kot aku masa tu.

 

 

Nasib baik la esok paginya aku tak rasa sengal2 badan akibat remebesan asid laktik yang berlebihan. Dalam pukul 10pagi aku dah ngadap Sue yg janji nak jumpa aku kat Alamanda. Dah lama kitorang tak borak2. Banyak pulak aku mengangkut novel2 yang dia pesan dan juga DVD Grey's Anatomy Season 4 yang dia tak sabar2 nak tengok :) Sempat gak aku gi cuci gambar2 adik grad. The next day tu aku exam pulak kat KL. Sempat la gi puduraya beli tiket raya haji dan pegi service keta kat Dengkil. Phewww!

 

 

Ni aku up kan gambar2 masa kat jemari seni :)

 

 

sure fine whatever

rinn