Wednesday, March 16, 2011

Tsunami di Jepun

Gambar-gambar dari yahoo search image

Tsunami di Jepun...
Lokasi yang tidaklah jauh mana dari kita
Adakah ini masa bersenda?
Simpatilah...
Muhasabahlah diri sendiri
Insaflah...
Kerana kita tak tahu bila Allah akan uji kita pula
Ujian yang kita dapat sebelum ini tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan tsunami di Jepun.
Apa perasaan kita bila kita dalam musibah tapi orang lain mempersendakan kita?


Ada sebab mengapa ada kata-kata "Dunia ini hanya pinjaman"
Allah meminjamkan segala-galanya kepada kita.
Jika DIA nak ambil balik,
sekelip mata sahaja semuanya akan hilang dari kita
Rumah, kereta, harta benda,
saudara mara, ibu bapa, adik-adik, anak-anak, suami, isteri,
tangan, kaki, penglihatan...
matahari, bulan, bintang, langit
Semua itu adalah pinjaman
dan pemilik yang abadi hanyalah ALLAH
DIA akan ambil balik hakmilikNYA bila tiba masanya
Fikir dulu sebelum dengan riaknya kita mengucapkan "Ini aku punya!"


Bersyukurlah kerana kita masih hidup
Menyedut udara yang Allah pinjamkan.
Sudahkah anda berterima kasih kepada ALLAH hari ini?
Alhamdulillah...
Ucapkanlah Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
(Berjuta kali kita ucapkan pun, setarakah dengan nikmat yang kita terima?)
Syukur kerana KAU membenarkan aku dan orang-orang yang aku sayangi bernafas lagi hari ini.


Apa balasan yang Allah minta dari kita untuk semua nikmat ini?
DIA cuma mahu kita sentiasa ingat pada DIA
ikut perintahNYA

 

Aku kagum dengan orang Jepun yang masih tebal disiplinnya walaupun dalam keadaan darurat. Kalau tempat-tempat lain, kita tengok berebut-rebut ambil makanan dan air. Tapi kalau di Jepun tu diorang masih beratur dengan penuh tertib dan sabar menunggu giliran.

sure fine whatever

alongside

 

http://www.4shared.com/audio/7c3vEAiN/uji_rashid_hail_amir_-_dunia_h.html

Dunia Ini Hanya Pinjaman (Hail Amir & Uji Rashid)

dunia ini hanya pinjaman
hidup insan tak kekal lama
dunia ini hanya pinjaman
hidup insan tak kekal lama

cari ilmu isikan dada
bekal kita di hari muka
cari ilmu isikan dada
bekal kita di hari muka

usahlah kita lupakan pada insan
yang hidup menderita
marilah kita sama mendoakan
semoga sejahtera

buat baik berpada pada
jauh diri dari bencana
buat baik berpada-pada
jauh diri dari bencana

tiada guna hidup sengketa
jujur ikhlas disanjung mulia
tiada guna hidup sengketa
jujur ikhlas disanjung mulia

hidupnya insan penuhlah cubaan
haruslah berwaspada
marilah kita sama mendoakan
semoga sejahtera

jangan mudah berputus asa
tiap usaha ada balasannya
jangan mudah berputus asa
tiap usaha ada balasannya

teguh iman di dalam jiwa
cari jalan hidup bahagia
teguh iman di dalam jiwa
cari jalan hidup bahagia

usahlah kita mudah terpedaya
indahnya alam maya
marilah kita sama mendoakan
semoga sejahtera

Monday, March 14, 2011

Dari Kerana Mata

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Norhayati Berahim
Dari Kerana Mata
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Suraya Yacob
Cetakan 1 - Januari 2011
Terbitan NB Kara
870 Mukasurat
RM28.00
RM31.00 (sabah/Sarawak)


"Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti"


Jaliha selalu dipukul ibunya (Ramona) sedangkan anak-anaknya yg lain, Johari dan juriah tak kena pulak. Nasib baik ada Nek Senah yg sentiasa menyokong dan membantu Jaliha mematahkan ayat2 pedas menyakitkan yg dilontarkan Ramona kepada Jaliha.


Berpindah ke tempat baru menemukan Jaliha dan Johari dengan Atan. Seorg budak yg menjual lastik utk membantu neneknya mencari wang. Walaupun masih budak-budak, dia sering membantu Tok Daud mengajar anak-anak di kampung itu mengaji. Atan memang seorg anak yg rajin. Ketulusan hati Jaliha dalam melayannya sebagai sahabat membuat Atan mengganggap Jaliha sangat baik dan bercita-cita mengahwini Jaliha bila dewasa nanti. Johan pun baik juga dgnnya. Jaliha tak pernah lokek meminjamkan basikal kpdnya.


Nenek Atan meninggal dunia dan Atan dibawa pergi tinggal bersama sebuah keluarga yg kaya raya. Sejak itu dia terputus hubungan dengan Jaliha.


Di sana Atan membesar sebagai Nik Azri yang masih menanti detik pertemuan semula dengan Jalihanya. Selepas Jaliha, tidak pernah muncul sesiapa yg setanding Jaliha. Kalau anak2 orang kaya yg lain gemar mengumpul kereta, Nik Azri gemar mengumpul basikal dari bermacam-macam negara sbg koleksi peribadi.


Hidup Jaliha bertambah baik setelah ibunya berkahwin lain. Ingat ka bapak tiri dia tu nanti garang dan jahat, tapi rupa2nya lelaki itu sangat bertimbang rasa dan jauh lebih baik dari ibunya yg gemar memukulnya.


Jaliha membantu sahabatnya, Zaitun menjaga anaknya Akim setelah suami Zaitun hilang tanpa berita. Kalau tengok cara Zaitun melayan Akim, hampir2 sama seperti Ramona (ibu Jaliha) melayan Jaliha semasa kecil dulu. itu yg membuat Jaliha sangat protektif terhadap Akim.


Jaliha tu buka butik pengantin. Keputusan ibu bapa Nik Azri utk mengahwinkan Nik Azri dengan Diana telah menemukan Nik Azri dengan Jaliha di butiknya.


Nik Azri ambil masa jugak utk siasat sikit2 sebelum betul2 confirmkan sama ada itulah Jaliha yang dicari-carinya. Takut nanti silap orang pulak. Ternyata itulah yg dicari-carinya :) tapi Jaliha kenal lagi ke Atan tu?


Buku ni sangat tebal. Mungkin sebab NB tak banyak menggunakan teknik flashback. Beliau lebih banyak bercerita dari mula sampai habis. Dari kecil sampai dewasa, so kisahnya menjadi sangat tebal. NB banyak menyelitkan kisah2 dan ayat2 pengajaran utk renungan kita bersama.


sure fine whatever
alongside




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis:


Bolehkah dipercayai cinta seorg kanak2 yg tidak punya apa2? Bolehkah dipegang segala janji dan kata2? Bagi ramai org, cinta seorg kanak2 hanya cinta monyet, cinta yg cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yg akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok ke pokok dan pergi tanpa apa2 rasa?


Tetapi bagi seorg anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yg datang dari mata turun ke hati. Cinta yg memicu dia terus berdiri dan berlari.


Cinta bagi seorg kanak2, ianya terlalu jujur utk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Sunday, March 13, 2011

Advencer Si Peniup Ney

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Faisal Tehrani
Advencer Si Peniup Ney
Penulis : Faisal Tehrani
Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Cetakan Pertama 2005
Cetakan Kedua 2006
RM19.00
9789676117625
236 muka surat


Pemenang Hadiah Sastera 2004 Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja


Kisah pengembaraan seorang anak muda bernama Sulaiman bersama sekumpulan 40 Jin Islam ke Negara Fantasia. Jin-jin Islam bimbang kerana remaja mereka semakin rosak di Negara Fantasia yang terletak di atas awan. Hiburan menjadi pujaan mereka, nama Tuhan sudah lama dilupakan. Atas nama musik dan souti samad, Sulaiman berjaya bertapak di Fantasia sebagai salah seorang peserta bersama 40 jin pengiringnya. Ada yang meminatinya kerana wajahnya, ada yang meminatinya kerana suaranya dan ada yang meminatinya kerana landasan musik yang dibawanya adalah kerana Allah.


Banyak perkara tentang musik yang dikongsi dalam karya ini membuatkan kita mengkagumi nikmat Allah. Ada jin yang dihantar sbg pengintip utk mengintip aktiviti kelas muzik Sulaiman yg mengundang rasa kurang senang Raja Jin Bertindik Satu, pemerintah Negara Fantasia.


Konsert pertama yang disertai Sulaiman telah melonjakkan namanya. Puteri kepada Raja Jin Bertindik Satu sangat terpikat dgn ketampanan Sulaiman lalu meminta Ayahandanya memastikan Sulaiman menjadi guru kelas muziknya. Mula-mula tu nampak macam nak belajar tapi lama-lama, dia semakin berani menggoda Sulaiman sehingga cuba meragut kesucian Sulaiman. Eh terbalik? apala nak jadi anak jin nih. Puteri Simone menfitnah mengatakan Sulaiman yang cuba meragut kesuciannya lalu Sulaiman dipenjarakan.


Dalam penjara, dakwahnya tidak terhenti. walaupun masih muda remaja, dia tidak pernah berhenti menyebarkan keagungan agama Islam. Salah sorang lelaki di situ bermimpi dan setelah keluar dari penjara, mimpi yang ditafisrkan Sulaiman adalah benar belaka. Lalu apabila Raja Jin bermimpi, lelaki itu mencadangkan agar baginda mendapatkan tafsir mimpi baginda dari Sulaiman. Takwil mimpi Raja Jin yang diberikan Sulaiman adalah sangat tepat apabila negara fantasi dilanggar pesawat boeing. Kalau tak MAS mesti AirAsia kan? haha. Kesedaran melanda negara Fantasia yang kemudiannya dikenali sbg al-Hidayah.


Kembara seterusnya membawa Sulaiman ke tengah samudera bertemu jin laut pulak, Andak dan Mahajara Tenggiri yang belum pernah mendengar tentang Islam. Dengan nama Allah, Sulaiman berjaya menyembuhkan Maharaja Tenggiri dan dia bersama rakan2 jin pengiringnya dibenarkan menyebarkan Islam di situ. Terharu rasa macam nak nangis bila Maharaja Tenggiri dapat meneka siapa Sulaiman lalu mencium tangannya sbg tanda jin menghormati manusia.

sure fine whatever
alongside


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
melangsungkan kesinambungan iltizam memasyarakatkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi rangsangan u tuk menyuburkan pertumbuhan pengarang generasi baru dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi mutunya.


Advencer Si Peniup Ney

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk seronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan; emm, cita rasa, cita rasa!


40 remaja berwajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janjij abadi: Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.


Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

Doktor Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Dyadila
Doktor Cinta
Penulis: dyadila
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
823 mukasurat
9789675067679




"Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata"


Mazliana Haji Nordin memang ada aura periang dan sentiasa ada saja idea utk bersuara. Dia ada kebolehan utk membuat org percaya. Kelebihan ni membuat aku teringat pada heroin cerita 'My Girl'. :)


Bagi yg suka baca buku tebal-tebal, memang elok lah baca buku ni. Kejadian-kejadian yg diceritakan dalam novel ini membuat kita turut sama tersenyum-senyum dan ketawa lepas.


Pertemuan pertama Iskandar (dan zikri) dengan Mazliana adalah ketika Iskandar cedera semasa bermain bola sepak. Zikri bawa Iskandar ke sebuah klinik dan bertemulah mereka dengan seorg doktor yang pelik. Masa tu Mazliana tengah mencuba pakaian kakaknya yg merupakan doktor kat situ, sekali ada pesakit datang, jadi dia 'rawatlah' mana yang patut. haha. Mau tak pelik, pegi klinik tapi kena urut.


Kehadiran Mazliana ke Pejabat mereka untuk mengenakan sahabat baiknya Syamin membuatkan Iskandar bersetuju utk menggajikan Mazliana sbg kekasih olok-olok supaya dia tidak dipaksa berkahwin dgn Natasha yang merimaskan.


Masalah timbul apabila mak bapak Iskandar berkenan sangat2 dengan Mazliana dan berhajat menjadikannya menantu. Iskandar meminta Mazliana utk meneruskan lakonannya dan upah yang menantinya sangat lumayan. Mazliana ni guna duit tu utk bantu adik angkatnya berniaga. Dia ni jenis main2 tapi baik hati.


Jadi bertunanglah mereka. Iskandar masih menemui kekasih lamanya Julia Hana. Dia tak berani nak berterus terang dengan ibunya sbb Julia Hana ni pernah meninggalkan dia utk lelaki lain dan kejadian itu membuat ibu Iskandar membenci Julia Hana.


Ibu dan bapa Iskandar memang sudah jatuh hati dgn tunangan Iskandar malah Zikri turut terpikat dgn keletah Mazliana walaupun dia tahu Mazliana dibayar utk berlakon sbg tunangan Iskandar. Bukan mudah untuk Julia Hana menjatuhkan Mazliana tetapi akhirnya dia berjaya dan kejadian itu melontar Mazliana ke lembah yang paling duka tetapi bagi gadis yg sekuat Mazliana, dia mencari ruang untuk bangkit.


Iskandar lebih cintakan kecantikan di mata berbanding keindahan hati. Tapi agak tersentuh juga dengan pengakuannya yg dia cuba kurangkan perhatian kepada Mazliana kerana dia percaya Zikri turut berminat dengan Mazliana. Lembaran hari yang berlalu menjadikan Iskandar lebih dewasa dan matang. Tapi cukup ke utk menawan hati Mazliana Haji Nordin yg sudah terluka? Tak sangka Zikri pun dapat ending yg manis. :)


sure fine whatever
alongside








sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Mazliana Haji Nordin gadis yg hidup dgn 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yg sentiasa diamalkan dlm hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dala lakonan sbg tunang kpd mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...


Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?


Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?


Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorg dlm diam. Senyap adalah jawapan terbaik.


Julia Hana: Cinta memang pelik tetapi cinta juga kadang kala buat aku terpaksa.


Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dgn aku jangkit takut bercinta.


Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?







Di Hujung Ranting

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Indah Hairani
Di Hujung Ranting
Penulis: Indah Hairani
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
Cetakan 1 - 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
567 mukasurat


"Dia tidak pernah menyakiti namun dia disakiti. Malam pertama tidak seindah yg diimpikan, namun dia tetap pasrah"


Mawardah, seorang gadis bak bunga pada pandangan Adi. Dia juga seorg gadis yg berjaya mencuri hati Amar tanpa disedari. Namun hasrat hati seorg rakan baik arwah ibunya membuat dia menerima pinangan Datin Fatimah utk anak lelakinya, seorg duda bernama Hakim. Kebetulan pula Hakim itu adalah abang kepada Amar.


Hakim sekadar menurut kata org tua tetapi dia belum dapat menerima Mawardah sepenuhnya. Perkahwinan Hakim dgn Mawardah membuat Fatin, bekas isteri Hakim, rasa tercabar dan mahu memiliki Hakim semula. Background perwatakan Hakim sbg seorg ahli perniagaan yg berjaya kelihatan goyah apabila mudah saya terpedaya dgn Fatin dan akhirnya mereka rujuk kembali.


Fatin mempergunakan org gaji ibu mertuanya, Tanti. utk menyalurkan rasa benci ibu mertuanya kpd Mawardah secara ilmu hitam. Dia cuba menggunakan cara yg sama utk mengenakan Mawardah tetapi kebaikan Mawardah telah melembutkan hati Tanti.


Pertimbangan Hakim sbg lelaki beristeri dua teruji apabila kedua2 isterinya mengandung. Jelas dia lebih memberiknh perhatian kepada Fatin malah setelah Fatin keguguran pun dia terus rasa terikat dgn Fatin. Datin Fatimah sendiri pun lebih mementingkan kesihatan dan emosi Fatin (yg pernah dibencinya) berbanding Mawardah yg sedang sarat mengandungkan cucu pertamanya.


Mawardah adalah watak yg seperti dipermain-main kan dalam cerita ini. Macam bola ditolak ke sana sini. Seperti tiada yg simpati pada dia. Kalau ada pun yg simpati, tak buat apa2 yang boleh membantu. Mawardah sendiri seperti membiarkan segala-galanya begitu. Penulis mungkin menggunakan perwatakan begini utk meraih simpati pembaca utk turut bersedih. Terasa seperti org yg baik tidak berbela dan mungkin membuat mood ketika membaca pun jadi muram dan turut bersedih.


sure fine whatever
alongside

sinopsis/blurb


Dua insan dan dua isteri yang berbeza. Mawardah penuh dengan kelembutan, tidak melawan dan sentiasa aku. Fatin penuh kemanjaan, sentiasa ingin menang dan menguasai dan agak kasar sikapnya. Namun kedua-duanya dicintai. Apakah aku silap mencintai dua wanita dalam satu masa? - Hakim


Dan bermula dari saat itu luka2nya semakin berdarah. Dia seakan mendendami hidup. Kesengsaraan itu membuat dia sedar bahawa dia tidak sempat mencintai Mawardah. Cinta yg belum sempat diungkap. Lantas dia menyimpannya kembali jauh di dasar hati. Dan melihat kesengsaraan yg dilalui oleh Mawardah membuat dia menderita. Dia tidak rela Mawardah diperlakukan Hakim sedemikian. -Amar


Betapa kaku hati seorg Hakim bin Dato' Hashim. ini. Tidakkah dia mengerti bahawa luka seorg isteri bernama Mawardah ini? Kalau kau dapat melihat apa yg ada dlm hatiku, kau akan lihat luka yg telah kau calar2kan ini. - Mawardah


Rasa hiba memenuhi ruang dadanya. Hanya Allah yg mengetahui apa yg dirasakan saat itu. Selesai mengaminkan doa, menangis di riaan Hakim. Pertama kali dalam hidupnya, dia rasa terlalu kecil dan hina. Dlm waktu yg sama rasa berdosa dan bersalah mendesah dada. -Fatin

---------
Saya 'lahirkan' Mawardah dalam rupa dan jiwa yg tulus. Menjadi lambang ketabahan seorg insan bergelar isteri, yg sarat dgn cinta dan kemaafan. Tidak pernah menyakiti sekalipun dia disakiti. Kita akan tersenyum di saat dia tersenyum dan kita akan menangis di saat dia menangis. Di saat dia hilang, kita ikut mencari dan menyusurnya. Dia menjadi kekuatan dalam Di Hujung Ranting.
~Indah Hairani~

Thursday, March 3, 2011

Cinta Aku Seadanya

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Murni Aqila
Cinta Aku Seadanya
Penulis: Murni Aqila
Editor: Ruzita Awaludin
Terbitan alaf 21 sdn bhd
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
9789831245965
www.alaf21.com.my




"Jangan kau kata cinta andai tak bisa membahagiakan"




Bagi aku, ini adalah jenis buku yg aku baca tanpa sebarang ekspektasi kerana karya pertamanya membuat aku berhati-hati dalam memilih tajuk novel utk dibaca. Tapi Covernya yg menarik membuat aku membaca dan dari awal pagi lepas subuh, hingga petang. memang aku selamat habiskan cerita ini. Memang bila dah start tak boleh lepaskan. mesti baca sampai abis. Tahniah kepada penulis kerana peningkatan penceritaan dan penggabungan plot cerita yang sangat sangat membanggakan berbanding novel pertamanya dulu. Keep up the good work :)


Watak utama cerita ni adalah Syifa, seorg gadis yg membesar dalam dunianya yg tersendiri kerana dia takut menghadapi dunia luar yg memandang ngeri pada keadaan wajahnya yg bertempek tanda lahir. Cercaan dan sindiran yg diterima sejak zaman sekolah membuat dia menjadi seorg yg sangat merendah diri malah dia sanggup utk tidak ke universiti walaupun keputusan spm nya sangat membanggakan. Dia menampung hidup dgn mengambil upah menjahit manik dari sebuah butik milik Pn. Nafisah yg memandang Syifa sbg seorg gadis yg sangat istimewa malah memandang wajah Syifa membuat hati Pn. Nafisah menjadi sejuk. Setiap org ada sudut pandangan tersendiri. Ada yg memandang luaran, ada yg memandang dari sudut dalaman.


Watak Syifa menerima simpati tebal pembaca dgn bantuan watak antagonis seperti Luna dan Zahra. Watak antagonis memang berjaya memainkan peranan masing2 dgn baik utk membentuk character Syifa menjadi mudah berprasangka lagipun dia membesar dalam lingkungan kecil keluarganya. Zahra memang tak bleh tahan la tutur bicara dia. menusuk kalbu betul. Tapi revealation berkaitan layanan suaminya kpd dirinya dan anak2 membuat kita memahami mengapa amarahnya dicurahkan kepada Syifa. Pemutihan watak Zahra dilakukan dgn baik sekali :)


Pn. Nafisah membawa Muszahri bertemu Syifa dgn harapan Mus memandang Syifa sepertimana dia memandang Syifa. Pn. Nafisah lega apabila Mus menerima walaupun pada mulanya dia teragak-agak. Memang penerimaan Mus menimbulkan syak wasangka kepada sesiapa saja, termasuk kita sbg pembaca.


Mus seorg lelaki yg tidak membesar dalam kelompok yg ramai wanita. Di rumahnya dia hanya ada ibunya dan adik beradik dia adalah lelaki. Bila bersama Syifa dia jadi kaku, malah mungkin dia sama ja gementar seperti Syifa, tetapi semua itu disembunyikan kerana mungkin dia terlalu ego utk meluahkan masalah seperti itu kepada sesiapa.


Luna berjaya menyimbah syak wasangkan ke hati Syifa dan membuat dia meragui suami sendiri dan ibu mertuanya. Satu tragedi memaksa Mus utk menjadi lelaki yg berani utk mempertahankan cintanya.




sure fine whatever
rinn




blurb/novelcinta@multiply/sinopsis belakang buku


Andai manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yg mahu dilahirkan serba kekurangan, apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dgn penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi.




Apapun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dgn kelebihan tersendiri sehingga dia berhajat menyunting Syifa utk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. dan Syifa, nyata terkejut dgn keputusan Muszahri yg sudi menerimanya.


Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yg memuja Muszahri pula tidak jemu2 cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya.




Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.



Tuesday, March 1, 2011

Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Taufiqurrahman al-Azizy
Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha
Penulis: Taufiqurrahmah al-Azizy
Penterjemah: Nur Haslina Abd Hamid
Editor: Rafizah Kasim
Terbitan Global Aksara Communication
RM28.90
sabah/sarawak: RM30.90
391 mukasurat
9789834498203




"Novel Spiritual Cinta dan Iman berlandaskan Al Quran"




Terasa macam membaca novel yg diterjemah dari bahasa Arab pulak. Novel ini naskah asalnya adalah dalam bahasa Indonesia. Berdiri dalam genre novel islamik. Yusuf dan Zulaikha dalam novel ini memang dibayangi kisah cinta Yusuf dan Zulaikha zaman dulu. Lebih separuh dari buku ini aku seperti membaca kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dalam versi modern, sehinggalah di hujung2 cerita terasa twist cerita sangat menarik hingga membuat aku menangis. KEsemua yang dibaca dari mula terasa berbaloi membacanya :)


Yusuf adalah jejaka kampung yang miskin dan sangat kacak. Kehadiran Zulaikha dan rakan2nya utk menyiapkan assignment universiti menarik perhatian seluruh penduduk kampung termasuk Yusuf dan sahabatnya, Umar. Umar segera berpendapat, Zulaikha itu adalah jodoh Yusuf kerana bukankah Zulaikha diciptakan utk seorg Yusuf?


Yusuf seorg yg pemalu namun kecantikan Zulaikha berjaya mencuri hatinya. Zulaikha takut dgn rasa hati yg sedang dialaminya. Dia begitu ingin menyertai rakan2nya berkunjung ke rumah Yusuf tetapi ditahannya sehinggalah rasa terkilan Yusuf disampaikan oleh rakan2nya kepada dirinya. Dia merasa terhina kerana Yusuf berprasangka dgn keengganannya berjumpa dgn Yusuf. Yusuf terkedu dgn pengakuan cinta dari Zulaikha tetapi Zulaikha terlalu sedih dgn tuduhan Yusuf lalu balik ke kota dgn membawa hati yg luka dan rindu yg sarat utk Yusuf.


Atikah, jiran Yusuf sangat menyintai Yusuf. Dia menyembunyikan perasaannya dan terus bersahabat dgn Yusuf. Pengakuan cinta dan surat-surat dari Zulaikha membuat cemburu Atikah membuak-buak. walaupun dirahsiakan perasaannya dari Yusuf tetapi hampir semua org di kampung itu tahu yg Atikah sangat cintakan Yusuf. Apabila mengetahui Yusuf tidak terang-terangan membalas cinta zulaikha, dia dan ibunya berusaha memikat hati Yusuf dgn bertandang ke rumah Yusuf hampir setiap hari sehingga menimbulkan fitnah. Malah Atikah dikuasai nafsu dan merayu Yusuf menyentuhnya. apabila Yusuf menolak, dia dan ibunya menyebarkan fitnah di kampung itu. Dengan restu bapanya, Yusuf membawa diri ke Kota demi meredakan fitnah yg melanda.




Rindu yg tak tertahan memaksa Zulaikha kembali ke kampung tetapi Yusuf sudah pergi ke Kota. Zulaikha nekad menanti di kampung malah Atikah dan ibunya yg kononnya sudah insaf memujuk Zulaikha tinggal dgn mereka. Mereka mempengaruhi Zulaikha supaya kerap bertemu Umar utk bersembang2 tentang Yusuf. Akhirnya Zulaikha tertarik dgn Umar. Cinta Zulaikha kpd Yusuf yg menjadi kekaguman akhirnya terasa dikhianati. Zulaikha yg dipuji-puji kemudiannya disindir-sindir.


Di Kota, Yusuf dilanda pelbagai dugaan. Dari menjadi pengilat kasut di pinggir masjid, dia menjadi muazzin dan penjaga masjid. Ilmu agamanya semakin dipandang tinggi dan ditakdirkan dia bertemu dgn bapa zulaikha yg amat tertarik dgn peribadi Yusuf tanpa mengetahui bahawa Yusuf itulah yg dicintai anaknya.


rindu yg sarat membuat bapa Yusuf ke kota utk menjejaki anak kesayangannya. tapi masa tu yusuf pulak balik kampung. aduih... asyik tersasar jer 'timing' diorang nih.


Aku rasa kampung tu sangat kecil kerana rasa macam apa saja yg berlaku di situ dari sekecil kecilnya hingga sebesar-besarnya diketahui oleh SEMUA orang.


Yusuf memang sangat kecewa kerana dia sudah bersedia utk menerima Zulaikha. Namun tanpa siapa-siapa pun ketahui, Umar ada rancangannya yang tersendiri. Tak kira berapa kali Yusuf dan zulaikha berubah, Umar tetap Umar. NASIB BAIKKKKKKK! hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah kerana cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu utk dikasihi Allah, tetapi hati saya dipenuhi kerinduan kpd Yusuf. Apakah saya sudah menjadi musyrik? Ustaz... tolonglah saya! Demi Allah, saya tiada kuasa utk memilih satu cinta dari kerinduan ini.


Rinntihan Zulaikha merobek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kpd Yusuf semakin mendalam. Inilah kitab cinta seorg wanita muslimah kpd Yusuf - seorg pemuda muslim yg diberkati wajah yg bercahaya. Mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dgn jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yg harus dilalui oleh sepasang insan ini akan berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama menyalakan api kecemburuan, iri hati, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat menguji iman...


Inilah novel spiritual cinta dan imaan berlandaskan kisah Al-Quran yg telah dieksporasi ke dlm kehidupan, pengalaman dan perilaku umat kontemporeri. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dlm menjalankan ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis muslim terkemuka saat ini.