Friday, October 2, 2009

Novel Oktober dari JS dan KN

Memang dah lama aku ternanti2 sambungan Percayalah dari Ruby Hazri, Akhirnya tiba juga! Padanlah ngan tajuknya "Percayalah... Akhirnya". Bagi yg tak penah baca lagi Percayalah, boleh la beli combo offer utk dua2 novel ni dgn harga RM33 sahaja. boleh ke website www.jemariseni.com utk maklumat lanjut tentang offer ni ya.

 

Tajuk : Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM22 (SM) & RM25 (S&S)
Di pasaran : *** Oct


Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan,

berolak dan bergelora di dasarnya


Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan

itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki

Eropah romantisnya tidak setanding dengan lelaki tempatan.

Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang.

 


Tetapi...


Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan

dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak

untuk memiliki hatinya ~ Khairil

 

 

Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang

 

 

Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~

Danial Wolfgang

 

 

Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan

ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati,

kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada

maknawi.

 

 

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini?

Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah


*****


Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi

kisah Nur Atiqah.

 

 


Sempena ulang tahun Jemari Seni ke-3

Tawaran Percayalah Berganda berlangsung

mulai 6 Okt. sehingga 6 Nov. 2009

(tawaran sah untuk pelanggan yang membuat pesanan online
berserta bayaran dalam tempoh ini)

---------------------------------

ni pulak dari kaki novel. Blurbnya ada berbau thriller.. waaaa best ni.. aku ni dah semakin suka jugak baca romantic-trhiller nyer citer..

Segala-galanya berlaku di luar dugaan. Haniza telah diwasiatkan untuk menjaga anak Ratna Dewi – Amanda yang juga merupakan waris tunggal kekayaan keluarganya. Tambah menghuru-harakan keadaan, Haniza terpaksa menemukan Amanda dengan pak ciknya, Iskandar yang telah lama terputus hubungan dengan keluarga tersebut. Dek wasiat Ratna Dewi, Haniza rela melepaskan jawatannya sebagai guru untuk membantu arwah Ratna Dewi. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi ada syaratnya. Dia dikehendaki untuk terus tinggal bersama Amanda di rumah Iskandar sementelah Iskandar seorang yang mementingkan kerjaya dan tiada masa untuk melayani kerenah Amanda yang masih hijau usianya itu. Namun semua itu hanyalah ‘lakonan’ semata-mata kerana Iskandar ingin melindungi anak buahnya daripada pembunuh yang dahagakan harta kekayaan arwah ayah Amanda, iaitu Fairuz yang juga merupakan pak cik Amanda. Dalam masa yang sama, nyawa Haniza turut menjadi taruhan kerana Fairuz dapat menghidu betapa pentingnya Haniza di dalam hidup Iskandar. Berjayakah Iskandar melindungi Amanda dan Haniza? Berjayakah Iskandar mengubah persepsi Haniza yang menganggapnya sebagai seorang insan yang berhati batu? Berjayakah Iskandar menyumbat Fairuz ke dalam kandang lokap? Siapakah yang membunuh ayah Amanda? Semua persoalan ini bakal terjawab di dalam INGIN KUSENTUH CINTAMU karya penulis baru, Aryanie Ismail.


sinopsis/blurb

 


HANIZA - Beratnya amanah yang dititipkan. Kasihnya pada Amanda tidak ternilai sehingga kerjaya impiannya sebagai guru terpaksa dilupakan untuk sementara. Tohmahan dan cacian terpaksa ditelan demi sebuah pengorbanan.


AMANDA - Kematian ibu tercinta membuatkan dia bergantung kasih sayang kepada wanita yang tiada pertalian darah dengannya. Setelah sekian lama, dia dipertemukan dengan bapa saudara yang belum pernah dikenalinya. Tetapi kenapa lelaki itu bersikap acuh tidak acuh terhadapnya?


ISKANDAR - Selama ini dunianya hanyalah pekerjaan. Kehadiran anak saudara yg dititipkan mengubah rentak hidupnya. Dia digelar batu oleh seorang gadis. Dapatkah dia menangani segala masalah yang datang menimpanya.

 

Thursday, October 1, 2009

Baju Pengantin Mak Andam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Tajuk: Baju Pengantin Mak Andam
Penulis: Areila Sahimi
terbitan: KakiNovel Enterprise
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675067297
524 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00


"Zain, sekeras-keras aku, seselamba manapun aku, Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati ~Aleeya~

"Biarpun dia srabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap istimewa." ~Zain~


SEronoknya dpt baca dengan santai, tak payah terkejar2. Ini bukanlah karya yg dipandang sebelah mata. WALAU BAGAIMANAPUN aku terpaksa membacanya sebelah mata sbb aku sakit mata yg belah kanan. aduila.. tapi habis juga akhirnya :)


Cerita yg disampaikan dalam bahasa yang santai dengan motif utk menghiburkan pembacanya. Kalau dari segi jalan cerita, ini bukanlah jalan cerita baru, ia adalah kisah yg cinta yg sangat biasa, cuma alunan Areila Sahimi menjadikan cerita ini menarik dan subjek utamanya adalah seorang mak andam sambilan menjadikan cerita ini mudah diingati.


Bahasa cerita ini tentu lebih enjoyable buat golongan remaja. Bagi orang lama2 saya tak taulah perasaan diorang biler baca cerita yg ada gaya bahasa santai-modern begini. Saya suka jerrrr :) Makin ramai penulis muda yg menggunakan pendekatan begini utk menyampaikan karya mereka supaya lebih mengikut rentak pembaca2 muda rasanya. Dengan cover yg comel-cute, tajuk yg agak unik, memang mudah memikat hati pembaca utk mencapai novel ini walapun nama Areila Sahimi masih baru dalam dunia penulisan novel.


Cuma pada awal cerita, saya rasa penulis hilang fokus dalam bercerita. Dia tengah cerita tentang satu perkara, tapi tetiba dia termasuk cerita perkara lain sampai beberapa muka surat, and then sambung balik benda yg dia nak cerita mula2. Aku pun jadi hilang fokus and kena flip balik ke muka surat sebelumnya. Tapi memang ralit la baca kisah yg mcm ni sedar2 jer dah abis dah. Dialognya memang sentiasa gila2 dan mengundang tawa. Bahasa-bahasa biasa dan simpulan2 bahasa biasa yg dijumble-rock kan kadang2 nampak pelik dan kadang2 nampak kelakar. Cerita yg ada intipati dan perisa yg sudah cukup sedap dan menarik tetapi ada part2 yg 'serabai' yang perlu digunting kemas2.


Cerita ni disampaikan dlm penceritaan orang ketiga tapi kadang2 jadi macam diceritakan oleh ganti nama aku. hmm rasa macam ada masalah editting. Rasanya cerita ini boleh jadi lebih kemas dan tentunya akan lebih menarik. Nasib baik happy ending. tu yg penting tu ;)



apa2pun tahniah buat penulis muda ini dan saya amat menantikan karyanya yg seterusnya.



serba sedikit tentang kisah ini:


Aleeya ni P.A kat jabatan kerajaan yg merupakan partime student dan partime mak andam (kalau cuti sem lah). Pertemuan dgn Zain di sebuah majlis perkahwinan, lebih mencetuskan rasa sakit hati, tapi lama kelamaan mereka menjadi kawan. Zain terlebih dahulu meluahkan perasaan kpd Aleeya. Di saat Aleeya mula yakin dgn perasaannya, timbul salah faham yg menyebabkan mereka terpisah.


Rasanya dengan membaca novel ni pembaca sebenarnya akan merasa lebih mengenali penulis ini dengan lebih dekat dan mesra. Dia seperti menceritakan pengalaman sendiri yg penuh warna warni dan tentulah gila-gila-mengong.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.


Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.


Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?


Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


---

Ada beberapa perkataan yg sangat biasa buat penjawat jabatan kerajaan tetapi mungkin tak biasa utk pembaca umum, contoh mcm CC. Penjawat awam mgkin tau CC tu chief Clerk tapi kalau org lain mgkin tak tau apa perkataan tu. Jadi mgkin lebih elok kalau guna perkataan yg org lain mudah faham jugak. apa2pun itu tak mengganggu jalan cerita yg nak disampaikan.


Alaf21: Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi

ni pun dpt melalui emel jugak. promo bengkel penulisan dari alaf 21. sapa yg berminat boleh la join. lagipun citer novel thriller skrg byk gak yg menarik :) moga2 bertambah la penulis2 thriller yg best2 kat malaysia ni :)

 

SEBARKAN PADA RAKAN TAULAN ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 


BENGKEL PENULISAN THRILLER DAN AKSI


 

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal.

 

Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi. Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:


 

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009


 

Tempat: Akademi Karangkraf


 

Alamat:  Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd

Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15

Shah Alam, Selangor.


 

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

 


Peserta: 27 orang


 

Yuran: RM35


Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.

 

 

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077.

 

Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke  03-55113817 atau e-mel ke alaf@alaf21.com.my

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21


 

Terbaru dari Alaf21: Saksi Cinta

Tak perasan pulak pihak alaf 21 ada emel promo utk novel ni. dah berapa hari ni tak dapat online, akhirnya dpt jugak la bukak emel. rasanya sapa2 yg penah tinggai emel add kat guess book di premis alaf dulu, mesti dpt gak promo ni kan?

TAJUK : SAKSI CINTA

PENULIS : Wana Amani

HARGA : RM18.00

HaLAMAN : 488

ISBN : 978-983-124-457-9

 
Sinopsis: MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

 

Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.

 

Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

 

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...

 

pesanan dari alaf 21:

TERBARU DI PASARAN!!!
 
MILIKI NOVEL SAKSI CINTA...

Kepada anda peminat novel, miliki novel SAKSI CINTA
sekarang!!!
 
CARA LANGGANAN 1
Step1: Bank in ke dalam akaun Alaf:  014271416077

Step 2: Fax ke 03-55113817 ATAU e-mail ke alaf@alaf21.com.my
- Bukti bayaran
- Nama, Alamat & Nombor telefon
- Tajuk buku
 
CARA LANGGANAN 2
Langgan melalui pos dengan menghantar MO/PO/Cek kepada:
 
ALAF 21 SDN. BHD.
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, Seksyen 16,
40200  Shah Alam Selangor.

Wednesday, September 23, 2009

Rindu Untuk Dia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dhiya Zafira
Rindu untuk Dia
Penulis: Dhiya Zafira
Harga : RM 19.90
492 mukasurat
Terbitan: Alaf21


Selepas membaca 3 karya DZ, saya dapati dia gemar menulis kisah cinta yg bertahun-tahun terputus bertaut kembali. Ku Damba Bahagia: Taufik-Alia, Rindu Belum Berhenti: Izz-Adni dan yg terkini Rindu untuk Dia: Jad-Amie. Dan DZ suka yer letak nama2 pendek heroin2 dia yg bermula dgn huruf 'A'. Saya rasa tajuk novel nya yg ini sesuai benar dgn nama penanya Dhiya Zafira, Rindu untuk Dia.


Romantis Thriller kelihatan semakin sebati dengan DZ. Kisah ini bagi saya lebih sarat daripada RDB yg mengalunkan rentak yg sama. Mungkin kerana cerita ini byk membuat saya menangis. memang improvement yg sangat ketara dlm cara DZ menulis scene2 sedih dan semakin menyentuh perasaan. Kalau dulu scene sedih hanya ada sikit jer, tapi dlm novel ni memang banyak dimasukkan scene2 sedih sampai boleh bengkak mata wo lepas baca novel nih. Watak Amie memang mengundang simpati menggunung setiap kali membaca kisahnya. Memang nangis jer la sepanjang baca kisah ni. DZ sentiasa menyelitkan misteri yang membuat kita tertanya-tanya di sepanjang pembacaan dan misteri2 itu diurai satu persatu dengan tidak dilengah-lengahkan. Ada sesetengah penulis cuba menyimpan elemen misteri itu sehingga membuat kita bosan tapi DZ berjaya mengeksploitasi elemen ini dengan baik. Bila start baca memang tak bleh nak berenti dah.


Watak Jad mungkin tidak segagah Izz atau sejiwang Taufik, tetapi jiwanya yg kental penuh dgn rasa kasih sayang dan tanggungjawab. Dia sanggup melakukan apa saja utk org di bawah tanggungjawabnya dan org yg dikasihinya sehingga tiba ke saat2 yg sangat getir, antara hidup dan mati, dia terpaksa memilih utk menyelamatkan org yg dikasihinya atau org yg di bawah tanggungjawabnya.


Penceritaan emosi Amie yang sangat kompleks ditangani dgn baik sekali oleh DZ. Membuat kita sama2 terseret dalam dilema seorang Amie. I'm impressed.


Kisah ni tentang Jad yg kebingungan ditinggalkan Amie beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Sue menggantikan tempat Amie di pelamin mereka. Sue ni memang tau siapa Amie buat Jad dan dia takkan dapat menggantikan tempat yg Amie tinggalkan. Tanpa pengetahuan Jad, Amie sebenarnya menanggung penderitaan yang teramat dan dia pergi demi kebaikan. Namun titik hitam itu menjadi trauma sepanjang hidupnya. 5 tahun kemudian, mereka bertembung semula. Amie masih lagi menjadi insan misteri dan Jad mahu membongkar misteri itu. Cuma saya terfikir, kalau Amie teramat trauma dengan apa yg terjadi, kenapa dia kembali ke tempat yang bakal menjadikan dia lebih trauma lagi kerana ia melibatkan org2 yang bahaya.


Kalau dlm Kudamba Bahagia DZ menggunakan lagu Lady by Kenny Rogers, dlm Rindu Belum Berhenti buat aku nyanyi2 balik lagu Don't Cry Joni, kali ni RUD membuat lagu How Can I Tell her terngiang ngiang di telinga. DZ ni suka lagu lama2 la. huhu...


Sinopsis/blurb novel ini sedikit membunuh suspen cerita. "Malah cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa." Terus dah bleh teka sapa yang akan mati dlm citer nih.


apa2pun saya suka citer ni sebab semuanya diakhirkan dgn baik, tidak membiarkan kita tertanya-tanya. Yg best tu org jahat bersepai kena langgar keretapi. AND!!!! Izz Karami muncul semula dlm novel ni, tapi tak 'nampak' pulak Adni ngan Iman ;). Bella Rosa plak menjadi salah satu lokasi misteri dlm citer ni :) Seronok pulak biler baca something yg membuat kan kiter teringat citer lain. Ekcili citer ni mengingatkan saya kat Alia-Taufik jugk sbb ada bahasa Sepanyol. Well sebenarnya lepas baca citer ni aku baca semula "Kudamba Bahagia". :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.

Monday, September 21, 2009

Kompilasi Ada Cinta Di Matanya

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zuraidah Othman
Tajuk: Kompilasi Ada Cinta Di Matanya
Penulis: Zuraidah Othman
Penerbit: Creative Enterprise
Cetakan Pertama: 2001
Harga: RM27.90
isbn: 9838934364


"Andai itu sudah ditakdirkan"


Sebenarnya aku pun tak tau akan kewujudkan naskah kompilasi ini. Tapi memang aku suka dgn gaya penyampaian Zuraidah Othman terutamanya setelah membaca Suci Wajah Rindu. :) Akhirnya aku dpt memiliki naskah ni masa pesta buku pwtc 09 yang lalu.


Ada lima kisah pendek dlm kompilasi ini. Setiap satu meninggalkan kesan yg tersendiri. Ada happy ending, ada sad ending. Zuraidah Othman gemar menggunakan elemen 'benci jadi cinta' dlm kisah2nya sbg tarikan. Kalau kita tengok Suci Wajah Rindu dan Takagi Sayang pun, kedua2 heroin nya benci sungguh kat si hero tu.


Kisah 1: Ada Cinta Di Matanya
109 mukasurat


Kisah pertama ini adalah lebih kepada komedi romantis. Fitrah adalah gadis biasa yg bekerja di sebuah tadika. Dia membawa diri dari kampung setelah kecewa buah hatinya berkahwin dgn sahabat baiknya sendiri atas kehendak keluarga.


Tiba2 dia dibuang kerja gara2 Luqman Hakim yg menuduh dia menampar anak buahnya, Khairul. Luqman menyesal dgn tindakan terburu-burunya lalu cuba memperbaiki keadaan, namun Fitrah bukanlah seorg yg senang dipujuk. Dia cuba memberi peluang pekerjaan kepada Fitrah namun setiap kali mengetahui Luqman terlibat, dia akan lintang pukang lari dan ada sekali tu meninggalkan Luqman termangu memeluk sebelah kasut yg dipakainya.


Cerita ini disampaikan secara berselang seli antara kisah semasa dan flashback namun tidak memeningkan malah menghiburkan.


Mcm2 Luqman buat utk memikat Fitrah tapi Fitrah tak layan. Ada skali tu Luqman ngan tak malunya mai rumah and kongsi makan megi ngan Fitrah. Fitrah dah sabotaj megi tu letak cabai byk2 sampai Luqman 'hilang' berhari-hari hingga Fitrah pulak jadi tak menentu bila tak ada sebarang gangguan dari Luqman sehingga membuat Fitrah mencari Luqman di rumah. Luqman tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan bila mendapati Fitrah jeles bila tengok dia berbual mesra dgn bekas tunangnya, Shalin.


Fitrah sudah berputus harap utk mendapatkan kerja dan decide utk balik kg. Lagipun dia dah frust dgn Luqman tu. LUqman kejar Fitrah sampai kat rumah. Sian Fitrah merempit ngan basikal dia lintang pukang balik rumah.


Siapa sangka Fitrah akhirnya dirisik keluarga Luqman tepat jam 12 tengah malam masa matanya tengah kelat dan berbaju tido. LUqman takut org potong line. Lgpun mak Luqman dan bekenan kat Fitrah masa mai melawat Luqman yg tersadai sakit lepas makan megi berapi yg Fitrah buat. hehe.

--------------------------

Kisah 2: Di Penghujung Senja
112 mukasurat


Kelahiran Fatiha dalam hidup Pn. Zainah menjadi tanda ingatan derita dari hidup lampaunya yg menjadi mangsa sepak terajang suami. Setelah bersuami baru, Fatiha dibela kerana terpaksa.


Kehadiran Alfian menjadikan Fatiha dicerca sbg perempuan jalang oleh ibunya walaupun Alfian yg terhegeh-hegeh. Ini menjadikan Fatiha sangat membenci Pian yg selekeh berserabut itu. Namun Alfian lah yg membawa dia keluar dari derita dan menyimbah kasih sayang kepadanya. RM10,000 yg Pn. Zainah mahukan dilonggokkan di hadapannya dan Fatiha dibawa pergi. Lagipun bapa tirinya yg dipercayai sepenuh hati telah mencemarkan kepercayaan itu.


Di saat dia mengira detik bahagia, malang menimpa dan meragut Alfian dari hidupnya buat selama-lamanya.


Geram jugak dgn Pian tu. Dah la tinggal berapa jam lagi jer nak kawin ngan Fatiha, still nak gi tolong Anita yg jelas ada agenda nak memusnahkan kebahagian Alfian & Fatiha. Tak taulah apa nasib Fatiha setelah kematian Alfian. Ceritanya tamat setakat part Alfian ditemui mati dlm sebuah kemalangan bersama Anita.


------------------------
Kisah 3: Irama di Persisiran
139 mukasurat


Cerita ini ada manis dan ada pahitnya. Sesuainya dipanggil kisah 'bitter-sweet'? hehe.. apa2pun I'm quite satisfied with the ending walaupun bukan happy ending.


Atika rimas dengan cerita2 yg dibawa Fizah tentang kisah cinta asmaradananya. Lalu Atika cuba utk menutup mulut Fizah setelah berjaya membuat Fizah terlopong dengan kisah cinta rekaannya tentang kekasihnya yg ntah sapa2 bernama "Izudin Ahmad". Malang bagi Atika kerana Fizah rupa2nya kenal dgn Izudin ahmad malah telah mencanang cerita Atika kepada semua manusia yg dikenalinya.


ATika yg kaget menjadi bertambah kaget apabila 'kekasihnya' itu menghubunginya dan meminta mereka bertemu utk menjelaskan kedudukan sebenar kpd isterinya. Namun Izudin sbenarnya ada agenda lain. dia mahu Puan Marina percaya yg dia betul2 ada hubungan dgn Atika dan mahu urusan penceraian mereka dipercepatkan kerana dia telah dibuang Puan Marina ketika mereka hidup bersama, namun kini Marina mahu kembali kepadanya.


Permulaan itu telah membibitkan kemesraan antara Atika dan Izudin.


Geram betul dgn Mama Maria, mak tiri Atika yg tak malu datang minta duit dari janda suaminya. Seronok dan puas membaca perang mulut antara mama maria-atika. Puan Marina, x-wife Izudin tu rupa2nya adik kepada Mama Maria. Mama Maria tu apa lagi lazer la mulut dia dok ngutuk Atika perampas dan peruntuh rumah tangga org sedang dia tu sendiri perampas suami org dan merampas kasih bapa ATika yg sudah tidak pedulikan anak2nya dgn Puan Azizah.


cinta Atika sudah semakin kukuh buat Izudin yg sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya ketika berdepan dgn musuh2 cinta mereka iaitu Marina & Maria. Namun Atika tersentuh apabila mengetahui Izudin dan Marina ada anak kecil comel bernama Fifi. Tak tergamak dia merampas kasih dari Fifi. Mama maria tu merajuk sakan dgn suaminya yg mahu merujuk kembali dgn Pn. Azizah dan mahu menebus kesalahannya terhadap Atika (dua2 atika dan azizah menolak, tak mahu dah la laki mcm dia tu).


Dah la merajuk, anak2 ditinggal pulak pada Pn. Azizah. Hampeh nak mampus laki-bini tu. Atika menebalkan muka pergi memujuk Mama Maria (supaya ibunya tak payah bersusah payah menjaga anak2 mama maria). dan dengan menggunakan kuasa cintanya, dia memujuk Izudin utk kembali ke pangkuan Pn. Marina dan Fifi. Puan Marina terkedu dgn tindakan Atika yg sanggup mengorbankan cintanya dan membina semula masjid mereka yg telah roboh. huhu.. sedih giler... Tapi rasanya elok la daripada Atika membina kebahagiaan dari kesengsaraan orang lain.


------------------
Kisah 4: Hati Yang Terusik
118 mukasurat


Walaupun kisah ni dikategorikan happy ending, tetapi ini lebih kepada kisah bittersweet juga. Dalam manisnya cerita ini ada kepahitan yg perlu ditelan.


Yasmin, bukanlah dari keluarga miskin. Namun cabaran Maznah telah disambut penuh yakin utk bekerja di rumah Pn. Nora sbg pembantu rumah. Dan dia mahu membuktikan kepada Maznah yg dia akan bertahan lama di rumah itu. Anak2 lelaki Pn. Nora memang sangat baik tetapi Nabilah bukanlah mudah utk digula-gulakan malah Yasmin selalu menjadi mangsa herdikan anak kecil itu. Kehadiran Zaidi, adik Pn. Nora menambahkan pening kepala Yasmin dan hampir2 membuat dia menarik diri. Namun bila membayangkan Maznah tersenyum kemenangan, dia menjadi tabah dan terus meredah hari2nya sebagai pembantu rumah di situ. Dia bgtau makcik dia dia gi kelas menari sepanjang hari. hehe.. kena dok gi 'menari' kat dapur orang jadi tukang masak, tukang cuci semua tu.


Pelik juga mulanya sbb Pn. Nora tu kelihatan selalu menyebelahi Yasmin walaupun yasmin tu tak der la pandai masak. Rupa2nya ada kisah tersembunyi.


Gaduh-gaduh kecil dan besar antara Zaidi dan Yasmin menjadikan mereka saling terpesona namun dua2 tak reti nak meluah perasaan sbb dua2 macam rimau. pandai cari gaduh saja. Pn. NOra gembira dgn bibit2 yg semakin kelihatan itu namun hatinya gusar kerana sekiranya rahsianya terbongkar, sudah pasti Yasmin akan mengamuk.


Di saat cinta Zaidi dan yasmin mula seirama dan saling meluah perasaan, rahsia yg digenggam terlerai juga. Rupa2nya Pn. Nora adalah isteri muda ayah Yasmin! anak2 Nora adalah adik2 tirinya sendiri. Memang Yasmin mengamuk dgn bapanya tapi bapanya bijak memujuk dan menceritakan pengorbanan Nora utk keluarga mereka. Bapanya mahu kan anak2 lelaki tetapi ibunya sudah tidak mampu memberi zuriat kepadanya.


Rasa mcm cepat pula yasmin terpujuk malah menerima cinta Zaidi. Kelihatannya Yasmin bersetongkol dgn bapanya utk merahsiakan perkahwinan kedua bapanya.


----------------------------

Kisah 5: Saat Rindu Berdetik
135 mukasurat


Surprisingly kisah kelima ni aku paling suka. And surprisingly ni bukan happy ending. Aku rasa puas dgn ending cerita ni, walaupun sedih tapi puas hati.


Ridwan dan Azlin berkahwin atas kehendak keluarga. Azlin setia melakonkan watak sebagai isteri yg baik di hadapan ibu bapa mertuanya. Ridwan pulak masih setia dgn kekasihnya, Rozita. Rozita tu, sekali tengok terus maknya tak berkenan. Sosial giler penampilan dia dan memang tak masyuk dgn org yg set2 org2 kampung. Sebabtulah maknya memaksa dia berkahwin dgn Azlin.


Setelah 3 bulan, Azlin semakin menyintai Ridwan tapi Ridwan hanya tersenyum sinis dan tergelak besar setelah membaca luahan hati Azlin dlm diarinya. Namun kehadiran ibubapanya selama seminggu di rumahnya membuatkan Azlin melakonkan watak isteri yg baik dan menjamu Ridwan dgn makanan2 yg best2. Setelah ibubapanya balik, Ridwan mengalami sedikit kemalangan di dalam rumah dan Azlin setia merawatnya. Bayangan Rozita semakin menghilang dan dia mula menyedari keistimewaan Azlin yg dilihat oleh ibu bapanya. Rozita takkan mampu melayan Ridwan seperti itu.


Azlin gembira dgn perubahan Ridwan yang semakin mesra tetapi kehadiran Rozita di rumah mereka mengalih tumpuan Ridwan. Azlin lari balik kampung dan menanam tekad dalam hati, sekiranya Ridwan datang mencari dia dan membawa dia balik, dia akan memaafkan Ridwan dan percaya mereka akan bahagia bersama.


Akhirnya Ridwan kembali, tetapi dgn membawa berita yg merobek hatinya. Rozita mengandung setelah terlanjur dgn Ridwan dan Ridwan memohon kemaafan Azlin dan mahu Azlin setia bersamanya. Namun Azlin sudah terluka dan sudah tiada maaf buat lelaki spt Ridwan yg telah memusnahkan kepercayaannya. Duka yg disimbah Ridwan menjadikan Hati Azlin semakin cekal dan dia takkan tumbang.


Ridwan sudah kehilangan isteri yg terbaik utk dirinya dan tinggallah dia dgn Rozita yang manja giler dan kuat memerintah serta kuat membebel tu.. haha padan muka.


Yang kesiannya mak ngan ayah Ridwan la yg kempunan nak dapat menantu baik mcm Azlin sbb menantu2 dia yang lain semuanya lebih kurang jer mcm Rozita tu. Dah la tak der anak perempuan.. aduih...


datinella! dah baca blum kompilasi ni?


sure fine whatever
rinn



Sinopsis/blurb:


Kehadiran Luqman dlm hidup Fitrah membibitkan dua rasa. Perasaan benci dan rindu berselang seli menghantui dirinya. Ingin digapai cinta Luqman, nostalgia periuk nasinya dicurahkan pasir bermain-main di fikiran. Ingin ditolak cinta itu, Fitrah tidak tahan menanggung rindu. Ke mana haluannya kini dan di mana hatinya ingin diletakkan?

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah



kad raya pun hantar guna emel jer :) tapi ingatan tu yg penting kan?

 

 

Terimalah 4 rangkap pantun (pantun ke? tepuk dahi cikgu BM aku kalau tengok ni) yg special dari aku. haha... idea pagi2 Khamis 28 Ramadhan 1430H yang damai:

 

Ramadhan pergi

Syawal menjelma

Puasa tak abis lagi

Dah sibuk nak raya :p

 

 

Ramadhan pergi

Syawal menjelma

Kuih raya tak buat lagi

Susah2 gi beli aja

 

 

Ramadhan pergi

Syawal menjelma

Kita sambut Aidilftri

Doa dan al Fatihah buat yg telah tiada

 

 

Ramadhan pergi

Syawal menjelma

Kususun 10 jari

Ampun dan maaf kupinta

 

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN :)


--
Sure fine whatever
Rinn