Saturday, January 28, 2012

Karnival Karangkraf 2012




Aku pergi pada hari kedua karnival. Naik ERL + bas + teksi :) alhamdulillah dalam kul 11.30 dah sampai sana. Memang ramai lah orang! iklan yg selalu tengok masa tayang Gemersik Kalbu tu memang berkesan mengundang pengjung dari merata ceruk.


Tempat beli novel dibuat khemah besar berbumbung. Selesa dari panas mentari tapi sangat sesak dgn manusia. Tambahan pula mereka menerima voucher buku 1 malaysia. so ramai la adik2 memborong buku.


Meja penulis utk peminat novel mengambil tandatangan terletak betul2 di tepi khemah, strategik dan tak terperosok dalam kesibukan peminat membeli belah.

manakala penulis prolifik seperti Damya Hanna, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Ramlee Awang Murshid ada booth masing2 yang dihias cantik macam bilik pengantin pun ada :) Memang sesuai utk bergambar.


Panas terik! so pakai sunblock tebai2 ya? esok nak pegi 2nd round :D. aku terbalik awal ke? tak dapat amik sain haiza najwa :( buku barunya Jangan Ganggu Lenaku dah keluar :)


masa ronda2 tu terserempak dgn Marsha (Linda dalam Bicara Hati). Walaupun kelihatan rushing nak balik, dia tetap stop utk bergambar dengan fans dengan senyuman manis :)


sure fine whatever
rinn

Wednesday, January 25, 2012

Bertemu Penulis: Lynn Dayana & Zulfati Hanis


Hari Sabtu ni 28 Jan 2012 ada sesi bertemu dengan penulis alaf dan buku prima. Lynn Dayana mempromosikan buku barunya terbitan alaf 21, Cinta Perisa Dia dan Zulfati Hanis mempromosikan bukunya terbitan Buku Prima bertajuk Kembali padamu. Sesi ini akan berlangsung di MPH One Utama dari jam 2 ptg hingga 5 ptg.

 

Lynn dayana juga akan berada di Karnival karangkraf pada 29 Jan 2012.

 

Selamat mengumpul signatures :)

 

 

sure fine whatever

rinn

Tuesday, January 24, 2012

Biarkan Ia Berlalu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sha Ibrahim
Biarkan Ia Berlalu
Penulis: Sha Ibrahim
Terbitan Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Oktober 2011
RM37.00
Sabah/Sarawak RM40.00
9789675067860
1140 mukasurat


"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yg bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"


Gila tebal. Tu yang pertama aku sebut bila tengok buku ni. Memang tebal. Memang bukan buku pertama yang akan aku capai memandangkan ketebalannya akan mengganggu 'gaya bebas' yang sering aku amalkan semasa membaca. tak boleh baca semasa agak letih atau mengantuk kerana kalau tangan terkulai buku ni akan tersembam ke muka, jadi la muka berbuku.


tapi bila dah mula baca buku ni memang susah nak berenti. Kronologi cerita tidak membosankan walaupun saiz nya sangat tebal. Misi Nadia untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya dan kematian bapa kesayangannya menjadi tumpuan utama cerita.


Suatu masa dahulu Nadia menjadi mangsa fitnah sehingga dia kehilangan cinta Johan. Dia menghilangkan diri ke United Kingdom dengan perancangan teliti dan nekad utk membalas dendam. Setelah 5 tahun, dia pulang untuk melengkapkan perancangannya dan menamatkan kisah dukanya dengan 'happy ending'.


Kalau kita baca blurb pun Friends Corporation digambarkan sebagai sebuah empayar baru yang berjaya menggugah keteguhan Perkasa Holdings milik bapa Johan. Sebuah syarikat yang menjadi empayar dalam tempoh 5 tahun yg diterajui 3 gadis berusia bawah 30 tahun adalah sangat-sangat mengkagumkan. Macam mustahil pun ada juga. Tambahan pula melihatkan sikap gadis bertiga tu yang keanak-anakan dan ala-ala kanak2 ribena.


Nadia muncul di Friends Corporation akhirnya setelah 5 tahun bekerja di belakang tabir. Tetapi bukan sebagai big boss. Dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha kepada akauntan di situ iaitu Syafiq a.k.a Lion King. Nadia dan Syafiq memang sangat sepadan kerana sikap mereka yang garang, banyak songeh, panas baran dan pantang mengalah. Cara mereka bekerja adalah seperti berperang tetapi kerjasama mereka menghasilkan keputusan yang membanggakan. Persamaan itu menjadikan mereka semakin selesa antara satu sama lain. Memang sepanjang masa la gelakkan Syafiq yg kuat kompelin dan marah2kan Nadia sedangkan Nadia tulah sebenarnya big boss di situ.


Nadia sering terjebak dalam situasi yang menjadikan dia kelihatan seperti seorang gadis liar yang jahat. Sahabat baiknya, Tiara dan Baby memang faham benar dengan sikap Nadia. Kalau Nadia kata "Jangan risau" maksudnya ada la benda besar yang dia akan buat dan menyebabkan orang lain sakit jantung.


Kisah-kisah di sekeliling Nadia juga menarik dan melengkapkan lagi kisah ini. Aku suka citer ni tapi kurang senang dengan watak-watak utama cerita ini yang bebas berpegang tangan dan berpelukan dgn best friend yang bukan muhrim.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis


Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah 5 tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.


Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan 5 tahun dahulu.


Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya?


Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.

Sunday, January 15, 2012

55 Petua Seronok Bekerja

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Other
Author:Dato' Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli
55 Petua Seronok Bekerja
Penulis: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
Terbitan PTS Millenia
Cetakan pertama 2007
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
isbn: 9789833372096
176 mukasurat




"Kita tidak perlu gelisah di tempat kerja. Bergembiralah!"


Aku bukan jenis yang suka baca buku motivasi. Tapi aku sangat seronok membaca buku ini. Membuat aku rasa mahu pergi kerja dengan perasaan seronok dan menggembirakan orang yang bekerja dengan kita.


Tips dan kisah-kisah yang diselitkan dalam buku ini sangat mengesankan dan membuatkan kita tersenyum senang. Tidak semestinya tersenyum kerana lucunya tetapi kisahnya mengundang senyuman. Tidak terhad kepada kisah Islamik sahaja, turut diceritakan eksperimen-eksperimen barat mengenai 'human behavior' ini.


Keseronokan adalah sesuatu yang 'berjangkit' sebenarnya. Apabila kita kelihatan gembira dan menggembirakan, orang sekeliling kita akan turut tersenyum dan terhibur hatinya.


Apabila kita menggembirakan orang di sebelah kita, orang itu akan terdorong utk menggembirakan orang yang berikutnya. Kuncinya, kita mestilah berfikiran positif, berkelakuan positif, jaga hati sendiri dan hati sahabat-sahabat kita. Jangan mementingkan diri sendiri. Ikhlaskan hati. Imarah kan hati dengan alunan zikir dan selawat. Kawan-kawan suka, Allah pun suka.


sure fine whatever
Rinn


Kandungan buku ini adalah seperti di bawah (dipetik dari website PTS.com.my)

Prakata

Bahagian 1 : Jadilah Seorang yang Seronok
Petua 1 : Ketawa Pengikat Kemesraan Bersama
Petua 2 : Ketawalah, Kita akan Relaks
Petua 3 : Apabila Kita Seronok, Kita Menyeronokkan Orang Lain
Petua 4 : Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua 5 : Ringankan Tangan Kita: Pasti Ia Berbaloi

Bahagian 2 : Mudah Tetapi Seronok
Petua 6 : Bantulah Orang Lain Kita Pasti Seronok
Petua 7 : Amalkan Sentuhan Keinsanan
Petua 8 : Makan Bersama, Seronok Bersama
Petua 9 : Main Permainan Zaman Kanak-kanak
Petua 10 : Letakkan Benda Asing di Pejabat Kita
Petua 11 : Buat Perkara yang Tidak Diduga
Petua 12 : Dapatkan Kedamaian, Lakukan Sesuatu!
Petua 13 : Dengarkan Loceng Tanpa Minda

Bahagian 3 : Seronok Sebagai Motivasi
Petua 14 : Jadikan Seronok sebagai Ganjaran
Petua 15 : Cuti Mengejut bagi Prestasi yang Memberangsangkan
Petua 16 : Bonus-Berikan Secara Kreatif!
Petua 17 : Galakkan Orang Lain Memberi Ganjaran
Petua 18 : Tidak Seronok? Tingkatkan Motivasi Kita!

Bahagian 4 : Komunikasi Seronok di Mana-mana
Petua 19 : Komunikasi yang Seronok!!
Petua 20 : Luahkan Penghargaan Kita
Petua 21 : Hiasi Wajah dengan Senyuman
Petua 22 : Kelakarkan Mesej yang Sukar

Bahagian 5 : Rancang Sesuatu yang Seronok
Petua 23 : Kerja Betul-betul, Main Betul-betul
Petua 24 : Anjurkan Pertandingan Ketawa Petua 25 : Gores dan Menang!
Petua 26 : Rancang Percutian yang Menyeronokkan
Petua 27 : Jadikan Pejabat Umpama Syurga

Bahagian 6 : Saya Suka Mesyuarat
Petua 28 : Mesyuarat: Kenapa Perlu Bosan?
Petua 29 : Mesyuarat yang Gamat: Kenapa Tidak?
Petua 30 : Berseronok Memberikan Pendapat
Petua 31 : Carilah Kata Sepakat Bersama
Petua 32 : Gunakan Enam Topi yang Sebenar
Petua 33 : Lagi Idea Seronok Mesyuarat

Bahagian 7 : Majikan yang Seronok
Petua 34 : Jangan Drastik: Buat Perubahan
Perlahan-lahan
Petua 35 : Pilih Pekerja yang Menyeronokkan
Petua 36 : Wajibkan Akujanji Ceria
Petua 37 : Adakan Sambutan Pekerja Baru
Petua 38 : Berikan Kebebasan Bersuara!
Petua 39 : Kemudikan Bahtera Bersama-sama Petua 40 : Adakan ?Hari Kasual?

Bahagian 8 : Permainan yang Menyeronokkan
Petua 41 : Jadikan Kerja Satu Permainan!
Petua 42 : Guli Siapa paling Banyak?
Petua 43 : Buat Kotak Permainan Pejabat
Petua 44 : Letakkan Tanda Rehat di Atas Meja
Petua 45 : Ulang Tahun Hari Lahir
yang Menyeronokkan
Petua 46 : Mari Menjadi Juara
Petua 47 : Formula Satu Sudah Bermula
Petua 48 : Adakan Kuiz Minda!
Petua 49 : Menyunting Bintang di Langit
Petua 50 : Hari Tema Bulanan
Petua 51 : Korbankan Lembu Itu

Bahagian 9 : Hati Damai yang Seronok
Petua 52 : Carilah Rahmat di Pejabat
Petua 53 : Ingat Mati! Kita akan Berkualiti
Petua 54 : Ukhuwah untuk Pasukan yang Gagah
Petua 55 : Belailah Jiwa dengan Tazkirah

Penutup
Bahan Cadangan & Rujukan
Biodata Penulis




meRinnTis blurb:


Buku ini adalah himpunan idea-idea bagaimana rasa seronok di tempat kerja.


Seronok bekerja bukan bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja kita. Kerja kita adalah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Tetapi, bagaimanakah hendak menjadikan semua ini seronok?


Buku ini mengandungi 55 petua ringkas sebagai panduan bagi menghilangkan stres di tempat kerja.


Menunggu Hujan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Adileah
Menunggu Hujan
Penulis: Adileah
Terbitan Jemari Seni
Cetakan pertama Mac 2011
RM19.00
Sabah /Sarawak: RM22.00
447 mukasurat


Ada rentak yang menarik dalam kisah kali ini. Perjalanan kisah Hafiz dan Malisa ada kelainan walaupun tergolong dalam cerita yang klise. Tak pernah lagi lah aku baca cerita yang si heroin ditakut-takutkan dengan seekor ular yang besar! giler ngeri. kalau bab sogok duit yang banyak tu biasalah :)


Bagi yang pernah membaca 'Pada Angin Aku Berpesan' mungkin akan tersasar meneka jalan cerita 'Menunggu Hujan' :) Cerita Malisa-Hafiz terasa manisnya walaupun mak Hafiz tu betul nekad menentang siap hantar ular tuuuu. giler ngeri kalau dpt mak mertua macamtu. Bayangkan, balik keja, masuk bilik tengok2 kat tengah katil ada ular besar melingkar. huhu... Cinta, cinta jugak, tapi kalau mak mertua macam ni... fikir 2juta kali.


Cerita yang tidak membosankan. Walaupun ceritanya serius dengan laras bahasa yang mudah, terasa keinginan mengetahui jalan cerita seterusnya berjaya dikekalkan penulis dengan adanya kejutan-kejutan di dalam penceritaan.


Malisa adalah lulusan ijazah tetapi bekerja sementara sebagai penjaga Cik Puan, wanita kaya yg lumpuh separuh badan. Keceriaan Malisa telah mengembalikan semangat Cik Puan. Kehadiran cucu ke 50 Cik Puan (Hafiz) telah membuat Malisa kurang selesa.


Hafiz. Kenapa masih nak menguji Cherry sedangkan dia sudah ada tunang? Habis punah Cik Puan gara-gara Cherry yang tak pandai nak menjaga kebajikan orang tua tu. Hafiz tu nampak kejam pulak sbb suka-suka hati saja suruh Cherry yg dah sah-sah tak berkaliber utk menjaga org tua tu. Kesiankan Cik Puan lah. Cherry tu memang tak bleh nak tolong dah. Gila eksyen dan perasan bagus.


Tunang Hafiz tu, Dayang Suhaila, cerdik banyakla dari Cherry. Walaupun dia 'jaga' Cik Puan, tapi bukan dia yang buat semua kerja :)


Hafiz terpikat dengan Malisa walaupun Malisa tak layan dia sangat. Sikap Hafiz membuatkan ramai orang salah sangka dengan hubungan mereka. Mak Hafiz of course la tak berkenan dengan Malisa yang dari keluarga yang tak lah sekaya raya dia.


Malisa mengundur diri dan membawa diri ke KL. Hafiz berjaya menjejaknya walaupun hajat hatinya ditentang ibu sendiri. Hafiz tu cakap jer nak protect Malisa, tapi macam-macam ibu dan tunang dia dapat buat kat Malisa dan keluarga. Memang rasa tak selamatlah Malisa tu.


Demi keselamatan diri sendiri dan keluarga, Malisa menyambung pelajaran keluar negara.


Pemergian Malisa menukarkan Hariz menjadi lelaki yang berbeza, lebih agresif dan garang. Ibu Hariz barulah menyesal dengan perbuatannya. Dia bukan saja memusnahkan hidup Hariz malah Dayang Suhaila pun sendiri tersiksa setelah menjadi isteri Hariz. Lepas dah jadi baru nak menyesal. Tindakan hariz utk meneruskan perkahwinan tu terasa seperti mempermainkan ikatan perkahwinan. Dia tak berniat utk membimbing bakal isterinya, niatnya lebih kepada untuk membalas dendam. Tak boleh, tak boleh.


Sebagai suami Hariz sepatutnya membimbing isterinya tambahan pula sikapnya yg berubah menjadi lebih tegas tu digeruni isterinya. Hariz ada 'upper hand' utk mengawal isterinya.


Apa2pun aku suka dengan balasan yg menimpa isteri Hariz :) Itulah balasan terbaik kerana mempermainkan hidup Malisa. Kepulangan Malisa membawa sinar harapan kepada Hariz namun Hariz membiarkan Malisa salah sangka. Kalau citer straight fwd memang dah bleh settle dah diorang ni.


apa2pun, memang ending yang manis dan mencuit hati. Lawakla part Malisa lari nyorok bawah katil tu. haha. Nasib baik Cik Puan tu nak bagi hint kat Hariz.


meRinnTis Blurb / sinopsis
Kata dia, “ Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “ Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau saying boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti disimpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Dalam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh daripadanya.

Dunia bagaikan berhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya…rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia dating padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

Thursday, January 12, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Start:     Apr 27, '12 7:00p
End:     May 6, '12
Location:     PWTC, KUALA LUMPUR
ni acara tahunan yang WAJIB hadir.

1Malaysia Book Expo

Start:     Feb 1, '12 10:00a
End:     Feb 7, '12
Location:     PWTC, Kuala Lumpur
tak banyak info available online.
tapi tarikhnya tu dah confirm :)

Festival Penulis Grup Buku Karangkraf

Start:     Jan 27, '12 10:00a
End:     Jan 29, '12
Location:     Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
tajuk festival tu dah buat program ni kedengaran meriah :)
kalau tak ke mana-mana ujung bulan ni 27-29 januari 2012, boleh la menjengah ke premis karangkraf. Buku baru Lynn Dayana, Cinta Perisa Dia dah keluar. boleh la cari masa festival ni :)

Tuesday, January 10, 2012

Bicara Hati dan Gemersik Kalbu

kedua-dua tajuk ni merupakan antara novel yang aku suka dan memang wajib masuk koleksi :)

Bicara Hati sedang ditayangkan di Astro Prima sejak 3 Januari 2012, setiap selasa jam 9mlm manakala Gemersik Kalbu pula ditayangkan di TV3 setiap isnin hingga khamis, jam 7mlm sejak 26 Disember 2011. Kedua-dua drama ini berdurasi 26 episod. Bicara hati tu aku tunggu update di website/youtube saja sebab aku ni mana la ada astro. :)

Gemersik kalbu dibarisi pelakon-pelakon popular manakala Bicara Hati mempertaruhkan bakat-bakat baru. Apa2pun dua2 aku nak follow sebab aku sangat suka novel nya :)