Thursday, June 23, 2011
Pesta Buku Selangor 2011
Masa: 10AM - 9PM
Wednesday, June 15, 2011
Baju Melayu Hijau Serindit
| Rating: | ★★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Syud |
Penulis: Syud
Terbitan Jemari Seni
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789675118593
430 mukasurat
Tak start baca lagi pun dah senyum :) Bila dah abis baca, lagi la senyum. :)
Kalau sesiapa yang sudah pernah membaca karya-karya Syud mungkin Pacai bukan nama asing lagi.
Watak Wardah pada permulaan cerita (sebelum berinteraksi dengan Pacai/Firas) kelihatan biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila dia mula berinteraksi secara langsung dengan Pacai, keseluruhan jalan cerita yang kelihatan agak tipikal menjadi sangat istimewa dan manis :) Syud menggunakan keistimewaannya dalam mencetuskan dialog manis untuk menangkap perhatian pembaca. Tanpa dialog menarik seperti itu, jalan cerita ini akan kelihatan tipikal.
Pertemuan pertama sibaju hijau dan si kasut merah di kedai buku mungkin kelihatan biasa-biasa saja di mata kasar tetapi bermula di saat itulah kedua-dua mereka mula merasai kehadiran satu sama lain dalam pertemuan demi pertemuan yang berikutnya. Si dia yang tak bernama mula dirujuk sebagai Shrek dan Dorothy (dari Wizard of Oz) sebagai tanda pengenalan yang hanya mereka yang tahu.
Apa terjadi apabila Shrek dan Dorothy mula mengenali nama sebenar masing-masing (Firas dan Wardah)? Haha... love is in the air :)
Mengapa Wardah perlukan bantuan Firas yang baru diketahui namanya? Dia memerlukan seorang 'stranger' lelaki untuk diperkenalkan kepada ibunya sebagai teman istimewa demi untuk mengelak dirinya dari dipasangkan dengan Ilham, seorang lelaki yang baru putus tunang. Dia tidak mahu menjadi seseorang untuk 'fill in the blanks' walaupun hakikatnya dia terpersona dengan perwatakan Ilham.
Firas? Pucuk dicita ulam mendatang. Tak susah nak jadi 'boyfriend' kepada Wardah asalkan mereka tidak jadi 'bestfriend' macam Teja Aulia dan Adil dulu. Jadi boyfriend yang prihatin lebih mudah dari jadi bestfriend yang memendam perasan cinta. Kan? Ketika diperkenalkan ketika kenduri doa selamat di rumah keluarga Wardah, Firas sudah diuji untuk menjadi imam. Whoaaa, good luck Firas.
Firas tak dapat mengawal diri dari mencemburui Wardah yang kelihatan rapat dengan Abang Hanan. Dah pandai merajuk dah si Firas. Wardah pun dijentik cemburu sehingga terbeli beg berharga RM600 selepas terserempak dengan Firas dan ibunya bersama seorang gadis yang sangat jelita (yang rupa-rupanya seorang doktor). Comel pula tengok diorang cemburu. Semakin terserlahlah perasaan sebenar mereka.
Sesuatu akhirnya terjadi sehingga memaksa Wardah meluahkan perasaannya. Apa ya terjadi sampai Firas menerima 105 missed calls dari Wardah? Baca lah sendiri dan senyumlah seindah suria. hehehehehe *senyum*
sure fine whatever
rinn
blurb/alongside/sinopsis
Dia ibarat seperti orang yg sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
I
Hidup seorg Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?
"Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."
II
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah :(
-----------------
SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yg memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!
Monday, June 13, 2011
Tak Mungkin Kuhindar
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Ana Sofiya |
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Norhafedah Jamiyil / Sari Masrul
Cetakan Pertama 2010
RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
9789673650149
628 mukasurat
"Kasihku, sayangku, cintaku tiada dua, namun mengapa hatimu penuh curiga?"
Kisah cinta mereka bermula dengan lakonan untuk menyelamatkan Maria/Lia dari gangguan Wan, bekas teman lelaki Maria. Hisyam kebetulan berada di situ lalu bermulalah lakonan mereka yang membawa kepada pertemuan demi pertemuan. Maria cuba untuk tidak mempedulikan Hisyam kerana dia masih kecewa dengan tindakan Wan yang mengahwini wanita lain.
Hisyam sudah lama berkawan dengan Salina tetapi dia tidak pernah ada perasaan kasih kepada Salina. Maria yang baru dikenali sudah mengajarnya erti rindu. Hisyam dengan sabar mengorat Maria. Huluran cintanya akhirnya bersambut tetapi keakraban mereka dicemburui Salina dan Wan. Fitnah Wan terhadap Maria sedikit sebanyak menimbulkan curiga di hati Hisyam sehingga dia hampir-hampir kehilangan Maria.
Maria mempunyai trauma perasaan terhadap lelaki bergelar bapa. Dosa bapanya tidak terampun baginya. Tindakan ibunya menerima bapanya semula telah mengguris perasaan. Kisah cabaran hidup rumahtangga Hisyam-Maria disulam kisah dilema seorg anak sama ada menerima semula bapanya yang dulunya seorg yang kejam.
Watak Salina yang hipokrit dan penuh kepura-puraan dilakarkan penulis dengan baik sekali sehingga membuat kita pun rasa geram dengannya. Watak Hisyam kelihatan sangat lemah berbanding watak Salina. Tindakan Hisyam kadang-kadang kelihatan seperti tidak logik juga. Dia lebih percayakan Salina, seorg perempuan yg mengakui menyintainya tetapi Hisham hanya mampu menerimanya sebagai sahabat, daripada isteri sendiri. Agak keterlaluan tindakan Hisyam.
Secara keseluruhannya kisah ini ada manisnya dan pastinya membuat kita tersenyum puas di hujung cerita :) Tak sangka Hisyam berjaya menjejak Maria sampai ke KULIM! Laaa naper tak singgah rumah den? haha.
Lepas baca buku ni terus rasa nak baca buku Ana Sofiya yang lagi satu :)
sure fine whatever
rinn
blurb/novelcinta@multiply/sinopsis
Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. dalam beci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda tersendiri.
Semakin hari semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Saturday, June 4, 2011
Datang Dengan Indah
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Sarnia Yahya |
Penulis : Sarnia Yahya
Editor: Eve Hawa / Sari Masrul
Terbitan Fajar Pakeer
RM20.90
Sabah/Sarawak: RM23.90
523 mukasurat
9789673650187
"Setelah berkurun menjemput rindu,
haruskah kumenunggu..."
Rasanya bukan kali pertama Sarnia memilih untuk melayarkan kisah cinta selepas kahwin. Kalau kisah adik yang mengganti kakaknya di pelamin, part yang paling aku tunggu adalah bagaimana penulis menangani scene kembalinya si kakak ke dalam hidup mereka.
Izzuddin hanya membilang jam untuk disatukan dengan kekasih hatinya Ruzana. Tetapi dia terpaksa menerima Ardini sebagai isteri kerana Ruzana telah lari dua hari sebelum hari pernikahan. Ardini menerima Izz yang dianggap seperti abang sendiri dan terpaksa melupakan kekasih hatinya, Farhan yg merancang untuk merisiknya sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kisah mereka bermula 5 tahun kemudian. Ardini dan Izz tinggal bersama ibu Izz. Ibu Izz memang sedia maklum mereka tidak tinggal sebilik, hanya berinteraksi seperti rakan serumah. Izz banyak melepaskan amarah jiwanya terhadap Ruzana kepada Dini. 5 tahun telah menyerlah Dini sebagai seorg yang jauh berbeza dari Ruzana yang memandang jenama dan kelas. Dini hidup dalam keadaan yang penuh kesederhanaan, malah ibu Izz amat menyayangi Dini. Izz keliru dengan perasaan sendiri apabila Dini menuntut janjinya 5 thn yang lalu. Dia pernah berjanji akan melepaskan Dini selepas Dini menamatkan pengajian. Namun tarikh itu telah berlalu 3 tahun yang lalu tetapi Dini masih lagi bergelar isterinya.
Farhan kembali dan membuat hidupnya rimas. Farhan tahu keadaan sebenar dirinya melalui Saodah, sahabat baik Dini. walaupun Dini banyak berahsia dgn keluarganya sendiri, Saodah menjadi tempat utk Dini meluahkan perasaan. Odah menyangka mungkin Farhan boleh membahagiakan Dini setelah dilepaskan Izz nanti. Dini memang rela dilepaskan dari ikatan perkahwinan itu, tetapi bukan untuk kembali kepada Farhan yg semakin mendesak.
Izz ditimpa kemalangan sehingga patah kakinya. Keadaannya itu membuat dia banyak memuhasabah diri dan rumah tangganya. Dini sabar melayan kerenahnya malah ketika di hospital, Dini yg banyak menemaninya. Izz cuba mencipta alasan utk melengah-lengahkan janjinya. Dia amat berterima kasih pada ibunya yang bijak memikat dan mengikat Dini dengan kata-kata dan janji baru. Izz menggunakan peluang itu utk mengambil hati Dini.
Interaksi Izz dan Dini memang ada chemistry yang tersendiri. Di saat bahagia sedang menyelubungi, Ruzana kembali dgn agenda utk merebut kembali Izz. Rupa2nya dia pergi dulu sebab cemburukan Izz yg sentiasa pernah memberi hadiah yg sama kepada Dini. Izz pada masa itu sekadar menjaga hati bakal adik iparnya tetapi segala-galanya disalahtafsir oleh Ruzana. Ruzana yakin dia adalah mangsa dan bukannya. Izz bertindak bodoh apabila membenarkan Ruzana tinggal di rumahnya sementara mencari rumah sewa. Tindakannya jelas telah melukakan hati ibunya sendiri, hati keluarga mertua dan paling luka adalah hati Dini. Sikap Izz terus membuat aku rasa letih baca buku ni. hehe. Dia sedang dilamun cinta dengan Dini tetapi kena mesti nak musnahkan kebahagian itu dengan membenarkan Ruzana masuk dalam hidup mereka? memang mencari nahas. Kalau Ruzana tu berpura-pura baik dan insaf, kot la Izz tertipu, tapi Ruzana jelas menunjukkan rasa tak puas hati terhadap Dini di hadapan Izz dan keluarganya sendiri. Tindakan Izz aku rasa tidak logic.
apa-apapun, kehadiran Ruzana memang merencahkan kisah ini dan membuat scene sedih menjadi lebih sedih cuma reason mengapa dia hadir dalam keluarga itu aku rasakan agak tidak boleh diterima akal.
Aku suka bila Dini mengenakan Odah hingga terpaksa balik kampung dengan abgnya saja dia nak kenen odah dgn abg dia yg baru putus tunang ;)
sure fine whatever
rinn
blurb/alongside/sinopsis
Haruskan dia setia kpd seseorg yg meninggalkannya begitu sahaja. Betapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yg tidak tahu bersyukur.
"Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama saja. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dgn perempuan itu."
"Itu dinamakan kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap cuba fikirkan akibatnya..."
Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia tahu hanya membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cnta Ardini, apabila si isteri pula membenci. Begitupun, hati perempuan dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.
Ruzana kembali tanpa tujuan yg pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yg ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?
Friday, May 13, 2011
Impikan Mentari
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Impikan Mentari |
Penulis: Shahzy Hana
Editor: Putri Nur Iman & Mohd Rosdi Mohd Zin
398 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675118555
Semasa membaca bab-bab awal cerita ini aku rasa ada part yang seperti tidak kena dan terburu-buru. Bakal pengantin perempuan sibuk nak balik kampung untuk persediaan akhir tapi bakal pengantin lelaki memilih untuk memadu asmara dengan bakal adik ipar di rumah bakal pengantin perempuan? Apo lah tak kreatif nya si pembuat onar berdua tu. Pilih la tempat strategik sikit.
Kisah ini banyak melagukan kisah sendu seorang Izzati. Hatinya luka parah setelah bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri di rumahnya sendiri. Dia rela melepaskan Fahmy kepada Hanni.
Kehadiran watak Ikhman terasa seperti tiba-tiba sahaja berada di depan mata dan menawarkan cinta. Terasa ada shortcut dan tak terasa bulan-bulan atau tahun-tahun yang berlalu. Ikhman tu pulak rasanya seperti seorg pelajar sekolah yang remaja, bukannya seorang lelaki berkerjaya yang menguruskan sebuah syarikat. Mudah saja dia meninggalkan kerja hanya kerana frust cintanya ditolak Izzati.
Berdasarkan maklumbalas yang aku terima dari sorang dua yang dah mula baca novel ni, ada yang sudah berenti sebelum sampai separuh cerita. Adus ruginya! Aku syorkan korang teruskan baca sampai habis kerana emosi cerita ini sangat menyentuh hati.
Hanni seperti diburu bayang2 sendiri apabila dia sering mencemburui Izzati dgn suaminya, sedangkan dia sendiri yang merampas Fahmy dari kakaknya. Perkahwinan antara Izzati dengan Ikhman melegakan keluarga dan sedikit sebanyak mengelak Izzati dari menjadi mangsa salah sangka adiknya. Perdamaian antara Hanni dan Izzati sangat menyentuh hati tapi sedikit sebanyak aku curiga juga dengan perubahan Hanni yang mungkin menyimpan perasaan dendam dalam diam.
Apabila Izzati disahkan mengidap leukimia, keikhlasan kasih sayang Hanni dan Ikhman terhadap Izzati teruji pada tahap maksima. Ikhman yang di awal cerita cintanya kelihatan seperti terburu-buru dan keanak-anakkan berubah kelihatan seperti cinta sejati yang ikhlas dan matang. Dia setia menemani Izzati yang terlantar dan terserlah sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menyintai Izzati.
Hanni pula memang sudah sedar diri dan tanpa berfikir dua kali dia sanggup mendermakan sum-sum tulangnya demi menyelamatkan nyawa Izzati. Tapi dia sedang sarat mengandung, maka dia tak dapat menderma dengan serta merta. Susur cerita di akhir-akhir kisah ini kelihatan seperti harapan semakin malap; tapi akhirnya terang benderang disuluh mentari :). Ending yang membuat kita menghembuskan nafas lega :)
Cerita ini tak banyak conflict, hanya Hanni dan Fahmy yang menjadi pencetus tragedi cerita. izzati tiada sebarang masalah dengan keluarga mertua atau keluarga mertua-tak-jadi. Dia seorang yang sangat disenangi oleh semua orang.
Penggunaan ganti nama aku yang kadang2 berselang antara Zati dan Ikhman kadang2 mengelirukan. Sekali sekala kena semak awal bab untuk pastikan siapa yang menjadi 'aku' pada masa itu.
sure fine whatever
rinn
blurb/alongside/sinopsis:
Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat Hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba2 Izzati 'dihidangkan' dengan babak bakal suaminya bermukah dgn adiknya sendiri?
Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?
Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.
Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan mengidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?
Impikan Mentari
Shahzy Hana menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?
Bisik-Bisik Gelora
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Fauziah Ashari |
Penulis: Fauziah Ashari
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
598 mukasurat
RM25.90
Sabah/Sarawak: RM28.90
978960184487
"Cinta yang berbisik di hati kan kusulam
menjadi bait-bait gelora beralun rindu"
Arumi ni masa zaman2 sekolahnya sangat nakal dan agak liar. Dia suka membuli Wari yang nerd semacam. Kejadian dia ditangkap sedang berpelukan dgn lelaki menjadikan ayahnya marah lalu menghantarnya ke kampung utk tinggal bersama nenek dan nenek saudaranya dgn harapan suasana kampung akan dapat menjinakkan Arumi.
Jad, jejaka nakal di kampung yg gemar mencuri. apa yg menarik pada Arumi ketika pertemuan pertama mereka adalah barang kemas yang menyaluti tubuh Arumi. Pada malam dia berhasrat merompak Arumi, Jad dianiaya sahabat sendiri. Sedar2 saja dia dalam keadaan yg mengaibkan bersama Arumi. Ibu bapa mereka yg merupakan orang terhormat di situ memutuskan utk menikahkan mereka dengan segera. Di hari pernikahan itu Arumi kehilangan suami yang tak pernah dikenalinya kerana suaminya terus kena tangkap polis dan dipenjarakan dan ibu bapanya meninggal dalam sebuah kemalangan. Arumi membuat keputusan untuk pergi ke luar negara.
Kisah ini benar2 bermula 7 tahun kemudian. Tuntutan tugas memaksa Arumi kembali ke Malaysia dan takdir menemukan dia semula dgn suaminya. Jad mahu Arumi menjadi haknya kerana dia sangat dendam dgn Arumi. Keakraban Arumi dan Fakhri telah memarakkan lagi kemarahan Jad. Arumi diperkosa Fakhri tetapi Jad tidak mahu mendengar langsung penjelasan Arumi sedangkan Arumi sudah pun mengandung ketika itu. anak yg dikandungnya anak Jad tetapi Jad enggan percaya kerana dia yakin Arumi suka berpeleseran dengan jejaka2 kaya dan kacak. Walaupun dia meragui Arumi, dia tak mahu melepaskan Arumi. Dia mahu melihat Arumi menangis tiap2 hari.
Kelahiran Akif tak pernah dipedulikan Jad. Watak Akif yg pelat dan naif sangat menyentuh perasaan. Dialog-dialog pelatnya menyentuh hati dan melucukan. Arumi dibayar utk menjalankan tugasnya sbg isteri dan pembantu rumah kerana Arumi mahu mencukupkan wang utk pembedahan jantung Akif.
Penemuan baju Arumi yang koyak rabak menimbulkan tanda tanya di hati Jad. Dia mula mengira semula detik-detik silam. Kerinduan juga membuat Jad berfikir dengan waras dan mula percayakan Arumi yg selama menjadi isterinya, tidak pernah bersikap buruk, malah dia seorg ibu yang bertanggungjawab. Jad mula merungkai persoalan demi persoalan dan pada masa yang sama cintanya mula berbunga. Macam mana nak pikat semula Arumi? Dia mula beli mainan utk Akif dan mencurahkan kasih sayang kpd Akif yang sudah berusia 3 tahun tapi belum pernah memanggilnya ayah. Memang rasa nak nangis mengenangkan nasib Akif dan perubahan sikap Jad membuat kita rasa hiba dan dapat membayangkan betapa bahagianya anak kecil seperti Akif yang akhirnya dapat seseorang yg boleh dipanggil ayah.
Watak Wari menyerlahkan lagi sentuhan thriller dalam kisah ini. Penyiksaan yang melanda Arumi angkara Jad terasa sangat tidak adil buat Arumi dan Akif tetapi cara Fauziah Ashari menamatkan kisah ini dgn sesuatu yang manis mengubat hati yang luka :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis/alongside/blurb
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorg pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yg dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yg baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dlm penjara. Apakah yg terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dgn Jad?
Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi 'menantu hantu'. ~ Tuan Akalil
"Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan org pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini jadi orang gaji aku!" ~ Jad Izzuddin
"Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dgn membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa." ~Banin Arumi
-------
Saya suka mencari kelainan. Membaca novel dan melihat persekitaran memberi inspirasi untuk menulis rentetan hidup Banin Arumi dan Jad Izzudin. Kisah isteri yang tidak boleh menerima hakikat takdir jodohnya. Kisah seorg suami yg berdendam. Diselitkan juga beberapa hadis dan ayat alQuran sbg panduan. bisik-bisik gelora sememangnya mengasak daya, rasa dan minda! Insya Allah, jiwa yg lompang dapat diisi, diselami dan dijiwai. ~Fauziah Ashari~
Thursday, May 12, 2011
Kau Selalu Ada
| Rating: | ★★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Durrah Fatiha |
Penulis: Durrah Fatiha
Editor: RUzita Awaludin
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
479 mukasurat
9789831245378
"Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam..."
Menarik juga kisah tiga gadis nakal ni. Keakraban mereka disenangi keluarga malah mereka kelihatan lebih akrab daripada adik beradik. Qayyim yang merupakan abang kepada Malihah secara tidak langsung turut memainkan peranan sebagai seorang abang juga kepada Syahindah dan Nurnisa. Qayyim memang arif benar dengan kerenah tiga gadis itu yang kadang-kadang tidak terduga. Pukul 3 pagi sambut birthday sbb mak dia bagitau dia dilahirkan jam 3 pagi. Setelah tamat belajar, ketiga-tiga mereka bekerja di syarikat Qayyim.
Malihah kurang berkenan pada Syiqin, gadis yang berjaya mencuri hati Qayyim. Dia nampak sendiri sikap sebenar Syikin yang disembunyikan di sebalik senyuman manis. Malihah mencadangkan agar Syahindah dan Nurnisa mengorat abg Qayyim supaya perhatian Qayyim dapat dialihkan dari Syiqin. Tanpa mereka ketahui, Qayyim terdengar rancangan licik mereka dan bersedia menghadapi pelaksanaan misi menggodanya oleh si Indah dan Nisa dengan hati yang senang :) Qayyim memberi kerjasama yang sangat baik sehingga Indah dan Nisa sendiri terkejut dgn respond dari Qayyim. Permainan bertukar menjadi sesuatu yang serius apabila ketiga-tiga hati telah tersentuh oleh perasaan halus. Qayyim memutuskan hubungan dengan Syiqin dan memilih Nisa menjadi tunangannya. Indah yg lebih pendiam menyembunyikan kekecewaan agar persahabatan mereka terjaga. Pertunangan dengan Nisa telah menjauhkan Indah dari Qayyim. Qayyim baru menyedari yang dia lebih selesa bersama Indah berbanding Nisa. Indah merupakan teman berbual yang sangat baik. Malah aktiviti kemasyarakatan yg sering disertainya menunjukkan keikhlasan hati Indah yang sangat luhur. Selepas bertunang dgn Nisa tu barulah 'chemistry' antara Indah dan Qayyim terserlah.
Syarikat Qayyim dilanda masalah apabila isteri muda bapanya berpakat dgn abgnya untuk mengikis wang syarikat. Qayyim tidak mahu kehilangan sesuatu yang telah diusahakan mereka sekeluarga sekian lama. Syiqin tampil dengan menawarkan bantuan yang tidak dapat ditolak dengan syarat Indah dan Nisa mesti diberhentikan. Syiqin memang cemburu sangat dengan kemesraan mereka bersama Qayyim. Pertunangan dengan Nisa akhirnya senyap begitu saja dan Syiqin mengambil alih. Perkahwinan dengan Syiqin memberi ruang yang luas untuk Syarikat Qayyim bangun semula. Dia tidak sampai hati memberhentikan Indah lalu menghantar gadis itu untuk bertugas di ladang miliknya yang tidak diketahui Syiqin. Nisa pula mahu berniaga sendiri.
Syiqin mengamuk apabila mengetahui Indah masih bekerja dengan Qayyim dan menghasut Mak Mah supaya menggalakkan Bidin mengorat Indah. Bidin keterlaluan apabila cuba memperkosa Indah. Indah menghadapi trauma dan keluarganya bimbang tiada lelaki yang mahu memperisterikan Indah lagi jika mengetahui apa yang telah terjadi. Indah tidak pernah menjalani pemeriksaan dan tidak menceritakan apa yang telah terjadi dengan Bidin. Qayyim tampil menawarkan diri untuk melindungi Indah dan memperisterikannya. Indah mendapat sokongan penuh dari Malihah dan Nisa. Mereka mahu Indah segera sembuh dari trauma yang dihadapinya. Walaupun Qayyim cuba mengelakkan menyebut tentang Bidin, dia sendiri ragu-ragu dengan kesucian isterinya.
Takdir untuk watak Syiqin agak 'predictible' tetapi terasa terlalu tergesa-gesa sehinggalah ke detik penamat kisah ini. Apa-apapun, it's a happy ending :)
sure fine whatever
Rinn
blurb/AlongSide/sinopsis
Malihah, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yg mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim.
Ternyata misi mereka tidak semudah yg dirancang. Perasaan cinta yg sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!
Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dgn dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!
Subscribe to:
Posts (Atom)