Tuesday, October 20, 2009

Taman Negara 2009 (part 2)




18 Oktober 2009


Hari kedua dah kat taman negara. Malam tu aku tido nyenyak betui. Sejuk giler ekon.


Pagi tu dimulakan dengan nasi lemak yang sangat menyelerakan.. nyummm nyummm. Lepas tu bermula lah journey utk ke Kanopi Walkway yang femes tu. Jauh jugak la jalan kaki, panjat tangga, panjat bukit utk sampai ke Platform pertama Kanopi Walkway tu. Akhirnya merasa jugak lalu titi gantung taman negara ;) dan melihat pucuk2 pokok tinggi dari jarak yang dekat.


Lepas abis kat Kanopi Walkway, ada sesi RAPID. aku ingat ker rapid tu apa, kena naik bas ker apa, tapi rupanya tu sesi naik bot panjang tu laju2 sambil merentas arus deras. Fuhhh memang basah abis. Jenuh jugak aku nak mempertahankan kamera aku dari basah, so tak dapat la amik gambar banyak utk sesi rapid nih.


Lepas abis tu, kitorang dibawa ke Nusa Camp utk berehat dan mandi manda.


Lepas tu kitorang balik, berehat, solat, makan dan bersedia pulak utk jalan kaki ke Lubuk Sampon, eh, Simpon ke Sampon ek? *garu pala*. Tempat mandi manda jugak tu.


to be continued...


sure fine whatever
rinn

 





Taman Negara 2009 (part1)




17 Oktober 2009


Akhirnya kaki aku ni menjejak juga la ke sebahagian kecil Taman Negara. Dah lama teringin nak pi. Thanks Peah sbb sudi ajak. Memula tu segan gak tapi biler pikir balik, biler lagi nak dapat chance ni, so aku pi sajala.. bukannya apa... aku kenai Peah sorang jer. yang lain2 yg 8 org lagi tu kengkawan dia. Tapi ok wat, diorang semua baik2 dan mesre mesre belake.

 


Walaupun aku tak fully recover lagi masa tu, aku redah jer. Mak aku pun dah izin kan so, lagi la aku bersemangat nak pi.

 


Kitorang gi taman negara ni ikut entrance Kuala Tahan dgn menaiki 2 buah krete. Dok kat Chalet Agoh dan kitorang nyer Guide ada dworang, Zu dan Khairi. Memang diorang ni guide yang best.

 


Untuk entry pertama ni aku citer aktiviti hari pertama lah.. gambar2nyer korang leh tengok kat bawah (click zoom utk gambar yg lebih besar). Lepas siap makan dan solat, kitorang dibawa ke Gua Telinga dan Perkampungan Org Asli Bateq dengan menaiki bot panjang.

 


Laluan dlm Gua Telinga tu pendek jer cuma dari jeti nak ke Gua tu punya la jauh berjalan. Tapi tak boring la perjalanan tu sbb Khairi tak jemu2 citer pasai flora dan fauna yang ada sepanjang laluan kitorang.

 


Laluan nak masuk gua tu memang sempit. Aku takut aku tak celuih nak masuk jer. Tapi alhamdulillah aku selamat masuk dan selamat juga keluar. Patut la diorg suruh bawak torchlight, memang gelap gelita dlm gua tu. Air kat dalam tu sejuk dan banyak betui la kelawar. Kelawar tu kecik2 jer mcm saiz tikus rumah tu, tapi ada sayap. TAk der la nak teringat nak snap gambar sangat sbb dok sibuk merangkak dan menyusup kat dalam tu, aku ada snap 2 gambar jer. Takut gak kamera kesayangan aku tu basah kang nanti tak leh amik gambar dah pulak.

 


Part nak kuar dari gua tu yg aku ngeri sikit sebab kena panjat ke atas. Khairi tunggu kat atas kepala. Exit tu mcm lubang jer.

 


Memang seronok biler dpt kuar dari gua tu. Rasa mcm artis pun ada gak sbb ramai org kamera besar2 snap gambar. haha... dahsyat btul budak2 ni nyer kamera. Segan aku nak bwk kuar kamera aku.

 


Dalam perjalanan balik ke jeti kitorang singgah kat Perkampungan Orang Asli Bateq. Diorang ni memang penduduk asli Taman Negara. Ada la demonstrasi menyumpit dan menghidupkan api, and ada gak tunjuk cara2 nak buat peluru sumpit tu. Masa dengar tu aku ingat tapi biler dah balik sini aku dah tak ingat dah apa dia citer.

 

 

Ada gak la sesi bergambar kat perkampungan tu dan juga sesi bergambar skema dgn tok batin.

 


Mlm tu lepas makan malam yg sempoi, ada aktiviti berjalan malam sambil mengintai serangga malam. aku tak bawak kamera sbb kalau malam2 tangkap gambar memang nampak gelap jer la kamera aku tu. hehe.

 

 

to be continued...

 

 

sure fine whatever
rinn

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Friday, October 9, 2009

Trionovel Alaf 21 Bulan Oktober 2009

1. SAKSI CINTA

Penulis: Wana Amani
Halaman: 488
Harga: RM18.00
ISBN: 978-983-124-457-9

Sinopsis:


MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.



Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.


Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...

------------------

2. BEBUNGA KASIH

Harga: RM19.90
Penulis: Hani Fazuha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-462-3


Sinopsis:

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.


Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

-----------------------

3. JIWA MERINDU

Penulis: Erin Zehana
Halaman: 424
Harga: RM17.00
ISBN: 978-983-124-469-2

Sinopsis:


PERTEMUAN semula dengan Luqman benarbenar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.


Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.


Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.

Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Tuesday, October 6, 2009

Fitrah Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Ilahi Mysara
Tajuk Fitrah Kasih
Penulis: Ilani Mysara (Bonda)
Cetakan Pertama: 2008
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd
isbn: 9789831243671
463 mukasurat


"Rasa ini menjelma tanpa dipinta menyelinap di kalbu lalu menyelimuti hati"


Bagi yang mencari cerita tangkap nangis yang meruntun kalbu malbu semua, boleh ar baca citer ni. Memang sedih yang amat sangat membaca nasib Murni dalam kisah ini. Ilani Mysara memang dikenali dengan kisah2 alternatif begini yang bukan typikal. Kebanyakan ending kisah2nya aku agak sukar nak terima sbb aku suka happy ending. hehe.. tapi cara bonda end kan kisah ini aku rasa sangat berpuas hati. :)


Bagi aku cerita ini lengkap dan kemas isi dan penyampaiannya. Kita berasa sangat dekat dengan dunia Murni yang penuh cabaran. Dia bukanlah insan yg dilahirkan sempurna atau dalam suasana yg menjadi kebiasaan orang lain. Tapi anak yg tak tau apa2 itu adalah insan yg sangat tabah dan baik hati.


Cerita bermula dengan kelahiran Murni, anak yg dilahirkan Salmah setelah diperkosa bapanya sendiri. Ibu Salmah, Mak Itam malu kerana dia merupakan bidan kampung yg terkenal, dia tak mahu menanggung aib, lalu Murni diserahkan kpd org lain dan Salmah juga dihantar pergi.


Murni bukan sahaja lahir dlm keaiban, dia juga ditakdirkan badan bersisik dan gatal2. Keluarga angkat dia mula2 tak tau. Tapi lepas dah tau tu, mak angkat dia menyisihkan dia. Dia dijaga oleh org gaji. tapi bapa angkat dia baik. Lepas diorang dpt anak lain, Murni dikembalikan kpd Mak Itam. Tapi masa tu Murni dah bleh masuk sekolah la... Tapi kat sekolah Murni dipandang jijik malah digelar anak ular. Memang sedih la keadaan Murni yg sentiasa dipandang serong. Dia decide utk tidak bersekolah dan mula bekerja di ladang sayur Tauke Chong.


Mak Itam menjaga Murni dgn rapi dan menggunakan kepakaran dia dalam perubatan tradisional utk merawat kulit Murni. Menjelang usia 16 tahun, Murni adalah pekebun sayur yg cantik molek. Anak Mak Itam, Omar yg pernah memandang jijik pada Murni pun sudah terpikat dgn kecantikan Murni.


Omar ni la antara watak yg buat aku rasa geram dan berdebar, dah la dia sorang anak lelaki Mak Itam, dan perangai pun ada iras2 suami Mak Itam yg bernafsu binatang tu. Murni dan Mak Itam bekerja utk menyara anak2 Mak Itam yg masih belajar, Saodah, Omar dan Salmiah. Salbiah adalah anak mak itam yg paling rapat dgn Murni.


Suatu hari Murni dikejutkan dgn kepulangan Salmah. Mulanya ia tak tau yg Salmah tu lah ibu kandungnya, tapi lama-kelamaan terbongkar juga kisah sebenar. Salmah mengidap penyakit kelamin dan Murnilah yg menjaganya sehingga dia menghembus nafas terakhir.


Kematian Mak Itam menambah lagi kesengsaraan Murni. Omar menuduh Murni dpt byk harta Mak Itam sedangkan dia dpt duit lebih kurang seribu ringgit sahaja. Apa sangat lah harta yg Mak Itam ada. huh, geram betul dgn watak Omar masa nih. rasa macam nak sumbat masuk dlm blender dan mesen sampai lumat! Dah la Murni yg bersusah payah bekerja utk menyara pelajaran dia, bleh dia tuduh Murni macam2. Dh tu siap bawak balik kawan lelaki sampai 5 orang mai tido rumah dia. Lagi la Murni tak sedap hati. Shah (salah sorang kwn Omar) terpikat dengan kebaikan Murni, tapi Murni sedar keadaan dirinya dan cuba utk tidak menghiraukan Shah. Lepas Murni terpijak parang, Shah yg merawatnya, semakin menyentuh hatinya. Omar mengamuk biler nampak Murni rapat dgn Shah. Dia tuduh macam2. Dalam keadaan luka berdarah, Murni keluar dari rumah dan menumpang di pondok tauke Lim.


whoaaa banyaknya nak citer!! tapi ni baru lebih kurang separuh cerita, banyak lagi yang Murni tempuhi. Cinta Shah pada Murni memang ikhlas, tapi keluarga Shah sendiri tak suka Murni. Sedih betul. Tapi akhirnya diorang bertemu semula dan tanpa disangka-sangka Shah sendiri menyimpan derita dan mereka bersama akhirnya menempuh saki baki hidup dan terbukti Murni adalah menantu yg terbaik.


Aku rasa paling sedih biler Salbiah yg berubah sikap setelah berkahwin dgn org kaya, kalau tak, dia lah yg paling rapat dgn Murni.. Kesian Murni terpaksa membawa diri ke Kundasang.


Tahniah buat penulis, Bonda Ilani Mysara. Semoga cepat sembuh dan teruskan berkarya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Murni ditakdirkan lahir sebagai anak yg tidak suci atau lebih tepat lagi hasil daripada perbuatan sumbang mahram. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian ALLAH dia rela menerima. Hidupnya setiap hari dihiasi dgn cacian dan hinaan. Lantas, pada siapa dia harus mengadu? Sebagai manusia yg punya perasaan, hatinya sentiasa merintih pedih.


Darahnya dikatakan kotor dan keturunannya dianggap tidak baik utk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpaksa melupakan rasa cinta yg mula berputik di jiwa. Dengan memegang status anak tidak sah taraf, dia sering menghumban dirinya ke lembah yg paling hina. Biarlah.. dia rela berkorban andai itu suratannya.


Seandainya dia memng tidak layak utk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? Kalau darah ini tidak serupa yg halal, mengapa ada cinta senandung di hati? Biarlah... buat apa hendak diharap burung yg terbang kalau diri merayap di bumi.


"Shah... Apa yg aku buat sekarang adalah sebagai pengorbanan. Aku terpaksa, Shah. Aku gadai cinta aku semata-mata demimu. Ketahuilah, walau apa jua yg berlaku, hati ini tetap milikmu. Aku berharap suatu hari nanti, kau ketemu jodoh yg lebih baik."


Bacalah demi satu keturunan yg bakal anda cipta.


http://www.alaf21.com.my

Percayalah... Akhirnya Jumpa Khairyn :)




haha aku suka tajuk entry nih..


Percayalah... Akhirnya adalah novel sambungan kepada novel sulung keluaran Jemari Seni 3 tahun yang lalu. Sempena ulang tahun ke3 akhirnya Atiqah dan Danial kembali bertemu kita. Bagi yg belum mendapatkan novel Percayalah, boleh jer beli secara kombo dengan novel terbaru ini hanya dengan harga RM33 sahaja. yg ni kena order online lah.. boleh semak kat website Jemari Seni jugak.


Satu pertemuan yg telah diatur akhirnya menemukan kitorang dengan Khairyn Othman, penulis berbakat besar yg balik bercuti kat sini. Akhirnya bertandatangan jugak lah novel Dame Zoete Sarahku itu. Tak sabar menunggu buah tangan terbaru dari novelis ini.


ni ada serba sedikit gambar sekitar majlis kecil tersebut. Aku nyaris nak amik bas terus balik kampung, tp ada makcik tu warning nak blasah aku kalau tak pi. so aku pun pi lah, walaupun gaya eksyen giler.


sure fine whatever
r1nn

Sungguh Aku Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Anis Ayuni
Sungguh Aku Cinta
Penulis : Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009
500 mukasurat
isbn: 9789831244333
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90


"Walau ke mana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini"


Tidak hilang identiti kisah manis-jiwang dari nukilan Anis Ayuni walaupun ini kali pertama kisah cinta darinya yg digarap degn menggunakan sudut pandangan orang ketiga.


Kisah kali ini tentang Maira dan Fajar yang sama-sama meminati aktiviti lasak. Aktiviti2 sebegitulah yg dimanfaatkan oleh Fajar utk mendekati Maira yg sukar ditawan hatinya. Maira sentiasa mengelak walaupun semua org tahu Fajar mengejar cintanya. Selepas kena blasah dgn bekas suami Maira barulah Fajar tahu kisah sebenar. Maira pernah berkahwin ketika belajar di luar negara dan sekembalinya ke Malaysia, dia diceraikan kerana Azhan nak kawin dgn Sofia yg enggan dimadukan walaupun Maira rela bermadu.


Maira meneruskan hidup dan kerjanya sbg janda muda dan dia sentiasa merahsiakan statusnya supaya kisah sedih tidak diungkit semula. Serangan Azhan tidak mematahkan cinta Fajar, malah dia lebih bertekad utk memiliki Maira. Maira akhirnya menyambut cinta Fajar tetapi ibu Fajar tak mahu anak terunanya memperisterikan janda walaupun dia tahu Maira tu baik dan pernah membantunya semasa diragut.


Fajar diminta memilih sama ada ibu tersayang atau Maira. Fajar akur memilih ibunya namun dia berjanji tidak akan bekahwin melainkan kalau Maira yg menjadi isterinya. Dalam kemenangan, ibu Fajar kalah sebenarnya.


Tragedi yg menimpa adik Fajar, Nur Suria yg sama mcm maknya tak suka Fajar kawin ngan janda. Namun dia kini berada dalam situasi Maira apabila suaminya meninggal dunia dlm sebuah kemalangan. Tinggallah dia bersama anaknya yg masih kecil. Kemudian, seorg jejaka bujang mahu memperisterikannya. Ini membuatkan Nur Suria dan ibunya terfikir begitulah keadaan Maira apabila Fajar mahu memperisterikannya. Dpt kah Fajar mengejar cinta Maira sedangkan Azhan sudah kembali menagih cinta dari Maira. Tapi Maira sudah serik dgn cinta.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb


Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yg janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yg sudah berkecai.


Maira bangkin mendepani takdir. Bukan serik utk bercinta lagi tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.


Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yg tidak bahagia utk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yg sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.


Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Monday, October 5, 2009

Carta MPH Alamanda 1 Oktober 2009

1 Oktober yg lalu aku sempat singgah MPH Alamanda. Tak beli buku pun, masuk ronda2 tengok buku pun jadilah. ni carta utk 1 oktober. Yg sebelum atau selepas tu aku tak tau lah. tapi carta hariannya memang tak menentu. utk 1 oktober senarainya ialah:


1. Aku Bukan Billy Miligan
2. Cinta Aku dan Dia
3. Ilham Hati
4. Baju Pengantin Mak Andam
5. Sungguh Aku Cinta
6. Rindu Untuk Dia
7. Gerimis Rindu
8. Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
9. Ucapkan Kau Rindu
10. Hanya Dia Tahu


huhu.. banyak lagi yg aku tak baca.