Monday, August 27, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa: Aku dan Bas

Sejak zaman skolah2 lagi aku dah biasa dgn bas-bas ni. Masa skolah rendah darjah satu darjah dua, arwah Ayah tak harap aku pi skolah sendiri, nak naik basikal pun dia tak bagi, so dia gajikan sorang utk hantar dan amik aku kat skolah naik basikal tua. haha.. teringat masa tu macam ada driver lah pulak. Aku panggil orang tu Pak Su. Bila dah naik darjah 4 darjah 5 tu aku dah segan la nak tumpang basikal, so arwah ayah beli basikal utk ke sekolah, gigih betui aku prektis naik basikal sampai sekali tu jatuh basikal bawah pokok belimbing, mud gad basikal terguris kat peha aku.. ha apa lagi berdarah teruk sampai banjir kasut aku penuh darah, masa tu aku tengok bahagian atas sikit dari lutut tu ternganga, nampak daging kat dalam berdenyut denyut, aku ingat ker ada isi yang tertanggal sbb ternganga teruk sangat, lepas cari tak jumpa aku balik sambil nangis meraung macam pompuan gila.. haha.. masa tu darjah empat. Aku dibawa ke hospital. Kena 7 jahitan, so 7 kali la aku meraung dengan tak malunya.. bergegar hospital seberang jaya tu rasanya.. huhu.

Selain dari tu penah la jugak eksiden masa on the way ke sekolah. tekejut kat lori aku pengsan kat tengah jalan, sedar2 dah dlm keta sapa ntah on the way ke hospital seberang jaya.. trauma jugak la aku masa tu. Dah la masa tu aku carry adik lelaki aku, dia darjah satu masa tu. Kami dua2 takder cedera apa cuma aku la pengsan sebab tekejut.

1. Macam-macam peristiwa yang aku alami sepanjang aku menjadi penumpang setia bas-bas sekitar kulim especially masa zaman skolah2 dulu la. Masa tu bus station bukan dekat dgn pasar kulim tu, masa tu bus station depan kedai borong man tu.. Kalau masa nak balik tu subhanallah berebut-rebut naik bas. Kadang-kadang tu masa tunggu bas rasa macam aku sorang jer yang dok tunggu tapi bila bas dah sampai entah dari celah mana orang datang sama-sama menyerang bas seperti aku. Dulu memang berebut giler-giler. Aku penah naik bas ngan arwah ayah, aku penah dengar dia jerkah sorang lelaki ni "dia perempuan! biaq dia naik dulu!" ah.. kalau naik bas tak der kira jantina la.. masa tu diorang anggap lelaki pompuan sama saja, perempuan bukan golongan yang lemah.

Pernah sekali tu aku panas betul tunggu bas tak sampai-sampai. Panas hati ada, panas terik pun ada, so makin berganda ganda la baran aku masa tu. Aku jalan macam kingkong dengan muka kelat muncung pegi beli air tebu utk menghilangkan dahaga. Masa tengok orang tu cedok masukkan air tebu dalam plastik aku dah macam terasa-rasa air tu mengalir lalu tekak aku ni.. perggh mesti best.

Dulu kalau air ni diorang jual masuk plastik tak der tempat pegang, diorang ikat dengan tali rafia yang dah diikat bentuk bulat utk memudahkan nak ikat di bucu plastik minuman utk dijadikan pemegang. Dapat jer air tu aku terus menapak dgn gaya kingkong ke tempat duduk dgn mulut yang masih lagi terkumat kamit beletiaq pasai bas delay giler babas. Pastu terus la menyedut air tebu yg baru dibeli. Aku hisap sekali tak naik air dia, dua tiga kali pun dak, aku dok ingat mamat tu dah bagi straw rosak kat aku.. tengok-tengok.. haha.. tergelak aku, rupanya yg aku  hisap tu bukan straw tapi tali rafia yg ikat plastik tu. harap2 tk der orang nampak.. malu jer.





2. Dulu kan, aku penah jumpa gelang mas kat bus station kulim, saiz budak2. Aku tak pikir panjang, terus amik wak balik. Mak kata kena cari tuan punya, lepas 3 hari tak der org tuntut baru amik. Aku pun buatla poster utk dilekatkan kat sekitar bus station tu, bunyinya lebih kurang macam ni, "Sesiapa yang hilang barang sila hubungi 012-*******" aku bubuh la no. hp aku. Lepas tu ada la orang tipon tanya if barang tu plastik berisi baju, macam2 lagi la.. semua tak kena. tapi ada satu call tu tanya if aku ni bomoh boleh tolong carikan barang dia hilang. ceh! hehe.. esoknya aku terus pegi cabut semua poster, kang nanti ramai pulak telefon suruh trace barang hilang.

Beberapa hari lepas tu rantai tangan adik aku pulak hilang, tercicir entah kat mana. Teringat mak aku penah kata kalau jumpa barang ker duit ker jangan amik, nanti barang yg kita sayang pulak hilang. Kang nanti jumpa RM10, tengok2 RM50 duit kita hilang. La ni kalau nampak duit  orang tercicir ker apa memang aku buat tak nampak.



3. Kadang2 bila tunggu bas lama-lama ni, kita akan jadi pemerhati tingkah laku orang. memang macam2 ada. Ada sekali tu sorang mamat dgn kawan dia tengah belek2 walkman mcm baru beli. Mcm excited jer nak dengar lagu2 dari walkman tu. Peh tu dia tarik earphone dia sebab nak simpan walkman tu dalam beg. Dia then nampak marah2 kat kawan dia sbb dia cari span yg tutup earphone dia hilang. Cari merata.. peh tu tiba2 kawan dia gelak sambil tunjuk kat telinga mamat tu. rupa2nya span tu tersumbat dalam telinga dia. aku ngan adik aku pun tumpang gelak jugak. hehe.. tu la main tuduh-tuduh, dah termalu sendiri.




4. Kadang2 tu masa tunggu bas, kita tengok orang yang serbu bas lain berebut-rebut naik bas. bila pintu depan dan tengah dah sesak dengan orang, ada la sekumpulan budak2 sekolah ni naik ikut pintu kecemasan. Then aku tengok sorang mamat tinggi lampai ni cuba naik ikut pintu tu, masa dia swing kan badan dia ke atas.. tiba2 kedengaran bunyi kedegang!!! dahi mamat tu dah terantuk kuat kat bahagian atas pintu kecemasan tu. Dapatla tempat duduk belakang sekali mamat tu, tapi masa tu tangan dia kalut menggosok gosok dahi dia yang dah mula membenjol. Mesti sakit giler tu.

5.Pada suatu hari.. :) well masa tu balik dari sekolah, aku lewat so terpaksa naik bas awam. Sampai kat pekan kulim, kenala berebut naik bas nak balik tmn selasih. Aku ni bab berebut tak terer sangat.. so memang sah2 kena berdiri dalam bas yg berhimpit-himpit tu. Masa tu dah tak jauh dari bus stop kat rumah aku. Aku tercari-cari kedudukan loceng sbb nak dah nak sampai. Tiba-tiba bas brake, sedar2 jer aku dah berduduk belunjur kat lantai. Keliling aku rasa penuh dgn orang. Malunya.. biasala bila dah jatuh tu ada la mulut2 jahat dok mengata, bukannya nak tolong ker apa. Aku terus cuba berdiri..mana yang ada kiri kanan aku capai kuat2 dan cuba berdiri. Lepas dah berdiri tu baru aku perasan, belah kanan aku capai kerusi, belah kiri aku capai tali pinggang di pinggang sorang mamat ni yang terkebil-kebil tengok aku. haha.. masa tu muka dah panas macam garam crystal yg ada lampu kat dalam dia. Malunya.. Taktau mana nak tala muka ni.. rasa macam nak tarik leher baju skolah melepasi kepala so tht orang tak nampak. Nasib baik la rumah aku dh dekat masa tu.

sure fine whatever
Rinn

Sunday, August 26, 2007

Kenangan Mengusik Jiwa: Puduraya oh Puduraya


Tempat ni la yang aku selalu refer as
'X-Wing Base' huhu. Well aku ni hantu sci-fi jugak dulu. Memang layan habis citer-citer
sci-fi yg out of space tu.. sekarang ni dah kureng la.. Starwars, Farscape, Battlestar Galactica dan yg sewaktu dengannya memang aku layannnn. ni bukan nak citer pasai citer2 tv.

Saja jer nak share sikit pengalaman aku di Puduraya. Sejak bekerja di Putrajaya aku selalu balik ke 'mother planet' dua minggu sekali. Memang dah jadi rutin. Cuma kadang2 tu termiss la bila ada kerja atau urusan. tapi biasanya mmg aku akan usahakan balik kampung ni. Saja nak tengok mak dan adik2.

1. Kisah pertama ni terjadi semasa aku masih baru lagi di putrajaya, tapi puduraya bukan tempat asing bagi aku sbb aku dulu belajar kat Shah Alam, so selalu la berkunjung ke
Puduraya bila nak balik kampung.

Perkara ni rasanya terjadi pada ramai orang. Masa aku tengah tunggu bas kat Platform (kat tempat X-Wing masuk dock) tiba2 ada sorang lelaki datang kat aku dgn muka kesian citer yg dia kena pick pocket, abih hilang semua duit dia. Dia ni macam jenis lelaki lembut sikit, so ramah la bila dia bercerita. Aku dah penah dengar orang guna taktik ni utk dptkan duit. So aku just senyum tawar and naik ke atas. Aku tengok dia beralih cari orang lain.

Pada hari yang lain pulak, I was approached by the same guy. Tak susah nak ingat muka dia ni, tambah2 dgn gaya lembutnya. Dia mengulangi citer yg sama macam masa first dia
approach aku dulu.. hmm nampak sangat dia tak ingat dah kat aku ni, mungkin sebab dah banyak orang dia approach dgn cara tu utk mendapat kan wang. So jgn tertipu ok, selain drpd mamat ni, ada jugak sorang lelaki cina tua yg menggunakan taktik yg sama. Aku ada gak dengar orang perempuan pun ada guna taktik ni tapi aku tak kena lagi. Apek tu selalu guna taktik tak cukup lagi RM5 nak beli tiket ke mana-mana la yg dia rasa nk sebut.



2. Kisah kedua ni berlaku kat platform yg sama. Tiba-tiba jer sorang mamat kurus melengkung ni mai kat aku. Muka macam mat gian jer. Dia tanya aku "Kalau nak tanya boleh?" Aku tak der la fikir nak jawab apa. Aku terus geleng kepala. Satu perkara yg aku pegang, kalau kat puduraya ni jgn baik hati sangat. Biar nampak sombong.

Muka mamat tu yg tersengih terus tukar expresi muka marah dan jerit "eh kau kenapa? siap kau!" lepas tu tiba2 jer dia terus cross ke platform sebelah. Tercengang cengang aku.. apa hal mamat ni tiba2 nak marah. datang bulan ker hapa. Tapi rasa takut tetap ada, berdebar-debar, rasa darah menyerbu ke muka.. satu badan rasa seram sejuk macam nak demam.

Aku tengok dia approach sorang lelaki lain kat plaform sebelah, penuh perasaan dia citer sambil tangan dia menunding beberapa kali ke arah aku dgn muka geram. Aku nak pikir pun tak buleh sbb otak aku macam tak berfungsi. Pastu dia pi kat platform lain, dia buat perkara yg sama. Aku terus naik semula ke atas dan pegi toilet, tukar tudung, pakai siap2 jacket, bagi appearance nampak lain sikit. ntah la naper, tu jer yang aku terfikir nak buat. Aku memang rasa takut masa tu, ntah apa la mamat tu cakap kat orang2 tu. Takotttttttt! dah la aku ni selalu travel sorang kalau balik kg.

3. Ada sekali tu aku tengok pergaduhan kat platform yg tak jauh dari platform yang aku dok tunggu bas. Driver bas gaduh ngan sorang penumpang cina yg macam tak puas hati. Dia sengaja menghalang penumpang2 lain naik bas tu utk tunjukkan protes. protes apa aku tak sure, biasanya kalau orang nak tension kat situ pun mungkin sebab dah lama tunggu bas tapi tak sampai-sampai. Gaduh jerit2 macam budak2 lah pulak. Pergaduhan tu selesai lepas polis bawak lelaki cina tu pergi.

Dulu aku ni tak sabaq gak bab tunggu-tunggu-tak-mai-mai nih. Bas tulih pukul 7.30, pukul 9 baru naik bas.. memang bara. tapi bila dah lama-lama ni aku dah jadi biasa dan cool. melatih diri bersabar jugak benda2 macam ni.

4. Bab beli tiket bas lain, kena naik bas lain ni aku  dah kena lebih dari sekali. MAsa tunggu kat platform akan ada sorang lelaki berwalkie talkie minta tiket dan ditukarkan dgn tiket syarikat lain dan kemudian semua penumpang diajak tunggu bas di luar puduraya. Aku no hal lah, tapi kadang2 tu kesian tengok pakcik2, makcik2 yg dah tua terkejar-kejar jalan keluar puduraya ikut laluan bas. Skali tu aku tengok ada lelaki yg agak berumur yang jalan bertongkat, mungkin dia ada ghout. termengah-mengah dia berjalan ke bas. biasanya perkara macam ni jadi masa hari pelanggan tak ramai (weekdays), so diorang kumpulkan semua yang ke destinasi yang sama dalam satu bas saja, diorang combine dari beberapa kaunter yang berbeza dan guna satu bas saja. Yg aku perasan, biasanya bas yang macam ni lebih cantik dan selesa dan nampak baru. Yg aku penah naik bas 'Naik Selalu' and bas persiaran lah.

5.  Aku pernah terbaca kisah warga tua mati setelah terjatuh ke longkang semasa menukar bas di tepi highway. Kes tukar-tukar bas ni agak kerap berlaku dan biasanya di kalangan pemandu-pemandu sahaja. Syarikat bas tak terlibat. Drivers buat macam ni so tht diorang boleh skip station2 tertentu. Biasanya diorang ni dari syarikat bas lain-lain tapi destinasi yang sama.

Contoh, bas ke Bukit Mertajam akan singgah di Ipoh dan Parit Buntar. bila sampai Ipoh driver akan buat pengumuman, siapa yang nak ke Bukit Mertajam, sila naik bas sebelah. And bas yang lagi satu, those yang nak pergi parit buntar naik bas sebelah. So masing2 dapat skip satu station. Kalau diorang buat pertukaran ni di Hentian bas or tempat rehat/makan takpa, yang bahaya tu kadang2 diorang switch kat tepi-tepi highway selepas tol. Aku ni selalu travel bas malam. So biasa la tido la kan, bila tiba2 orang buat announcement tu aku dah macam berpinar-pinar terjaga, bangun pun macam dok mimpi lagi kutip bag, jalan menelong macam orang mabuk, terkial2 panjat bas lain, duduk kat mana kosong, lepas tu sambung tido. kadang2 tu macam mimpi jer. Tak hairanlah macam mana orang tua tu boleh terjatuh dan mati macam tu saja. *sighs*

sure fine whatever
Rinn

Saturday, August 25, 2007

Lynn Dayana dan Rose Harissa di Alamanda

Tak sangka pulak dapat bertemu-janji lagi dengan Lynn dan Rose buat kali kedua di Alamanda. Terima kasih kerana sudi berjumpa dgn saya dan Yam. Saya agak lewat sbb terlepas tren di station ERL, ujan pulak tu, tapi alhamdulillah dapat jugak bertemu.

Nampaknya kali ni kat RASA bukan kat Pizza hut sbb ramei orang.. yer la hari ahad ramai la yg ke alamanda. Amboi tudung pesen2 korang ye.. huhu. Sambil makan2 sembang memang ralit sedar2 jer pinggan dah licin.

sempat gak mendengar acara bertukar-tukar komen tentang citer 'sembilu kasih' yg sedang ditayangkan kat tv di RASA tu. Aku nak nyampuk pun tak reti sangat sbb memang tak tau pun perkembangan citer tu.

Thanks Lynn, Rose sebab sudi tandatangan buku2 utk Diana & Cekputeh. All the best to both of you, hopefully 2nd book dgn Alaf keluar dalam tahun ni jugak, amin..and thanks lynn for the pizza.. ;) err teringat pulak aksi Rose yang macam nak bagi penumbuk sebijik biler aku tanya pasai hidangan pizza hut 24 bites yg kena gigit 24 kali tu.. huhu... Ada pizza jumpa lagi ye?

sure fine whatever
Rinn

Mini Gathering JU: Seri Pacific 11/8/07


Mini Gathering JU: Seri Pacific 11/8/07


i admit memang tak ingat la kalau bab tarikh2 ni.. tapi JU sentiasa di hati. no matter what day of the year i'll always remember and cherish JU. i've met lots
of caring people here and i hope this relationship will be forever. till death do us part.. wohooooooo.. sabo jer ayat. apa2 pun HAPPY BIRTHDAY JU.

pada hari sabtu (11 ogos 2007) setengah dozen JU telah menghadirkan diri di Seri Pacific,
PWTC for our mini gathering!! glad i can make it.. nasib baik cp bgtau awai.. kalau tak akak dah lepas balik kulim dah.. :)

seronok dpt jumpa kakliza yg makin berseri-seri walaupun asik bersin bersin.. mcm ada pertandingan mari bersin pulak.. tak kisah la kakliza ye? janji bahagia ;)

tak ketinggalan kak mona yg paling bersemangat pada hari tersebut.. belum pukul satu dia dah more than ready kat meja makan. masa tu saya masih lagi dlm tren.

Cp ngan tisya makin comel.. datang naik keta, balik naik kuda dalam kereta.
cp nanti bawak tisya selalu.. dia dah ada bakat fotografi yang semakin baik. segala macam model camera dia boleh amik gambar. huhu.. tak der la kita bergambar kurang sorang mcm selalu.

Teringat kita ramai2 belek kamera baru kakliza sebab nak cari cara nak view gambar yg dah tangkap. keh keh. ehem, kakliza nak tangkap gambar apa tu siap beli kamera baruuuuuuuu..



Dianaaaaaaaaaaaaa pun ada.. datang all the way from lipis! beselera betul dia makan.. yg tu sedap yg ni sedap.. miss you already diana :) thanks smlm drop kan kat lrt. jaga buku Bertakhta Di Hati tu dgn baik tau, siap ada otograf penulis lg.. hehe..

paling tak sangka NUHA pun dapat join! rupanya dia dah kembali ke malaysia, for good. alhamdulillah.. tak sangka ingat ker nuha cuti ker apa.. nuha dah balik.. orang tu bila nak balik? tak sampai2 pun.. hehe.. thanks for joining.. siap borak2 sambil ngunyah2. :)

thanks kerana sudi menjemput saya .. huhu terharu.. selepas sesi fotografi, sempat la ronda2 the mall sambil shopping2. km thanks bagi tempat berteduh.. peh tu siap pasangkan gambar hindustan dan memaksa saya menontonnya!! thank you kak mona.. citer tu memang best. abg kamal thanks sebab sudi diinterview. nazz, i'll email you as soon as i can.. sorry la lambat bertindak. :)

bg yg tak smpat nak join, hope to see you all next time.. kat kedai mamak pun tak per.. buleh kiter sambung2 meja macam dulu.. hehe..

sure fine whatever
Rinn

Rayaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Start:     Oct 10, '07 07:00a
End:     Oct 17, '07
Location:     Kulim
Plan nak cuti mulai 10 Oktober, buleh ar balik awai tak berebut2, sampai 17 Oktober baru balik opis.. huhu.. ni taktau lagi ni cuti lulus or not.

Balik Mother Planet!

Start:     Sep 14, '07
End:     Sep 16, '07
Location:     Kulim
Sempena sambutan bulan posa tentu la nak balik kg! nasib baik selepas pegi Kuching, boleh la bawak balik oleh2 utk bulan posa. Dekat2 ngan birthday kak su pulak tu. Ailebiu kaksu.. mmmmmmmmuah.

Urusetia Bengkel di Kuching

Start:     Sep 5, '07
End:     Sep 9, '07
Location:     Crowne Plaza Riverside, Kuching Sarawak
Nampaknya kena menyeberang laut china selatan lagi sekali. Demi tugas aku rela.. huhu.. Yam pi awai sangat, kalau tak, buleh kita saing.