Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!

Nak jugak letak entry raya. Saya sekali lagi mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin sekiranya ada terlanjur kata, terkasar bahasa, dan ampun juga dipinta jika ada kelakuan yang menyinggung perasaan kalian semua. Terima kasih untuk segala-galanya.

Semoga amalan kita diberkati ALLAH s.w.t dan semoga rezeki kita dirahmati ALLAH. Amin..

sure fine whatever
rinn

Buka Puasa di Sini Sana

    Tahun ni aku tak der lah join buka puasa di luar sangat. Selesa makan kat rumah beramai-ramai. Masa balik rumah pertengahan bulan puasa yang lalu sempat kami adik beradik meraikan birthday kak suhara walaupun malam tu lepas buka puasa kawasan perumahan kami blackout. mau dekat sejam jugak. Kaksu memotong kek bertemankan cahaya lilin dan cahaya lampu kereta adik aku yg lagi sorang, Suhani. Si baby tak henti2 meraung sbb kepanasan. dah la panas, gelap pulak tu, mestila baby tu nangis.. tak per.. jadi music background utk upacara memotong kek lah pulak.. haha.. dengan berbaju kelawar dan senyuman paling manis, kaksu memotong kek special utk birthday dia :) KAKSU!! happy birthday, i will always love you! mmmmmmmmmmuah!!


Weekend terakhir sebelum balik kampung aku sempat bertemu pandang dengan rakan2 jiwangans yang sejiwa-jiwa :) kami berbuka di SABAK Steamboat. Berasap-asap! haha.. first time aku solat kat surau yang tempat amik wuduk dia unisex. sabo jer.. satu row pili air share laki pompuan. tak sesuai! apa2pun makannya best. sedap.. lepas solat, sambung lagi makan dan sembang2 sampai kat situ tinggal pekerja2 saja.. kitorang la yang last sekali pi kaunter (sekitar pukul 10 mlm).. tu pun sbb tiba2 jer rasa kitorang ketawa bergema.. sora org lain tak der dah.. haha. Disebabkan tak puas bersembang.. kitorang cari port lain. Kitorang pergi menyemak dan buat bising pulak kat Secret Recipe yang tak jauh dari situ.. Aku spt biasa amik gambar minuman dan makanan.. and oh! seperti biasa ada saja benda yang aku tertertertepis.. like my drinks.. haha habis separuh. nasib baik tadi dah minum puas2. Kakliza sempat balik rumah kirim makanan kak mak dia and then patah balik utk sambung sesi bersembang :) Kak mai, thanks for the cenderahatis dari london. Kak mona thanks tumpangkan tido satu malam... diana thanks sudi transportkan akak :) Nuha, cemana leh lupa ni??? tak per, nanti open house jiwang united datang tau!


ha.. a day before berjumpa Jiwangans, plan utk berbuka dgn Sue ai lee di rumahnya berjalan dengan lancar. Shopping sakan barang2 utk dimasak.. n then terus mula operasi masak sebelum ke UiTM to pick up my sister. Sue thanks so much for the hospitality.. jangan serik jemput aku ye? ha.. kat atas ni juadah special yang disediakan oleh Sue.. nyummy!!!


26hb.. aku dah tak sabar nak balik kampung.. nak ke puduraya memang penuh dugaan. perghhh manusia ramai betul.. tak kira lah berapa kali lrt berlanggar, manusia tetap ramai berpusu-pusu ke lrt station utk ke puduraya.. Adik aku dgn dua kawannya join kitorang balik sekali.. Buka posa kat surau puduraya jer.. solat peh tu baru lah pegi cari makanan yg berat sikit sementara menunggu jam 11 malam utk balik kampung. tahun ni lega sikit sbb tak perlu bergegas ke Jalan Duta kerana perjalanan ke utara di Puduraya.. Alhamdullillah sekitar jam 4 pagi kitorang dah sampai ke kampung halaman..


Persediaan raya tahun ni agak memenatkan.. kitorang sambung sikit kerja2 mengecat bilik2 yang masih belum sempat di cat. dan  memang kerja2 yg memengsankan. angkut barang kuar masuk.. sapu sawang, pasang tikar.. alhamdulillah rezeki tahun ni murah kami adik beradik. 2 hari berturut turut memang aku mcm terpengsan on the 3rd day. Tapi seronok la buat keja ramai2 peh ramai2 kena marah n kena beleter dgn mak kalau ada benda yang dia tak setuju.


Selamat hari raya buat semua pengunjung multiply saya yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana menjadi kawan2 saya. SEkiranya ada terlanjur bicara, tertulis perkara yang mengguris rasa.. perlakuan yang menyakitkan hati, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.


sure fine whatever
rinn

Wednesday, September 24, 2008

Gelombang Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anuarjah
Gelombang Cinta by Anuarjah
Terbitan Karisma Publications
Tahun 2007

"Kesetiaan itu hanya menyeksakan, lebih-lebih lagi ia merupakan hadiah yang sia-sia..."


Dah lama saya tak baca novel yang tulisan besar-besar seperti ini. TAk mengusutkan kepala :) Kisahnya, kisah cinta tak kesampaian kerana menurut kehendak keluarga. Kisah yg agak biasa dan predictible. Diceritakan dalam rentak yang agak laju sehingga tak sempat nak betul2 menghayati sesuatu situasi. Mulanya seperti kisah ringan cinta riang ria yg kecundang, tapi di pertengahan cerita, kisah ini menjadi serius apabila heroin terperangkap dan dibawa ke luar negara utk dilacurkan.


Ikram dan nur Syuhada adalah guru di sebuah sekolah. Cinta mereka tidak kesampaian apabila keluarga nur menerima pinangan menantu pilihan mereka, Norzakwan. Ikram kecewa lalu menerima tawaran ditukarkan ke Sabah. Dia pergi membawa hati yg luka manakala Nur bernikah dgn Norzakwan. Norzakwan seorg yg sgt penyabar dgn sikap Nur yg mula memberontak. Dia masih rindukan Ikhram walaupun sudah menjadi isteri orang. Ntah la kenapa Nur tu cuma berani memberontak ketika dia sudah mahu dinikahkan dengan Norzakwan. RAsanya kalau dia berterus terang tentang pilihan hatinya kepada ibunya sudah tentu tak jadi macam nih.


Hisyam kenalan Nur ntah macam mana pulak jadi penculik Norzakwan. Nur menukarkan dirinya dgn Norzakwan kerana tidak mampu mencari wang setengah juta utk membebaskan Norzakwan. Nur dibawa ke Singapura utk dilacurkan namun dia berjaya melarikan diri ke Sabah.


Ikram sudah mula membuka hatinya yg sekian lama tertutup utk Norima. Kemunculan Nur mengejutkan Ikram, namun dia menasihatkan Nur utk kembali ke pangkuan suaminya. Nur akur, namun kepulangannya menambahkan kedukaannya apabila suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.


Ikram nekad memperisterikan Norima dan sudah memberi harapan yg tinggi kepada gadis itu, namun nasib Nur membuatkan Ikram bersimpati pada gadis yg pernah dicintainya separuh mati itu. Cerita ini diakhiri dgn persoalan yang tak terjawab. Adakah Ikram memperisterikan Norima dan melupakan terus Nur, atau adakah dia memperisterikan Nur dan memusnahkan harapan Norima,ataupun dia mengahwini kedua-dua wanita itu? *garu pala*


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan. manusia hanya mampu merancang. Allah jua yg menentukan. apakah kuasa manusia untuk melawan takdirNya. Kerana kecewa Izham membawa diri jauh daripada Nur Syuhadah biarpun cintanya masih mendalam. Izham reda dgn keputusan Nur Syuhadah utk menerima jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya.


Namun masa terus berlalu. Nur Syuhadah terus mengejar kembali cinta Izham dlm angannya. Mengharap agar dirinya diterima kembali. Namun semuanya berakhir dgn sia-sia. Hati Izham telah dimiliki, cinta Izham sudah beralih arah. Sedangkan Nur Syuhadah tetap setia terhadap cintanya yg satu. Ternyata usahanya memelihara mahkota kewanitaannya daripada insan yg berhak tidak berbaloi. Sehingga akhirnya Nur Syuhadah terdampar di tepian laut penyesalan. Siapakah yg berjaya merampas cinta Izham daripada Nur Syuhadah?


RM15.90
212 mukasurat




Thursday, September 18, 2008

Tuesday, September 16, 2008

Bohemian

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Imaen
Bohemian by Imaen
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2008


Dalam keseriusan bercerita Imaen mampu mencuit hati pembaca, membuat kita tertawa bersama watak2nya. Itu yang sangat saya suka dalam gaya penyampaian Imaen. MAsih terimbas gaya penyampaian yang sama dalam Labyrinth dulu. Dalam Bohemian ni saya sedikit rimas dengan penggunaan nama2 orang femos yang saya tak kenal.. Rasanya dlm Labyrinth dulu pun ada tapi saya tak lah lost sampai macam ni. haha bukan salah Imaen tapi salah saya sbb tak berpengetahuan luas dlm benda am seperti ini. notepad dlm hp saya penuh dengan nama2 yang saya tak familiar spt Michael Crichton, Ermenegildo Zegna, Quentin Tarantino, Sigmund Freud, Robert Le Roy, Butch Cassidy & Sundance Kid, Iwan Fals, harold Lyold, Tian Chuan, Kamal Bamadhaj, Dawud Wharnsby Ali.. errm rasanya ramai lagi. Selalunya kalau membaca, ada perkara yg saya tak familiar memang saya akan catat dan cari apa maksudnya kat internet. Sejujurnya, saya rasa rendah diri bila baca novel ni dan sangat kagum dengan pengetahuan am Imaen.


tapi bagus jugak la.. ntah brapa kali saya bukak balik notepad tu dan search kat internet utk nak mengenali siapakah mereka2 itu. Bagus jugak menambah pengetahuan. Saya ni memang tak ketahuan bab2 mcm nih.


Rasanya org yang kenal dgn nama2 di atas mungkin boleh enjoy kisah ini dgn lebih baik lagi. Mungkin juga target pembaca kisah ini adalah those yg suka pembacaan berbentuk ilmiah. BAcaan ilmiah seperti ini menarik kerana diselang seli dengan thriller, romantis dan komedi yg mencuit hati.


Kisah Fadlan-Nadira memang sangat menarik. Diorang ni memang complete opposite dan itu tidak menghalang mereka dari saling menyimpan perasaan kasih antara satu sama lain.


complete opposite yg macam mana? Fadlan ni jenis2 alim dan seorang pemuzik jalanan yg bercita-cita menjadi penyanyi terkenal dalam genrenya yg tersendiri. Nadira pulak seorg peguam, gadis melayu utara yang berambut perang (celup) yg gemar memakai skirt.


Dalam mengira perkara2 negatif tentang Nadira, Fadlan resah memikirkan mengapa gadis itu yang dia rindukan. Nadira pun resah jugak memikirkan kenapa dia tertarik dgn lelaki penganggur yang selebet penampilannya. Nadira tidak suka permainan ragbi yg dianggapnya permainan para banduan kerana jersinya belang2 tapi bila Fadlan salah seorang pemainnya dia sanggup berpanas di tepi padang :). Part ni membuatkan saya teringin nak baca balik novel Bara by Abdul Rahim Awang. Teringat-ingat pulak pada Dr Haryati, Rosli dan ragbi :)


Debar kisah ini lebih kepada Suhaimi, seorang lelaki biasa yg menjadi pelarian diburu penjahat. Fadlan terlibat secara tidak sengaja apabila camcorder yang menjadi kunci terlerainya kes ini berada dalam simpanannya secara tidak sengaja. Kebijaksanaan Fadlan telah menyelamatkan Suhaimi walaupun camcorder tersebut telah diragut. Dan kebijaksanaan Fadlan jugaklah yg membuat Nadira yg degil dan suka memberi alasan, mula berbaju kurung. :) sweetlah Fadlan ngan Nadira nih. Patutla Kak Ima suka sangat dgn citer Bohemian nih. Imaen memang mempunyai sentuhan semula jadi membuatkan kisah thriller berbaur romantis menjadi bahan bacaan yang seronok dibaca. :) terima kasih Imaen.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yg kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.


Aku
Pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu


Dia
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup


Siapakah dia yg berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dgn resah gelisah?


Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yg tidak keruan ini?


Siapakah dia yg berani mengusik lenaku dgn bygnya?


Dia, yg tidak pernah ada dlm senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dlm daftar mimpiku!


Dia, yg dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yg aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.


Setelah Vendetta (Gurindam Jiwa) dan Labyrinth. IMAEN melakar risalah pemuzik jalanan - busker- berbicara tentang cinta antara Fadlan dan Nadira, dgn bahasa mantap penuh falsafah, namun disajikan dlm nada manis cara Bohemian.


RM20.00
475 mukasurat
ISBN 9789675118036



Monday, September 15, 2008

Balik Raya!

Start:     Sep 26, '08 11:00p
End:     Oct 5, '08 09:00a
hari tu tengok kat banner puduraya, perjalanan ke utara akan berstation di Puduraya dan Jalan Duta. so kemungkinan besar ambil bas kat puduraya jer :)

Buka Puasa Bersama Sue Ailee :)

Start:     Sep 20, '08 7:00p