Saturday, May 23, 2009

Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman

 

Tajuk: Dame Zoete Sarah

Penulis: Khairyn Othman

 

memang tertunggu-tunggu pun novel dari penulis ni selepas membaca karya pertamanya, Zahrah De Tigris :) nanti plan nak bli masa pesta buku Read Malaysia 2009 kat Mines.

 

DARI WEBSITE JEMARI SENI :)

ISBN: 978-967-5118-18-0

Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 29 Mei 2009) 

dame zoete Sarah ialah si manis Sarah  

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.  

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin. 

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?       

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek! 

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim 

* * * * 

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.

Friday, May 22, 2009

Ashraf Muslim & Sheila Rusly




Semalam masa jalan2 kat pasar malam aku tengok penggambaran utk rancangan Ketuk Ketuk Ramadhan dah bermula.. mungkin before this diorang dah shooting kat Pasar Tani lain kot. Celebrity yg menjadi tetamu untuk Rancangan ini msa shooting kat Pasar Tani Mega PUtrajaya adalah Ashraf Muslim :) halamak, rasa nak tengok DAri MAta Arisa lagi sekali lah :) hehe.


Aku ni pi mana pun usung kamera, so dapat la snap sikit gambar2 diorang :)



sure fine whatever
rinn

Thursday, May 21, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz KTD




Ha.. majlis ni diadakan pada 17 May yang lalu. Tak sangka betul aku terpilih sbg salah sorang pemenang :) Kali pertama berkenalan dgn kak liza zahira, akem, kak lady, abg long, kak zarina, suhaini :), pokcik dah banyak kali terserempak dah. Nanti biler kak liza zahira buat kuiz lagi, korang jgn lupa join, dia kata next kuiz utk novel kelima dia bakal menawarkan hadiah yg lebih lumayan lagi... huhu..


owh btw, KTD stands for "Kau Tetap Di Hati" Novel keempat Liza Zahira dan sekarang dia dalam proses menyiapkan karya kelimanya. Wah bila kuar karya kelima nanti, beliau akan ditabalkan sbg penulis prolifik alaf21 :) Good luck kak liza. Thanks for the cute little gathering. makan pun sodaaaaaaaaap. tambah2 pulak biler kak zarina bawak coklat nyumm nyummm...


ni antara gambar2 menarik semasa majlis tersebut :)

Monday, May 18, 2009

Teluki Itu Untuk Aku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazawati
Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009


"Pabila hadir rasa cinta, bawalah ia ke 'firdaus'nya" - Nazawati


SEbenarnya masa baca buku ni aku dok terbayang2 muka DD yg berseri2 citer betapa bestnya citer nih :)


Lepas baca baru lah aku tau yg citer ni rupanya citer kahwin paksa. Patut ar ramai suka bebenor ngan citer ni :).


Saya teringat Nazawati menggunakan cara yg sama dgn buku 'kembalikanlah kasihku' utk scene macam mana Seri Kurnia dapat tahu mengenai perasaan sebenar suaminya terhadap dirinya. dalam KK Rina dpt tahu hubungan sebenar Hani Mastura & Amirul Taufiq melalui catatan jugak. Tu cara terbaik utk mengetahui segala galanya tanpa ada yg tertinggal. "Kembalikanlah kasihku" lagi sedih berbanding citer ni.


Kisahnya tentang 3 sahabat, Seri Kurnia, Firdaus dan Ajmal yg terpisah setelah satu peristiwa aib berlaku dlm keluarga mereka. Seri pergi membawa diri melanjutkan pelajaran bersama penghinaan yg dilemparkan Firdaus tanpa usul periksa. Seri pergi dgn perasaan benci, namun dia sering berhubungan dgn Ajmal, bertukar kabar berita.


10 tahun berlalu dan Seri balik ke Malaysia. dia dpt kerja dgn Ajmal dan kebetulan pulak biliknya betul sebelah bilik Firdaus yg dipanggil balik dari luar negara utk bergabung dengan Seri dlm sebuah projek besar syarikat mereka.


Diorang ni lebih byk berbalah daripada berbincang. Perangkap yg dipasang org lain terkena kat diorang lalu ditangkap basah masa outstation kat Kota Bharu. Demi menjaga imej syarikat (kat Kelantan tu kot), mereka menerima cadangan Ketua mereka utk berkahwin. Firdaus menggunakan peluang itu utk membalas dendam pada Seri dan berjanji tak akan membiarkan Seri bahagia. Cuma ada sedikit masalah, Seri tu cantik dan baik hati orgnya. Berjayakah Firdaus melunaskan dendamnya? TAk susah utk jatuh hati pada wanita sebaik Seri, tambah2 dia tu best friend dia dulu, sebelum kejadian paling hitam dalam hidup mereka berlaku. Bukan mudah juga utk Firdaus mengakui perasaannya terhadap seseorang yg sangat-sangat dibencinya dan terlalu sukar utk dia memaafkan. Cerita ini dikupas dari sudut pandangan Seri Kurnia.


huhu... macam trailer movie lah pulak. tak sangka betul punca sebenar aib yg berlaku adalah dari keluarga Ajmal sendiri. BAnyak lah jugak yang tak sangka dlm novel ni. Masa baca buku ni, aku dok gila dengar lagu Yuna Dan SEbenarnya. Sesuwei bangat ngan citer ni. :) aku siap order EP Yuna nih. edeh.


sure fine whatever
rinn




sinopsis belakang buku:


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir,
kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!

Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini,
kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!

---------------------------

ISBN: 978-967-5118-16-6
Harga: RM19.00
435 mukasurat



Wednesday, May 13, 2009

Buku Baru Fajar Pakeer dan Alaf 21

Masa untuk memburu novel baru? ha ni fajar pakeer akan menerbitkan 4 buah buku barunya tak lama lagi... dan buku terbaru alaf 21, Sanjungan Kasih sudah pun berada di pasaran. boleh ke website rasmi penerbit-penerbit ini utk mendapatkan maklumat lanjut :)

 


1. Galeri Cinta by Ainon Zaini

"Andai bahagia dan cinta boleh seiring"


Syanen Hani dan Syaza Hana adalah dua saudara kembar. Mereka mempunyai cita-cita yang sama, ingin menjadi penulis yang berjaya. Latar belakang mereka membesar tidak sama. Syaza Hana terbiasa dengan kehidupan moden di kota. Syanen Hani pula terbiasa dengan kehidupan di desa.


Dalam soal hidup berpasangan pula Syaza Hana terlebih dahulu berkahwin dengan Doktor Syazwan. Manakala Syanen Hani belum bersedia untuk berumah tangga walaupun dia bakal dijodohkan dengan Salman. Demi mencapai cita-cita, Syanen Hani meninggalkan kampung halaman dan tinggal dengan kakaknya. Namun begitu langit tidak selalu cerah. Kakak yang penyayang membencinya tanpa diduga.


Jodoh merupakan perkara ghaib yang tidak seorang pun tahu. Begitu jugalah dengan Syanen Hani. Jodohnya sungguh tidak diduga, dipertemukan dengan orang yang tidak disangka. Syaza Hana yang kuat cemburu akhirnya merelakan segala yang berlaku kerana impiannya telah menjadi nyata untuk menjadi seorang ibu.


Mereka cuba mengejar bahagia namun bolehkah mereka sama-sama milikinya?


----------

2. Cinta Datang Menyapa by Hanny Esandra

Terbitan FAjar Pakeer

"Mata... menceritakan segala-galanya. Hati... memendam bicara cinta"


Riezman membuktikan kesucian yang lahir dari hatinya dapat memadamkan dosa-dosa yang pernah terpalit di tubuhnya. Merogol Safieya kemudian bertanggungjawab menikahinya adalah satu perbuatan yang patut diterima.
c

Memang pada mulanya Safieya benci kehadiran Riezman. Kerana Riezman, percintaannya kecundang, kerana Riezman, Adif Farhan pulang kepada Yang Maha Penyayang dan kerana Riezman, impiannya hilang.


Melayar bahtera rumah tangga cukup mencabar bagi Riezman kerana dialah nakhodanya. Kedinginan Safieya mula beransur hilang apabila melihatkan kesabaran Riezman. Cinta mulai subur dan seterusnya menghasilkan benihnya.


Namun, keimanan Safieya mula teruji apabila kekasih lama ‘muncul kembali’. Allah SWT mendatangkan Hairy sebagai ujian dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Dalam diri Hairy mula terbitnya Adif Farhan.


Safieya harus bijak menilai... antara momen silam dan angan baru. Penilaian mana akan menjadi paksinya?


--------------
 
3. Takkan Berhenti Mencintaimu
Penulis: Nass Alina Noah
Penerbit: Fajar Pakeer
 
"Aku akan menunggu saat dan ketika kau bisikkan rindu"

Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu…
 

----------------------------
4. Memori Berkasih
Penulis: Yuhanna Aleeya
Terbitan Fajar Pakeer
 
 
"ku intai dia sebagai cinta dan daripada dia kutemukan cintaku"


Alliana Shafika, seorang pembuat kek yang disukai oleh majikannya, Harry. Di balik perasaan suka, timbul sedikit rasa cinta di hati mereka. Namun ia menemui jalan buntu setelah Harry ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya, sahabat zaman persekolahan Fika suatu ketika dahulu.

Risha hilang seorang adik, terpaksa pula jadi mangsa ketamakan keluarga tiri sendiri. Dia menghadapi kematian bapanya sendirian dan terpaksa menghadapi pahit getir hidup di usia muda. Dendam terhadap seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah disukainya menambahkan lagi beban kehidupannya.

Khairi, pengawas sombong yang amat dibenci oleh Fika. Perasaan marah membuak-buak terhadap pengawas itu sehinggalah kemunculan gadis plastik putih yang perlahan-lahan melembutkan hati Fika. Perlahan-lahan membuka ruang di hati Fika dan perlahan-lahan membenarkan hubungan itu terjalin.

Dhani menyimpan perasaan rindu kepada kakak angkatnya. Dia mendambakan kasih sayang kakak angkatnya dan yang menyimpan perasaaan cinta. Salahkah kalau seorang adik jatuh sayang kepada kakak angkat sendiri? Tidak bagi dia, namun bagaimana pula dengan kakak angkatnya itu?

Siapa Dhani di hati Fika? Siapa pula Khairi untuk Fika? Dan, gadis plastik putih itu… siapa pula dia? Sebuah dendam… adakah harga sudahnya?
 
------------------
5. SANJUNGAN KASIH by Aimi Husna
Harga: RM18.00
Halaman: 452
Penerbit: Alaf 21 Sdn. bhd.

"Kasihmu ku bawa bersama menyusuri denai-denai kehidupan"
 
ANISA, gadis lepasan SPM tidak pernah menduga, kasih Harris yang disanjung selama ini rupa-rupanya dusta belaka. Jiwanya tertekan dan hatinya dihimpit ke kesalan. Demi cinta kecundang, Anisa nekad berhijrah ke bandar untuk mencari kerja dan ketenangan.

Kemunculan Hakimi mula mengundang rasa selesa di jiwa Anisa. Hakimi seorang yang cukup menitikberatkan pe lajaran dan masa depan. Baginya, usia muda tidak harus dipersiakan. Sejak itu, Anisa sedar bahawa cinta adalah penguat semangat dan bukannya pemusnah cita-cita.

Saat jiwa diselubungi kecewa, muncul seorang lelaki dengan sebuah harapan. Namun, Anisa tidak pasti sama ada mem buka pintu hati menyambut bunga-bunga cinta itu atau bersedia menghadapi risiko dirinya dilukai. Apakah dia sudah serik untuk bercinta lagi? Cuma Anisa yang ada jawapannya.
 
 

Tuesday, May 12, 2009

Read Malaysia 2009

Start:     May 29, '09 10:00a
End:     Jun 7, '09 10:00p
Location:     Mines Resort City
READ MALAYSIA 2009(Malaysia International Book & Education Fair)


Ada Pesta Buku lagi!

Read Malaysia 2009 Anjuran Malaysia International and Convention Centre (MIECC) dan Mines Exhibition Management Sdn. Bhd akan diadakan dari 29 Mei 2009 sehingga 7 June 2009 di Mines Resort City.


yg kak yah bagi tau booth JS jer kat E22
yang lain2 tu saya tak tau lah pulak boothnya kat mana
boleh la ke website penerbit2 buku utk maklumat lanjut ya.


booth nb kara no. 17.
utk maklumat lanjut bleh terus ke website nb kar.



Dapatkan novel-novel FP di
READ MALAYSIA 2009


Tempat: MIECC, Mines Resort City
Tarikh: 29 Mei - 7 Jun 2009
Waktu: 11.00 pagi - 10.00 malam
Nombor Gerai: B17-B22
untuk maklumat lanjut boleh terus ke website fajr pakeer :)


PTS pun dah mengumumkan booth nya... diorang akan berada di booth D11-D22. untuk maklumat lanjut, boleh ke website pts ya :)

Friday, May 8, 2009

Aku Ada Kamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lily Haslina Nasir
Aku Ada Kamu by Lily Haslina Nasir
Terbitan NB Kara
Cetakan Pertama 2009


"Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"


Bukan selalu baca novel yg heroinnyer gedik. biasanya rival heroin yg gedik. hehe.. Sofi Aidura ni jenis dah printed all over her with words like "nak buat camner lahir2 dah lawa dan seksi mcm ni".


Digambarkan Aidura ni pakwe keliling pinggang tapi tak der la rasa diorang tu mcm pakwe pun, sekadar kuar sekali dan mungkin si pakwe2 tu perasan biler dah dapat kuar dgn Dura, terus cap jadi makwe dia. Dura ni memang jenis tak tolak rezeki. Sikap dia yg mcm tu yg memerangkap dirinya sendiri. Dia sendiri seperti nak orang tu anggap dia special girlfriend dan jenuh jugak lari sana lari sini utk elak bertembung dgn steady boyfriend dia yg setia, Hisham.


Permulaan cerita kita diperkenalkan dgn Sofi Aidura dan keligatannya dan juga rakan2 serumah dia Suraya & Nora. Ntah naper aku asyik terbayang muka kaksu NB kara ngan Nora Ismail. hehe.


Bagi saya cerita ni jadi sangat menarik biler terbongkar rahsia saka dlm keluarga Aidura dan juga aktiviti si Sheila tu utk mendapatkan Hisham dgn menggunakan khidmat dukun, Nyai Menur. Siap ada mentera utk seru Hisham lagi ha. Macam real ja. Takut pulak aku nak baca, kang nanti tetiba jer ntah Hisham mana mai ketuk pintu rumah, kan susah! Err Kak Lily nampaknya makin berani dan galak bercerita adegan2 romen2tik. so sgt2 tak sesuai utk bacaan remaja. Aku rasa adegan2 ini tak adalah memberi signifikasi kepada jalan cerita.


Kat mana yer kak Lily cari info siap ngan mentera ni? aku rasa la.. dia gi interview Nyai Menur lah.


citer nyer tentang Sofi Aidura yang cantik jelita, jadi rebutan jejaka di kampus dan di luar kampus. Walaupun dia mesra jer ngan jejaka2 tu semua, hatinya sudah lama terpaut dgn Hisham yg sabar melayan kerenah keanak-anakannya. Aidura ni mcm ada kepentingan sendiri setiap kali berbaik dengan jejaka2 tu, contohnya seperti nak makan free dan nak dptkan nota assignment.


Mak Aidura kat kampung kelam kabut biler tiba2 jer ada orang masuk meminang tanpa pengetahuan Aidura. Jejaka yg hanya dianggap rakan biasa mahu memperisterikannya, sedangkan dia hanya nak seronok2 berkawan. Tak abis lagi tekejut dgn pinangan tu, Mak Aidura pening kepala dengan panggilan dari Kapten Khairul yg mahu merisik anak daranya dan nak tau bila nak boleh hantar rombongan meminang. Laris betul Sofi Aidura tu. Namun jodohnya sudah tersurat dgn Hisham yg nekad mahu memperisterikan Aidura setelah diserang denggi. Sheila yg dh lama syok kat Hisham tak dapat menerima hakikat dia tewas di tangan budak sekolah (Aidura belajar kat U dia panggil budak sekolah).


Terkedu aku bila pasir kubur, bunga kubur, kayu kubur, segala macam benda yg berasal dari kubur yg dikirimkan sbg hadiah perkahwinan Aidura & Hisham, telah digubah menjadi artwork oleh Hisham. haha. kelakar jer.


Perkahwinan mereka yg bahagia diduga dengan sapaan ilmu hitam kiriman Sheila. Hisham tak lut pulak dengan seru2 dan mantera2 sheila tu tapi Aidura kena teruk.


Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg terkawin ye. :)


cerita yang paling menarik dari kaklily setakat yg mana saya dah baca karya2 kak lily. (saya memang cuba kumpul karya2 LHN). cuma scene romance hisham-aidura saya rasa terlalu explicit penceritaannya dan melimitkan kesesuaian buku ni pada sesuatu had umur sahaja. tanpa babak asmara hisham-aidura pun saya dah rasa kisah ini ada kekuatannya. selain dari citer hantu, citer yg ada adegan asmara cam ni pun buat saya seram jugak. :) rata2 nampaknya ramai yang suka benar dgn cerita ni.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati.


Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila.


Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.


Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.


RM23.00
sabah/sarawak : RM26.00
isbn: 9789675229060
646 mukasurat
editor: Anida Daud