Tuesday, March 31, 2009

Dendam Yang Terlerai

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Dendam Yang Terlerai by Norhayati Berahim
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan pertama 2004


"Bisakah kukutip kasih sayang yang terbuang?"


Ni yang bestnya kalau pi rumah kak ima.. baaaaaanyak buku2 Norhayati Berahim. Aku tak pilih buku2 baru sbb kebanyakannya aku ada. so cari la yang lama2 sikit. Tapi tak der lah lama sangat. buku ni diterbitkan sekitar tahun 2004.


Ceritanya padat dan terasa rugi kalau ada muka surat yang terlangkau.


Kisah Hani Asyikin-Danish-Nik amir, Pn Zakiah-Datuk Nik Hamidi-Tengku Maria. Dua set tiga serangkai ni mempunyai konflik masing2 yang berpunca dari salah faham.


Hani yang tersiksa waktu kecilnya melarikan diri demi mengejar cita-citanya. Insan asing menjadi ibu sejati buatnya. Puan Zakiah menumpahkan kasih ibu seikhlas mungkin buat Hani dan gadis itu akhirnya berjaya bergelar peguam.


Kisah cinta sedihnya dengan Nik Amir berkubur kerana hinaan dan cercaan Tengku Mariam yang tidak mahu anaknya yang tidak tentu keturunan. Anak angkat pulak tu. Nik Amir kecewa, walaupun menerima pilihan hati ibunya, dia menderita hingga menghidap penyakit kronik.


Takdir menemukan semula Hani dengan ayahnya yg sudah terlantar koma. Di situ dia berkenalan dgn Dr. Danish. Danish jatuh hati pada Hani yg setia melawat ayahnya yg pernah menderanya suatu masa dahulu. Walaupun begitu, dia nekad membawa balik ayahnya dan akan menjaganya hingga hembusan nafas terakhir. Di alam perantara ayah Hani menyesali perbuatannya dulu. Hani ni memang baik hati lah dan mudah memaafkan. Bukan saja ayah nya dimaafkan, mak tiri yang pernah membantah dia menyambung pelajaran pun dia bawak duduk sekali dengan dia.


Hani makin tertawan dgn Danish tetapi dia jatuh kasihan pada Nik Amir yg muncul semula. Dengan niat utk menjaga kesihatan Nik Amir, Hani menerima Nik Amir sbg suami dan Danish kecewa frust menonggeng. Namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan.


Tak sangka pulak Danish tu anak kandung Pn. Zakiah :) seronok lah dia bila anak angkat kesayangan jadi menantu.


sure fine whatever
rinn


Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripd terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di muara, entah tersangkut di celah2 duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di sini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yg tersimpan perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya...


RM25.90
isbn: 9789838935562

New: Kasih Ini Milik Kita & Evolusi Elly


Ni ada satu novel baru dari fajar pakeer dan satu lagi ni novel bergambar dari rose harissa khas buat peminat2 cub prix. bagi those yang minat rose harissa atau elly si pelumba cub prix tu, boleh la tambah koleksi. :)

 

here are the details:

 


Novel: Kasih Ini Milik Kita


Penulis: Puteri Imaneisya


Penerbit: Fajar Pakeer


Tahun 2009


 


 


“Tak tercarik kasih kepadamu walau digilis dugaan...”


 


 


Maya - Apa yang direncana tidak semudah perlaksanaan. Di mana nilai cinta harus ditempatkan? Dia bagai terhumban ke jurang dilema. Tegakah dia memperjudikan hidupnya bersama Joseph?


 


 


Shahiza - Adakah yang sudi menerima dirinya yang lahir bukan daripada ikatan yang halal? Yang hilang sebahagian daripada kesempurnaan seorang perempuan? Apakah masih ada sisa bahagia untuk dirasainya walau insan yang disayang sudah menjauh?


 


 


Eliza - Kerana marah dia tega membawa diri. Meninggalkan insan yang disayangi, justeru kepercayaan bukan lagi menjadi miliknya yang hakiki. Dia memaksa diri menjadi insan berhati kering, biarpun satu ketika dahulu hatinya pernah dibanjiri limpahan kasih sayang. Namun siapa yang dapat menolak ketentuan?


 


 


Melissa - Hati dan jiwanya sering meronta inginkan pembebasan daripada belenggu resah dalam kegelapan. Nur ketenangan dicari pada tiap penjuru kehidupan. Akhirnya dia bertemu, malah pertemuan yang tidak hanya membebaskan hati dan jiwa, sebaliknya turut menerangi jalan bahagia di lembayung cinta dan kasih sayang insan bergelar lelaki.


 


--------------------------------------------


 


Tajuk: Evolusi Elly: Daripada Rempit Kepada Juara


Penulis: Rose Harissa


Penerbit: PTS Millenea


Isbn: 978-983-3603-54-1


Tahun 2009


Harga Semenanjung: RM12.90


Harga Sabah Sarawak: RM14.90


 


 


“Demi satu impian, segala cabaran dan halangan mampu diatasi. Bermula di jalanan kini di litar melakar kejayaan.”


 


 


Dia membuktikan dirinya mampu menjadi juara. Berbekalkan tekad dan azam, tiada apa yang dapat menghalangnya. Kini, namanya disebut-sebut sebagai salah seorang pelumba terbaik di Malaysia.


 


 


Beliau adalah Elly Idzlianizar. Perjalanannya bagi menjadi seorang pelumba berselang seli dengan pelbagai kisah suka dan duka. Ini adalah kisah seorang pemuda yang berjaya membuktikan kepada masyarakat, daripada seorang budak nakal seawal usia remaja, tandus dengan kasih sayang, terlibat dengan lumba haram serta pergaduhan, berubah menjadi salah seorang pelumba Malaysia yang digeruni di rantau Asean. Daripada gaya comot bertukar menjadi pelumba yang kemas bergaya.


 


 


Evolusi Elly adalah rangkuman kecil kisah Elly Idzlianizar sebagai pelumba yang dapat dijadikan iktibar bagi menunjukkan tanpa semangat, kesungguhan, azam dan tekad yang kuat, kejayaan tidak akan datang bergolek.




Monday, March 30, 2009

Terbitan Utusan Publications


Novel-novel ni mungkin bukan baru lah kat pasaran, tapi dua2 novel ni adalah terbitan terkini Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

 

Tajuk Cahaya Kasih Qaisara
Penulis: Wanis Soffya


"Andai pelangi ingin kau miliki, redahlah hujan yang mencurah, namun belum pasti pelangi itu akan menjadi milikmu yang abadi di dunia ini"


Qaisara Nur, seorang gadis yang luhur dan terpelajar. Cintanya dengan Zamani yang berbeza darjat mengundang benci ibunya. Benci bukan sebarang benci tetapi benci disulam luka lama, luka yang tidak pernah sembuh dek waktu. Biar perit meniti kasih, cinta tidak mungkin berakhir tanpa bersimpul mati janji yang terpateri. Begitu tekad yang tersemat kukuh di sanubari Qaisara Nur. Mampukah mereka dipisahkan? Sanggupkah Zamani membiarkan Qaisara Nur menderita sendiri? Segalanya terjawab di dalam novel setebal 492 muka surat ini.


Harga: RM 24.00
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd


==========


Tajuk: Ingin Kugapai cintamu
Penulis: Dania Safyana
Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Harga: RM22.00


"Kenapa cinta hadir di kala aku sudah kehilanganmu..."

 


 



Sunday, March 29, 2009

Camar Yang Pergi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iris Ixora
Camar Yang Pergi by Iris Ixora
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2008


"Aku pasrah andai kata impian ini bertukar menjadi igauan"


Tak sangka karya ini menjadi bahan bacaan yang menyenangkan. Mungkin latar luar negara (Turki) menjadikan saya rasa kadang2 macam baca karya terjemahan, namun kisah ini bagi saya agak menarik kerana ia adalah kisah baru bagi saya yg tak pernah mengambil tahu perihal kehidupan di Turki. Lokasinya tak ada satu pun kat Malaysia, ianya tentang gadis Turki dan jejaka Turki.


Watak innocent seperti Dilara ada kekuatannya sehingga kita dpt menumpang rasa gembira, duka, gementar watak ini. Watak Ebru mempelbagaikan lagi rasa dan emosi bila membaca kisah ini. Memang menyentuh perasaan dan membuat pembaca menangis. Penceritaan scene sedih oleh Iris Ixora memang berkesan. Saya rasa novel ini jauh jauh jauh lebih baik daripada Damai Kasihku. Tahniah buat Iris Ixora. Bagi yang mencari suasana cerita yang berbeza, this is the right book for you dan spare tisu banyak sikit. Tangkap nangis wa cakap lu.


Kisahnya. Tentang Dilara yg hidup dalam kemiskinan. Ibunya yg sudah tidak mampu bekerja membuatkan dia menawar diri utk menggantikan ibunya dan bekerja sbg tukang cuci di rumah org kaya. Kesungguhannnya membuatkan dia diterima bekerja walaupun ada org lain yg tidak berpuas hati. Di sana dia bertemu Orhan yg kacak dan Ebru yg manja berjaya mencuri hatinya.


Orhan dan Dilara belum sempat memahami perasaan yg melanda mereka ketika Orhan terpaksa berkahwin. Orhan cuba menggembirakan isterinya namun perasaan cemburu marak apabila Nesye mengesan chemistry antara Orhan dan Dilara. Dilara cuba mencari haluan lain agar rumah tangga Orhan dpt diselamatkan. Namun kerinduan buat Ebru, adik Orhan dan Orhan sendiri membuatkan Dilara hiba. Dia risau memikirkan layanan Nesye kepada Ebru yang tidak sempurna spt insan lain.


Sibuk2 risaukan org lain, dia tak perasan yg dalam dirinya ada perkara yg jaun lebih besar yg perlu dirisaukan.


Kenalilah satu sudut di Turki yang mungkin kita takkan mengetahuinya tapi dapat mengalaminya melalui novel ini.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Dilara, seorang gadis miskin yg tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dgn pemuda yg kaya raya. Namun bila difikirkan, mana mungkin dia dpt duduk setaraf dgn golongan elit? Apatah lagi berkahwin dgn jejaka idaman kalbu yg digilai oleh ramai gadis.


Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah org kaya bagi menggantikan ibunya yg sakit. Dalam dia, dia dpt mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yg membara.


Namun apa daya, orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorg diri. Bg Orhan pula, perkahwinannya dgn Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar2 belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.


Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya penceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun bersediakan Dilara menghidupkan kembali khayalan yg telah dibuangnya itu?


RM19.90
501 mukasurat
isbn: 9789831243749


Wednesday, March 25, 2009

Novel Baru: PTS


halamak, mcm banyak giler pulak buku2 yang baru di pasaran dan bakal terbit. Rambang biji mata. Jenuh la nak borong semua kat pesta buku nanti. Yang pastinya, nak juga serbu booth PTS! :) Untuk maklumat lanjut mengenai baaaaaaaaaanyak lagi novel2 baru dari PTS sila ke website PTS ya?

 


Novel Baru: PTS

 


1. Dendam Pencinta by Ann Aishah
isbn: 9789833892297
592 mukasurat
harga RM26.00 (Semenanjung)
RM29.00 (Sabah & Sarawak)

 

 

Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.


-----------------

 

2. Munajat Cinta (1) by Taufiqurrahman al-Azizy
isbn: 9789833892334
harga RM17.00 (Semenanjung)
RM19.00 (Sabah Sarawak)
424 mukasurat

 


Ruwayda, seorang gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya. Penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh plot, ketegangan, getaran, kasih sayang, sekali gus air mata….


-------------------

 

3. Aku Bukan Superstar by Lily Haslina Nasir

(Bakal terbit)

 

(Petikan dari blog lilyhaslinanasir)

 

"Bagi yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi, mungkin kisah Aril Ali dlm AKU BUKAN SUPERSTAR ni boleh dijadikan teladan. Pilih kerjaya yang glamor belum tentu menjanjikan ketenangan hidup! Ketenangan lebih bermakna daripada kerlipan lampu kamera dan mikrofon atau baju bling-bling yang penuh glamor itu."

 

 


 

 


 





Novel Pesta Buku: Jemari Seni




Novel Terbaru Jemari Seni


 


 


Novel-novel ni boleh dibeli masa pesta buku nanti. Sekali kuar 3 buku baru ha! 3 buah lagi adalah Novel JS Adiwarna khas buat anak2 oleh Pn. Noor Suraya J.  Silap2 aku pun bli gak novel JS adiwarna ni. hehe.


 


 


1. Rahsia Hati Sofia by Nazurah Aishah


 


 


Bagi yang rindukan sentuhan kisah oleh Nazurah Aishah, boleh la dapatkan novel terbaru beliau masa pesta buku nanti ya.


 


 


Sekali air sungai melimpah…


Sekali pasirnya pun berubah…


 


 


Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya


untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!


 


 


Ini bukan cinta 3 segi! Dia & dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya


hanya aku seorang sahaja yang tahu!


 


 


Ajaibnya dlm derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar


resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.


 


 


Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku


memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!


 


 


Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi


pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....


 


 


Kenapa harus begitu, Mal?


 


 


NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH


terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia


dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!


--------------------------------- 


 


 


 


2.  Sigaraning by Imaen


 


 


Kami hanya 2 jiwa yg terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki keretapi siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: keretapiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati.


 


 


Aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah


 


 


Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta & tas ‘harta berharga’? Terhormatkah utk ‘dipinjam’ sebentar, dgn niat akan memulangkannya kemudian nanti?


 


 


Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri & kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia!


  


 


IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.


 


 ---------------------------------


 


 


3. Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati


 


Familiar la nama Nazawati nih. Rasanya dia ada buku dengan Creative kan? Hmmm... Jom gi bli buku ramai2. Hehe.


 


 


untuk maklumat lanjut, sila ke laman web jemari seni ya.


 


 


Sure fine whatever


Rinn


 




Tuesday, March 24, 2009

Novel Baru Mac: Terbitan Creative


Ni ada 2 novel terbaru dari website Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Azilawati mat Angsar ni saya pernah baca satu ja bku dia dengan Alaf.
Belum berpeluang lagi baca buku dia yang lain.

Sapa yang nak cari buku baru tu boleh la kemas kini list book hunting anda ya :)

untuk maklumat lanjut sila ke website Creative Enterprise ya.

 


1. Bintang Hati oleh Azilawati Mat Angsar
Harga : RM17.90

 


Lebih sedekad Nurul Iman menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Segalanya hanya kerana rasa kasih dan sayang pada sang arjuna hati yang tidak jadi dikahwini. Namun kehadiran Nafis, umpama cahaya yang menerangi malamnya yang suram tidak berbintang. Nafis, lelaki sempurna. Jejaka impian wanita. Namun kesempurnaan Nafis tidak berjaya membawa Nurul Iman ke alam cinta.

 


Lalu, Ilhan hadir mencuri ruang-ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh Nafis. Dan perasaan sayang, diam-diam Ilhan anyam dengan harapan agar kasih mereka akan disatukan. Namun dalam diam-diam juga… Nurul Iman menolak kasih Ilhan. Cinta Nurul Iman hanya pada lelaki itu. Lelaki yang tidak jadi dikahwininya dahulu.

 


Kemunculan Harith yang tiba-tiba itu, benar-benar menguji kesetiaan Nurul Iman. Bintang di hatinya bersinar kembali. Namun, kehadiran Laura bagai membawa kasihnya pergi. Inikah dendam yang bertahun tersimpan di hati lelaki itu? Dan inikah masanya untuk Harith melihat dirinya sengsara? Sedang Nurul Iman tidak pernah sedar, hanya dia yang Harith cinta buat selamanya…

 

-------------------
2.  Mendung Semalam by Irene Mojuru
Harga : RM25.90


Rasa itu, masih menghantui, membelenggu dan merantai seluruh kebahagiaannya. Dendam itu, sesuatu yang amat menyakitkan. Makin disimpan, makin membusung dan bernanah jadinya. Bak gunung berapi yang akan memuntahkan laharnya dan membinasakan seluruh alam.Lalu, perlukah rasa kasih dan sayang dianugerahkan untuknya? Sedangkan dialah pemusnah, penghancur dan peragut seluruh kebahagiaan ini. Persis haruan yang makan anak, dialah manusia sial yang bertopengkan binatang. Sehingga tergamak menjadikan anak sendiri santapan, demi memuaskan nafsu kebinatangan. Dan, haruskah manusia yang bergelar ayah ini terus dibiarkan bernafas dengan selesa, tenang… sedang hati-hati yang memandang, terus sakit dan menderita.Lizam, Tonny dan Laila… terus diburu trauma di dalam menanti sinar bahagia. Lalu, kehadiran Tina bagai sebuah mimpi yang baru bermula, membawa bersamanya episod bahagia. Meninggalkan duka lara, bersama harapan, moga tiada lagi mendung semalam
mengekori kisah silam.