Saturday, October 31, 2009

Novel Baru Lagi!

dah tak dak idea dah nak boh tajuk apa. hehe banyak betul novel2 baru... ntah brapa ribu yg aku tak baca lagi. haha.

Tajuk : Yang Sebenarnya
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf21


TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.


Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.


Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan sema ngat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya
melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...
lelaki itu seperti memusuhinya.


Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

 

 

Tajuk: Titian Nabi
Penulis: Muhammad Masykur A. R. Said
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
http://www.pts.com.my
Harga: RM 17
RM 19 (Sabah & Sarawak),
isbn: 9789833892556
384 mukasurat


Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?

Di sebalik yang terjadi, pasti ada yang terjanji. Terpateri sesuatu yang pasti jika ada reda Ilahi. Begitulah pandangan Sara dan Azelea apabila hati sudah terlanjur cinta.


Sara bertemu dengan Haziq secara tidak sengaja di Cameron Highlands. Dia tertarik kepada ketenangan dan karisma lelaki itu. Dia sudah terlanjur cinta tanpa boleh menolak hakikat; yang dicintai itu adalah suami wanita lain.


Azelea terlalu cintakan Sinclair. Tiada yang dapat mengubah cinta itu, namun percaya yang hilang meranapkannya. Hati dibasahi parah jadi segar dengan kehadiran Eric Loi, membuatkan cintanya terlanjur semula.


Apakah Sara rela menjadi yang kedua dalam hidup Haziq? Mungkinkah Azelea mengizinkan Eric Loi jadi yang kedua di hatinya? Adakah keterlanjuran cinta mereka akan membuat mereka bahagia?

 

 

Tajuk: Syurga Kasih di Kaki Pelangi
Penulis: Halis Azhan
Penerbit : KarnaDya solutions
Cetakan Pertama: 2009


"Aku mencari tempayan emas di kaki pelangi, rupa-rupanya syurga kasih juga menanti di sini."


Sinopsis:

 

Erni Aflina, gadis anak angkat berhati tulus, hidupnya tidak pernah tenang kerana banyak liku-liku yang tidak terjangka terpaksa ditempuhi. Sejak kecil dia mengimpikan syurga kasih, sejak kecil juga dia mencari-cari tempayan emas di kaki pelangi. Segala-galanya tidak pernah indah buat Aflina. Sampai suatu masa, dia perlu minta diri.

 

Izrar Hadafi, anak muda berhati luhur, hidupnya mewah tetapi tidak sarat dengan kasih sayang. Dia ingin menjadi Hang Jebat, dia akan membela apa-apa yang dirasakan benar. Segala-galanya tidak pernah elok di mata dan di hati Hadafi sehingga dia mengenali gadis itu. Namun, tidak mudah hendak mendekati dan memiliki hati Aflina.

 

Sepasang hati bertemu di hujung noktah. Titis-titis hujan menderu ketika fikiran keliru dan perasaan celaru. Siapa sangka di hujung jalan, Aflina menemui syurga kasih di kaki pelangi yang dicari-cari…

 

Ikutilah kisah pencarian gadis Erni Aflina yang mendebarkan ini...

 

Tajuk : Samudera Indah Nian
Penulis : Mazni Darwisya
Penerbit : Jemari Seni
Harga : -


Ibarat setianya Ali pada Fatimah


Ibarat kasihnya Muhammmad pada Khadijah


Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.


Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?


Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.


* * * *

Nukilan pertama Mazni Darwisya – Samudera Indah Nian – berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumut. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!

 

 

TAJUK : KAPAL TERBANG KERTAS
PENULIS : HASLIZA ISMAIL
PENERBIT : KAKI NOVEL
HARGA: S/M : RM16 AHLI : RM14
S/S : RM19 AHLI : RM15


"Angin bawa aku terbang jauh dari kedukaan ini"


Suriani melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang sudi membantunya. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya. Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri hidupnya.

Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan kasih Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran. Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama. Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?

 

 

 

TAJUK : HOT GIMMICK
PENULIS : SHASFA ALYAHYA
PENERBIT : KAKI NOVEL
HARGA : S/M : RM18 AHLI : RM14
S/S : RM21 AHLI : RM17

"Tengok! Si Killa buat gimik lagi dengan 3K...!"


Natasya Shakilla telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd. Kewibawaannya sebagai Ketua Pengawas tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak. Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan.

 

Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd. Hubungan rapat mereka berdua telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla. Mujurlah Harizd menyelamatkan Natsya Shakilla. Rupa-rupanya Harizd dan Natasya Shakilla pernah ‘berkasih’ semasa mereka masih kanak-kanak dahulu.

Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?

Blurb Belakang Novel

Kehadiran Natasya Shakilla (Asya / Killa) mendatangkan gimik yang besar di dalah hidup Harizd Hakkam. Status Harizd sebagai Ketua Pengawas bukanlah penggugat untuk dia melawan lelaki itu. Pergaduhan yang tercetus di antara dia dan pengawas besar itu menimbulkan pelbagai masalah. Manakala hubungan baiknya dengan Amierul Mukminien Carl dan Wan Izuan Hafiz menerbitkan cemburu di dalam hati para pelajar perempuan. Secara tidak langsung , Asya telah pun memasuki kumpulan 3K. Tapi bagi peminat setia 3K, Asya adalah musuh utama mereka! Musuh yang sentiasa laparkan sasaran dan hero penyelamatnya – Harizd.

Apabila hatinya mula menerima kehadiran Harizd sebagai rakan sekelas dan hidup sebagai seorang muslimah yang sebenar, dia mendapat tahu lelaki itu ialah ‘Ayez’, kenangan masa silam. Dan dia terpaksa meneruskan pembohongan kepada Harizd atas permintaan Hanis Humaira.

Tegarkah dia meneruskan pembohongan disebabkan Hani Humaira yang dahagakan kasih sayang seorang insan yang bergelar abang? Dapatkah dia berhadapan dengan diri Harizd sekarang, sedangkan kenangan Ayez pada masa silamnya bagaikan berputar di segenap benaknya? Apakah kisah silam yang tersembunyi di antara mereka berdua?

Apakah masih ada gimik yang lebih hebat?

"Setia kunantikan sebuah memori"


Konflik diri Priscillia bermula dengan satu panggilan misteri daripada pembantu suaminya, Ziela. Maklumat yang diterima dianggap tohmahan sahaja. Ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan keluarganya. Itulah tanggapan awal Priscillia. Namun, pengintipan yang dilakukan di Hotel Hilton membuktikan kecurangan suaminya, Kelvin. Suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.
Kelvin mempunyai dua personaliti; sebagai suami misali dan suami yang zalim.


Kelly, si anak pula menjadi mangsa apabila Kelvin sanggup mengumpan si kecil itu untuk kepentingan diri sendiri. Dia mahu hidup bebas, namun Priscillia tidak boleh begitu. Di mata orang dia suami misali di rumah dan Priscillia isteri yang taat. Priscillia hanya miliknya namun dia bukan hanya untuk Priscillia.


Priscillia masih rindukan cinta Kelvin, perhatian seseorang suami dan mahu Kelvin terus bersamanya. Dia tidak boleh hidup tanpa Kelvin. Berjayakah Priscillia membebaskan diri daripada kemelut rumah tangganya? Mungkinkah rindu Priscillia untuk Kelvin bakal bersambut?

 

Tajuk: Ajarkan Aku Setia Cinta
Penulis: Antasya Balqis
Terbitan: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


"Tiap Kali Berpapasan Mata, Hati Dipalu Irama Cinta"


Antara Faryan dan Serra, bagaikan bulan dan matahari, saling memerlukan… saling mencintai. Antara Faryan dan Serra, bagai kumbang dan bunga, menyeri taman. Tetapi entah mengapa bulan dan matahari berpisah kasih, kumbang dan bunga bercerai sayang.


Perpisahan terjadi lantaran hati terlalu sedih kerana dikecewa. Saat cinta Faryan mengembang, Serra menghilang diri. Tanpa khabar, hilang berita. Faryan jadi perindu dan rindu itu cuba dikambus melalui pertunangannya dengan Wina, atas kehendak keluarga.


Namun, di celah rasa kecewa yang menjadi cebisan perasaan, pertemuan ada semula. Mereka tetap bersama. Rindu dan benci bertandang antara malu untuk mengakui aku juga cinta kepadamu…


Pun begitu, akhirnya bulan dan matahari tetap bersama kerana fitrah azali telah menjodohkannya. Dan, mungkinkah begitu jua suratan azali antara Faryan dan Serra? Fitrah mereka, adakah mungkin jodoh bersama? Atau akankah Serra dibalas kecewa atas silap dahulu?

 

Carta MPH Alamanda 24 Oktober 2009

NOvel melayu terlaris 24 Oktober 2009
MPH Alamanda.

1. Cinta Kau dan Aku
2. Aku Bukan Billy Milligan
3. Ilham Hati
4. Gerimis Rindu
5. Rindu Untuk Dia
6. Aku Cinta Dia
7. Makna Cinta
8. Sungguh Aku Cinta
9. Tiada Yang Kedua
10. Seribu Kali Syg

 

mesti nak jengah rak carta MPH Alamanda setiap kali melintas kat situ :) aku suka parking kat level MPH tu :)

 

Cinta Semanis Epal

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Rafishah Md Hassan
Cinta Semanis Epal
Penulis: Nor Rafishah Md Hassan
Cetakan pertama 2009
Terbitan Fajar Pakeer
isbn: 9789833880560
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90
134 mukasurat


Tekejut jugak biler aku baca ruangan catatan penulis. (Yam pun ada inform aku) Penulis ini berhajat menjadikan karya kecil ini sebagai karya terakhirnya. Uish janganla...


Watak hero heroin kisah ini adalah Yuji dan Helena, tetapi mereka menaruh hati pada Shazlina dan Kamal. Cinta Yuji tidak pernah dibalas Shazlina yg setia pada Kamal dan Helena pula menyintai Kamal dalam diam. beberapa kali dia berharap dia seberani Yuji tetapi dia tidak berdaya.


Peristiwa Yuji dibelasah Kamal memaksa Helena bertindak sbg hero penyelamat Yuji kerana dia tak mahu Kamal terus-terusan memblasah kamal yg sudah K.O dan perbuatan kamal mungkin akan menjadikannya lelaki berimej buruk pula nanti.


Yuji berjanji akan menghadiahkan Helena epal manis dari ladang keluarganya di Jepun. Dalam bermulut manis Yuji sentiasa membuat Helena naik angin. Bila Yuji tak der dalam kelas, helena tercari2 dan biler helena tak der dalam kelas, Yuji pulak tercari-cari. Tetapi Yuji masih yakin dia menyintai Shazrina dan Helena pun yakin dia masih menyintai Kamal. Tapi peristiwa Kamal dan Shazrina ditangkap basah sehingga dipaksa berkahwin meluluhkan hati mereka tetapi Yuji masih mampu tersenyum kerana kalau Shazrina tak ada, Helena kan masih ada :) tapi nak ker Helena kat Yuji yg keje nyer menyakat jer tu.


sure fine whatever
rinn





sinopsis/blurb:


Aku cintakan engkau. Namun sebelah mata pun kau tidak memandang aku. Apa kurangnya aku berbanding dia? Ketahuilah kemanisan cintaku tiada tandingannya
-Yuji Iskandar


Yuji bagaikan jelmaan jembalang yg sentiasa menggugat ketenangan, Kamal adalah putera idaman dan emak umpama bidadari syurga yg dipuja sentiasa. Namun apabila sang putera menjadi pertanda jiwa, apabila bidadari melakukan dosa, si jembalang itulah yg menjadi penghibur lara
-Helena


Sesaat Berputik Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sofieza Isqandar
Sesaat Cinta Berputik
Penulis: Sofieza Isqandar
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789833880577
harga: RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90
120 mukasurat


Dalam naskah kecil ini Sofieza Isqandar mengenengah cerita yg agak berat. Rasanya kalau ruangan lebih luas diberikan, ceritakan ini akan jadi lebih menarik.


Kisahnya tentang Hafiz, seorg jejaka kampung yg mendapat kerja sbg pemandu dlm sebuah keluarga yg kaya raya. Dato' Jamali menyenangi anak muda yg sopan santun dan baik budi itu. Hafiz bekerja utk menyara ibu dan adik2 di kampung. Tetapi Datin Tiasa memang tak suka Hafiz yg dipandang rendah kerana berbeza darjat.


Fasha anak tunggal keluarga itu. Seorg gadis cantik manis tetapi terlalu bebas pergaulannya hingga mengandung anak luar nikah. Dato' Jamali nekad menikahkan Fasha dgn Hafiz dgn harapan Fasha akan berubah kerana pengaruh Hafiz. Datin Tiasa cuba menentang tetapi Dato' Jamali tetap berkeras.


Saya rasa Dato' Jamali tu terlalu lambat la nak berkeras dgn Fasha. dah besar panjang, dah mengandung baru sibuk nak buat muka garang.


Fasha cuba mengugut Hafiz agar menarik diri tetapi terkantoi dengan Dato' Jamali. Hati Fasha yg keras akhirnya cair setelah mendengar alunan suara Hafiz melagukan surah2 suci Al Quran. Hadiah baju kurung dan tudung menjadi titik permulaan perubahan Fasha hingga mengejutkan ibu dan bapanya, namun takdir Tuhan telah meragut nyawa bayi dalam kandungannya namun cinta Hafiz tetap menunggunya dgn penuh setia.


Dato' Jamali memang sangat gembira dgn perubahan Fasha tapi Datin Tiasa tu masih tak berkenan dengan Hafiz yg dipanggilnya 'ustaz' tu.


sure fine whatever
rinn





sinopsis/blurb


Cinta itu lahir saat mentari pagi mula menyinari alam. Tetapi tragedi datang mengundang. namun cinta itu tetap tidak mahu dilepaskan.


Hafiz sedar dirinya budak kampung yg kolot. dia tahu dirinya tidak setanding utk berdiri di sebelah Fasha. Dia budak miskin yg datang ke rumah besar itu utk mencari rezeki demi emak dan adik2nya di kampung.


Bila mata hati terbuka, cinta pun bersemi. Taraf dan darjat ditolak ke tepi. Namun bolehkah cinta berbeza darjat berputik jadi satu?


On Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sarnia Yahya
On Cinta
Penulis: Sarnia Yahya
(Mini Novela)
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan pertama: 2009
RM8.90
Sabah/SArawak: RM11.90
129 mukasurat


Akhirnya dpt jugak baca Mini novela baru dari Fajar Pakeer ni. Saiz buku nya memang mini. Lebih kecil dari novel biasa dan besar sedikit dari buku utang tiga 5 tu. hehe. kat dlm tu siap ada penanda buku saiz penanda buku biasa fajar pakeer.


On Cinta adalah kisah cinta ringan dan romantik komedi. Bukan kisah baru, tetapi mampu membuat kita ketawa dan senyum simpul. Kalau kisah mcm ni dlm buku yg saiz macam ni, baca banyak kali pun tak kisah, cepat habis :)


Rasanya nama Sarnia Yahya saja sudah cukup utk menarik perhatian pembaca utk mencapai novel mini ini :)


Kisahnya tentang Fatini yg masih muda tetapi sudah dipinang orang. Dia tak sampai hati melukakan hati ibu bapanya. Dia bersetuju menerima pinangan itu dengan syarat dia tak akan bertemu tunangannya sehinggalah hari mereka dinikahkan.


Pertunangannya dilanda dugaan dengan kemunculan Fahmi, boss barunya yg sentiasa mengusik hati kecilnya. Dia berusaha utk tidak jatuh hati pada Fahmi yang juga telah bertunang. Sekali sekala dia jeles jugak kat tunangan Fahmi. Untung dpt Fahmi yg kacak dan baik hati.


Tak der masalah utk kita meneka siapa tunang FAtini dan siapa tunang Fahmi. Perjalanan kisahnya yg dihiasi interaksi mencuit hati antara Fatini dan Fahmi menjadikan kisah ini manis. :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Bagi Fatini dia terlalu muda utk merasai cinta. Dan cinta belum lagi menyapa hatinya. Apa yg diinginkan adalah menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya dan pelajaran. Kerana sayangkan kedua org tua, tanpa rela dia setuju bertunang dgn pilihan org tua dan mengenakan beberapa syarat yg dirasakan begitu bodoh sekali.


Cinta tak mengenal rupa, tinggi mahupun darjat. Kehadiran Fahmi membuat hidup Fatini tidak ketahuan. disedari lelaki itu sudah bertunang tetapi masih ada hati untuk memikat dirinya. Bila diri sudah tersepit antara fahmi dan tunangannya, mula dirasakan bertapa bodohnya dia kerana tidak mahu mengenali tungan sendiri.


Patutkah dia menerima Fahmi dan menolak tunangnya? Tetapi Fahmi sudadh bertunang. apa yg perlu dilakukan sekarang?

Syurga Di Hati

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatin Nabila
Syurga Di Hati
Penulis: Fatin Nabila
Terbitan alaf21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244319
RM19.90
500 mukasurat


"Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubari ini"


Antara penulis favourite aku :) Penulis yang sering mengalunkan kisah2 tipikal novel melayu tapi aku sukakan sentuhan karyanya yg ada nada segar. Namun novelnya kali ini aku rasa ada kekurangannya tapi tak pasti di mana.


Kisah Erin dan Ariff yg bermula dengan salah faham dan benci membenci juga agak kurang chemistry nya. Terasa seperti karya ini seperti karya pertamanya pulak.


Dalam cerita ini teraju utamanya adalah Erin dan Ariff yg bertemu dlm suasana amarah, namun kemudian satu 'kebetulan' telah menemukan dan memesrakan mereka. Cinta hadir dan mereka mahu menghalakan perhubungan mereka namun mendapat tentangan dari keluarga Erin kerana perbezaan darjat dan juga usia mereka yg masih muda utk melayari hidup rumah tangga.


AWal2 lagi aku geram dgn watak Erin yg seperti tidak bersungguh menyanggah wasangka Shak terhadap hubungan mereka. Dia juga tidak menceritakan tembelang sebenar Shak kepada keluarganya utk membuktikan Shak bukan sebaik yg keluarganya sangka. Kalau betulpun nak jaga nama baik Shak, dia patut menceritakan perkara itu demi masa depannya supaya tak terpaksa berkahwin dgn lelaki lidah bercabang mcm Shak.


Amanat nenek akhirnya menjadikan Erin isteri kepada Ariff. Ibu Erin menjadi racun dlm rumah tangga Ariff sehingga mereka sering berbalah sehingga membawa kepada perpisahan. Ariff tiba2 menghilangkan diri, malah berhenti kerja. Erin yg sedang berbadan dua dilanda tekanan emosi tapi ibunya sentiasa di sisi mendamaikan hidupnya walaupun pelajaran terganggu dan terhenti.


Berita Erin mengandung menyebabkan Arif keluar dari penyembunyian dan masih cuba memendam rahsia punca kehilangannya dari pengetahuan Erin. Tapi Erin makin membencinya. Dia mahu mengembalikan cinta dlm hati Erin tetapi rahsia yg dipegangnya terlalu besar utk dipecahkan dan mungkin akan menghancurkan keluarga Erin.


Perubahan perwatakan Shak dari jahat menjadi baik tu seperti tiba2 jer.. macam tak meyakinkan pulak perubahan watak dia. Tapi memang dia betul2 jadi baik dan akhirnya menerima hakikat Erin bukan utknya. Dia mula mengalihkan kasihnya kepada Lynn, kakak Erin yg baik hati. Sahabat baik Ariff pulak berjaya mencuri hati abg Erin yg keras hati dan sombong tu. Lepas syok kat kawan Ariff tu barula perangai abg Erin tu ok sikit, kalau tak, keje nak join mak dia menyakitkan hati Arif jer.. aduih.


Kalau korang berminat nak baca novel2 dia sebelum ni aku suggest baca Dakapan Rindu & Bahagia Kasihmu. Novel dia dengan Tintarona yg paling popular sekali adalah Bukan Terlarang (dia guna nama Nur Hazma)



sure fine whatever
rinn




sinopsis/blurb:


Akibat mabuk bercinta Erin dan Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dgn ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing2 yg masih terlalu mentah dlm melayari bahtera rumahtangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara2 remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.


Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yg menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yg sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dgn caci maki mertuanya bila dituduh suami yg tidak bertanggungjwb dan mementingkan diri.


Sbg lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan maruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumahtangga yg bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yg terlalu banyak likunya.



Aku Bukan Billy Milligan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Aku Bukan Billy Milligan
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan pertama: 2009
isbn: 9789675229084


"Dendam itu membuat dia sering gelisah"


soalan pertama yg org akan tanya adalah SAPA BILLY MILLIGAN??? hehe.. aku pun tanya soklan yg sama. Kalau nak tau kena la baca novel ni atau pun buat mcm kak ima, search jer kat internet :) Oklah, billy milligan tu sorang lelaki yg disahkan ada multiple personality ada personaliti yg baik dan ada yg jahat (sehingga membunuh dan merogol)


Masa di awal cerita, seolah2 dibayangkan Yazirlah Billy Milligan yg dirujuk dlm novel ini tapi saya dapat rasakan presence Adam lebih kuat dan ternyata takdir mereka yg kelihatan tak akan bertembung akhirnya bertemu dan mewujudkan suasana yg menarik dlm cerita ini.


Laura adalah anak miskin. Ibunya pernah berkahwin dgn org kaya, tetapi ditinggalkan suami begitu saya setelah beranak 3. Membuatkan ibunya tak suka org kaya. Kenapa nama Laura? hehe.. mak dia suka tengok citer omputeh Little house on the prairie so dia namakan ler anak pompuan dia Laura. Laura kita akan sangat kenal dan boleh relate peribadinya dgn heroin2 NB yg lain. Dia sangat selamba dan banyak tersenyum dlm menghadapi hidup.


Dia tahu kasihnya dgn Yazir, anak org kaya yg sygkan ibunya dan tak akan menolak permintaan ibunya dan Laura tahu ibu Yazir tak pernah suka dia berkawan dgn Yazir. Then percintaan mereka terputus setelah Yazir terpaksa berkahwin dgn wanita pilihan ibunya. Bagi saya yazir ni lelaki yang pandai dan romantis bercinta tapi tak pandai mempertahankan cintanya.


Masa mak Yazir bagi duit riburiban kat Laura tu ingat ker laura nak kejar bagi balik, tapi Laura siap bukak syarikat sendiri ha.. puas hati!


Adam pulak, lelaki yg tak punya apa2. Dia dan arwah ibunya dihina kerana bapanya banduan. Dia mahu membina nama sendiri supaya dipandang tinggi dia menjadi pemain saham yg berjaya di usia yg sgt muda. Perkahwinan dgn Rozita tidak memberi erti padanya. Dia sudah lupa Tuhan dan dia sudah lupa gelak tawa. Hidupnya kosong walapun terisi dgn isteri seorg lawyer yg cantik dan harta yg melimpah ruah.


Hajat utk membeli Teratak Alam utk dia dan isterinya telah menemukan dia dgn agen hartanah yg selamba, Laura. Namun Teratak Alam tidak berjaya menguja kan hati Rozita. Malah mereka merancang utk bercerai dan Rozita pun mcm dah ada calon lain utk menggantikan Adam yg dibenci ibunya kerana dari keturunan banduan walaupun kaya.


Hajat Adam utk menjual semula Teratak Alam telah menemukan semula Laura dgn Adam. Hubungan bisness bertukar menjadi akrab dan Adam mula bergantung dgn Laura utk membuat keputusan berkaitan Teratak Alam yg kemudiannya tak jadi dijual. Laura cuba utk tidak salah faham keakraban mereka kerana dia tak mahu gigit jari di kemudian hari kerana dia dan ibunya pernah patah hati disebabkan lelaki kaya.


Adam tertarik pada Laura tapi sukar mengakuinya. Dia yg dulu berwajah serius, sudah mula ketawa sikit2 (seketeri dia kata gelak macam kereta rosak) haha..


Laura serba salah biler Adam makin rapat dengannya, malah ikut dia balik kampung menyungkur di laut mencari geragau. ibu Laura berkenan gak kat Adam tapi kemudian kureng sikit biler taw Adam tu kaya raya. Lawak pulak biler Laura menolak cinta Adam dgn alasan ibu dia tak suka lelaki kaya, tapi biler Adam tanya mak Laura mak laura menidakkan malah menerima pinangan Adam. Nasib baik Laura tak pengsan.


Tapi Adam tu kadang2 gatal terlebih la.. tak der apa2 lagi dia dan nak belai nak cium minah tu mcm teddy bear.


btw KUCC!!! dlm novel ni ada resipi Ayam masak kicap with tapai. hehe...
ko dah try ker popia pisang yg dlm 'CHINTA' tu? huhu...

sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb



Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dpt membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati spt Warren Buffet!


Namun Adam silap percaturan. Setelah kekayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya.


Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa2 saja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yg sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari byk perkara. Terutama bagaimana mahu mengharga kehidupan dan berkasih sayang!