Thursday, January 14, 2010

Gerhana Hari Ini...



Salam :)

 

 

Semalam tengok berita, ada la diorang bgtau ada gerhana hari ni sekitar jam 3 hingga 5 petang.

 

 

Kat masjid putra, Putrajaya, ada buat solat sunat lepas solat jumaat. Kalau sesapa nak join, amat lah dialu-alukan.

 

 

Pagi ni pun biler tengok mata hari dari dalam ofis ni, aku dah rasa pening biol semacam. ni ada gambar aku snap sebentar tadi, sekitar jam 8.50 pagi.

 

 

nanti tengah hari sikit aku kena pakai spek eksyen la yg gelap dan besar. Bahaya tau cahaya tu buleh menyebabkan buta. so, jgn tengok direct to the sun today okay?

 

 

 



Saturday, January 2, 2010

Kemilau Mutiara Raudah

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Saidatul Saffaa
Kemilau Mutiara Raudah
Penulis: Saidatul Saffaa
Terbitan Jemari Seni Publishing
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118258
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
616 mukasurat


Aku pilih buku ni utk jadi peneman aku sepanjang perjalanan balik kampung kali ni. Jenis buku yg sekali buka memang tak bleh stop membacanya selagi tak abis. Gatai jer tangan nak singkap page yang last2 tu, tapi ku tahan Jebat! hehe...


Kisah perkahwinan atas aturan keluarga, ada suntikan Islamic yang menjadikan kisah ini ada tarikannya tersendiri utk membuat kita melekap dgn buku ini.


Kisah ini tentang Izzat (Jack), tentang Raudhah. Izzat jejaka yang tersasar dari jalan yg benar manakala Raudhah adalah gadis berdarah campuran yg dibesarkan dgn cukup ilmu agamanya dan cukup menjaga agamanya.


Izzat ditunangkan oleh ibunya dengan gadis yg ibunya bekenan sangat2 ketika Izzat masih belajar di luar negara. Satu percutian telah menemukannya dengan Raudhah di Jannatul Firdaus Resort. Jack sudah mahu menjadi Izzat. Dia nekad meminang Raudhah, rupa2nya dia terpinang tunang sendiri ;)


Demi masa depannya dan juga kebahagian dunia akhiratnya, Izzat bukanlah pilihan terbaik sebagai suami. Kisah silam Izzat dan salah faham telah membuat Raudhah memutuskan pertunangan dan kembali kepada keluarganya di luar negara, membawa rajuk di hati.


Selepas 2 tahun Tok Ayah memberitahu Raudhah dia sudah ketemu pasangan yg paling cocok buat Raudhah.Raudhah memberi jawapan positif setelah istikharah. Akad nikah yg berlangsung di Malaysia hanya ditatap melalui teleconference. Semudah itu saja dia sudah bergelar isteri org. Suaminya bakal datang utk majlis perkahwinan mereka di Edinburg. Dia excited la nak jumpa husband dia pestaim. Tapi dia menjadi gelisah apabila Izzat muncul semula dalam hidupnya setelah dia menjadi isteri org. Izzat juga semakin berani mendekatinya berbanding dahulu. Raudhah rimas. Rimas bertukar menjadi lemas setelah Raudhah tahu kebenaran mengenai siapa suaminya. Terus pengsan.


Kelakar la part Izzat tekejut masa dlm lift ada org mengaji tu. Aku ingat betul la ada org mengaji dalam lift Jannatul Firdaus Resort. Rakaman suara doa naik kenderaan dia kata mengaji? aduih.. haha.


sure fine whatever
rinn

sinopsis/blurb:


Biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki kerana cinta itu letaknya di hati seorg abdi.


Kerana pasir, terbentuknya mutiara
Kerana tanah, lahirnya manusia


Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan
Kembara hati dlm jiwa hamba
Kembara daripada hina kpd mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.


Kata Raudhah dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yg turun dari langit utk menyebarkan keindahannya.


Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami


Bukankah kita diciptakan berbeza utk saling melengkapi, lantas nikmat
Tuhan yg mana lagi mahu didustakan?


sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorg pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang ke 2010

Sekejap jer kiter dah 10 tahun dalam tahun millenium. Teringat dulu masa masuk tahun 2000 macam2 kemungkinan bakal mendatang. Tengok2 jer dah 10 tahun kita meredah masa. Lagi 10 tahun saja lagi 2020 bakal menjelang.


Aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan happy new year 2010 kepada semua rakan2 di sini. Terima kasih kerana sudi menjengah aku di sini dan berkongsi pendapat.


Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelum ini :)

Tuesday, December 29, 2009

Toy Museum Penang




Toy Museum Penang ni dikatakan yg terbesar di dunia. Memang kat dalam dia penuh dengan toys. Ia terletak di hadapan Copthore Orchid Hotel, Jalan Tanjung Bungah, Penang.


Visiting hours dia: open daily from 9a.m. to 9p.m.
Admission fee RM10.00 sorang. Bleh bawak kamera.


Ada byk patung2 piramid dan juga patung2 characters yg terkenal. Ada gak patung2 terkenal yg aku tak kenal. haha. dari yang kecik haluih kemetot hingga la yg besar gedabak.


Terlalu banyak barang dan nampak sangat crowded tambah2 kalau pengunjung ramai. Kalu nak bergambar dgn ninja turtle, spiderman, batman, hulk, Indiana Jones, captain jack sparrow dan ramai lagi, bleh la menjengah ke museum comel ni :)

Teluk Batik Disember 2009




Pestaim aku naik bas ke Kuala Kangsar. Sampai pun dah tengah malam. Plannya esok nak ke Lumut dgn famili. Diorang kata nak gi Lumut tu yg aku sibuk nak ikut jugak. Kitorang konvoi 2 bijik keta.


Hari tu memang cerah dan panas yg agak terik. memang sesuai la nak berkubang dlm air. Subuh2 tu memang sibuk prepare makanan utk piknik dan packing. Dekat tengahari jugakla baru sampai.


Pestaim merasa naik banana boat. Kitorang bereenam so cukup la utk satu trip. Memang best! tapi kitorang nyer boat minyak abis kat tengah laut, so kena tunggu mamat drebar bot tu refill minyak. Dah tu biler last round mamat drebar tu saja buat bagi pisang terbalik.. abis semua terjun masuk laut. Adik aku yg paling berat tertimpa betul2 atas kepala aku. Nasib baik la area tu dalam sikit. Kalau dia terbalikkan kat pantai, mau terbenam kepala aku dalam pasir.


Monday, December 28, 2009

Top 10 Buku Paling Kerap Diulang Baca 2009

Sekejap jer dah nak abis tahun 2009 ni. Fuh... cepat sungguh masa berlalu.


Ada jugak yg request buat top 10 list utk buku baru paling best. Aku rasa aku tak boleh la nak buat camtu. Buku baru berapa kerat sangat yg aku baca. So mcm last year, aku buat top10 buku yang paling kerap aku ulang baca utk sepanjang tahun 2009 tak kira la buku tu terbitan tahun bila. ada gak buku lama yg aku suka baca sampai lunyai, so masuk lah jugak dlm list ni. Kadang2 tu buku tu aku present kat kawan2 yg rajin bg pinjam buku, lepas tu aku p beli lain utk diri sendiri. haha... dapat la yg baru. Biasanya aku suka memilih buku yg membuat aku gelak ketawa... tapi kadang2 aku rasa nak baca buku sedih jugak.


Bila aku tengok2 list buku2 yang aku dah baca tahun ni, aku dapati buku2 yang aku baca tahun ni menyusut bilangannya berbanding tahun-tahun sebelum ni. Huhu... adakah bermakna aku dah semakin malas membaca? bukan sikit pulak tu.. difference kira2 50 buah buku. Dopamine is kicking in... (aku baca kat blog anita aruszi hehe)


bermula dengan 200 lebih buku setahun, menyusut ke 150 buah buku setahun dan tahun ni sekitar 100 buah buku sahaja. Kalau benda ni konsistent maksudnya tahun 2010 nanti aku baca 50 buku saja la dan tahun berikutnya sebuah buku setahun? haha. tapi memang penah dengar org kata, minat/cinta kita pada sesuatu akan memuncak selama 2 tahun sahaja dan kemudian ia akan semakin menyusut. Betul ke? Memang aku perasan yang sekarang ni aku dah kurang membeli buku berbanding tahun-tahun sebelum ni. Kecuali pesta buku pwtc. sbb masa tu banyak buku murah2. Mungkin jugak sbb lambakkan buku dari pwtc tu yg memenuhi gobok kat rumah aku membuatkan aku kurang membaca buku baru. bila aku stat baca buku baru tu, buku dah jadi buku lama dah. :)


Tahun ni aku lebih banyak membaca semula buku2 lama yg aku suka berbanding buku yg masih tersadai kat rak. Mcm tahun lepas, ni aku buat top10 list utk buku2 yang paling kerap aku ulang baca utk tahun 2009.

10. Rindunya Kian Membara by Noor Suraya



9. Kau sayangku by Bikash Nur Idris


8. Bunga Syurga by Anita Aruszi


7. Tentang... Dhiya by Syud


6. Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati


5. Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri


4. Jika Benar Cinta by Lynn Dayana


3. Sejuta Nafas Cinta by Shanika Latisha


2. Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa


1. Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman


so that's it!!! ni lah buku2 yg paling banyak kali aku capai dan baca utk tahun ni. kalau nak ikutnya ada banyk lagi ni  tapi yg 10 ni la paling kerap. Kengkawan boleh gak kalau nak bagi top10 list sendiri kat comments di bawah. happy to share. :) thanks sooooooooo much for visiting. Tak der la aku sunyi sorang2 kat sini. haha.


Saturday, December 26, 2009

Princess

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Bikash Nur Idris
Princess
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Rhythm Publishing
Cetakan Pertama: 2000
Harga: RM12.90
Sabah /Sarawak: RM13.90
isbn: 9789831872871
256 mukasurat

"Princess hatiku
Teguhkah cinta di hatimu"


Habih jugak aku redah buku ni walaupun kesibukan melanda. Ini adalah antara novel yang melonjakkan nama Bikash Nur Idris dan mula menarik perhatian pembaca novel. Masa tahun 2000 tu aku tak tau pun novel ni wujud. Masa zaman tu aku tak minat baca novel. Aku lg suka tengok tv, layan english tv series atau citer telenovela latin :p


Aku suka character Nazira yg ceria, dia memang menyerikan cerita ini dengan sifatnya yg periang itu.


Izat tu pulak, hmm watak playboy memang selalunya aku tak bekenan. Selalu nak tunggu the right woman baru nak stop permainkan perempuan. Just dok diam2 bleh tak? haha.. kesian la pompuan2 yg dipermainkan tu. Yg aku geram tu, family dia pun mcm tak kisah jer dia nak main2kan perempuan sbb suatu hari nanti diorang yakin Izat akan jatuh cinta dan akan setia pada cinta itu sebab, bapa ngan mak dia mcm tu dulu. si bapanya tu jenis suka permainkan perempuan jugak, tapi lepas jumpa dgn si ibunya, dia jatuh cinta dan setia dalam perkahwinan mereka yg sudah menginjak 30 tahun.


Tapi aku suka dgn cara Izat berubah, ada evolusi walaupun pd mulanya mcm tiba2. Tempoh Ira meninggalkan dia menjadikan dia lebih sedar yg cintanya takkan berubah dan dia takkan dapat menerima orang lain selain Ira.


Walaupun sad ending tapi aku suka sbb diorang dapat gak kawin. Memang aku dah dpt warning mengenai kisah sad ending nih. tapi this one is interesting, walaupun aku ni bukan jenis yg suka sad ending.


Kisah nya? citer dia camni... Izat ngan Ira ni sebenarnya pantang jumpa mesti gaduh. Diorg memang musuh aar.. kira kalau nampak jer, isytihar perang aar, tak kira la depan sapa, mulut masing2 memang tak henti2 melepaskan tembakan peluru dan lazer. Izat yg sebelum ni asyik menang dgn perempuan, akhirnya menerima tentangan hebat hingga Ira berjaya mempermainkannya di khalayak ramai beberapa kali.


Ciuman yg mulanya niat Izat utk mengusik dan membalas dendam menjadi benih cinta di hati Izat, tapi Ira, dia ngamuk sbb dlm byk2 manusia Izat jebon tu jadi yg pertama.


Akhirnya Izat merasa jugak la bab2 kena berusaha keras utk ngorat gadis idaman yg bakal menjadi isterinya. Selepas cintanya mula bersambut, Izat dikejutkan dengan permintaan Ira agar dia dilepaskan dari hubungan cinta itu. Korang rasa sebab apa? Ira saja nak permainkan Izat atau ada rahsia yg disembunyikan? *sighs* cerita yg membuatkan aku menangis di petang yg berhujan lebat.


And ni lah baru aku tau yg watak Izam dan Aiza dlm 'Dengan Nama Cinta' tu datang dari cerita ni rupanya. Tak sangka pulak diorg terputus hubungan selepas apa yg menimpa Izat dan Ira. Tapi sambungan kisah diorang dlm DNC best!


sure fine whatever
Rinn




sinopsis/blurb:


Mohd Izat Effy jejaka tampan dan kaya yg sering menjadi rebutan. Kekayaan dan ketampanannya menjadikan dia ego. Keegoannya luntur apabila dia dipertemukan dengan gadis yg degil, lincah dan periang. Pertemuan atas dasar kebencian itu akhirnya membenihkan rasa cinta. Apatah lagi keluarga kedua belah pihak amat merestui hubungan suci itu. Di saat Izat ingin melamar princess hatinya, Nazira menarik diri. Izat kecewa dan menderita dgn tindakan itu. Tertunaikah impian Izat untuk mereka...