Thursday, August 23, 2007

Tiada Lagi Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nor Rafishah Md Hassan
Tiada Lagi Cinta by Nor Rafishah Md. Hassan
Terbitan Rhythm (Novel siri cinta rhythm - NSCR)

"Ketiadaan cinta itu membuat aku mencari di mana kesilapan diri"

Thanks CP sebab suggestkan buku ni.. agak susah nak dapatkan di
pasaran.. last2 dapat beli masa pegi midvalley hari tu :) patutla cp
kata best, rupa2nya ada kisah cinta antara gadis melayu dgn jejaka
dusun!! huhu nostalgia betui buat jiwangans di jiwangunited!

kisah ini diceritakan dalam bentuk flashback utk watak Amir Asyraf dan
Masyitah. Mereka mempunyai dua kisah cinta yang berbeza dan
kedua-duanya kecewa sebab cinta. Perjalanan ke Terengganu (utk
menghadiri kenduri kawin) menemukan mereka dan masing2 mengenang kisah
cinta mereka yang putus di tengah jalan.

Amir Asyraf bercinta dgn gadis cantik manis, Miza. Tetapi keakrabannya
dgn Juita menimbulkan rasa tidak puas hati Miza. Juita berjaya
memerangkap Amir Asyraf dan mereka ditangkap basah. Miza kecewa dan
pertunangan diputuskan. Amir Asyraf frust menonggeng.

Masyitah pulak bercinta dengan Zach, jejaka kadazan dusun beragama
kristian. Cinta mereka sejati tetapi ditentang habis habisan oleh
keluarga Masyitah. Zach bersedia utk mendalami Islam tetapi tiba2 aja
buku2 agama yang Masyitah kirimkan kepadanya dikembalikan, Masyitah
nekad pergi mencari Zach di Sabah. Masyitah terpaksa melepaskan cinta
Zach walaupun mereka berdua saling menyinta. Masyitah lebih rela
kehilangan cinta daripada kehilangan agama yg disanjungnya. Di tempat
kerja, Haezade memburu cinta masyitah hingga menjadikan dia rimas.
Malia menyalahkan Masyitah apabila Haezade tidak mempedulikan dirinya.
Jodoh malia dan haezade ada rupanya. Tapi Haezade masih menaruh
harapan pada Masyitah.

masyitah dan amir asyraf tak sangka kenduri yg diorang hadir tu adalah
kenduri yg sama dan pengantinnya adalah Haezade dan Malia serta Sazali
dan Miza. Malia tu kakaknya Juita. Sazali dan Haezade adik beradik.

Terlalu banyak kebetulan yg menemukan Masyitah dgn Amir Asyraf.
Kedua-duanya terdetik rasa yg sama apabila tiba2 mereka turut pulang
bersama-sama, dalam bas yang sama, seat sebelah2 pulak tu... (macam
masa mula2 sampai terengganu) ada jodoh la tu :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai
kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta
itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud
kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati.
"Andai kau untukku walau terlindung di balik awan kita tetap bersatu.
Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku" - Kerana
cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang
mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka
jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu.
tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati
melainkan percaya; kebahagiaan itu tetap ada.

RM17.90
300 mukasurat
3 bintang

Ku Damba Bahagia

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Zafira
Ku Damba Bahagia by Dhiya Zafira
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Ada kalanya menghitung bintang di sunyi malam lebih mudah dari
menggenggam sebuah hati."

Karya sulung Dhiya Zafira. kira bagus la sebab macam orang yg dah
biasa buat novel jer. tak macam karya pertama. sesetengah tu kita baca
hasil karya kedua, ketiga, belum tentu sebaik ini. Tahniah buat Dhiya
Zafira.. errr tengah buat 2nd novel ke? :)

Bagi saya citer ni cukup ramuan utk menjadikan sesuatu novel menarik.
Ada cinta, ada chemistry antara watak utama (especially hero ngn
heroin la), ada cemburu, ada konflik, ada misteri masa lampau, ada
perselisihan dan isu utama pergolakan citer ni agak stereotype la dgn
kisah2 lain iaitu salah faham, miscommunication. the key word is *loud
whisper* CAAAKAAAAP.. hehe.. tapi kalau cakap, nanti tak jadi citer
la pulak ek? Bila alia nak citer taufik tak nak dengar. bila taufik
nak dengar alia pulak tak nak citer.. nak kena luku alia ngan taufik ni.

cara penceritaan masa mula tu yg membiarkan pembaca tertanya tanya
kedudukan cerita tu memang baik kerana itu akan menjadi kan pembaca
curious dan akan terus membaca hingga satu persatu persoalan terjawab.

serba sedikit tentang kisah ini, tentang suka duka perjalanan cinta
Alia dan Taufik kerana cinta diorang terhalang. Taufik biasa hidup
menyara diri seadanya sedangkan Alia anak orang kaya raya. Tapi takdir
menemukan mereka dan cinta hadir. Alia enggan dihantar ke luar negara
meminta Taufik membuktikan cintanya dgn sebuah perkahwinan. Taufik
akur tapi tanpa pengetahuan Alia satu perjanjian dibuat di antara
Taufik dan bapa Alia, RM100,000 mesti diadakan kalau betul2 mahu
memiliki Alia. Bapa Alia tidak yakin orang seperti Taufik akan dapat
membahagiakan anak kesayanganya.

Taufik ni rupanya cucu orang kaya yg pernah memutuskan hubungan dgn
anak sendiri kerana kahwin tanpa restu. Kehadiran Taufik menjadikannya
seorang datuk yg paling gembira dan dengan bantuan datuknya, Taufik
berjaya mengadakan Rm100,000 tu.

Mereka bahagia dengan cara mereka tersendiri walaupun dari semasa ke
semasa bapa Alia sengaja menduga dan kadang2 menghina. Sarah lahir dan
tak lama kemudian bapa Alia sakit. Alia penat membahagikn masa utk
bapanya dan anaknya. Taufik ada jugak salah sangka yg mungkin bapa
mertuanya sedang mengatur strategi utk memisahkan dia dan Alia tetapi
later dia percaya orang tua tu dah betul2 insaf. Alia rela mengikutnya
ke luar negara utk sambung belajar, tapi pada hari yg dijanjikan Alia
menghilangkan diri. Taufik percaya bapa mertuanya telah berjaya
meyakinkan Alia supaya meninggalkannya jadi Taufik pergi ke luar
negara bersama baby Sarah.

Alia rupa2nya ditimpa kemalangan yg meragut nyawa ibu dan bapanya. Dia
menanggung derita kehilangan keluarga, suami dan anaknya. Bila tau
Taufik dah pergi, dia macam pasrah jer, tak nak Taufik tau tentang
keadaan dirinya.. hmm kenapa ye?

Tiga tahun kemudian Alia ada mencari Taufik di luar negara tapi bila
nampak Taufik dgn sorang pompuan dia terus patah hati dan melepaskan
peluang utk melepaskan rindu pada anaknya sarah.

Selepas 7 tahun di London barulah Taufik kembali bersama sarah dan
guess what.. dia bos kat tempat alia bekerja. Takdir menemukan mereka
kembali tetapi Taufik dan Alia ada banyak persoalan yang perlu
diselesaikan.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dia begitu dambakan bahagia. Setiap saat dan detik yang berlaku dalam
hidupnya adalah satu perjalanan yang penuh makna. dia melihat
kehidupan ini dengan penuh warna-warna indah dan keceriaan. Namun,
kejadian yang menimpa benar-benar mengujinya.

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan
Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga
mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia
sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya
berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke
lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan
keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka
tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi
dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah
faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

RM 18.00
492 muka surat
3 bintang

Cinta Marissa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Kreisya Reisya
Cinta Marissa by Kreisya Reisya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Opps.. aku dah terjatuh cinta!"

Buku pertama by kreisya reisya yg saya baca adalah "Kisah Kasih",
memang saya jatuh cinta betui dgn citer tu.. :) bagi saya "Cinta
marissa" tak sehebat kisah kasih, tapi kisahnya lebih sarat berbanding
kisah kasih. Kalau tengok tagline yg ada pada kulit, saya fikir citer
ni jenis citer happy2, citer remaja2, tapi never judge a book by its
cover. :)

kisah ni tentang Marissa (memang tajuk pun ada nama Marissa kan!!) :)
Marissa yg tidak menjadi pilihan Rahimi membawa diri. Dia berdikari
dah merahsiakan dirinya yg sebenar. Dia tinggal dgn Diba, kawannya yg
datang dari keluarga yg miskin. Setelah dibuang kerja di sebuah
restoran exclusive, Marissa termintak kerja kat kedai bunga. Dari situ
dia berkenalan dgn Espariza (tokey dia), Ishqal, Iqbal dan Umi Nor yg
baik hati. Dgn Ishqal dan Iqbal ni dia tak ngam sangat especially
Ishqal tu.. eeei aku pun geram jugak dgn budak sekor ni. Suka hati dia
jer nak cakap. Sabar betul abang dia dengan sikap Ishqal. kalau adik
den camtu dah lamo kena sekeh.

Ishqal syok kat kawan Marissa, Diba. Dia pandai2 offer kerja dan gaji
tinggi kat Diba utk bekerja di kedai buku abgnya yg tak besar mana.
Diba sampai dah hantar notis berenti kerja. Marissa mengamuk sbb gaji
bekerja di Restoran tu kira agak tinggi utk orang spt Diba yg
menanggung keluarga yg miskin. Ishqal dgn muka tak bersalah tetap
berpegang pd janjinya utk menggaji Diba tanpa pengetahuan Iqbal.
Marissa yg kerja kedai bunga tu pun dpt 350 jer sebulan, kat Diba dia
offer 500 sebulan elaun makan 100, elaun pengangkutan 100. huhu.. mahu
Iqbal tak pening.

Ishqal tau saja cara2 nak trigger kemarahan marissa, bila ada benda yg
melayang, elok jer hinggap kat kepala Iqbal, tapi iqbal tau mesti
Ishqal yg buat pasai. Bgaimanapun malang tak berbau buat Marissa. Pada
malam dia meminta utk memandu kenderaan Iqbal yg offer nak hantar dia
balik merupakan malam tragedi buat dia. Iqbal tak berani nak bagi
Marissa drive, Marissa yg degil itu dibiarkan balik naik kenderaan
awam tapi Marissa dikejar beberapa lelaki yg berniat tak baik. Hari
esoknya merupakan hari yang paling mendatangkan penyesalan buat Iqbal.

Marissa telah berusaha mempertahankan dirinya. lebam sana sini, patah
sana sini tapi tu cuma kudrat seorang perempuan. Tak sangka Ishqal
mampu menyedarkan Marissa yg hidup perlu diteruskan. Iqbal mahu
memperisterikan marissa tapi dia menolak. Iqbal tetap mahu menunggu
utk membuktikan dia kasihkan Marissa bukannya sebab kasihan. Adakah 4
tahun penantian cukup utk membuktikan itu kpd Marissa?

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta dengan Rahimi.
dia berkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yg
bangsawan, Marissa menyamar seperti orang biasa. Dari seorang gadis yg
lembut dan penyayang, Marissa berubah mjadi kasar, degil & pemarah.

Perkenalannya dgn Adibah, Ishqal, Umi Nor, Iqbal & Espariza telah
membuka dimensi baru dlm hidupnya. Diam-diam, Marissa jatuh hati pd
Iqbal yg pendiam. Ishqal pula bertepuk sebelah tangan bila Adibah
menolak kasihnya. Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dgn gadis yg
sebaya anak mereka. Dan Espariza pula rupanya menjadi isteri kedua Tan
Sri Ahmad Shuib iaitu suami Umi Nor. Semuanya memang tak diduga!

Dlm suka ada duka. Dlm bahagia ada derita. Begitulah tragedi yg
menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauhkan diri. Namun,
Iqbal datang menghantar pinangan. Tapi... Marissa menolak. Akhirnya,
Marissa akur; "aku cintakan kau Iqbal..."

sinopsis di website alaf:

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta. Dari seorang
gadis yang lembut dan penyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil
dan pemarah. Pelbagai kisah suka dan duka menimpanya.

RM 12.00
304 mukasurat
3 bintang

Duri-Duri Permata

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amelly Ann Kising
Duri-Duri Permata by Amelly Ann Kising
Terbitan Ghostwriter

Antara buku yg mengguna lenggok bahasa yang paling mudah difahami.
Neora, Fred, Ling-Ling, Diane, Edmund, Benedict adalah antara watak2
utama dalam citer ini. So i assume Neora ni bukan melayu, husband dia
Fred. Ling-ling kawan sekerjanya. Diane seorang kenalan baru yg tiba2
dtg mencari Ling-ling berkaitan hubungannya dengan Benedict. Edmund
pulak pecinta setia yg menyintai Ling-ling.

Kisah ini diceritakan dari persepsi 'Neora' yang sedang sarat
mengandung. tapi sifat ambil beratnya terhadap kawan menjadikannya
nekad ingin membantu. Kawan sekerjanya yang cantik jelita, Ling-ling
berkawan rapat dgn Edmund tapi kehadiran Benedict menjadikan Ling-ling
menjauhkan diri dari Edmund, lalu dia berenti kerja kerana akan
bekerja dgn Benedict. Kehadiran Diane mencari Ling-ling menimbulkan
misteri di hati Neora. Ling-ling kata Diane tu bekas isteri Benedict
yg mahu merampas Benedict darinya, tapi Diane mengaku bahawa dia
sebenarnya perempuan simpanan Benedict yg diperalatkan utk memuaskan
nafsu pelanggan syarikat insuransnya. Gambar memalukan diane mengikat
Diane dan tak dapat melarikan diri dari Ben. Diane tidak mahu gadis
muda seperti Ling-Ling menerima nasib yang sama seperti dirinya. Neora
nekad mahu membantu kawannya walalupun kandungannya semakin sarat...

sure fine whatever
Rinn
2 bintang

Sinopsis belakang buku:

Sewaktu saya menulis surat ini, saya sedang dalam pesawat menuju KL.
Saya dalam perjalanan balik ke negara asal. Saya amat berterima kasih
kerana... Neora telah memberi kekuatan kepada saya untuk membebaskan
diri daripada Benedict.

RM8.90
150 mukasurat
1 bintang

Hatinya di Hujung Jari

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Jasmina Ibrahim
Hatinya di Hujung Jari by Siti Jasmina Ibrahim
Terbitan K Publishing

Za kehilangan ibunya pada hari lahirnya yg ke sembilan. Dia bencikan
bapanya yang tidak jemu menabur janji. Dulu bapanya pernah berjanji
utk mengambilnya di sekolah tapi hingga lewat petang dia tak
muncul-muncul yg muncul 3 lelaki yg mengaku orang2 ayahnya yg disuruh
membawanya pulang. Instead dia dibawa ke gudang lalu diperkosa. Za
membesar dgn rasa benci pada ayahnya. dia lebih byk menyendiri tapi
dia bijak dlm pelajaran. Kehadiran man mengusik hatinya yg halus.
Wajah jujur itu menjadi lakaran kegemarannya. Man mempunyai komplikasi
tersendiri. Dia boleh merasa kesakitan/kekecewaan wanita. Dia terpaksa
mengambil ubat penenang utk meredakan dirinya. pertemuan dgn za
mencuit hatinya akhirnya gadis itu meluahkan segala kisah hitamnya utk
dikongsi dengan Man.

Cara penceritaan cukup berbahasa dan sangat jelas, mudah difahami
walaupun ada diselitkan kisah2 mimpi yg selalunya mengelirukan, bagi
saya mudah utk membayangkan mimpi yg dialami oleh Za. Saya mudah
menghayati kisah ini dan memang tngkap nangis la part Za mengenang
kisah lalu yg ditutup rapat dlm hatinya. Ceritanya tak lah panjang
sangat, sekitar 250 muka surat saja tapi cukup utk meninggalkan kesan
kpd pembaca.

sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:

Aku terpaku sendirian di atas sejadah. Tanpa kusedari, air mata syukur
menitis ke pipi. Berapa besar rahmat Allah, betapa sempurnanya
makhluk-makhluk ciptaan Allah. Mereka sebenarnya saling mengerti
perasaan manusia yang lebih banyak melupakan dan tidak ingin mendekati
makhlu-makhuk lain di muka bumi ini.

Melihatkan serindit itu terbang bebas di langit biru, membuatkan
hatiku juga berasa bebas dan aku sebenarnya boleh bebas dan dilihat
indah sepeerti serindit itu. Aku damai memikirnnnya. Aku senang sekali.

Baru aku sedari, aku sudah terlalu lama menghukum diri dan
mensia-siakan usia yang hanya datang sekali. Tidak ada masa silam yang
dapat diputar kembali dan diubah. Yang lepas sama ada pahit atau
manis, biarkan tinggal sejarah dan hanya bertugas sebagai pemangkin
untuk kita jadi lebih matang dan bijak.

RM13.90
250 mukasurat
2.5 bintang

...Telah Kuserahkan Hati

Rating:
Category:Books
Genre: Romance
Author:Sri Banun Aziz
...Telah Kuserahkan Hati by Sri Banun Aziz
Terbitan Ilmu Bacaria Publishing

"Cinta itu manis untuk dikenang"

Tiada perkembangan watak dalam citer ni. Tema cerita agak biasa dan
predictible. Percintaan Mira & Nazrin tu agak kurang meninggalkan
kesan, tak der chemistry. Tak terasa pun macam diorang tu bercinta.
Watak gelap cuma Alia dan Mak Nazrin.

Ni buleh dikatakan kisah runaway groom la :) Sehari sebelum Nazrin
menikah dgn Alia, dia lari mendapatkan Mira, cinta hatinya. Baru
beberapa bulan berkenalan Nazrin dah siap cari rumah utk dia dan mira.
Hubungan mereka tak mendapat restu mak Nazrin yg lebih berkenankan
Alia. Alia tu elok2 dah bertunang dgn Zahrin, gatai gi mintak putus
kononnya nak tengok Zahrin merayu dia utk kembali tapi dia yg gigit
jari bila Rin betul2 cintakan Mira.

Ibu Nazrin ada menyogok wang rm100ribu kat mira, tapi dgn bantuan
Nazrin wang tu dipulangkan sbb Mira tpaksa guna utk rawatan pakciknya.
Mereka bahagia di samping 4 orang anak. Kedatangan Azalan rupa2nya utk
mengucapkan selamat tinggal selama2nya sbb dia kemudian meninggaldunia
mengidap penyakit kronik. Kematian itu membuka mata ibu Nazrin dan
citer ni diakhiri dengan pasangan nenek dan atuk berjalan menuju ke
rumah Nazrin sekeluarga dgn penuh harapan.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Mira dan Nazrin bertemu setelah Mira berpindah ke Apartment Cempaka.
Pertemuan tersebut membibitkan rasa cinta di hati mereka namun
masing-masing memendam rasa. Setelah Nurin berpindah ke rumah ibu
bapanya, Mira mula merasakan dia hanya mengejar bayang-bayang Nazrin.
Tanpa disangka Nazrin kembali mencurah isi hati lalu keduanya saling
mengikat janji. Hubungan mereka ternyata tidak disenangi oleh Nur Alia
bekas tunang Hazrin yang berusaha merebut Nazrin kembali. Untuk
melaksanakan niat jahatnya ini, Nur Alia menceritakan hbungan Nazrin
dan Mira kepada Datin Umi Kalsom, ibu kepada Nazrin. Lantas Datin Umi
Kalsom bertindak memutuskan hubungan mereka kerana perbezaan darjat.
Mira diberikan cek bernilai seratus ribu dan terpadksa menelan segala
penghinaan yang dilemparkan kepadanya. Demi tidak mahu Nazrin menjadi
anak derhaka, Mira terpaksa melupakan Nazrin apatah lagi dia terpaksa
menggunakan sebahagian wang yang diberikan oleh Datin Umi Kalsom untuk
membiayai pembedahan jantung pak ciknya yang telah memeliharanya sejak
kecil lagi. Nazrin terpaksa mengahwini Nur Alia, namun sehari sebelum
pernikahan mereka, Nazrin bertindak melarikan diri dan membawa Mira
bersama-samanya. Mampukah Mira dan Nazrin menggapai bahagia yang
dicari? Apakah yang telah terjadi kepada Nur Alia? Segalanya terjawab
dalam novel penuh emosi ini.

RM9.90
233 mukasurat
1bintang.

Aku Tanpa Cintamu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Syakhira
Aku Tanpa Cintamu by Dhiya Syakhira
Terbitan Nylea Publishing

"Kita memang telah ditakdirkan untuk bersama"

First time berpeluang membaca hasil karya Dhiya Syakira. Separuh
terakhir buku ini memuat saya baca dgn perasaan membuak-buak ingin
tahu bercampur aduk pulak dengan perasaan geram.. mixed emotions tu yg
best bila baca. First half of the book agak biasa-biasa hinggalah part
Kelly membongkar keapda Raziq di mana Mega berada dan rahsia kewujudan
anak kecil bernama Syammer. Memang perfect timing la si Kelly tu nak
buat hal, masa Mega dah mula menerima kehadiran Ben, kelly brought
Raziq between them.

Cara penceritaan baik utk sebuah novel, saya suka novel yg buat saya
rasa geram. Tapi tak sampai hati nak baling buku ni sbb kulit buku ni
cantik :)

Mengisahkan Mega, ibu tunggal yang melarikan diri dari suaminyayg
telah menghina dan mencerca maruahnya sebagai seorang manusia. Dia
lari dan membina hidup baru melalui kerjayanya. Raziq secara tiba2
menyedari cintanya hanya utk mega walaupun dia terlanjur dgn Kelly.
Dia enggan mengahwini Kelly, menjadikan wanita itu seorang yg
pendendam terhadap Mega. Mana2 lelaki yg cuba dekat dengn mega akan
digodanya sungguh2. Mifzal tewas dengan godaan itu tapi Ben masih
setia pada MEga walaupun Mega tak pernah sekali pun membalas kata
cintanya.

Saat cinta Ben seolah-olah akan bersahut, Raziq muncul merayu Mega
kembali kpdnya demi anak mereka yg perlukan kasih seorang ayah. Bila
rayuannya tak diendahkan oleh mega, RAziq menggunakan ibunya (yg benci
kat Mega) utk memujuk Mega. Usaha itu berjaya lalu menerima Raziq utk
kali kedua. Ben masih berharap.

Mega masih tak dapat melupakan kata2 RAziq yg menusuk mindanya,
hatinya. mengutuk keturunannya kerana ibunya pernah menjadi pelacur
setelah dipaksa oleh suaminya yg kaki arak dan judi. Rasa cinta buat
Raziq sudah hilang. Ternyata Raziq masih meragui Mega walaupun Mega
cuba menjadi yg terbaik. Raziq terlalu cemburukan Ben, lalu
mencederakannya (smpai komma tu). ini menjadikan Mega nekad utk
melucutkan ikatan dgn Raziq.

Ben pulak tak mahu Mega menerima dirinya kerana kasihan. Dia sudah tak
sempurna buat Mega. Tapi kini tiba pulak giliran Mega utk memburu
cinta Ben.

sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:

Ben, aku tanpa cintamu tidak akan sempurna umpama bunga tanpa madu dan
wanginya. Sayangnya kita dipertemukan lewat musim kepedihan dan
kelukaan yang tak mampu aku ubati sendiri kerana dirinya yang aku
cintai. Kau kumbang yang mengekoriku tika aku di penghujung musim
kemarau berpanjangan ... lalu jadilah aku bunga yang kelopaknya gugur
satu persatu apabila ditiup sang bayu yang hiba. Saat aku titiskan
airmata kerana cinta kita, Tuhan seakan memberi jalan kepada kita
untuk bersatu selamanya...

RM25.90
605 mukasurat
3 bintang