Tuesday, June 30, 2009

Pesta Buku Alaf 21 Kali ke6




Mcm dah lama jer tak pi pesta buku alaf ala2 meredah dan hitch hiking dgn cik yumm hehe.. Thanks yumm sudi ajak, kalau tak, memang la tak merasa pi pesta buku alaf lagi. Ada Damya Hanna & Dr. HM Tuah Iskandar :) ni ada la sikit gambar di sekitar pesta buku tu.

Thursday, June 25, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Keistimewaan Bulan Rejab

Got this in my email :)
something to share
sebarkan kebaikan :)


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari.
Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar
kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan
bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan
memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan
Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
(Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal
di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa    seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya    Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.


Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

http://www.geocities.com/keceriaan/08.htm

Sunday, June 21, 2009

Kalimah Jiwa

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Haiza Najwa
Kalimah Jiwa by Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009


"aku menanti janjimu di tengah lautan resah"


Ini adalah karya ketiga haiza najwa yg saya berkesempatan membaca dan ketiga2nya terbitan Alaf21. Saya dpati penulis ini sentiasa memilih menyampaikan cerita yang memerlukan beliau menanam elemen 'percaya' terhadap cerita yg disampaikan kerana ianya bukan cerita yg biasa. Ia mengambil masa dan dalil yg kukuh utk kita percaya, menerima dan suka dengan kisah yg beliau nak sampaikan. Pemilihan gaya begini menunjukkan penulis sentiasa mahu mencabar diri sendiri dalam menghasilkan karya yang memuaskan dirinya sbg penulis kreatif dan menghiburkan pembaca2nya.


kalau dalam Sentuhan Cinta, Hurin Ain menganggap dirinya hodoh walaupun dia sebenarnya sangat sangat cantik. Manakala dalam Kumohon Kasih, Ayuni mengahwini lelaki yg pernah memperkosanya dan tak perasan itu adalah lelaki yg sama. Manakala dalam kisah kali ini, seorg pelacur yg terselamat dari sarang pelacuran selepas 1001 hari terperangkap di situ dan setelah menjalani pemeriksaan doktor, dia didapati masih suci. Mcm mana boleh jadi macam tu? Pelacur suci?


Bagi saya cerita ini lebih kemas dari dua cerita sebelum ni dari penulis yg sama. Beliau mencipta konflik yang dalam dan berjaya meyakinkan pembaca dengan menggunakan alasan2 yg menarik. Saya amat tertarik dengan gaya bahasa beliau yg lembut dan memujuk. Scene2 sedih dilagukan dengan sangat hiba dan menyentuh hati dan sudah pasti membuat pembaca mengalirkan air mata. huhu..


Kisah ini tentang Liany yg berkahwin dgn Fahren kerana cinta. Tetapi Fahren mahu mempergunakan kecantikan Liany utk mengaut keuntungan. Liany dilacurkan dgn harga setinggi RM25ribu utk satu malam dan memang ramai lelaki yang beratur panjang utk mendapatkan khidmatnya. Pada malam ke1001 Liany diselamatkan oleh peguam muda, Naqlis. Naqlis mahu membela Liany dan menjatuhkan Fahren yg sentiasa memerangkap mangsa baru utk bisnesnya.


Namun setelah menjalani pemeriksaan, Liany didapati masih dara dan kes mereka menjadi goyah. Benarkah dakwaan Liany yg dia merupakan seorg pelacur? Dia menjadi terkenal di media Malaysia. Kesnya menjadi tumpuan. Ada membenci dan ada yg memuja.


Sebenarnya Liany adalah seorg gadis yg baik dan taat pada agama. Dia sentiasa memohon perlindungan Allah dan dgn bantuan Eljie, dia menggunakan ubat tidur utk melalikan pelanggan2nya dan tiada siapapun mengesyakki apa2 sehinggalah dia dilarikan dari rumah pelacuran itu. Lelaki2 yg pernah berhabis duit melanggan Liany ditertawakan.


Liany percaya doa2nya setiap masa dan ketika menyelamatkan maruahnya. Naqlis menarik diri sbg peguam Liany kerana dia mahu menjadi saksi utama kes itu.


Penulis bukan hanya menumpukan seluruh cerita kepada kes itu. Liany terpaksa menerima lamaran Naqlis kerana dia pernah bernazar di hadapan Eljie yg dia akan memperhambakan diri kepada orang yg menyelamatkannya. Ibu Naqlis bangga menerima insan sebaik Liany sbg menantu tetapi bapa & abg Naqlis menggelisah kerana mereka pernah menjadi pelanggan Liany.


Liany gadis yg bijak, dia bukan kosong, dia penuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Bertahun-tahun dia berjaya mengelak cubaan cabul oleh bapanya sendiri yg percaya Liany bukan anaknya. Bacalah novel ini utk melihat bagaimana dia mengendalikan persekitarannya. Namun mata2 jahat sentiasa memerhatikannya dan satu kealpaan telah membuatkan Naqlis hilang kepercayaan pada Liany. Liany mencumbui lelaki lain dan gambar2 itu tersebar bebas. Apa penerangan Liany kali ini? Ibu mertuanya mempercayainya sepenuh hati. haaa.. part ni kena baca sendiri... La la la la...


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Ifliany sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat utk dia selama-lamanya.


Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagaikan menyuluh sinar bahagia utknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sbg peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!


Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorg pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis utk mendakwa Fahren.


RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
isbn: 9789831244258
505 mukasurat

Jemari Seni Julai: Bintang-bintang ke syurga



masuk list utk beli masa pestabuku selangor nanti.. hehe..


Tajuk: Bintang-Bintang ke Syurga
Penulis: Xarine
ISBN: 978-967-5118-22-7
Harga: RM19.00
Harga pembelian melalui pos: RM17.00



Urusan ini perutusan cinta.

Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan
menyatukan kita dan semua manusia. Seperti alam kehidupan yang satu
ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta. Roh
cinta yang mutlak berpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-
pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *
Dengarkan bisikan cinta daripada XARINE sang insinyur yang berbicara fasal
cinta dalam lembutnya bahasa dari hati seorang lelaki yang mengharapkan
reda Ilahi.

Thursday, June 18, 2009

Akan Datang Dari Fajar Pakeer


Tajuk: Mana Kekasih Hati
Penulis: Dhiya Shiha


"Rindu ku kepada mu seperti langit penuh membiru"


Cinta Muhammad Danish Haikal dan Zulaila Sofea begitu dalam. Cinta mereka yang tulus membuatkan Haikal ingin menyunting gadis Sarawak itu menjadi suri hidupnya. Namun jodoh pertemuan Dia yang menentukan.


Sedar akan status dirinya yang tidak seperti perempuan lain, Sofea melarikan diri di saat keluarga Haikal datang meminangnya. Tanpa sebarang bicara, hanya sekeping nota ditinggalkan. Haikal menderita kecewa. Cinta sucinya musnah sekelip mata.


Kenapa Zulaila Sofea melarikan diri? Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang disembunyikan oleh gadis itu tentang dirinya? Dapatkah Haikal berjumpa dengan Sofea? Dan Haikal, terus
mencari di mana kekasih hati…



-----------------------


Tajuk: Dia Cinta Terakhir
Penulis: Suria Areesya


"Seindah kasih sehalus rindu, cinta tetap di hati"


Dayana Aisha terlalu inginkan kebahagiaan. Keputusannya untuk menerima lamaran Airiel Izwan untuk membina rumah tangga di usia muda membangkitkan kemarahan abang kandungnya, Farid. Dayana Aisha tetap dengan pendiriannya. Dia tetap ingin melayari bahtera perkahwinan bersama Airiel Izwan, lelaki yang dicintainya sepenuh hati.


Takdir telah merubah segala-galanya. Pertelingkahan antara Dayana Aisha dan Airiel Izwan menyebabkan Airiel Izwan melafazkan cerai talak tiga. Semuanya hanya kerana sifat panas baran Airiel Izwan. Airiel Izwan meminta rakan baiknya, Alif Danial untuk mengahwini Dayana Aisha. Airiel Izwan ingin bersama dengan Dayana Aisha semula. Namun sebaliknya terjadi. Dayana Aisha terperangkap dengan permainan janji manis Alif Danial.


Mampukah permainan cinta Alif Danial dirungkai cinta Dayana Aisha dan Airiel Izwan? Bolehkah cinta mereka jadi yang pertama dan akhir? Airiel izwan terus menunggu Dayana Aisha kembali ke sampingnya…




Novel Ogos Kaki Novel

tadi saja la ronda2 kat kaki novel ingat nak try order online buku KN lepas baca comment Fad tadicc, tak sangka pulak update utk buku2 keluaran Ogos dah keluar!  utk maklumat terkini boleh terus ke website rasmi kaki novel ya?

Baju Pengantin Mak Andam
Penulis: Areila Sahimi


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku
seselamba manapun aku Zain,
aku masih seorg perempuan.
Yg tahu rasa malu bila tiba part nak luakan isi hati."
-aleeya-


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau
diasuka teh tark amak sekalipun
pada aku dia tetap teristimewa"
-zain'

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. MEreka asalnya bukannya sebulu. Namun kalu Zain dah menghulur salam perkenalah, Aleeya bukan jenis org sombong yg eksen tak bertempat.


Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa. kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kat sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kat apa sebab dia taktau apa yg dia rasa. Yg dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kuciwa macam apa yg pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat confius.


Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yg langsung tak boleh tenogk muka. Juah di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dlam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?


Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk tolong 'shampookan' hubungan ini? Biar yg simpul dileraikan, biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. Biar jadi wangi mcm sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? ROzy? Azizul?


RM18.00
sabah sarawak: RM21.00
isbn: 9789675067297

----------


Akhirnya Kutemui
Penulis Tania Aresya

"Pabila suratan dan ketentuannya ditetapkan betiu...
ia pasti akan jadi begitu. Dan... akhirnya kutemui..


Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahn. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yg diimpikan, hatinya pasti dlukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya cuma ujian dari Yg Kuasa terhadap dirnya yg serba kekurangan?


KEgigihannya selama ini, memang berbayar dgn kejayan demi kejayaan yg diperolehi dlm kerjaya. Daripada seorg yg tak punya apa, kepada seorg yg begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ.


Namun, mengapa dia sering gagal di dalam soal hati. Di saat ada jiwa yg mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yg tak punya rasa utk menyambut salm bicar. Di kala dia mengimpikan insan yg diminatinya, lain pula yg terjadi. Gagal dan terus gagal yg mengundang tragis di dalm kehidupannya lalu membawa hati jauh dari bumi tanah tempah tumpah darahnya.


Namun tidak mudah kebahagiaan ini dikecapi dgn kehadiran Tina - anak majikannya yg begitu mengharap, Sheida- gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza - teman pseperjuangan yg tulus ikhlas mengabdikan diri utknya. Namun bahgia tidak kunjung tiba. Derita jua yg sering bertamu. Siapakah insan yg tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan ditemui insan itu?


RM15.00
sabah sarawak: RM18.00
isbn: 9789675067280