Tuesday, July 8, 2008

Setulus Setia Seindah Nama

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Hazneza Abdul Hamid
Setulus Setia Seindah Nama by Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Pustaka Yamien Sdn. bhd


Semasa saya membaca novel ni adik tegur "tengok macam buku motivasi!" haha.. well, never judge a book by it's cover. Masa tengok buku ni kali pertama, nampak saja nama penulisnya, saya tak berfikir 2 kali utk memiliki novel ni. Siti Hazneza Abdul Hamed. Nama tu sudah cukup kuat di mata saya. Bagi saya sentuhannya karyanya cukup berkesan dan ada identiti tersendiri. Ciri2 Islamiyah sentiasa dikekalkan dalam kisah2nya dan sngat menarik.


Setulus Setia Seindah Nama tidaklah setebal mana. Perjalanan pergi dan balik ke Klang dgn menaiki tren dan komuter dari putrajaya sudah mencukupi untuk saya menghabiskan novel ini.


Kisah ini tentang pencarian cinta. Bushra sudah ada gadis idaman dalam genggaman, namun pertemuan pertama dgn Nazneen yg 5 tahun lebih tua darinya mengujudkan tempat kedua dalam hatinya. Agensi mencari jodoh milik Bushra menjadikan Bushra menyamar di Pusat Bimbingan milik Nazneen utk melihat sendiri gadis yang masih menyendiri ini.


Bushra seperti ada sifat tamak. Walaupun sudah ada Zasha, dia masih berhajat pada Nazneen walaupun jelas sekali ciri2 Paksunya, Alif amat menepati kehendak Nazneen dan ciri2 Nazneen amat menepati kehendak Alif. Alif sangat berbeza dari Bushra. Walaupun dia mempunyai 2 pilihan yg sangat dekat di hatinya, dia bertindak memilih yang terbaik untuknya melalui istikharah. Setianya pada Ika tidak berbelah bagi sehingga bila Rafiqah menyebut tentang kewujudan Rafiqah kedua, nama Nazneen langsung tidak terlintas di benaknya.


Alif dan Nazneen sudah ada titik pertemuan sebelum Bushra. Bushra dpt melihat agungnya cinta Nazneen buat Alif. Alif tercabar dgn kehadiran Kazim yang pernah ditolak lamarannya oleh Nazneen. Kazim kembali sbg lelaki yang mempunyai pegangan yang Nazneen cari-cari.


Penggunaan bhs arab dan terjemahan dalam novel ini sedikit memperlahankan bacaan tapi tidak mengganggu penghayatan cerita :)


Singkapan sirah Rasulullah yang diselitkan dalam novel ini disampaikan dgn sangat berkesan. Ada ker buku Sirah Islam yang ditulis oleh Siti hazneza? kalau ada saya nak baca!


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Betapa Rasulullah s.a.w setia pada Khadijah, tiada seorang pun yang mampu mencapai takhta at-Tahirah dalam hati baginda s.a.w. Tidak juga Aisyah isteri yang dicintainya. Rasulullah s.a.w. setia kepada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorg dgn nilai masing-masing...


RM19.90
332 mukasurat


"(Lazimnya) perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik utk lelaki yg baik, dan lelaki yang baik utk perempuan yang baik. Mereka (yg baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yg dikatakan oleh org (yg jahat); mereka (ang baik) itu akan beroleh keampunan (dari Allah) dn pengurniaan yg mulia."
Surah an-Nur 24:26


"Hendaklah disegerakan kalau datang 3 perkara; pertama, segeralah bersembahang bila masuk waktunya. Kedua segerakanlah pertemukan mayat dgn tanah (kebumikan). Ketiga, segeralah berkahwin bagi perempuan bersendirian yg bertemu lelaki yg layak menjadi jodohnya."
Mahfum hadis


Dua petikan di atas dijadikan asas bagi konsep perkahwinan dalam penulisan novel ini. Selain itu perkahwinan Rasulullah s.a.w dgn Sayidaina Khadijah bt Khuwailid & Sayidatina Aisyah bt. Abu Bakar As-Siddiq wajar dijadikan contoh ikutan Muslimin dan Muslimat. Penulis juga menekankan yg konsep perkahwinan dlm Islam mampu mencegah kemungkaran di kalangan umat Islam.

Dr Fatimah bt Busu
Bekas Pensyarah
Kursus Penulisan Kreatif USM


Sebuah Karya kreatif kritis buat generasi pembaca yang bersedia utk belajar, mengajar dan diajar.


Izwan Suhadak Ishak
Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Penyair muda daripada buku Katahati terbitan Suria Publication.
Penulis Travelog Relawan Misi Kemanusiaan ke Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Gadis Bermata Biru

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Khairuddin Ayip
Gadis Bermata Biru by Khairuddin Ayip
Terbitan Mastika Publisher 1988


Jee seorg anak muda cemerlang yg bakal menghadapi STPM. Kepulangannya ke kg utk mendapatkan byran yuran peperiksaan menemukan dia dgn kebenaran yg rumahnya sudah tergadai akibat huang sedikit2 yang dilakukan oleh arwah ayahnya demi menyara mereka sekeluarga. disebabkan hutang berjumlah RM2000 dan makin berbunga-bunga, tanah pusaka mereka tergadai. Jee mendendami manusia kaya yang menindas.


Ayu, si gadis bermata biru adalah rakan sekolahnya. Ayu sangat menyenangi Jee yang berjiwa penyair. Jee menjual rotan utk menampung perbelanjaannya.


Jee bertindak berani meluahkan apa yg terbuku dlm hatinya terhadap lelaki yang menipu tanah pusaka keluarganya di hadapan penduduk kampung ketika sesi ucapan utk meraih undi. Itu telah menimbulkan dendam di hati En. Bakhtiar dan Tok Penghulu yang korapsi. Cubaan mengambil balik tanah pusakanya telah menyebabkan Jee dipukul orang2 Bakhtiar sehingga masuk hospital. Hadiah Tokoh Kepimpinan sekolah yg diterima Jee menjadi tidak bermakna apabila hadiah itu disampaikan oleh YB En. Bakhtiar Borhan. Semakin parah luka Jee apabila di hari jadi Ayu dia mengetahui bahawa YB Bakhtiar itu bapa Ayu. Melengkapkan kedukaan itu, ibunya yg tersayang pergi utk selama2nya mengadap ILAHI. Perit sungguh dugaan buat anak semuda Jee yg berhati waja. Jee nekad menjauhi Ayu.


Takdir menemukan En. Bakhtiar dan Jee di hospital. Nyawa En. Bakhtiar masih panjang dengan sumbangan darah dari Jee. Jee berharap dgn mengalirnya darahnya dalam pembuluh darah En. Bakhtiar akan menyerapkan kemanusiaan ke jiwa lelaki itu.

Akhirnya Jee dan Ayu bertemu semula, by accident, literally. Ntah ler idup ker mati Jee tu.. cerita tamat di situ.

Tajuknya mungkin akan membuatkan pembaca merasa ini kisah remaja riang ria.. tapi ekcili ini adalah kisah yg agak heavy yang berlatar belakang kan zaman 80-an, suasana kekampungan yang masih segar. namun ending tu buat saya rasa 'unresolved'


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Cinta yg besar membuatkan jiwa manusia besar, tetapi berapa ramai yg berhasil memiliki nya?


Ayu mencintai Jee, tetapi Jee berusaha menolak kerana menyedari dirinya serba kekurangan.

"Aku bermata hitam, engkau bermata biru, siapalah aku..."
"Apa Jee cakap ni?"


Hati remaja memang tidak pernah mengerti!


Jee terus mendendami En. Bakhtiar. Keraa lelaki itulah dirinya terlantar di hospital dan harta pusaka arwah ayahnya tergadai. Di majlis hari jadi Ayu, mereka bertemu. Tahulah Jee siapa En. Bakhtiar. Bagaimanakah hubungannya dgn Ayu?


Tiba-tiba ibu Jee meninggal dunia. Bagaimana nasib Jee dan adik2nya?

Sekali lagi Khairuddin Ayip menyangguh sejumlah kesedihan untuk anda. Novel ini utk remaja yg berjiwa besar tetapi sering merintih...

RM2.25
100 mukasurat

Monday, July 7, 2008

Izinkan Mimpi Berulang

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Zaharah Muhammad
Izinkan Mimpi Berulang by Zaharah Muhammad
Terbitan Kaki Novel


"Tuhan,
Yang Engkau hilangkan dari mata,
dari dunia... tidak mengapa.
Lindungilah diriku
agar tidak kehilangan rasa.
Agar tidak kehilangan syurga!"


Satu novel yang tidak kosong. penuh dengan perkongsian rasa, mengajak pembaca agar tidak semata2 leka dengan cinta dunia, sentiasa mengingatkan pembaca tentang Yang Maha Pencipta. Kisah2 yang dilalui Fatimah Azzahra adalah utk pengajaran kepada dirinya sendiri mengenai cinta. Cinta Mahfud, seorang pejuang ke jalan Allah bertapak di hatinya. Syahidnya Mahfud menjadikan Fatimah menyerahkan cintanya kepada Allah. dia merasakan cinta manusia yang hadir padanya ketika tu ada saja yg tak kena. Syafinaz menaruh cinta songsang padanya. Mazlan yang baik hati, yang jauh lebih muda darinya sudah meluahkan perasaan cinta kepadanya.


Cinta insan2 di sekelilingnya dia sedar ada cinta untuk hamba Allah. Syafinaz menemui cinta seorang suami setelah pemergian Fatimah, yang menghilang tiba2. Nasriah yang pernah mensia-siakan cinta seorang Zaharin, bertemu jodoh dgn Khairi yang hanya elok pada rupa, akhirnya bertemu dgn lelaki yang lebih baik setelah kematian Zaharin. Kak Muna yg kematian tunang, bertemu jodoh dgn suami sejati. Tibalah masanya Fatimah membuka pintu hatinya buat insan yang mengirim nota "izinkanlah mimpi berulang".


Kelakar jer membayangkan Fatimah terlompat masuk dalam singki sebab terkejutkan ular tedung yang masuk dlm dapur. hehe.



sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Yang indah!
Di dalamnya kita terperangkap, lalu mengenal diri.
Di dindingnya kita mencatat rasa, luahan dari kurungan.
Lalu kita mula menyedari diri, siapa kita!
Bukankah indah begitu? Di dalam kurungan itulah, kita mengenal diri, mengenal cinta. Di dalamnyalah kita mengenal harap, mengenal doa. Hidup ini adalah seuah penjara yang indah! Dari karangan bebunga derita, kita lurutkan tasbih cinta. Dari jejaring besi dunia, kita mengharap cahaya. Lalu kita seru cinta. Kita seru namaNYA.


ah...


Demikianlah indah hidup ini. walaupun ia hanya sebuah penjara. Dari penjara inilah, kita melihat betapa indahnya sebuah kematian. Betapa indahnya untuk bertemu DIA! Itulah perjalanan hidup sahabat saya. Mengingatinya, saya sering menginsafi diri. Lalu ujian hidup saya telah bagaikan sebuah kemanisan takdir daripada Ilahi. Dengan itu, saya persembahkan. Ini kisah, sebuah lakaran rasa yang dikutip dari perjalanan seorang Fatimah Azzahra bte. Hasyim. Yang dia kait dari warna2 pelangi, yg dia pintal dari kelabu awan, yg dia sulam dari bening perasaan. Kalau ingin mencari dia, carilah di luar jendela, ketika hujan renyai-renyai. Ketika senja berbaki. Ketika malam sudah bersedia untuk menangis...


RM18.00
410 mukasurat

Kursus Asas Penulisan Novel

Start:     Jul 12, '08 09:30a
End:     Jul 12, '08 4:00p
Location:     Desa Pandan
Petikan emel dari kursyi hirdan:

Salam

Di maklumkan kepada semua, Kursus Asas Penulisan Novel akan diadakan pada:

Sabtu ini, 12 Julai 2008, dari jam 9.30 - 4.00 petang di Desa Pandan.

Berminat untuk turut serta, sila hubungi 016-2746250 (Zul) untuk tempahan tempat.

Yuran penyertaan RM100, pelajar RM80.

Sekian. Terima kasih

Thursday, July 3, 2008

Selamat Datang Hani Maisara!

Akhirnya adik aku selamat melahirkan anak perempuan awal pagi semalam (2 Julai 2008) seberat 2.55kg. Tahniah buat parents yang paling happy di dunia, Mus & Suhani. Akhirnya mak aku menyandang gelaran 'tok'. Ala.. naper kuar lambat sangat.. masa aku kat kampung dia tak mo kuar lah pulak. haha. tak per, nanti balik kampung bleh aar peluk2.

 

Kalau mengikut tarikh yang doktor bagi, due date dia 11 Julai 2008. Tapi petang 1 Julai adik aku dah di admit kat hospital kulim and dalam pukul 4.50 pagi dia dah dibawa ke dewan bersalin. Sempat la bapak dia sampai all the way from Klang. Aku yang jauh ni dpt tengok mesej mms dgn gambar2 yang diemelkan saja.. tapi baby ni lahir2 sejibik sejibon muka bapak dia. Thanks adik! banyak betul gambar baby :)

sure fine whatever

Rinn

Pesta Buku Selangor Tahun 2008

Start:     Jul 25, '08 09:00a
End:     Aug 3, '08
Location:     Ruang Legar, Kompleks PKNS, Shah Alam.
tempat yg sesuai utk hunting buku? insyallah pegi, lagipun my sis dah ada kat shah alam. :) yam jom!

Wednesday, July 2, 2008

Balik Kampung With Sue

Balik kampong kali ni agak berlainan daripada minggu2 sebelum ni.. Sue ikut! Kali terakhir aku balik kg dengan kawan dengan Su jugak namanya. Member satu ofis. Aku dapat keluar awal dari ofis 27 hb Jun 2008 tu. MEmandangkan Sue tak dapat keluar awal, aku tinggal keta kat ERL dan amik bus rapid KL. Sempat la aku meronda ronda dan beli cenderahati kat CM tu.

 

Then aku jalan kaki menghala ke puduraya, sementara menunggu Sue yang akan turun kat LRT Masjid Jamek, aku ronda la kat Mydin tu. Sempat jugak la beli brooch utk bwk balik kat adik2.

 

Memandangkan Sue nak merasa adventure, aku tak beli and tak booking tiket. So memang redah jer. Well Sue dapat rasa lah hunting for transport ke Utara. Bas ke utara semua HABIS tiketnya. Kalau ke Johor banyak lagi. Ramai la pulak orang utara balik kg. Earlier aku terserempak dgn bos lama aku. Dia pun ke hulu ke hilir mencari tiket ke Butterworth yg memang sah2 dah habis. Dia suggest kitorang pegi cari tiket ketapi kat KTMB tu. Kitorang pegi berasingan sbb got separated kat Puduraya.. aku ngan sue dgn confident nya menapak ke Stesen LRT Masjid Jamek sbb nak gi bli tiket ketapi kat KLSentral. Sampai jer kat situ, masyaallah ramainyer umat manusia ciptaan Allah. Nak beli tiket pun beratur berjela. Aku jer ada touch n go, Sue tak der, tertinggal dalam keta. Touch n go yang sama x leh guna dua kali, touch n go aku yang lama dah zero bakinya, so kitorang decide utk berjalan ke dayabumi. Jalan punya jalan tanya punya tanya tak jumpa2 KTMB tu, then x-boss aku tu call kata tiket dah abis.. uih.. cepat betul dia sampai KLSentral. Haha.. kitorang decide utk tunggu jer kat puduraya kot2 ada bus tambahan.

Bus butterworth/alor star pun dah tak der, yang ada pakcik teksi dok cari penumpang ke aloq staq, mau ketaq tangan kaki nak bayaq.

 

Then aku terdengar ulat dok cari penumpang ke Ipoh, baru la aku teringat adik lelaki aku di kuala kangsar! Aku mintak dia tolong amik aku kat Ipoh, kalau tak de bas ke Kulim dari Ipoh, aku tumpang jer tido kat rumah dia and next day amik bas dari kemunting atau kuala kangsar ke butterworth, tapi plan memancing kena la transfer ke petang. Sian la plak adik aku nak memandu dari Kuala Kangsar ke Ipoh yang amik masa lebih 45 minit malam2, sure penat giler.

 

Kitorang pun amik la tiket bas Ipoh tu. Elok masa nak turun tangga dah ada ulat lain dah panggil “Ipoh Ipoh Ipoh!” kitorang terus menapak dgn pantasnya follow ulat tu lintas jalan, pastu tesilap info pulak, bas tu kat tempat lain.. patah balik n then lintas jalan lagi, masuk lorong mana ntah pastu nun di ujung jalan ada la bas sekolah. Haha.. naik bas skolah gi ipoh. Kitorang antara yang terawal naik. Sian jugak tengok ada yg bawak baby. Kitorang antara orang yang tak tukar tiket dgn ulat.. ingat ker nak kena perambat turun..

 

Perjalanan ke Ipoh tu steady jer, tak laju sangat tak slow sangat. Aku ngan Sue tak tido pun, nyembang jer. Dalam lingkungan pukul 11, kitorang smpai Ipoh. Berenti kat mana ntah, aku call adik aku dah nak sampai dari Kuala Kangsar. Nasib baik dia tau tempat yg aku describe tu. Adik aku buat keputusan utk ikut balik Kulim. So tak payah la kitorang naik bas, adik aku terus drive balik.. tapi kesian la dia ngantuk. Memandangkan aku ngan Sue dah lapar tahap kebuluran, kitorang singgah la makan char kuayteow. Ntah la sedap ker tak sedap, aku blasah licin jer. Masa sambung perjalanan tu adik aku dah tak leh tahan ngantuk.. aku pun dah ter dozed off. Last2 berenti kat Bukit gantang dan lena barang sejam dua. Lepas tu baru lah continue driving. Masa dah nak dekat smpai kulim, ada pulak keta sebijik ni ke tepi ke tengah, beberapa kali jugak hampir berlaga ngan keta dari arah bertentangan. Mula2 ingat ker ngantuk sbb drive sorang, tapi dah menelong semacam tu, mesti mabuk lah tu.

 

Sampai jer rumah, aku ngan abgju terkejut dinosor. RUMAH KALER MERAH!!! Patut la haritu mintak 200! Ni mesti adik punya kerja. Macam masuk rumah orang lain. Tak pernah2 lagi rumah kaler merah.. dia cat abis luar dalam sampai ke dapur dgn kaler merah & pink. Sebelah dinding merah sebelah dinding pink. Haha. Elok jugak orang yang banyak songeh buat kerja mengecat, memang teliti tapi biasala.. budak pompuan mengecat dgn dibantu oleh seorang nenek dan seorg ibu mengandung, mengambil masa 5 hari 5 malam dan mlm tu merupakan malam last dia mengecat. Sue tengok pon kagum sbb memang sampai ke dinding paling atas dia cat. Mus yg balik malam tu pun kata “waaaa macam tadika!”

Lepas sembahyang Subuh Sue terus terlena. Aku biasala, sampai jer mana bleh tido kalau tak menyembang ngan mak, ngan adik. Sampai la siang. Plan memancing memang dilewatkan ke sebelah petang sbb waktu tengah hari ikan tak timbul adik aku kata. So a little before noon kitorang berangkat ke kg sg kob utk aktiviti memancing. Sampai jer terus siap2 utk makan tengah hari. Ntah berapa jag air aku dah bancuh. Memang laris. Panas betul cuaca kat sana. Memang tak der rushing apa, sempat la terlelap dua tiga kali sbb malamnya aku tak tido langsung. Lepas minum petang, matahari dah kurang garang, kitorang pun keluarla bersama joran2 yang telah disediakan khas oleh tuan rumah. Guna umpan cengkerik yang dibeli di kedai. Aku jadi tukang tolong pegang joran dan tukang amik gambar jer.

Adik dapat 4 ekor ikan! Puyu ada haruan ada keli pun ada. Sue pun tak sia2 menunggu di tepi kolam dgn topi askar british di kepalanya.. hehe.. dapat jugak ikan puyu! Menjelang maghrib genap 10 ekor Berjaya ditangkap dan disiang oleh en. Asri, husband Kak Su.

Malam tu kitorang balik ke Tmn Selasih utk aktiviti seterusnya; membakar ikan. Pakar membakar adalah si Mus ngan ibu mengandung tu lah. Sambil menonton “White Chicks” kitorang makan ikan bakar, jagung bakar, sosej bakar. Semuanya bakar lah.. durian jer tak bakar :)  lepas jugak hasrat Sue nak makan durian kampong. Tido lena malam tu walaupun agak panas, rumah aku tak der aircond, guna kipas angin jer.

 

 

Esok paginya bermulalah pula ekspedisi jalan2 di Penang. Pagi tu Kaksu ngan husband dia hantar kitorang ke Butterworth utk amik Feri ke Penang. Bergambar sakan! Kalah pelancong Hong Kong. Sampai je kat jetty terus amik bus rapid ke Komtar. Lepas ronda2 komtar, pi pulak jalan2 kat Medan Lebuh Campbell. Macam2 ada, kain baju, jeruk, cenderahati.

 

 

Jalan punya jalan, peh tu baru la nak pegi padang Kota. Kena tunggu bas patah balik ke komtar n then amik bas lain ke padang kota.. last2 menapak jer ikut jalan bas mula2 datang lagi and jalan punya jalan punya jalan.. perghh berpeluh ketiak.. haha.. tengok2 dah sampai muzium n then dah Nampak laut, dah sampai padang kota. Kitorang tak lama kat situ, sempat juga menikmati pemandangan laut dan berenti rehat di bawah pohon rendang di sebelah fort Cornwallis tu. Setelah menghabiskan sebotol air, kitorang sambung perjalanan ke jetty. Ramai betul manusia naik ferry petang2. Nasib baik gak dpat duduk.. masa balik ni tak der la excited sgt macam masa datang sbb dah letih lenguh satu badan.

 

 

Sampai jer butterworth terus cari bas ke Kulim, nasib baik ada bus Jadam pukul 5.30. sampai je kat Tmn Selasih, kebetulan pulak Suhani ngan Mus on the way nak balik rumah, so kitorang tumpang jer, tak payah la jalan kaki lagi :)

 

Sampai rumah memang rasa bengkok la.. ngantuk giler.. ntah kul brapa aku dah terlelap, bangun jer dah pukul 5pg baru solat isyak, nasib baik tak terlajak. Pagi Isnin tu sempat la membelek2 gambar2 dari camera aku, Sue & abgju n then terus burn masuk CD dan bahagi2 sebelum siap2 nak balik tu. Kebetulan adik aku yang sorang lagi datang utk save gambar2 majlis kawin dia bulan lepas, so kitorang tumpang dia je ke stesen bas utk amik bus pukul 12.

 

Dalam bas tu nak baca buku pun dah tak der mood, badan letih pun tak hilang lagi. Terlelap sekejap jer, peh tu bosannya rasa. Sebab tu la aku tak suka naik bas perjalanan jauh waktu siang. Masa kat sg Bakap lama betul bus tu berenti, ada masalah enjin kot, tapi later jalan balik mcm biasa. Masa 2nd stop kat simpang pulai tu kitorang makan la nasi yg mak aku bekalkan.. abis licin walaupun mula2 tu keberatan nak bawak bekal.

 

Dlm pukul 5 lebih kitorang dah sampai kat puduraya. Aku ke LRT Star Plaza Rakyat & Sue pulak ke LRT Putra Masjid Jamek.

 

 

Sure fine whatever

Rinn