Sunday, March 4, 2012

Akukah Juwita?

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rina Farizq
Akukah Juwita?
Penulis: Rina Farizq
terbitan kaki novel enterprise
RM22.00
sabah/sarawak: 25.00
644 mukasurat
978675067907


Kisah ini menfokuskan Minah, gadis kampung yg kasar tetapi feminin setelah menempuh dunia pekerjaan. Kisah ini menceritakan tentang dilema Minah untuk membuat pilihan jejaka mana terbaik utknya. Ketiga-tiga calon dari latar belakang yang baik. Tapi pilihan Minah di akhir cerita aku rasakan akan menyukarkan jalan hidupnya kerana ibu si dia tak dapat menerima dirinya dengan sepenuh hati, walaupun nenek si lelaki itu amat berkenan dengan minah.


Dengan Gaban, Minah menjadi gadis kasar yang keras hati. Dengan Rifki dan Tengku Ukail, Minah kelihatan lebih feminin. Gaban tu hanya berani meluahkan perasaan setelah orang lain turut menunjukkan minat terhadap Minah. Keluarga Gaban sangat menyenangi Minah malah mengambil minah bekerja dengan mereka, malah Minah boleh nak pegi keja tak pegi keja ikut suka hati. Kalau dia berenti pun anytime boleh datang keje balik (ada ka keje macam ni? best nyaaaa) Rifki dari keluarga kaya yang sangat baik hati. Bila Rifki siap boleh mengimamkan jemaah-jemaah kat surau, dia kelihatan sangat mengkagumkan, tetapi dia jenis tak kisah bersentuh lelaki perempuan, membuatkan dia kelihatan janggal. Minah jadi jeles dan ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Adakah Rifki pilihan terbaik? Rifki kelihatan sangat menyintai Minah dan Minah pun kelihatan cenderung kepada Rifki, namun kehadiran Tengku Ukail menggugat peluang Rifki. Tengku Ukail tidak gentleman lah. dia jenis suka membuli dan menyakitkan hati orang. Namun gelaran 'budak jahat' kelihatan terlalu 'muda' untuk Tengku Ukail.


Watak-watak Gaban, Rifki dan Tengku Ukail kelihatan lebih kurang saja peranannya. Kadang2 kelihatan mereka seperti pecahan dari satu watak yang sama. Masih banyak yang pelru diperkukuhkan dalam kisah ini. Ada plot yang kelihatan longgar. Konflik dengan Tengku Masni kelihatan menarik untuk dikembangkan tetapi ia kelihatan sepi.


sure fine whateverr
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis


Org kata cinta itu indah, tapi tiada lebih indah andai cinta itu tiada rintangan. Bila kita hadapi dan bersama mengharungi rintangan itu, kita akan lebih menghargai orang yg kita cintai.


Minah, menemui beberapa lelaki yg hadir dalam hidupnya namun hanya seorg yg mampu menemukan cinta sejatinya. Mungkin Gaban, lelaki yg membesar bersamanya di kampung tetapi selalu saja bersengketa dan memanggilnya 'Timun Kecut'. Tetapi mungkin juga Rifki, si mamat poyo yang memang gemar berjenaka dan mengusik. Atau si budak jahat yang mengharu birukan hidupnya terus buat hari2 yg dilaluinya semakin mencabar kesabarannya.


Ikutilah perjalanan kisah cinta gadis biasa yg diberi nama Minah binti Temon dalam kisah yang dinamakan 'Akukah Juwita?'

Monday, February 27, 2012

Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Nonfiction
Author:Abd. Basit Abd. Rahman
Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah
Penulis: Abd. Basit Abd. Rahman
Terbitan Telaga Biru
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
228 mukasurat
9789675102073


"Info lengkap bergambar di dalam!"


Aku mula terpikat dengan buku terbitan Telaga Biru setelah membaca "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al Quran, Khasiat& Kaifiat Beramal" yg kak ima beli. aku tolong baca :) Kagum kan bila apa saja yang kita gundahkan ada doa penawar dalam al-Quran untuk kita panjatkan hajat dan rintihan kita kepada Allah S.W.T


Buku Makkah al Mukarramah ni aku nampak ketika nak bubuh minyak kereta di Petronas. Covernya menarik dan warna hijau memang mudah menangkap mata aku. Jeles juga bila sering mendengar cerita-cerita perjalanan kawan-kawan ke kota Mekah. tempat yang dilawati, Kaabah yang ditatap secara live. Buku ini membawa kita mengenali Kaabah dengan lebih dekat. Asal usul Kaabah diceritakan dengan terperinci.


Amat sesuai dimiliki mereka2 yang berhajat hendak ke Mekah kerana apabila kita kenali asal usulnya serta sejarah para nabi dan sahabat di sana akan membawa kita menghayati tempat yang kita jejaki dengan lebih mendalam.

meRinnTis blurb/sinopsis


Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan sa'i, syarat memasuki Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil struktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidilharam, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji (al-Masya'ir seperti Arafah, Mina dan Mudzalifah, serta masjid-masjid dan tempat-tempat bersejarah di Makkah. Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah dalam bentuk warna warni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.

-----------
Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman atau Abu Anas Madani lahir di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat ijazah B.A (Syariah), M.A. (Syariah) dan Ph.D (Syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan di samping menjadi penceramah jemputan. Beliau juga Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1428-1429H di samping pensyarah separuh masa di kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Beliau juga membimbing jemaah haji VIP melalui pakej Dar al-Eiman. Beliau pernah menjadi ahli panel forum "al-Kulliyyah" TV3 serta program "Jejak Rasul".


Saturday, February 25, 2012

Kasih Seimbas Pandang

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:zuraidah Othman
Kasih Seimbas Pandang
Penulis: zuraidah Othman
Publisher, Ahadiat Akashah The Writer Sdn. Bhd., 1997. ISBN, 9839216430


Kisah yang kelihatan sangat cute di akhirnya walaupun Fikah terpaksa menempuh jalan sukar menuju bahagia angkara bapanya yang mahu menikahkan dia dengan seorang lelaki tua yang kaya raya.


penderaan fizikal dan mental menjadikan fikah berani utk melarikan diri. Peristiwa itu menemukan semua dia dengan Aziq yang sudah lama tidak bertemu.


Pertemuan mereka kali ini bakal merungkai banyak salah faham yang tumbuh antara mereka gara-gara fitnah si Hamdan.


Hamdan tu memang pandai ambil peluang, dia memutarbelitkan fakta sehingga membuat Fikah dan Aziq putus harapan.


Aziq tidak mahu ibunya membina tanggapan salah terhadap pilihan hatinya kali ini. Fikah dibawa ke rumahnya sebagai pembantu rumah. Pergaulan harian Fikah dan ibu Aziq menjadikan mereka lebih akrab. Kejujuran Fikah terserlah dan memikat hati ibu Aziq.


Kehadiran Amalina bersama kisahnya yg berbadan dua membuat Fikah patah hati lagi dengan Aziq sehingga sanggup pulang semula ke rumah yang menjadi tempat dia didera mental dan fizikal.


Ending yang sangat cute :)

sure fine whatever
rinn


meRinnTis Blurb/sinopsis


BIARPUN CUMA SEIMBAS PANDANG, NAMUN, AKU PASTI KASIH YANG LAHIR... MAMPU MENJADIKAN KITA INSAN... PENUH KECINTAAN DAN KAYA PERASAAN!



Thursday, February 16, 2012

Temuduga Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Gred DG1-1


Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan jangan lupa ya menyemak nama kalian di


 

Tak der isi borang posting kat website KPM dah. diorang terus panggil temuduga. Senarai nama dan lokasi temuduga boleh didapati di link di atas ya?

 

 dari website spp: Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 di kalangan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan mengikut opsyen secara berperingkat mulai 30 Januari 2012 sehingga 16 Mac 2012. Senarai nama akan dipaparkan di Portal SPP secara berperingkat. Senarai semak dokumen temu duga juga boleh disemak di http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=248:mutakhir-dan-pengumuman-v4&catid=66

 

GOOD LUCK :)

 

sure fine whatever

rinn

Wednesday, February 8, 2012

Bening Merah Jingga

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazurah Aishah
Bening Merah Jingga
Penulis : Nazurah Aishah
Editor: Norzuzilawati Sulaiman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama Julai 2011
RM20.00
RM23.00 Sabah/sarawak
513 mukasurat
9789675118630

Kisah Ellina, seorang anak angkat yang diragui status sahnya. Ibu Ellina meninggal dunia ketika sedang menyusu dirinya. Hajah Maisarah menerima Ellina dengan penuh kasih sayang tetapi Haji Idris tidak pernah membuka hatinya untuk menerima Ellina malah melarang isterinya menyusukan Ellina. Ehsan anak kandung mereka jatuh hati pada adik angkatnya. Dia tahu ibunya bukan ibu susuan Ellina, so dia mahu Ellina menjadi isterinya. Ellina banyak mengalah dalam menghadapi kerenah Haji Idris malah dia pernah cuba menerima Raizal sebagai tunangan tetapi pertunangan itu membuat Ehsan kecewa dan bergaduh dengan Raizal. Ellina tidak dapat mencari keserasian dengan Raizal malah dia rasa terkongkong dengan pelbagai protokol ketika bersama raizal. Semua itu membuatkan Ellina nekad utk memulangkan cincin pertunangan. Tindakan Ellina membuat Haji Idris dan adik beradiknya bertambah benci pada Ellina.

Kepulangan Ehsan dari luarnegara membuat haji Idris resah. Dia bimbang cinta antara ehsan dan ellinna membara semula. Sampai bila2 dia takkan terima Ellina yang tidak tentu keturunan itu. Awal-awal lagi ellina mengalah dan membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri. Haji Idris ni tak pernah hargai pengorbanan Ellina malah hasrat Ellina berpindah tu pun diberi komen yang sinis dan negatif. Kononnya senanglah ellina nak berfoya-foya bila jauh dari keluarga. adoi sakitnya hatiku. Ehsan seorang lelaki yang kuat cemburu. Ellina bercakap di telefon pun dia boleh jeles sedangkan dia tak tau dengan siapa Ellina bercakap. Hajatnya ditentang bulat-bulat oleh Haji Idris. Diungkit ungkit pula tentang status kewangan Ehsan yang tak menentu. Baru keja dah sibuk nak kawin. Ellina mengalah dengan Haji Idris. Dia tahu ayahnya mahukan menantu dari keturunan baik2, malah Islam sendiri menyarankan memilih isteri yang dari keturunan baik2. Status sahnya membuatkan dia tiada dalam senarai calon Haji Idris untuk dijadikan menantu. Elly berjanji tidak akan berkahwin dengan Ehsan selagi dia tak dapat mencari bukti bahawa dia zuriat yang sah.

Pencarian Ellina membawanya ke Kota Bharu dan perkenalan dengan Shahrul. Shahrul mulanya kelihatan sangat baik tapi rupa2nya kaki menipu dan perabih harta orang. adussss sungguh tak tahu malu mamat tu. Dah tu suka pulak meletakkan kesalahan pada orang lain. Kehadirannya ke rumah seorg ahli Parlimen merungkaikan sedikit demi sedikit mengenai kedudukan Ellina. Ellina yakin itulah lelaki yang menjadi suami ibunya tetapi lelaki itu menidakkan yang dia pernah bernikah dengan Melissa.

Risau pulak bila Ellina ni kelihatan melayan saja kerenah Shahrul yang cakap besar tetapi kosong tu. Gila tak malu Shahrul tu, siap suruh Ellina juai laptop utk dapatkan duit dari Ellina. Katanya nak ke UAE untuk bekerja.

Penolakan Ellina membuat Ehsan merajuk dan cepat2 mencari pengganti untuk menyakitkan hati Ellina. Aqilah dipinang dengan restu tidak berbelah bagi dari Haji Idris. Hantaran 21ribu Haji Idris sanggup support asalkan calon isteri Ehsan bukannya Ellina. Dia tak bising-bising pulak bab baru bekerja dan duit pun tak cukup lagi nak bagi makan anak bini. Tindakan Ehsan buat aku rasa memang patut pun Ellina cuba lupakan Ehsan tu.

Aku lemas dengan Hj Idris, Ehsan dan Shahrul. Lambatnya Hannan nak timbul.

Setelah separuh buku barulah watak Hannan dan si comel Faye Nasuha difokuskan dan menjadi penyeri cerita dan penyeri hidup Ellina. Hannan kehilangan isteri dan Faye menjadi penawar. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan mahu memberikan yang terbaik kepada Ellina yang sudah di book nya sebagai mummy baru Faye. Masalahnya Ellina rela jadi mummy Faye tapi bo layan Hannan. Watak Hannan lebih kepada pemujuk dan penyejuk hati. Si Ehsan pulak jenis hendak dipujuk dan dimanja-manjakan, kuat merajuk dan kuat cemburu pula tu. aduih...

Dah la Ellina pening memikirkan kesahihan bapa kandung dia, Hannan pulak menyelit dengan menjadikan Faye sebagai umpan utk menarik perhatiannya. Tapi sedikit sebanyak perkara ni menjauhkan dia dari memikirkan Ehsan dan Shahrul. Terharu betul dengan penerimaan famili Hannan. Mereka tidak banyak songeh. Sangat menyenangkan hati. Ada hikmahnya Elly berpisah dengan Ehsan. Banyak rasa sakit hati hilang dengan kehadiran Hannan sekeluarga. Hannan membuat kita rasa gembira untuk Ellina :) Hannan saaaaaaaaaaangat sweet :)

Penamat yang mana Nazurah nak bawa Ellina? hmm... aku seronok pulak bila Aqilah kena tangkap basah dengan orang lain. Padan muka Haji Idris dan Ehsan tu. Rasa macam selalu jugak terbaca kisah anak yang dibintikan dengan Abdullah kerana tidak berayah akan mendapat ayah angkat bernama Abdullah atau kebetulan nama Ayah betul dia memang Abdullah.

sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:

novelcinta@multiply.com
"Astagfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.

"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? anak haram?"

Benarkah Elinna dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapalah lagi Elly akan bahagia kalau bukan dgn Ehsan, mama?

Tetapi bagai mana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yg sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yg sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak, janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!

Saturday, January 28, 2012

Karnival Karangkraf 2012




Aku pergi pada hari kedua karnival. Naik ERL + bas + teksi :) alhamdulillah dalam kul 11.30 dah sampai sana. Memang ramai lah orang! iklan yg selalu tengok masa tayang Gemersik Kalbu tu memang berkesan mengundang pengjung dari merata ceruk.


Tempat beli novel dibuat khemah besar berbumbung. Selesa dari panas mentari tapi sangat sesak dgn manusia. Tambahan pula mereka menerima voucher buku 1 malaysia. so ramai la adik2 memborong buku.


Meja penulis utk peminat novel mengambil tandatangan terletak betul2 di tepi khemah, strategik dan tak terperosok dalam kesibukan peminat membeli belah.

manakala penulis prolifik seperti Damya Hanna, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Ramlee Awang Murshid ada booth masing2 yang dihias cantik macam bilik pengantin pun ada :) Memang sesuai utk bergambar.


Panas terik! so pakai sunblock tebai2 ya? esok nak pegi 2nd round :D. aku terbalik awal ke? tak dapat amik sain haiza najwa :( buku barunya Jangan Ganggu Lenaku dah keluar :)


masa ronda2 tu terserempak dgn Marsha (Linda dalam Bicara Hati). Walaupun kelihatan rushing nak balik, dia tetap stop utk bergambar dengan fans dengan senyuman manis :)


sure fine whatever
rinn

Wednesday, January 25, 2012

Bertemu Penulis: Lynn Dayana & Zulfati Hanis


Hari Sabtu ni 28 Jan 2012 ada sesi bertemu dengan penulis alaf dan buku prima. Lynn Dayana mempromosikan buku barunya terbitan alaf 21, Cinta Perisa Dia dan Zulfati Hanis mempromosikan bukunya terbitan Buku Prima bertajuk Kembali padamu. Sesi ini akan berlangsung di MPH One Utama dari jam 2 ptg hingga 5 ptg.

 

Lynn dayana juga akan berada di Karnival karangkraf pada 29 Jan 2012.

 

Selamat mengumpul signatures :)

 

 

sure fine whatever

rinn