Monday, February 21, 2011

Doa Terakhir

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Fuad Hj Sam
Doa Terakhir
Penulis: Fuad Hj Sam
Novel Islamik Alaf 21
Editor: Norlizawati Yaakob
Cetakan 1 - 2011
RM17.00
Sabah/Sarawak: 20.00
423 mukasurat
http://www.alaf21.com.my
9789831246207


"Seuntai ucapan mampu mengubah erti kehidupan"


Kisah dalam novel ini lebih berbentuk collective dan tiada tumpuan fokus kepada satu2 watak sahaja. Penulis menceritakan beberapa kisah yg melanda kawasan kampung. Kebanyakannya ada kaitan dgn gangguan syaitan dan amalan khurafat yg menjadi kepercayaan penduduk kampung. Dari sekecil-kecil kes sehingga ke sebesar-besar kes, penduduk kampung gemar merujuk kepada bomoh walaupun di situ ada klinik kesihatan dan ustaz yang berpengalaman untuk membantu dalam hal-hal mistik, masalah kesihatan dan kekeluargaan.


Dendam, iri hati, keinginan yg membuak-buak juga membuat amalan ilmu hitam Nenek Besar menjadi keperluan demi melunaskan kehendak hati.


Penulis banyak berkongsi tip-tip amalan beserta bacaan yang elok diamalkan utk melindungi diri dengan nama Allah.


Antara kisah menarik di kampung itu adalah Tuan Musa dan isterinya yg jelita Norita. Walaupun sudah beristeri cantik, Tuan Musa sering mencari hiburan luar sehingga anak isteri terabai. Apabila Norita cuba mendapatkan bantuan Ustaz Kamal dan isterinya, Ustazah Fatimah, Tuan Musa mengamuk dan membelasah isteri sendiri membuatkan Norita terpaksa melarikan diri dan cuba mendapatkan penceraian melalui prosedur mahkamah. Kebencian membuak2 membuatkan Tuan Musa cuba menghantar 'tuju-tuju' kepada pasangan ustaz ustazah itu dgn bantuan nenek besar.


Pak Ali pulak terlalu gilakan cikgu muda di sekolah anaknya. Dia cuba guna-gunakan cikgu tu hingga cikgu tu termimpi-mimpikan orang tua yg kaki skodeng tu. Balasan yg menimpa Pak Ali mengaibkan diri dan keluarganya.


Samsudin dan Latifah sudah beberapa bulan mendirikan rumah tangga tetapi Latifah masih dara. Samsudin tu pernah bercinta dgn Maz. Aku ingat ka Maznah, tapi Mazlan rupanya. Setelah berkahwin, dia terputus hubungan dgn Maz lalu menjadikan budak sekolah sbg pemuas nafsunya. Dia mengumpan macam2 pada budak skolah tu yg sememangnya dah ada taste songsang. Latifah cuba mengembalikan suaminya ke jalan yg benar dgn bantuan Ustaz Kamal dan Ustazah Fatimah tetapi pertemuan semula dgn Maz membuat Samsudin kemaruk cinta nafsu lagi dan kali ini Maz menghadiahkannya dgn HIV.


Tuan Musa mati dalam sebuah kemalangan dalam keadaan yg sangat sangat mengaibkan. Menunjukkan balasan Allah tak semestinya di akhirat.


sure fine whatever
rinn




blurb/alongside@multiply/sinopsis belakang buku


Ustaz Kamal menghadapi dilema dalam menegakkan syiar Islam di kampungnya. Penduduk kampungnya lebih taksub dengan amalan khurafat dan mempercayai bomoh-bomoh yang menggunakan syaitan laknatullah sbg pengantara. Malah ustaz Kamal dipukul dgn teruk oleh suami Norita, Tuan Musa hanya kerana mengajar Norita tentang agama.


Norita sendiri teruk disiksa oleh Tuan Musa. Cubaannya melarikan diri juga gagal. Dia dikurung dan tiada sesiapa yg dibenarkan berjumpa dengannya.


Norita hanya mampu menangis dan bermohon kepada ALLAH agar meringankan siksaan yg ditanggung. DOA TERAKHIR, merubah segala galanya.

Majlis Pelancaran Juara Carta Cinta

Ada sapa2 free weekend ni? Lynn Dayana menjemput rakan2 pembaca ke majlis pelancaran novel terbarunya yang akan diadakan di MPH Subang Parade pada 26 Februari 2011 dari jam 2.00 hingga 4 petang. Semangat tengok dia menyediakan goodies bags utk peminat2 yg datang nanti. Jgn lupa bawa your JCC utk ditandatangan ya? :)

 

JIKA BENAR CINTA, pastikan HAK CINTA TERPELIHARA kerana tiada TARIKH LUPUT CINTA dalam CINTA EDISI TERHAD yang sentiasa menjadi JUARA CARTA CINTA ini.

Great titles! Makes me think "WHAT'S NEXT?"

 

Karnival KarangKraf 2011




Walaupun hujan hujung2 bulan Januari yg lalu, aku redah jugak pi dgn uda walaupun aku terpaksa drive. haha.. semangat tu :) pestaim ni aku drive sampai shah alam! berbaloi. Adik aku siap order aku langgankan majalah klik sbb dia nak goodies album terbaru G-Dragon (korean) bertajuk HEARTBREAKER :)

NB celebrated Birthdays with Friends




Bulan Januari yg lalu Norhayati Berahim telah mewar-warkan jemputan ke rumah beliau bagi meraikan harijadi bersama rakan2 pembaca dan penulis serta anak2. Macam pegi kenduri :) Semua yg hadir dan dilahirkan pada bulan januari telah diraikan pada hari tersebut dalam suasana santai dan mengenyangkan ;)

Sunday, February 20, 2011

Pesta Buku Kanak-Kanak 2010




haaa di sini lah aku spend cuti krismas haritu. jalan2 perabis duit beli buku :) nama jer pesta buku kanak2, tapi org tua ni yg beli lebih2 haha. paling best booth mph, rasa mcm takmo balik sbb nak belek SEMUA buku kat situ, diskaun dia 90PERATUS!! aku beli buku yg RM29.90, kena bayar RM2.90 saja. ada yg beli buku RM111.00 kena bayar kat kaunter RM11.10 saja. perghhh best.

Jom Heboh Disember 2010




Aku sempat gi jom heboh penutup 2010 :) Best gak jalan2 tengah panas sambil menggendong beg yg penuh dgn jajan. haha.

Jemari Seni: Bicara Buku V




Pd 27 November yg lalu aku sempat join Bicara buku yg dianjurkan buat kali ke 5 oleh jemari seni sejak siri Bicara Buku mula dijalankan oleh Jemari Seni. Rasanya aku penah post hasil perbincangan di dalam review Antara Safa dan Marwah dgn 26 Episod Gossip. Ni antara gambar2 yg sempat aku snap. Masa ni aku biol weng sikit. mood nak amik gambar pun merudum lagi pun bateri pun dah nak abis. apa2pun ni lah gambar2nya.