Thursday, April 21, 2011

566 Hari Mencari Cinta

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ilya Abdullah
566 hari Mencari Cinta
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
409 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00
9789675067709


"Kerana satu perjanjian, aku mencari cinta.
Dan kerana perjanjian itu, aku menemui cinta."


566 Hari Mencari Cinta menawarkan kelainan dalam menghayati kisah cinta seorang wanita yang mencari kemewahan semata-mata. Firdayu mungkin sama dengan kebanyakan 'villain' perempuan dalam novel-novel melayu yang palsu cintanya dan kejam hatinya. Kecantikannya dapat memikat banyak lelaki dari pelbagai lapisan kehidupan; yang miskin, yang sederhana dan yang kaya raya. Tetapi Firdayu akan mengukur tahap kekayaan seseorang yang ingin dijadikan teman lelakinya.


Cabaran nenek yang dibencinya supaya mencari suami dalam tempoh 566 hari disambut Firdayu dengan penuh bangga kerana dia dijanjikan keseluruhan harta milik nenek sekiranya berjaya mencari cinta dalam tempoh tersebut. Huzair adalah pilihan utamanya kerana dia ada semua ciri yang Firdayu cari.


Kid mengambil masa untuk menyerlah dalam kisah ini. Pada pendapat aku perwatakan Kid tidak sesuai dengan namanya ringkasnya 'Kid'. Gaya 'nerd' Kid membuat dia kurang terserlah tetapi semakin jauh pembacaan Kid semakin menyerlah sebagai seorang yang sangat penting dan berpengaruh dalam hidup Firdayu.


Hanya kaki putar belit dan si mata keranjang seperti Firdayu sahaja yang dapat memerangkap Firdayu; iaitu neneknya sendiri. Segala tipu muslihat Firdayu ada dalam koceknya. ;) Rupa-rupanya nenek Firdayu tu pun lebih kurang juga ligatnya masa muda-muda dulu. Bukan senang Firdayu nak meruntuhkan egonya untuk mengucapkan terima kasih kepada neneknya yang telah membuat dia terperangkap dalam cinta sebenar :)


sure fine whatever
rinn


blurb/rinns/sinopsis


Firdayu: "Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta!"


Kid: "Semua orang menggelarkannya 'poison ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku"


Ruzair: "Aku cuba bermain dgn 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memiliki dia"


566 hari... tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkah untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama, dicampak ke tepi.

Sunday, April 17, 2011

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazurah Aishah, Rnysa, Nasz
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna
Penulis: Nazurah Aishah, Rnysa & Nasz
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
569 mukasurat
9789675118487


Warna I: Bukan Dipaksa by Nazurah Aishah
Editor: Mohd Rosdi bin Mohd Zin
mukasurat 1 - 151


Nazurah Aisyah is at her best melayarkan kisah heavy dan sedih tapi memikat hati, malah mengikat kita utk terus membaca demi menyingkap misteri sebenar duka lara yg disembunyikan Ayu mengenai Affan. Aku tidak dapat lari dari meneka yg mungkin Affan pernah terlanjur dgn Ayu tapi kesimpulan di akhirnya tidak semudah itu. Kehadiran si comel Nayli mengubat rindu, merawat hati malah menyembuhkan kebencian yang pernah wujud di sekeliling Ayu. Nayli is a super sweet miracle.


Terasa seperti penulis menghabiskan cerita dgn brek mengejut. Mudahnya hati Hajah Normah yang keras kejung tu jadi empuk dan lembut. Tetapi semua itu tidak datang dgn mudah kepada Ayu, dia terpaksa menempuh kesengsaraan sendirian dan kehilangan yg memilukan sebelum dapat memanggil Hajah Normah 'mak'. Ayu bukan saja sangat degil seperti ayahnya tetapi juga penyimpan rahsia sebaik ibunya.


Happy ending yg buat aku menangis.


Warna II - Hikari Ainori by Rnysa
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
muka surat 154 - 396


Antara 'Bukan Dipaksa' dgn 'Hikari Ainori', aku rasa 'Hikari Ainori' lebih heavy ceritanya. Tiga kali aku baca Hikari Anori. Nak amik feel cerita :) Bagi aku Hikari Ainori ada sentuhan yang sangat personal dari penulis ini. Lapisan penceritaannya terasa seperti penulis menceritakan sesuatu yg sangat peribadi dan akrab dengannya. Lepas beberapa kali baca baru aku boleh meletakkan diri dalam cerita ini.

Dua nama pertama yang aku tangkap adalah hazel dan umar (umar ni set2 lelaki soleh, menjaga pandangan). Mereka bertemu dalam tren ketika belajar di jepun 4 thn yg lalu. Umar pernah memberi nota kepada Hazel, suruh hazel pakai tudung.

Mereka tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Sekarang Hazel sudah bertunang dgn jejaka pilihan keluarga, Rafique namanya. Rafique cuba utk mendekati dan memikat hati Hazel tetapi Hazel lebih suka mereka jarang bertemu dan kalau bertemu pun mesti ada mahram ikut bersama.

Rafique pernah bercinta dengan Adriena Ayuni(KEBUN MIMPI). Rafique tak pernah tahu kenapa Ayuni pergi malah dia juga tidak tahu yang Ayuni pernah mengalami tekanan perasaan sehingga pernah cuba membunuh diri.
Hazel berjumpa semula dgn umar (memperkenalkan diri sbg ryan) dalam keretapi Langkawi ekspress (dalam pertemuan kedua ini Hazel sudah menutup aurat tetapi umar sudah berubah dengan rambut berwarna dan gaya yg jauh berbeza dr dulu) Umar berubah kerana kecewa dalam cinta.

Pertemuan semula dgn Adriena Ayuni membuat Rafique membuat keputusan utk berkahwin dgn Ayuni krn dia masih sayangkan ayuni dan dia mahu menebus kesalahan lalu. Walaupun telah menerima amaran supaya menjauhi Adriena Ayuni, Rafique memutuskan pertunangan dgn Hazel kerana merasakan dia bukanlah lelaki yg baik utk gadis sebaik Hazel.

Tersentuh hati jugak dgn kesabaran Rafique menanti Adriena Ayuni. kalau dgn Hazel dulu dia kelihatan seperti kurang sabar (tapi tak lah pemarah), dengan Ayuni dia sangat berdiplomasi dan bersabar. Hazel juga seorg yg bukan pendendam dan sangat memahami. Walaupun Ayuni agak kompleks, dia kelihatan sangat sesuai dengan Rafique yg sabar dan sangat menyayanginya.

Saya suka Umar Rayyan dan Hazel :) Untungla Umar dapat tips nak pikat Hazel dari Rafique :)


Warna III - Karamel by Nasz
Editor: Mariah Mustapha
Mukasurat 401-569


Dua cerita sebelum ni yg ada sentuhan heavy dibalance kan dgn kisah Karamel yg bersentuhan santai dan komedi. Jenis cerita yg sebaik sahaja habis baca patut kita baca semula kerana selepas mengetahui punca sebenar Arif membuli Ana, rasa lebih seronok membaca kisah ini buat kali kedua dan kita akan lebih faham mengapa Arif bersikap begitu.


Interaksi Ana dan Arif memang menghiburkan kerana masing2 tidak kehabisan vocabulary dan idea utk saling berbalas-balas kata. Pertemuan pertama mereka sudah membuat kita terhibur dan tergelak2 membuat kita tk sabar nak mengetahui kisah seterusnya. Mati2 Ana ingat company dia amik OKU yg ada masalah pendengaran. Bila baca 2nd round segala2nya jadi lebih kelakar :)


Akibat salah faham, Arif membuli Ana di tempat kerja sedangkan dgn pekerja2 lain dia sangat baik. Telatah Ana yg selamba memang seronok dibaca. Ada saja insiden yg membuat kita semakin suka dgn Ana dan Arif :)


Bila tengok tajuk novel akan datang dari Nasz adalah Lazuardi, rasa macam terkeluar pulak dari tema 'rasa' yang selalu Nasz gunakan dalam tajuknya seperti 'SWEET SOUR' dan 'KARAMEL' kedua-duanya mempunyai rasa yg menarik.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/gengkicap/blurb:


Warna I - Nazurah Aisah
Bukan Dipaksa


Kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh



Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. biarpun tiada Affan di sisi. Affan yg berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yg telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dgn nyawaku.


Warna II - Rnysa
Hikari Ainori


The love ride of hikari


Kisah ini adalah kisah cinta mereka yg pernah hilang. Kisah ini adalah disah pencarian diri mereka yg pernah tersasarr jalan. Mencari semula cahaya hidup yg pernah suram. mencari kembali makna diri yg pernah pudar.


Warna III - Nasz
Karamel


Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.
"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.
"Laa... tak boleh dduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula." Aku jawab, lembut.
Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

Hanya Kau Yang Tahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kamsiah Abu
Hanya Kau Yang Tahu
Penulis: Kamsiah Abu
Buku Prima
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
517 mukasurat
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
9789670184173


"Seandainya boleh kuatur perasaan ini, pasti bukan cintanya yg kucari..."


Kisah ini bermula dgn keterpaksaan Sulaiman Al-Sagof menggelapkan wang syarikat demi menyelamatkan nyawa isteri tercinta yg bertarung dgn maut di meja bedah. Namun Allah lebih menyayangi isterinya. Farah cuba membela tindakan bapanya di hadapan Daniel Harith, bos besar Gemilang Jaya. Pertemuan pertama walaupun Farah sudah lama bekerja di situ. Siapa yg tak kenal dgn Daniel Harith yg sentiasa di dampingi wanita cantik.


Daniel Harith menggunakan kesalahan Sulaiman Al-Sagof utk memaksa Farah menyamar sebagai kekasih terbarunya supaya Munirah, rakan kongsi business tidak mengganggunya lagi. Dia mahu Munirah betul2 kecewa sehingga menjualkan sahamnya kembali dan tak ada kaitan lagi dgn dirinya.


Cerita ini banyak scene daniel harith dan Farah yang saling memendam perasaan sebenar. Walaupun mereka merasakan mereka melakonkan dan pura2 mesra tetapi apa yang dipamerkan adalah perasaan sebenar mereka berdua.


Walaupun tak suka Daniel Harith, Sulaiman Al-Sagof tu sanggup berulang alik dari telefon ke bilik anaknya utk memujuk Farah bercakap dgn Daniel Harith yang call all the way dari Cairo.


Daniel Harith sukar mempercayai wanita kerana ibu tiri yg telah memperdaya bapanya merupakan org yg telah merampas segala kebahagiaan dari keluarga mereka. Tetapi pertemuan dgn Farah telah membuat pendiriannya lebur.


hmm cerita org yg sangat hensem dgn orang yang sangat cantik.


sure fine whatever
Rinn


blurb/alongside/sinopsis


Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu. Ini juga peluang keemasan yg digunakan oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yg terkenal dgn imej 'Romeo' utk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menajdi bertambah parah apabila impiannya utk membina mahligai bahagia bersama kekasihnya, Rizal menemui jalan buntu. Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yg seolah-olah memenjarakan Farah dlm penderitaan yg entah bila akan berakhir.


"Sebab itulah abang ambil kesempatan utk libatkan Farah dalam kemelut abang dengan Munirah, kerana abg tahu yang abag telah jatuh cinta pada Farah semasa pertama kali melihat Farah. Hati abg bagai berdetik bahawa abg sudah jumpa perempuan yg akan membahagiakan abg." ~Daniel Harith


Adakah sesuatu yg pahit telah berlaku dlm hidupnya sehingga dia membenci perempuan begitu sekali. Adakah dia mengahwini aku kerana mahu membalas dendamnya pada perempuan.~Farah


"Jgn terlalu yakin farah! Bila saya kata yg awak mesti tinggal kan Daniel, eloklah awak lakukan begitu. Farah tak tau yg Farah tu hanyalah sebagai teman Daniel utk berseronok seronok sahaja. Dia akan tinggalkan awak bila dia sudah jemu nanti. Saya hanya ingin menolong awak sahaja, Farah. ~ Munirah Samad


---
Kerana wang, kekadang manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa melanggar prinsip kehidupan dan harga diri sehingga sanggup membelakangkan dosa dan pahala. Saya mendapat ilham ini utk mencoretkan kisah pahit manis kehidupan seorg gadis yg mementingkan kehormatan diri sebelum mengikat cinta lelaki bergelar suami. Semoga Hanya Kau Yang Tahu dapat memberikan ikhtibar yg baik kpd semua pembaca. ~kamsiah abu~


Saturday, April 16, 2011

KL international Book Fair 2011 PWTC

It's back!

Ada merancang nak beli buku pts pada harga diskaun? korang boleh dptkan kupon diskaun dari pts. Boleh klik banner pts di blog aku :) 

Jadual penulis? Adaaaaaaaa.... click di sini



Tuesday, April 12, 2011

Rindu Di Awan Biru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Meen Zulaikha
Rindu Di Awan Biru
Penulis: Meen Zulaikha
Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Rubiah Aksah
516 muka surat
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90
9789831246252


"Di awan biru kuseru namamu agar terubat rasa rindu ini"


Akhirnya berjaya juga aku menghabiskan kisah Kapten Akmal yang disebut-sebut kat guestbook aku tu. Memang penggoda kelas satulah dia ni. Pandai putar alam demi kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri. Walaupun mempunyai sikap begitu, perwatakan Kapten Akmal diolah dgn menarik menjadikan pembaca pun akan turut jatuh hati dengan Akmal yang caring dan penyayang tu.


Sinopsis belakang novel ini banyak mendedahkan klimaks cerita mungkin mengurangkan sikit kejutan cerita. Hanan berasal dari keluarga yang menderita gara-gara poligami. Ayahnya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami beristeri dua. Ini menjadikan Hanan kurang menaruh minat kepada lelaki. Ini menjadikan mak dia risau yg Hanan tu nanti tak nak bersuami langsung.


Pertemuan dgn Akmal ketika dalam penerbangan ke Melbourne menarik minat Hanan. Bukan senang Akmal nak mengorat Hanan tu. Tapi dengan campurtangan Adi, abg Hanan dan ibunya membuatkan Hanan terpaksa membuat keputusan segera ketika berada di masjid Biru. Hidupnya bahagia sehinggalah terbongkarnya rahsia Akma bahawa dia sudah pun beristeri. Dia jatuh cinta dgn Hanan dan berharap Hanan akan melahirkan anak-anak comel utknya kerana isteri pertamanya enggan mengandung.


Part ini lebih menyerlahkan keadaan sebenar Akmal yang kelam kelibut hidupnya. Hilang terus jejaka charming yg sebelum ini menutupi kelemahan Akmal. Dari seorg yang cool dan bijak terus bertukar menjadi seorang yg tergesa-gesa dan kelam kabut sehingga mudah terpedaya dgn perancangan licik isteri pertamanya sehingga dia terlanjur menjatuhkan talak tiga kepada Hanan. Setelah tenang barulah dia menyedari kesilapan diri dan mengaturkan 'cina buta' utk mendapatkan Hanan kembali.


Ridz yg tampan bergaya muncul mengisi kekosongan hidup Hanan. Bukan mudah bagi Hanan utk menerima Ridz tetapi ruang yang sangat sempit yg disediakan utk kemunculan watak Ridz membuatkan aku rasa mudah saja Hanan terpujuk dan menerima Ridz. Tindakan Ridz tidak mengembalikan segera cek pemberian Akmal menghancurkan kebahagiannya. (Nak sama pulak macam Seth(KYS) yang tak lupuskan topeng yg menjadi punca pertelagahan dgn Elena).


Kerinduan Hanan pada Ridz tidak kelihatan melebihi kerinduannya pada Akmal semasa menjadi isteri Akmal dulu. Mungkin kalau Ridz diberikan ruang yang lebih, kehadirannya akan memberikan impak yang lebih. Apa2pun aku suka endingnya :)


sinopsis/novelcinta/blurb


Jangankan berkahwin, bercintapun Hanan tidak ingin. Menjadi seorg isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.


Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan satu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakan menajdi seorg isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.


Akibat difitnah, Hanan diceraikan dgn talak tiga. dalam pilu dia diburu rindu. Dalam duka dia mengharapkan bahagia. sanggupkah dia 'bercina buta' utk kembali ke pangkuan Akmal sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

Matahariku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Matahariku
Penulis: Aina Emir
Terbitan: KarnaDya Solutions
Editor Zahrah Zainal
537 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
978983316861


"Tanpa suaramu, aku bagaikan hilang arah..."


Syakirah pernah mengecapi hidup sebagai anak orang kaya. Bapak dia yg akhirnya jatuh miskin membuatkan Syakirah mula merasa hidup serba kekurangan tambahan pula dia anak isteri kedua bapanya. Ibunya seorg yg materialistik sehingga sanggup menuntut cerai lalu berkahwin lain dgn lelaki yg boleh menjamin kesenangannya. Sedikit sebanyak Syakirah dipersalahkan kerana enggan menerima Kai, anak sahabat baiknya yg kaya yg mampu memberi kesenangan kepada mereka sekeluarga.


Syakirah tertekan dgn sikap ibunya. isteri pertama ayahnya lebih rela sama-sama susah senang hidup dgn bapanya. dia pun senang dgn keluarga isteri pertama ayahnya. Namun, harga diri membuat dia mahu hidup sendiri tanpa dikongkong.


Sikapnya yg suka berfoya-foya di internet dan mengurat secara online membuat dia rapat dgn seorg mamat arab kenalan businessnya. Dia serba salah apabila mamat tu akan ke Malaysia atas kunjungan business dan tentunya mereka akan bertemu. Tentulah dia malu sebab masa sembang2 online tu dah siap bersayang-sayang dah. mana dia nak nyorok sedangkan di situ tempat dia cari rezeki. Mirza Al Yazid memang dah kenal siapa Syakirah dan dia senang dapat bersama dengan Syakirah. Syakirah pada masa tu sudah mula menyenangi Kai yg turut berkongsi minat (anime) yang sama dengannya.


Keadaan yg mendesak memaksa Syakirah menerima tawaran Mirza utk tinggal di apartment milik Mirza yg sering ditinggalkan apabila pulang ke negaranya. Tindakan Syakirah merahsiakan lokasi tempat tinggal mewahnya dari keluarga dan kawan2 telah menimbulkan syak wasangka. Apabila bapaknya mengetahui tentang perkara itu, dia terus insist nak jumpa lelaki yang membenarkan Syakirah tinggal di situ. Demi maruah Mirza yg terbuka kepada pelbagai fitnah Syakirah dipaksa berkahwin dgn Mirza. Syakirah keberatan kerana dia tahu Mirza sudah beristeri namun terpaksa dituruti (Mirza tak pernah menyatakan status dirinya). Perkahwinannya cuba dirahsiakan sebaik mungkin sehingga ada yang menyangka dia ada affair dgn suami ketua di tempat kerjanya.


Secara tidak sengaja Syakirah berada dlm situasi yang sama dengan ibunya sehingga dia turut dianggap materialistik dan ibu dan kakak kandungnya pulak selalu cari dia utk minta duit setelah mengetahui suami syakirah sangat kaya.


aku rasa watak yang berjaya mencampur gaul pelbagai emosi adalah ibu Syakirah, Mahfuzah. Dia mempelbagaikan suasana setiap kali wataknya muncul. Memang buat kita rasa geram dan nak tenyeh-tenyeh saja dia dan anak sulungnya tu.





sure fine whatever
rinn





blurb/novelcinta/sinopsis


Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorg ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis 'nakal' yg menghabiskan masa di dunia fantasi 'anime'. Dia juga menjadi 'pakar mengurat' di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorg lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.


Perkahwinan merupakan sesuatu yg menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sbg gadis materialistik. Pun begitu, kehadiran Khair atau Kai sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yg hampir dekat dengan igauannya!


Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? apakah kuasa yg dia da utk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yg kaya dgn keayuan asli itu?


"It's all about going crazy... and doing crazy things. Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari..."


Wednesday, March 30, 2011

Aku Yang Kau Tinggalkan

Rating:★★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Alina Haizar
Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Cetakan kedua Mac 2011
Editor: Jabatan Editorial KNE
759 mukasurat
RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00
9789675067655


"Cinta datang tanpa disedari...
walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati."


Teringat balik kisah ni pun dah cukup utk buat aku tersengih. hishh macam orang tak betul kan?


Kisah ini bermula di Italy. Nia ditugaskan menjadi pemandu pelancong kepada sekumpulan pelawat dari Malaysia. Pertemuan semula dgn Zaril Ikhwan mencetuskan flashback yang panjang. Haaaa flashback ni lah yang akan membuatkan kita melekat terus dengan cerita ini.


Zaril Ikhwan ni dulu pernah terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri yang meragut pelbagai keupayaan dirinya termasuklah mindanya seperti sudah 'reset' kepada minda seorg kanak2. Neneknya risau bila emak dan ayahnya nak masukkan dia ke rumah kebajikan kerana tiada siapa pun yg dapat mengendalikan Zaril Ikhwan yg serba kekurangan itu. Neneknya yg kaya raya tu telah mengambil Zaril Ikhwan tinggal bersamanya dan dia mencari seorg calon cucu menantu yg boleh menjaga cucu kesayangannya dengan baik setelah dia meninggal dunia nanti.


Ani, adik Nia yang berenti sekolah selepas peperiksaan PMR menjadi pilihan. Ani seorg gadis yang cantik dan pandai menguruskan rumahtangga malah mahir di dapur. Calon beginilah yang terbaik utk Zaril Ikhwan. Tetapi di saat2 akhir Ani menarik diri kerana sudah lama jatuh hati dengan rakan sekampungnya. Dia menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Ibu Nia sudah pun mengambil wang hantaran utk menebus semula tanah mereka yg tergadai gara2 ayah Nia yang tidak bertimbangrasa. Kesihatan ibunya turut merosot dan ini membuat Nia terpaksa tampil sebagai pengganti dan meninggalkan kolej.


Keluarga Zaril Ikhwan menyangka Nia lah gadis kampung yg bodoh yang dicari neneknya utk menjaga Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan ni emosi tak stabil. Sekejap ok sekejap tak OK. Lepas pulak dia ni menikah ye? Berakal tu termasuk tak dalam syarat sah nikah bagi lelaki? Well, whatever it is, akhirnya berkahwinlah Nia dgn Zaril. Nia memang seorg yg penyabar walaupun menjadi mangsa sepak terajang Zaril yg kadang2 lupa diri. Aku ni jenis anti jugak cerita2 perempuan yg asyik kena belasah jer. Tapi dalam citer ni keadaan Zaril memang dia tak mampu mengawal tindakan luar sedarnya.


sikap prihatin Nia membuat Zaril amat memerlukan Nia dalam kehidupan sehariannya. Nia terbaca satu keratan akhbar berkaitan kaedah penyembuhan berkesan utk pengidap masalah seperti Zaril. Dia nekad menggunakan elaun bulanannya utk menjemput pakar yg dapat menyembuhkan Zaril secara terapi. Nia sendiri dilatih sbg pengamal terapi utk memudahkan dia merawat sendiri keadaan zaril. Walaupun lambat, perubahan Zaril makin ketara. Tapi sekali sekala angin Zaril mari, dia bertindak di luar kawalan juga. Kecederaan teruk yang menimpa Nia membuat Zaril Ikhwan bersetuju utk mengikut ibu bapanya ke Paris bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Dia mahu hidup bahagia di samping Nia. Sepanjang peninggalan Zaril, Nia menjalani proses penyembuhan dari kecederaannya dan dia tak dapat menyusul Zaril secepat mungkin kerana ibunya pula meninggal dunia. Bulan kemudian dia menyusul Zaril di Paris dgn membawa khabar gembira namun kegembiraannya sirna apabila mendengar perancangan Zaril dan ibunya utk menawarkan harga yg tinggi utk dirinya agar meninggalkan Zaril. Zaril yg sudah termakan kata2 ibunya membiarkan Nia pergi.


Pertemuan semula di Turin membuat Nia merasakan Zaril sudah tidak mengenali siapa dirinya. Zaril sudah kembali ke keadaan asal sbg seorg ahli perniagaan yg kacak bergaya. Mana mungkin dia akan ingat kepada isterinya yg telah menjaganya semasa sakit dulu. Kehadiran Maximo yang sering menempel dengan Nia membuatkan Zaril cemburu dan mahu menarik perhatian Nia. Nia sengaja mahu Zaril salah sangka dan tidak mahu ada apa2 hubungan lagi dengan Zaril kerana perjanjian perkahwinan mereka telah memberikan hak kepada Zaril utk membawa satu2nya anak mereka pergi. Nia takkan membenarkan semua itu berlaku.


Bila fikir balik, aku rasa aku ni memang jenis suka cerita macam ni kot. Kisah pasangan yg dah kahwin and then terpisah dan kemudian bertemu semula beberapa tahun kemudian dgn persoalan-persoalan mengapa mereka terpisah sekian lama. Kedengaran tipikal tapi bila dan start baca novel ni memang tak boleh nak tinggal dah. Alina Haizar menyusun perjalanan cerita ini dalam rentak yg semakin menarik dan membuat kita menutupnya dgn senyuman lebar bila konflik2 itu diuraikan simpulannya dgn baik sekali :)


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorg untuk menjaga dirinya yg sakit.


Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dgn suaminya sendiri. Diam2 dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yg lara ke Turin utk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.


Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dalam hati masing2. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi utk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yg terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing2 yg sebenarnya telah ditinggalkan.


Apakah rahsia yg dipendamkan itu...?