Friday, March 20, 2009

Kuutus Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Intan Arnida
Kuutus Rindu by Intan Arnida
Terbitan alaf 21
Cetakan pertama 2008


"Bila memori datang mendera
kutebar harapan di lautan kasih"


Terasa nak baca hasil tangan penulis baru pulak minggu ni :) Aku pilih novel Kuutus Rindu karya Intan Arnida. Secara umumnya kisah ini tidak menumpukan kepada kisah cinta semata-mata. Kisah dunia persekolahan Puteri Qayrina, Puteri Qistina, Masyalia dan Eiruz Hakim memang penuh dengan liku2 hidup remaja2 masa kini. Nama2 yang digunakan terasa sangat moden dan nama Masyalia tu kalau reshuffle balik boleh jadi perkataan "Malaysia" tu. hehe. Patriotik lah pulak.


Qay dan Qis memang remaja yang spoiled dan mementingkan diri sendiri. Eiruz lebih bertimbang rasa dan Masyalia adalah anak muda yang tertekan dengan keadaan diri yang tak tentu status halal atau haram kelahirannya. Saya senang dengan kisah anak2 muda ini, namun bila diselitkan Karissa Lisa dan Lylia Lykrisa (tersimpul lidah nak sebut) punya misteri tu ada rasa sedikit tidak tersusun kisahnya. Seperti ada dua kisah diceritakan berselang selang setiap bab namun time frame nya tidak sama. Membuatkan saya rasa seperti muka surat salah susun.


Bila konflik sampai ke kemuncak dgn muncul pulak Ratu Cobra yang digeruni yg ada kaitan dgn salah satu watak penting dlm citer. Masa tu rasa macam wah makin thrill kisahnya, dan kaitan Rahim dengan watak utama kisah ini juga sangat tidak disangka-sangka, tapi tetiba habis. Dan semua konflik selesai sekelip mata dan semua orang jadi baik2 belaka. Rasanya kalau penulis memberi ruang yg lebih untuk penghujung cerita ini mungkin ia akan menjadi lebih menarik kerana genre sebegini ada tarikan tersendiri. Apa2pun all the best kepada penulis dan saya harap dapat membaca karya2 lagi.


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.


Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.


Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna!


Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan!


Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?


Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!


RM 18.00
496 mukasurat
ISBN : 978-983-124-354-1


Antara Dua Persimpangan

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Rozilah
Antara Dua Persimpangan by Siti Rozilah
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2002


"Sandiwara ini di manakah titik akhirnya..."


Penulis membawa kita melayari kisah ini bersama Suraya yg membesar dalam didikan
nenek dan atuknya. Dia membesar dgn tanggapan ibu dan ayahnya telah tiada dan
dia tiada saudara mara lain. Namun tiba2 satu hari, ada keturunan Tengku2 yg
datang mendakwa mereka ada saudara. Dgn berat hati atuk dan nenek membenarkan
Suraya ke Kuala Lumpur. Ingat ker jadi mem tapi rupa2nya tolong mengasuh anak2
Tengku Fuad. Tengku Fuad spt tak dapat menerima hakikat yg sepupunya yg berusia
18 tahun tu enggan menerima dirinya yg merupakan duda beranak tiga sebagai
suami. Kesian kat Suraya tu.


Suraya meninggalkan keluarga Tengku Fuad agar Zaimah dapat bersatu dalam
keluarga itu.


Suraya kemudian tinggal bersama neneknya, Tengku Khairiah. Seorg wanita
berkerjaya yang bercita-cita tinggi. Dia mahu menjadikan Suraya seorg yg berjaya
dlm bisness namun dia kurang kepercayaan pada ketangkasan Suraya di Pejabat sbb
Suraya lebih tangkas di dapur dan lebih senang mentelaah al-Quran daripada
membaca dokumen2 di pejabat.


Demi membina empayar business yang lebih besar, Suraya terpaksa berkawin dengan
Tengku Badrul yg telah mempunyai kekasih. Apabila rahsia hubungan sulit Tengku
Badrul terbongkar, Suraya mahu Tengku Badrul memperisterikan Fatin Mastura yg
sudah berbadan dua. Di saat Tengku Badrul pasti dengan cintanya pada Suraya,
tragedi menjengah. Penghujungnya seperti belum menjumpai garis penamat dan
perjalanan hidup Suraya dan anaknya masih jauh.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:



Dia keliru di dalam mengenal salasilah diri. Kekeliruan yg membentengkan antara
kebenaran dan dongeng zaman kanak2. Kekeliruan yg menimbulkan kebencian dan
dendam... Andai hari semalam dpt diputarkan menjadi hari ini, barangkali dia
tidak perlu lagi meratapi kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini...


RM22.90
467 mukasurat
isbn: 983-893-466-6

Wednesday, March 11, 2009

Hijab Sang Pencinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ramlee Awang Murshid
Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2008

"Dendam itu bara
Marah itu api!"

Excitednya nak baca citer ni. Aku memang suka sangat2 dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Memang kisah2 yang menakjubkan dan membuatkan aku hooked dengan buku2 nih. Ntah mengapa aku kurang hooked dengan Hijab Sang Pencinta. Bukan kerana endingnya. Aku agak berpuas hati dengan endingnya. Mungkin kerana terasa seperti membaca versi lain Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Lagipun Manggala tu tak der lah ngeri sangat kalau nak compare dengan Nyi Burga Kelara tu.

Kalau dlm Bagaikan Puteri, Haryani terperangkap di zaman Laksamana Sunan, dalam Cinta Sang Ratu pulak Dani terperangkap dalam tubuh Senggara, kali ini giliran Laksamana Sunan pula terdampar di zaman kita, di dunia Dani dan Haryani.

Kelakar betul scene Laksamana Sunan nak pakai jeans ngn t-shirt ketat. haha sabo jer aku. Laksamana Sunan kata "Subhanallah... seksanya pakaian zaman ini". Iyo lah tali pinggang yg ada buckle tu dia pi ikat ketat2 macam baju taekwando, mau tak sengkak ulu hati. hehe.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


RM 19.90
520 mukasurat
isbn 9789831243855

Sunday, March 8, 2009

Kuala Terengganu 2009




Tak sangka awal tahun lagi aku dah menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu buat kali kedua. Dulu kalut2 sikit sbb melibatkan mesyuarat yg penting. Kali ni aku dtg utk berkursus, so tak der lah pening sangat kalau nak gi jalan2 tu. Dapat la jugak aku melawat taman monument yg penuh dengan replika bersaiz agak besar beberapa masjid di dunia. seronok gak dpt bergambar depan masjid al Haram, Taj Mahal, Majid Palestin dan masjid negara. ada byk lagi masjid2 dunia terdapat kat situ. Caj per entry adalah RM10.00, siap dpt passport bercop lagi ha :)

Then pegi jugak la tengok masjid kristal yg femos tu yg letaknya tak jauh dari taman monument.

Thanks kak zai sbb jadi tourist guide yg paling sporting dalam dunia :)


tak ketinggalan gak aku dapatkan keropok losong dengan satar :) abeh ar diet aku haha.

sure fine whatever
rinn

Kalau Mawar Mekar Berbunga

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Maharam Mamat
Kalau Mawar Mekar Berbunga by Maharam Mamat
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cetakan pertama 1998

"Jadilah bagai kemboja, teduh memberi rendang pada pusara, menabur wangi..."

TAjuknya yg tergantung ayatnya, ditambah pula tagline di hadapan buku yang membayang cerita yang sad ending membuatkan aku bertangguh-tangguh nak baca buku ni. hehe.. aku ni jenis suka citer happy ending, so... paham-paham jer lah. Namun aku teringin jugak nak tahu apa kisah yg dilagukan dalam buku ni, so aku pun baca lah buku nih.

Maharam Mamat mempunyai sentuhan sastera yang tinggi. Bahasanya mendayu dan bukan bahasa pasar biasa. Kisahnya tentang cinta yg tak kesampaian yg menjadikan cinta Azimah sukar diraih oleh mana2 lelaki lagi. Keadaan dirinya yg tak tentu keturunan membuatkan dia merendah diri walaupun dibesarkan dalam keluarga yg kaya bersama adik kandungnya.

Kematian adiknya dlm nahas kapal terbang menambahkan lagi duka di hatinya, namun kemunculan Natasya yg sering tersasulkan nama adiknya membuat Azimah keliru, itukah adiknya yang kembali ke pangkuan keluarga?

Seluruh jalan cerita ini ada sentuhan kesayuan. Tapi tak la sampai ternangis. Scene2 mendebarkan dan mengejutkan buat Azimah kadang2 tak terasa tahap debarannya kerana diceritakan dengan mendatar. Contohnya selepas Azimah tergelincir kat batu di air terjun dan berita kematian Nabila seperti tak cukup dramatik.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Jika ini suatu ketentuan, dia merelakan. Namun mengharap diri untuk kembali adalah suatu kesilapan. baginya cinta hanya datang sekali bukan berulang-ulang kali...

RM21.90
375 mukasurat
isbn: 9838933666c

Rooftop Rant

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hlovate
Rooftop Rant by Hlovate
Terbitan Jemari Seni
2009


"There're times when strangers are like family, and family are like strangers"


Bukan sorang dua yang paksa saya baca buku ni. yang tak baca lagi buku ni pun sibuk suruh saya baca cepat2. adus sabar jer aku. Rasanya memang ramai yg tak sabar menunggu kehadiran novel terbaru setelah membaca 5tahun 5bulan, Gurindam Jiwa: Schubert's serenade, aA+bB dan [tunas]. gap setiap buku tu tidaklah jauh2 tapi ternyata peminat2 hlovate mahu lebih banyak karya2nya :) saya ni bukan pengikut enovel so, saya tak ambil tahu sangat mengenai cerita2 online, tapi kalau dah jadi novel bercetak ni, memang lah saya akan baca sebaik saja ada peluang :)


Rooftop Rant. Hlovate meneruskan rentak tersendirinya dlm penyampaian kisah ini. Dalam delivery tersendiri dia masih mampu memikat pembaca utk terus hooked dalam penceritaannya.


Bagi saya permulaan cerita ini agak kelabu dan saya berusaha utk concentrate. Tak lama keadaan tu kerana bila selak ke muka surat seterusnya kita sudah dibawa ke dunia Jade dan Trisy di bumbung menara Topaz.


Sukarnya menjadi remaja seperti Jade dan Trisy yg ketandusan tumpuan dan kasih sayang parents. Jade yg lebih matang membina haluan dgn cara tersendiri namun bagi remaja sekolah seperti Trisy dia masih terkial-kial mencari arah dan dia akhirnya terumbang ambing dalam membuat keputusan dalam hidupnya.


Komunikasi seharian dgn Jade memberi impak yang amat besar dalam hidupnya. Setiap kali perbualan mereka berlaku, ianya seperti rakaman kekal dalam jiwanya. Kata-kata itu menjadi hikmat utk nya meneruskan hidup. Namun tekanan demi tekanan menjadikan dia lemah dan terkulai seorg diri dalam kepekatan malam di menara Topaz. Seawal muka surat 90 kita sudah dpt memahami keadaan Trisy yg tertekan. Kehibaannya dpt dirasakan dan turut mengundang kesedihan pada pembaca. Dalam keadaan overdosed, Trisy diselamatkan buat kali kedua oleh Jade. Keluarganya entah ke mana. Tindakan Trisy juga telah membuatkan parents dia membuat keputusan utk menghantarnya balik ke kampung utk tinggal dgn datuk dan neneknya. Bermulalah episode baru dalam hidup Trisy. Kehidupan yg semakin bermakna tetapi seperti ada kekurangan kerana Jade tiada bersama-samanya utk mendengar keluh kesahnya. Kehadiran paksunya yg ala2 ustaz rock memeriahkan hidupnya.


Bagi saya kisah ini mengingatkan saya kepada 5 tahun 5 bulan. Rasa macam ada yg sama tapi tak serupa. Rooftop Rant lebih berat dan penuh emosi tapi 5T5B lebih jiwang :)


Kelakar betul pendekatan Jebat utk membantu adiknya, Lekiu berkenalan rapat dgn Trisy. Siap hantar utusan merisik lagi tu! haha. Saya kagum dgn Trisy yg kebal hatinya. Walaupun Trisy dan Jade tidak pernah saling memberi harapan tapi mereka percaya antara satu sama lain. Ending yg membuatkan kita tersenyum panjang :) Terima kasih Hlovate.


heroin2 citer hlovate semua suka dgr mp3 dgn telinga tersumbat earphone ek? hehe


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza tapi cerita mereka masih selari!


Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!


Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...


tentang bukit yg sayup di depan
tentang angin yg membawa salam di belakang
tentang lang sewah yg berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yg bersesak-sesak di bawah


dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa


mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?


ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...


RM21.00
540 mukasurat
isbn: 9789675118074

Tarikh Luput Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Lynn Dayana
Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana
Terbitan Alaf 21
Tahun 2009


"Kasih kita 'kan abadi kerana waktu mula terhenti di saat kita bersua"


Buku ni saya dapat semasa karnival mini karangkraf 28/2/2009 yg lalu. Seronok gak dpt buku awal dari orang lain. hehe. Sapa2 yg gi karnival tu sure dah bli buku ni. Tengok tajuk nya saja dan teruja nak membaca nya. Cinta pun ada expiry date?


Lynn Dayana mencari kelainan utk menyampaikan kisah 'benci jadi cinta' ini. Misteri dan adventure yg diselitkan meletakkan cerita ini dalam phase yang laju dan agak sukar utk meletakkan buku ni selagi tak tau apa akhirnya. LD menyelitkan kata2 yang bermula dengan "kalau hati ini..." pada setiap permulaan bab dalam novel ni. Patutla kalau tengok entry blog dia sebelum ni ada macam2 jenis ayat "kalau hati ini..."


Pada permulaan cerita, perasaan Imanina terhadap Hilman agak kuat sehingga watak Airel dirasakan sangat menyakitkan hati. Tapi as the story goes Airel semakin membayangi monopoli watak Hilman walaupun Hilman tak byk muncul dlm bab2 buku ini. Mula2 tu memang la rasa Hilman tu sangat baik dan kinda hoping dia terima Imanina tapi biler dia kata dia sanggup tinggalkan tunang dia yg manja tu utk Imanina saya rasa terkilan dan macam meluat lah pulak. Nampak macam dia lelaki yg tak tetap pendirian lah pulak. Airel tu pulak, ya Allah ya Rabbi, Imanina baru nak sejuk dia dah buat org tu hot balik.


Kisah ini bermula dengan misteri. Misteri yang menemukan 3 manusia yg belum pernah bersua sebelum ini. Misteri itu menjadikan mereka akrab. Namun mereka perlu mengalahkan satu sama lain demi RM22.5juta. Persaingan mereka bertiga ni set2 persaingan yg sihat la. tapi misteri bertambah lagi apabila nyawa mereka terancam. Mereka saling mengesyaki tapi ternyata ada org keempat dalam persaingan itu. Set2 macam citer 'The Aprentice' campur 'Survivor' lah pulak. Diorg kena uruskan 3 jenis business sorang org kaya misteri dan siapa yg mengumpulkan jualan terbanyak akan diisytihar sbg pemenang dan dpt pegi bercuti. Dalam kisah ni tak der lah diceritakan sangat tentang kerja2 mereka, apa yg mereka buat utk tambah sales semua tu tak der la cerita mendalam. LD lebih concentrate kepada conflict dan misteri di sekeliling ketiga-tiga watak utama.


Konflik memang byk dlm kisah ni. bukan sekadar konflik misteri, konflik hati, perasaan, emosi pun banyak jugak. Rezzal sangat senang dgn chemistry antara Imanina dan Airel tapi diorang berdua tu pantang berjumpa kerana pasti akan meletuskan peperangan mini. Rasanya hampir dalam setiap bab si Imanina tu beristigfar menahan amarah dan menahan diri dari mengumpat dan mengeji Airel yang kuat menyakat tu.


Airel tahu yg Imanina menaruh hati pada Hilman yg sudah bertunang. Lagi lah mudah dia nak menyakitkan hati Imanina. Imanina sentiasa cuba mengelak berurusan atau bertemu dgn Airel tapi setiap kali kesusahan menimpa, Airel lah org yg pertama bergegas mencarinya. Terima kasih adalah antara kata2 yg paling sukar utk dilafazkan kepada Airel kerana apa saja perkataan yg keluar dari diorang ni pasti akan menjadi punca perbalahan.


TAwaran 22.5juta itu ada sebenarnya berpunca dari satu dendam yang dicetuskan oleh 3 wanita yang amat-amat penting dalam hidup Rezzal, Imanina dan Airel. Imanina dan Airel mahu keluar dari pertandingan itu tapi Imanina terpaksa memilih, bayar saman RM1juta atau terikat selama-lamanya dgn Airel. Kalau korang jadi Imanina, nak pilih yg mana satu? hehe.


Lynn!! tak der nama lain ka ko nak bubuh kat culprit tu. aduih.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Airel, seorang eksekutif muda telah dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta.


Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina. Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.


Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.


Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?


Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberikan? Tarikh Luput Cinta... Debarannya menyesakkan dada!


512 mukasurat
RM19.90
isbn 9789831244210