Thursday, September 13, 2012

Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Childrens Books
Author:Othman Puteh & Aripin Said
Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia
Teribitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Diselenggarakan oleh: Othman Puteh & Aripin Said
RM39.90

Hanya dengan harga RM39.90 u get a great compilation of cerita rakyat. Aku suka kisah-kisah dalam buku ini. Banyak yang membangkitkan nostalgia zaman kecil dahulu.

Cerita ini lebih sesuai dibaca sendiri terutamanya those yang 7 tahun ke atas. Kalau nak cerita kepada budak2 3-4thn mungkin akan susah sikit nak faham sebab gaya bahasanya yg lebih matang dan dewasa. Unless kalau pencerita mengolah semula bahasa mengikut kefahaman yang bersesuaian dengan kanak-kanak peringkat umur tersebut. You can see the excitement in their eyes menghayati kisah-kisah dalam buku ini :)

Aku pernah guna cerita-cerita di sini untuk bercerita kepada anak-anak sekitar 2-4 thn dengan cara membaca terus dari buku, tapi diorang tak faham. Kita kena faham cerita tersebut sebelum menyampaikan semula kepada anak2 ini dalam versi yang mudah mereka fahami yang sesuai yang perbendaharaan kata anak-anak sekitar umur tersebut.

Kadang-kadang yang ada yang suka beli loose copy yg satu buku satu cerita nipis, mungkin patut beli this book. Kita dapat 366 buah cerita dalam sebuah buku, for me, this is a priceless collection :) Kalau tak minat membaca pun, boleh ja baca satu cerita sehari dan by the end of the year, dah abis dah semua story :)

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku

Berseronoklah menikmati cerita binatang, jenaka, pari-pari, lagenda mitos, hantu dan asal usul, sambil belajar mengenai budaya dan tradisi masyarakat bumiputera Malaysia.

Antologi terbesar cerita rakyat Malaysia:
Bacaan harian selama setahun; 1 cerita 1 hari dengan tambahan 1 cerita bulanan

Bacaan warisan yg bermanfaat untuk setiap kanak-kanak:
Dibaca sendiri atau dengan bantuan ibu bapa.

Cerita dibahagikan kepada 2 kategori:
Kategori negeri - cerita rakyat setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak
Kategori nasional - cerita rakyat yang telah diakui sbg milik rakyat Malaysia seluruhnya.

Menggunakan bahawa yg terkawal:
Pemilihan kata berdasarkan senarai perkataan Buku Panduan Bahasa Melayu KBSR
Beberapa perkataan di luar senarai sengaja ditambah dengan maksud meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menggunakan Bahasa Melayu moden dengan mengekalkan gaya klasik.

Cerita disusun sempena hari tertentu antaranya hari Guru, hari Ibu dan Hari Kebangsaan.

Setiap cerita mempunyai nilai murni yg disarankan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan disertai ilustrasi berwarna warni.

Antara cerita menarik:
Pelanduk Berani Negeri Terbilang * Raja Bongsu Pinang Beribut
Udang Galah Bongkok * Puteri Naga Menjadi Pulau
Kerana Tebu Sebatang * Buntat Teloh * Labah-labah Buncit
Pengorbanan Kansiduon * Gergasi Pindah Negeri * Kuda Hijau
Bujang Terboyai * Perang Kayangan * Subang * Budak Membina Negeri
DAN BANYAK LAGI


Sunan Musafir

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ramlee Awang Murshid
Sunan Musafir
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan Grup Buku Karang Kraf Alaf 21
Editor: Mazuen Yahya
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00


Bukunya tak derlah tebal sangat tapi harganya mencecah RM22. Rasa mcm mahal pulak. Tapi mengenangkan ini siri terakhir dalam dwi trilogi Bagaikan Puteri, beli jer lah. Tengok2 kat dalamnya ada poskad special :)


Aku happy sangat2 dengan kemunculan semula Ratna yang membuatkan aku sangat puashati dengan penutup kisah panjang ini. Aku memang lebih suka Ratna berbanding Haryani walaupun Haryani yang muncul dahulu sebelum Ratna.


Kisah ini bersambung setelah Sunan separuh abad umurnya. dia membawa diri ke Pinggir Hulu Melaka bersama keluarganya. Andika merupakan satu-satunya darah daging Sunan yang sudah melewati usia remaja, namun tidak banyak keistimewaan Sunan yang diwarisi Andika, malah Andika sendiri tidak tau siapa sebenarnya ayahnya yang lebih dikenali sebagai Kiyai Kelana itu.


Mushaf kisah Laksamana Sunan menarik minat Andika dan Gadul untuk mengenali siapakan pahlawan misteri itu. Gadul tu mmg spesis tak sayang mulut. Cakap lepas.


Pertemuan dengan Yang Suri ketika Andika dan Gadul dibenarkan ayahnya berdagang ke hulu melaka telah membuahkan rasa cinta di hati muda anak teruna Sunan. Kegagalannya membayar cukai menyebabkan Andika ditangkap dan diseksa Panglima Deris. Saifudin datang menuntut anaknya untuk ditukarkan dgn senaskah AlQuran namun ditolak lalu ditawarkan agar mengalahkan Harimau berantai. Harimau Berantai menerima dengan angkuh, manakala Kiai Kelana sabar dan sudi menerima tawaran itu. Yang Suri nekad menawarkan diri sebagai galang ganti sekiranya Kiai Kelanan gagal muncul di hari perhitungan. Part ni ada style citer kungfu cina nyer jalan cerita. Panglima Deris cepat menerima kerana dia memang dah berkenan dgn Yang Suri yg cantik jelita.


Setelah persetujuan dicapai, Andika dibawa pulang. Yang Suri menyusul namun Kiai Kelana (sunan) mengarahkannya pulang dengan segera. Dia tak merestui hubungan Andika dengan Yang Suri. Deria Sunan pastinya dpt merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Yang Suri yang polos dan comel itu.


Kiai Kelana melayarkan kisah Laksamana Sunan kepada Andika (dan Gadul) agar resah Andika memikirkan Yang Suri menjadi surut. ternyata kisah laksamana sunan membuat Andika teruja. Gadul tu over teruja. Bila Kiai Kelana nak berenti solat, Gadul terlebih kecewa ala-ala seperti perserta 'who wants to be a millionnaire' yang terpaksa menunggu iklan habis untuk mengetahui jawapannya betul atau tidak. :)


RAM banyak bermain dengan flashback dalam kisah ini. Bagi yang kurang gemarkan gerakkan cerita ke belakang sekali sekala, mungkin ada cepat berdecit. Namun bagi saya susunan flashback nya kemas dan cukup mendebarkan membuat kita tertanya-tanya di manakah Ratna? Adakah dia ibu kepada Andika?


Bagaimanakah cara Sunan membuat 'comeback' sebagai pahlawan semasa bertarung dengan Harimau Berantai? Saksikanlah sendiri penamat dwi trilogi hebat ini :)


sure fine whatever
rinn


blurb/ sinopsis belakang buku:

Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.


Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat2nya ternyata bukan satu perjalanan yg mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang dewi itu isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yg sudah berusia memutuskan untuk bermukim di pinggir Hulu melaka. Dia mengisi hari tuanya dgn menghambakan diri kpd Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Bejayakah Saifudin menewaskan mereka?

Ramlee AWang Murshid dalam karya terkini Sunan Musafir, lebih byk bermain dengan ruang dan waktu lebih menitik beratkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, Allah itu mencukupi segala-galanya.

Wednesday, September 5, 2012

7 Hari Mencintaiku

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Rosmizah
7 Hari Mencintaiku
Penulis: Siti Rosmizah
Terbitan SR Publication
RM32.90
Sabah/Sarawak: RM35.90
1048 mukasurat

"Silap aku juga, kerna jatuh cinta
Insan sepertimu, seanggun bidadari
Seharusnya aku, cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
untuk mengintaimu...'


Kalau tengok tagline buku ini yg dipetik dari lirik lagu popular, ini bukanlah cerita hero yg suka mengendap ye? :) Tebal ya Rabbi bukunya! Kerana saranan Udaidza, aku baca juga novel ini. and guess what, memang tak terasa ketebalannya bila sudah mula membacanya. Walaupun tebal, ceritanya tidak meleret dan SR berjaya memberi campuran emosi yang pelbagai sepanjang membaca 7HM.


Aku tau ramai yang stail baca langkau-langkau kalau buku tebal ni terutamanya sepertiga pertama dan sepertiga terakhir. Rasanya baik jgn buat mcm tu utk buku ni sebab sepertiga pertama Mia Adriana sangat berbeza dengan Mia Adriana di sepertiga terakhir buku ini. Seolah-olah membaca dua buku yang berbeza. Macam mana boleh berlaku transformasi hebat pada Mia Adriana ini? Kenalah baca keseluruhannya.


Awalnya memang kita sangat benci dan geram dengan Mia Adriana yang sombong dan bongkak walaupun kekayaannya sudah lenyap. Tambahan pulak lawannya adalah mak mertua yang sama aja jenis lancang mulutnya, memang berdentum dentum diorang berbalah :) Nasib baiklah bapa mertuanya sangat baik hati, mungkin sebab mengenangkan Mia Adriana tu anak kepada sahabat baiknya.


sepertiga terakhir buku ini akan membuat pembaca menangis tak henti-henti mengikut Mia Adriana meniti kembali hidupnya sebelum kesedaran mengetuk dulu. Dia memohon maaf bersungguh-sungguh hingga kita yg membacanya turut merasakan tinggi sungguh darjah keinsafan Mia Adriana ketika ini.

Part2 awal tu memanglah kesian sangat kat Khuzairi yang baik hati tu, tapi diakhir-akhir cerita geram pulak dekat dia sbb wataknya sudah berputus asa walaupun masih ada cinta.

Sebelum ini aku dah pernah baca dua buku SR dan yang ini aku rasanya the best. Walaupun elemen 'hindustan' ini masih wujud tetapi ianya tidak keterlaluan. :)

Rasanya tajuk 7 Hari Mencintaiku tercetus dari scene Mia Adriana merayu utk kembali bersama Khuzairi dan anak mereka untuk 7 hari kerana Khuzairi bakal menikahi calon menantu hantu pilihan ibu tirinya yg tersayang. Walaupun Khuzairi reject hasrat Mia Adriana tu, tetapi bapa mertua Mia Adriana telah mencetuskan peluang untuk Mia Adriana memeluk kembali anak yang dirinduinya. :) Mia Adriana berjanji akan pergi selepas pernikahan suaminya.


sure fine whatever
rinn


SINOPSIS/blurb belakang buku

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorg perindu yg setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzaiiri kau dengar sini. Kau tu budak kampung yg tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwind gn anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dgn akulah! Kau nak aku bawa cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So... apa kata kau berambus sekarang! Kau pegi balik jaga kambing2 kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu utk terus menahan makian dan hinaan yg dilemparkan oleh gadis ini. Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa. Aku ada hati dan perasaan tapi aku tidak mampu utk berbuat apa2 demi satu amanah aku harus menelannya. Demi satu amanah aku harus tuers bersabar"

Amanah? Amanah siapa yg digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagai putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buatnya.

Tuesday, August 28, 2012

Aku Untukmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Tulip Ungu
Aku Untukmu
Penulis: Tulip Ungu
Terbitan Kaki Novel SB
Editor Jabatan Editorial PKNSB
Semenanjung RM20.00
sabah/Sarawak: RM23.00
488 muka surat

"Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu.
Andai aku tercipta untukmu, izinkanlah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu."


Ini adalah cerita kahwin paksa, kisah cinta selepas kahwin. Penulis memilih tema tipikal ini untuk novel pertamanya. Kronologi cerita ini memang mudah diteka dari mula hingga ke akhirnya. Aku suka dengan gaya bahasa penulis yang matang dan baik terutamanya ketika melakarkan kisah sedih. Gabungan bahasanya sangat menyentuh hati dan tangkap nangis.


Ramai penulis baru memilih tema cerita kahwin paksa dalam buku pertamanya. Aku tak tau kenapa. Tapi selalunya tema beginilah yang menjadi pilihan pembaca terutamanya di kalangan remaja.


Izhar dan Ardini adalah watak-watak utama kisah ini yang dipaksa berkahwin demi menyelamatkan akidah Izhar yang semakin terpesong. Ardini pula banyak terhutang budi dengan ayah Izhar. Ardini bukanlah seseorg yg sering diangkat sebagai heroin dalam sesebuah novel. Dia merupakan mangsa yg pernah diperkosa ketika zaman remajanya. Ardini ni jenis tidur bertemankan lampu yang terang benderang dan sebilah pisau di bawah bantal. Abeh la wasalam si Izhar. haha.


Serumah dengan Izhar menjadikan Ardini seorang yg sangat berhati-hati dengan mamat yang mendakwa dirinya ada masalah berjalan dalam tidur. Izhar pula menggunakan peluang duduk berjauhan dengan keluarga untuk menakut-nakutkan Ardini yang memang penakut. Tetapi dari memaksa Ardini menonton cerita seram berubah kepada sama-sama menonton kisah komedi. Izhar merasakan dia lebih suka melihat Ardini ketawa dari menikus ketakutan. Hobi suka pegi clubbing bertukar menjadi hobi suka menyakat Ardini di rumah.


Namun sejarah lalu Ardini sering menjadi punca Izhar tidak pasti dengan perasaannya. Apa jadi dengan kisah mereka? kena la baca sendiri :)


sure fine whateverr
rinn

blurb/sinopsis belakang buku:


Kerana terikat dgn budi yg ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dlm terpaksa. Namun semua yg berlaku adalah takdir yg telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar sering kali bersikap dingin dan terlalu ego? Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap izhar namun apabila seringkali diasak dgn keegoan Izhar yg tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta utk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yg diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dlm hidupnya. Tambahan pula, Ardini bukanlah calon sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya? Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.


Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dgn sikap dingin dan ego Izhar yg tinggi melangit? Andai aku tercipta utkmu, pasti bahagia itu milik kita.

Wednesday, August 1, 2012

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Tinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Other
Author:Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha
Tinta 1: Wajah Ketiga
Penulis: Nasron Sira Rahim

Bagi yang pernah membaca Enigma dan Nama Atas Kertas, anda akan terasa dejavunya apabila membaca Wajah Ketiga. Kadang2 terasa seperti kita mengulang baca buku yg sebelumnya.

Suasana dan penceritaan masih terlalu mirip dengan cerita Nama Atas Kertas kerana adalah seperti prelude kepada kisah itu.

Cinta mempunyai dorongan yg kuat utk menghasut manusia membunuh. Syaitan menggunakan perasaan cinta utk manusia melakukan dosa. Cintakah apabila pinangan ditolak, bapa sigadis dibunuh? Cintakah apabila sanggup membunuh dgn kejam? Cinta sudah bertukar menjadi dendam gara2 mainan syaitan.

Kisah yg penuh suspen dan thriller. Misteri pembunuhan yg disingkap sedikit membuat kita tak sabar2 utk sampai ke page terakhir. Pesona yg sama dirasai ketika membaca Nama atas kertas dulu.

Ceritera 2: Dia, Dalam Ramai by Syud

Kisah Sufiy Suraiya dan Ameer yang mencari sidia yg melekat di hati tetapi tidak dikenali. Sekadar yg terpahat di jiwa hanya kilauan di matanya dan baju yg dipakainya. Mcm mana nak menjejak org yg sebegitu?

Mereka rupa2nya ada di kelompok masyarakat yg sama cuma tidak pernah bersua muka. Ameer mengumpul kekuatan diri utk menyuarakan hasrat hati, namun segalanya terkandas di jaring apabila dia mndpt berita dari ibunya Sufiy Suraiya telah dipinang org. Belum start apa2 Ameer sudah rasa kecundang. Namun satu kiriman lagu dan ucapan jiwang dari 'Ameer' kepada 'Sufiy Suraiya' telah mengubah segalanya :) Terima kasih kepada Dayangku Intan dan lagunya 'Semakin Rindu Semakin Sayang'. Memang lawak gila part lagu Dygku Intan. haha...

Kisah pencarian cinta manis :)

Ceritera 3: Ada & Evan by Pingu Toha

Walaupun terasa seperti menceroboh baca emel org, cerita ini terasa manis seawal emel pertama Evan kepada Ada.

Evan seorg jejaka yg setia pada cinta pandang pertamanya Alisya, dipaksa berkahwin dgn anak kawan ibubapanya. 'Katakan TIDAK kepada kawin paksa' adalah motto hidup Evan dan Ada sekarang ini.

Mereka bersetuju berkenal-kenalan untuk mencari ketidakserasian antara mereka dan menjejak semula cinta pertama mereka. Evan akan menjejak Alisya, gadis manis yg sudah lost contact sejak zaman tadika (YA TADIKA!!! *tepuk dahi*) manakala Ada akan mencari Remy yg sepi tanpa berita selepas zaman sekolah menengah.

Mereka berbicara berkongsi kisah cinta lalu melalui emel tanpa bersua muka. Cara bicara Ada dlm emel sgt ceria, sesuai dgn kerjaya nya sebgai penulis dan pelukis manga :) Ketidakserasian makin hilang, mereka jadi sahabat berkongsi suka duka, sakit pening. Dgn bantuan Ada, Evan berjaya mendapat gambar hasil software utk 'ageing' Alisha nya yg kini sudah menjadi wanita jelita. Wajah sudah ada, dia cuma perlu mencari orangnya.

Ending manis tentunya dari Pingu Toha.

sure fine whateverr
Rinn
(kalau berhajat nak copy-paste, sila masukkan link web ini. tq.)

Tuesday, July 31, 2012

Blues Amni: Cik Propagandis

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rose Harissa
Kesinambungan kisah Blues Amni: Oh Kerja! Amni seorg sgt cintakan pekerjaannya sbg pereka besi, namun suasana di tempat kerja tidak serasi dgn jiwanya. Kelihatan seperti dunia Amni ketandusan boss dan rakan sekerja yg ada positive attitude.

Bebanan kerja yg disangka akan menjadi ringan menjadi lebih parah apabila syarikat mengambil kerani akaun baru yg berkelulusan luar negara. Seorg wanita yg pnuh dgn propaganda. dan target utamanya adalah menjatuhkan Amni.

Dlm kekalutan menjalani kekusutan hidup (yg berpunca dari kerjanya), Adam sentiasa muncul menyiram damai, menyejukkan hati.

Adam tidak menyembunyikan perasaan hatinya. Segala tindak tanduknya menunjukkan dia sangat prihatin dan mengasihi Amni, namun Amni buat seperti tiada apa2. Sebenarnya Amni sedar diri, mana mungkin anak org kaya hendakkan Amni yg biasa biasa tu.

Kemesraan Amni-Adam menerima pandangan serong dari rakan2 sekerja. Menambahkan rimas dlm jiwa Amni pula. Bern yg sekali sekala muncul turut mencuri pehatian Amni. Bern seorg yg menjaga adab. Calon teman beriman.

Tekanan demi tekanan membuat Amni berfikir panjNg sebelum menghantar notis perletakan jawatan. Bila ada tidak dihargai, bila dah nak pergi baru tahu apa akibatnya.

Nnti kita tengok episod terakhir siri ini, mcm mana Amni hidup setelah berhenti kerja dan siapakah pilihan hatinya :)

Wednesday, July 25, 2012

Wanginya Bunga Rampai

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Haswida Abu Bakar
Wanginya Bunga Rampai
Penulis: Haswida Abu Bakar
Terbitan : Adiwarna
366 muka surat
RM19.00
sabah/sarawak: RM21.00

"Akukah penunggu fajar yang setia itu?"

Inilah peneman perjalanan pergi dan balik kerja aku sejak bermula bulan Puasa.

Haswida Abu Bakar membuka cerita cinta dari sudut berbeza. Cerita kahwin paksa yang berbeza. Mengajak kita menimbang tara membuat keputusan dalam cinta. Telah jelas disebutkan dalam Al-Quran, murka ibu bapa adalah murka Allah Ta'ala. Bila ibu bapa tidak redho dengan pilihan kita maka Allah juga tidak redho. Kebanyakan kisah cinta menceritakan betapa watak utama mempertahankan cinta yang bukan pilihan dan melukakan hati ibu bapa dengan memutuskan hubungan dgn si dia yang sudah menjadi tunangan demi cinta hatinya. Bila terputusnya ikatan pertunangan maka akan pincanglah hubungan dua keluarga, terpalit malu pada maruah kedua-dua pihak. Yang bahagia hanyalah dia dan cinta hatinya.

Bertunang adalah tempoh dugaan hati yang paling kuat. Ketika inilah syaitan hebat menghasut dan menimbulkan keraguan malah membuatkan hati terpaut pada yang lain. Jika kita akur pada bisikan itu maka syaitan berjaya meruntuhkan silaturrahim dua keluarga. fikir-fikirkanlah...

Cara Haswida bercerita adalah seperti layangan camera dari satu scene ke satu scene. Memberi persepsi dan imaginasi berbeza apabila membaca. Terasa gerak sinematografi yang cantik dalam bahasa yang disampaikannya.

Arif dipaksa menerima Nurul sebagai tunangan demi melunaskan wasiat turun temurun yang tak pernah terlunas. Arif dan Nurul menerima keputusan ibu bapa masing-masing. Seri dipaksa menerima Haikal sebagai tunangan demi memelihara nama sharifah dan syed dalam keluarga mereka. Seri dan Haikal menerima keputusan ibu bapa masing-masing. Nurul sudah punya pilihan hati dan Haikal juga sudah punya kekasih hati. Pertunangan dalam paksaan ini teruji apabila Seri dan Arif bertemu di Kampung Molek. Pertemuan yang mencetuskan rasa cinta dalam diam, makin lama makin mendalam. Situasi yang membuatkan mereka mahu merestui pilihan tunangan mereka supaya mereka dapat bersama, tetapi bagaimana dengan keluarga? Allah melarang memilih tunangan orang sbg isteri. Arif sedar, tetapi hatinya sudah penuh dgn cinta pada Seri walaupun pangkal namanya tiada Syed seperti Haikal. Dalam hal ini Seri yang lebih kuat dalam mengawal perasaan dan berhabis-habisan mempertahankan pertunangannya dengan Haikal. Dia menjunjung kasih ibu bapanya jauh lebih tinggi daripada cinta
yang semakin mekar di hati sampai bengkak-bengkak mulut Arif dicilinya :)


Arif adalah terlalu perfect untuk direject. Ringan tulang, baik hati, pandai mengaji, namun Seri terpaksa menolak semua rasa yang positif terhadap Arif. Semakin ditolak, semakin serasi. Siapakah yang berjaya dalam ujian ini dan siapakah yang kecundang? 'Saksikanlah' sendiri Wanginya Bunga Rampai :)


sure fine whateverr
Rinn
(sekiranya berhajat nak
copy-paste review ini, sila
link kan ke laman web ini.
terima kasih)


meRinnTis Blurb/sinopsis
belakang buku:
Seri tu tunangan orang, Arif Azril! bisik hatinya. Aku tahu. Tapi kalau cinta dan rinduku hanya padanya bagaimana? Lalu jahatkah aku kalau merampas tunang orang? Seharusnya dari dulu lagi dia memasang pagar tebal... yang paling kebal supaya kata2 manis dan pujuk rayu Arif itu tak menyusup masuk, walau senipis udara yang sedang dia sedut ini. Akan dia buang rasa cinta ke dasar sungai itu. Biar mengalir pergi; dan dia tak mahu tahu ke mana akan berlabuh. Akan disebut nama Haikal setiap kali hatinya menyeru Arif. Akan disanggah bayang Arif kalau singgah di ruang mata.


Ah... mengapa mereka tidak memberi ruang kepada si anak untuk mencari teman hidup sendiri? Dan membiarkan mereka merangka takrif bahagia dalam erti dan cara sendiri. Ada apa pada pangkal nama 'syarifah-syed' ini? Apa sebenarnya yang ada dlam molekul darah keturunannya sehingga tidak dibenarkan bercampur dgn darah hamba Allah yang lain?