Wednesday, March 30, 2011

Demi Kasihmu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amieza Anaz
Demi Kasihmu
Penulis: Amieza Anaz
Editor: Hjh Faridah Abd Malek
Terbitan NHF Media
cetakan pertama 2008
952 muka surat
RM24.90
9789833156306


"Kukutip sisa cinta menjadi simpulan kasih, kuharungi duri ranjau kasih kerana sesungguhnya aku wanita yang tercipta untuk mu..."


Entah berapa bulan aku tangguh baca novel ni. Pemiliknya dah confirm cerita ini sangat best, tapi memandangkan saiznya yg sangat tebal, aku jadi segan nak mulakan. Tapi bila dah start tu, masuk hari kedua aku dah selamat habis baca hingga ke muka surat terakhir. Memang berbaloi. Memang menarik kisah Luqman Hakimi dgn Alia Maisarah.


Luqman Hakimi adalah jejaka yg ada kerjaya sendiri dan dia menyintai Azilah, rakan baik Alia Maisarah. Azilah perlahan-lahan menjauhkan diri setelah dia mula jatuh hati dengan Suhaimi. Sejak itu Luqman Hakimi sering mengunjungi Alia Maisarah utk bertanya khabar berita berkaitan Azilah. Alia rimas dengan kehadiran Hakimi yg semakin lekat di hatinya. Dia tidak mahu berpikat dgn Hakimi tetapi Hakimi sendiri sudah lupa tujuan asal berjumpa Alia kerana dia semakin gemar menghabiskan masa di kedai makan milik atuk dan nenek alia.


Mereka dicekup ketika berdua-duaan membincangkan hal Azilah. Alia menerangkan hal sebenar kepada keluarganya dan mereka memahami situasi sebenar tetapi Luqman Hakimi beriya-iya pulak nak memperisterikan Alia lantaran peristiwa itu walaupun tanpa restu ibunya, Datin Junaidah. Alia mengambil masa yang lama utk menyatakan persetujuannya. Akhirnya mereka berkahwin dan mula hidup sbg suami isteri.


Kemunculan Azilah menggugat kepercayaan Alia terhadap Hakimi walaupun Hakimi melayannya dgn baik sekali. Azilah yg turut disokong oleh ibu Hakimi memberi tekanan kepada Alia hingga memaksa Alia menghilangkan diri. Alia percaya tumpuan Hakimi terhadapnya kurang setelah berkahwin dengan Azilah.


Pertemuan semula setelah beberapa tahun terpisah memberi kejutan kepada Alia. Hakimi yang pernah mengalami kemalangan serius turut tersiksa menanggung kecederaan perasaan akibat kehilangan isteri tersayang. Dia tak pernah pun berkahwin dgn Azilah. Datin Junaidah pun dah jadi baik dan mengajak Alia tinggal bersamanya supaya Hakimi cepat sembuh.


Hakimi terlalu kecewa utk menerima Alia dgn mudah. Malah terdapat jugak adik2 Hakimi yg turut memulaukan Alia kerana tindakannya meninggalkan Hakimi begitu saja. Macam lawak pulak tiba2 saja Rose jadi baik dgn Alia selepas terbaling gula kiub kat muka Alia. Razif ngan Munirah pulak dapat menerima Alia setelah Alia membantu anak mereka yg tercekik coklat.


Keengganan Alia berterus terang mengapa dia menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya membuat Hakimi kecewa walaupun dia sudah mula dapat menerima Alia semula. Alia tu tak mahu Datin Junaidah dibenci anak2 sendiri kalau dia menceritakan bagaimana Datin Junaidah menghalau dia dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak dibocorkan. Tindakannya melambat-lambatkan memberitahu Hakimi dan keluarganya tentang kewujudan Luqman Hafizi membuat hati Hakimi yg semakin sembuh luka semula.



Setiap watak dalam kisah ini seperti Datin Junaidah, Suhaimi dan Azilah, Rose dan Rashid, Razif dan Munirah; mereka bukanlah watak2 tempelan semata-mata. Mereka ada kisah tersendiri yang membina watak mereka. Tapi kadang2 bila diorang bercerita tentang kejadian sebenar tu, jadi macam karangan yang panjang lah pulak.


Ending yang sangat memuaskan hati :)


sure fine whatever
alongside






blurb/novelcinta/sinopsis belakang buku


Luqman Hakimi: Sesungguhnya mencintaimu membuatkan aku membuka ruang hati utk dilukai. Kututup segalanya dgn secebis kekuatan cuma. Tapi tegakah aku melepaskan rasa cinta yg menggunung demi menyaksikan kebahagiaanmu? Aku buntu namun demi rasa cinta ini, kulepaskan jua walaupun kau milikku abadi.


Jangan kau kata rapuh cintaku padamu kerana kau tidak mengerti demi siapa aku korbankannya. Aku wanita lemah, namun kekuatan cinta kubawa untuk mengharungi liku-liku hidup ini.


Maafkan aku Luqman Hakimi andai selama ini meragui cintamu. Percayalah tak mudah utk kurelakan perpisahan, namun aku pasrah pada ketentuan. Hanya doaku agar kau terus berbahagia agar pengorbananku tidak sia2.


Alia Maisarah: Mencintaimu membuatkan aku nanar. Cinta tak semestinya perlu diucap. Namun, segalanya sirna tatkala kau meninggalkanku. Saban waktu hati ini tertanya di manakah nilai cintamu padaku? Terlalu murahkah harga cinta ini di matamu? Lelah rasa jiwa ini merinduimu, mengharapkan kepulangan mu seperti menanti bulan berwarna biru.


Luqman Hakimi, Alia Maisarah. Dua jiwa satu hati. Takdir penentu segalanya. Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yg tercipta utk mereka?

Jangan Ada Benci

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ana Wenta
Jangan Ada Benci
Penulis: Ana Wenta
Cetakan pertama 2009
400 mukasurat
RM20.90
9789838939010
Terbitan: Creative Enterprise


"Di sebalik kehilangan ini...
kuharapkan hadirnya sinar bahagia"


Kisah Farid dalam novel ini aku rasakan mendatar walaupun beberapa gadis datang dan pergi dalam hidup Farid. Kisah bermula dengan keadaan Farid yang tengah patah hati dengan Mastura. Sabrina hadir mengubat luka dan menjadikan Farid semakin mengenali masjid dan sejadah. Lepas belajar Sabrina memperkenalkan Farid kepada Murni dan kemudian Sabrina sekeluarga berhijrah ke Brunei.


Turut diselitkan kisah abg Farid yang berhutang dengan Along dan dilema cikgu Nora memilih utk menerima Leman atau Kassim. Tapi siapa pun yg dia pilih antara kedua tu, dia tetap jadi isteri kedua.


Farid melepaskan Murni menjadi tunangan Azman. Pada masa yg sama dia kelihatan seperti masih mengharapkan kehadiran Mastura atau Sabrina walaupun kedua-duanya sudah menjadi milik orang lain. Murni hadir semula ke dalam hidupnya setelah dia memberi syarat yg tak dapat ditunaikan Azman. Akhirnya mereka berkahwin. Lepas kawin baru Farid tahu yg Sabrina terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana bakal suaminya kemalangan.


sure fine whatever
alongside



blurb/alongside/sinopsis belakang buku


Di saat hati terasa akan kehilanganmu aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yg bernama wanita.


Aku sebenarnya seorg insan yg lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku aku seboleh mungkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati... aku yg menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dgn ikatan suci utk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.





Seandainya...

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rys Areesa
Seandainya...
Penulis Rys Areesa
Editor: Jabatan Editorial KNE
896 mukasurat
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama Mac 2011
RM29.00
Sabah/sarawak: RM32.00
9789675967624


"Takdir memang sudah tertulis begitu,
suratan bukanlah lagi suatu kebetulan..."


Kisah ini diceritakan dalam bentuk sinematografi yg boleh kita bayangkan pergerakan dan suasana ceritanya. Gaya penceritaan ini membuat satu layar terbentuk dalam minda kita yg menunjukkan watak2 dalam kisah ini bergerak melakonkan cerita. Rasa macam sedang menonton drama pun ada juga. Tak der lah rasa macam hero heroin bercinta saja sepanjang masa. Perkembangan perasaan cinta antara dua hati dalam suasana bekerja disulam dengan baik dan tidak kelihatan janggal bila dibaca.


Dalam kerancakan Kaki Novel menerbitkan cerita-cerita cinta kontemporari dalam bahasa santai, 'Seandainya...' kelihatan berbeza dengan nada yg lebih serius dan gaya penceritaan yang lain dari yang lain.


Rasanya ramai pengikut cerita Wan Zaharris dan Areena secara online. Inilah masanya utk mengikuti apa kesudahan kisah mereka.


WZ dan Areena ni banyak main tarik tali lah. Bukan Areena saja yg tidak pasti dgn perasaan sebenar WZ malah kita pun rasa seperti dibiarkan menanti tanpa keputusan yg pasti. Areena lebih bertindak merahsiakan rasa hati dan bersikap selamba. Wan Zahari tu pulak bila sudah terlajak kata meluah perasaan, dia akan cover line dengan menyebut dia hanya bergurau.


Walaupun berada dalam ketidakpastian, Areena jadi kekasih yg setia. Rupa2nya WZ ada sebab yg kukuh utk menjadikan Areena begitu. Ibunya seorg yang sangat membenci org KL seperti Areena. Baginya orang KL pemusnah ikatan keluarga. Siapa yg sudah terikat dgn org KL akan meninggalkan keluarga selama-lamanya. Ketegasan seorg ibu membuatkan WZ cuba melupakan perasaannya terhadap Areena.


Cara Wan Zaharris menduga hati Areena dgn mewujudkan seorg kekasih yg dipanggil Husna kelihatan hampir sama dgn cara Zaharris Azman (kekasih lama Areena) menduga perasaan Areena dgn berpura-pura jatuh hati dengan wanita lain dan memuja-muja wanita itu di hadapan Areena. Kedua-dua lelaki itu seperti mahu menjatuhkan ego Areena yg sentiasa bersifat tenang.


Memang sayu bila memikirkan dilema Wan Zaharris. Nak ikut kehendak hati sendiri atau kehendak hati wanita yang paling penting dalam hidupny? Melepaskan Areena dan berkahwin dengan seseorg yg tinggal paling hampir dgn rumahnya di kampung? Bila dilihat dari sudut ini Wan Zaharris lebih jauh menderita berbanding Areena.


Pergerakan separuh kedua cerita membawa kita ke lembaran baru kisah Areena. Kehadiran Nabila yg bukanlah misteri mana tetapi wanita itu mencetuskan fenomena besar dalam hidup Areena bersama suaminya. Rentak cerita berubah ke nada thriller di hujung-hujung cerita membuatkan kita turut merasakan debarannya.


Shamsul Azhar yg bertahan sekian lama akhirnya mengalah dgn perasaan sendiri. Sebaik saja dia mengalah tu, aku merasakan dia terus hilang 'keistimewaan' dalam cerita ini. Sebelum detik itu Shamsul Azhar kelihatan lebih istimewa berbanding Wan Zaharris. Bila Shamsul Azhar mula mengalah, dia terus kelihatan tidak jauh berbeza dgn Zaharris Azman atau Wan Zaharris.


Bila anda mula membaca novel ini mungkin ada satu ending yg straight forward yang anda bayangkan. Tak kiralah apa yang anda bayangkan, ianya adalah sesuatu yang gerenti takkan berlaku di pengakhiran cerita ini.


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


"Tak semestinya kita dapat memiliki apa yg dipilih oleh hati kita sendiri dan... tak semestinya yg bukan pilihan hati kita itu tak baik utk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya." - Wan Zaharris.


"Mencintai seseorg itu bukan hanya pada kata-kata. mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. hanya yg benar2 benar ikhlas boleh memahaminya." - Areena.


Meskipun Nur Dhila Areena boleh memilih, bukankah memang hanya ada seorg sahaja kekasih yg abadi?




Popular Book Fair: Nia Arissa & Rys Areesa




Pada 12 Mac yang lalu bertempat di Sunway Carnival Mall, sesi bertemu penulis Kaki Novel, Nia Arissa dan Rys Areesa telah berlangsung di ruang legar pameran Popular Book Fair. Memandang aku tak biasa gi situ, aku ajak lah adik aku. Abis dia angkut anak dia sekali sbb memang budak2 tu tak bleh tinggal, kang nanti pening mak tok dia. ni antara foto2 yang sempat aku snap :)

sure fine whatever
alongside

Friday, March 18, 2011

Terima Kasih Cinta...




Whoaaa tak sangka aku gi tengok teater! hehe... last sekali aku tengok tahun 2008 kot ker before that? aku kena check photos kat multiply ni semula. masa tu aku gi tengok teater batu belah kat shah alam.

Terima kasih cinta ni kisah moden lah. aku lagi suka teater klasik2 macam batu belah tu. Jalan cerita memang sama sebijik macam movie nya cuma diselang seli dgn banyak lagu2 menarik. Aku ni bukanlah penggemar lagu2 latiff ibrahim tapi malam tu aku rasa latiff ibrahim lah paling best skali nyanyi... haha nampak sangat dah tua aku nih.

Diana datang dari Kuala Lipis. So aku dgn senang hatinya meneman dia gi tengok lagipun dah lama tak jumpa Akma. Dia pun ada dlm teater tu. Sedap gak sora akma masa nyanyi lagu cinta :)

sure fine whatever
alongside

Wednesday, March 16, 2011

Pelukan Cinta

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Amisha Dania
Pelukan Cinta
Penulis: Amisha Dania
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM17.00
sabah/sarawak: RM20.00
401 mukasurat
9789675067686
Cetakan 1 - Mac 2011



"Jika cinta tidak kesampaian, akan aku usung jiwa pasrah hingga ke akhir perjalanan. Jika jodoh kita ada, akan aku junjung cinta kita hingga ke akhir kehidupan"


Aku sangat gembira dengan saiz buku ini yg tidak tebal. Buat aku rasa tak sabar2 nak baca. Ceritanya padat dan tidak meleret, walaupun hero ngn heroin macam bergilir-gilir masuk hospital. Nasib baik tak der yg hilang ingatan! hehe.


Penulisan Amisha Dania menunjukkan ciri2 penulis genre romantis. Kalau baca kisah Armand dan Zulaika memang nak suruh diorang kawin dengan segera lah. Takyah tunggu2 lagi. Memang cinta tahap tak hengat Armand tu. Abis merana badan jadi kurus kering bila kekasih hilang. Sama pulak macam Zikri, abg kepada Zulaika.


Armand dan Zulaika bercinta sejak sama2 menuntut di pusat pengajian tinggi. Keluarga Zulaika memang sudah tahu mengenai hubungan cinta mereka tetapi Armand tak bagi tau apa2 kat mak dia sbb mak dia (Datin Rozni) memang jenis rasa dia saja yang tahu apa yg boleh membahagiakan anaknya. Baginya, Asilah, sepupu Armand yg sempurna tubuh badan dan paras rupa akan membahagiakan anak kesayangannya. Sedangkan anaknya Sofia yang dikahwinkan dgn anak sahabat baiknya tidak bahagia dan ditinggalkan suami setelah melahirkan Ontel yang montel dan sedikit slow. Datin Rozni memang bangga dgn kedudukannya berbanding Zulaika yg tak der nak bermegah2 walaupun dia anak Tan Sri. Kalau Datin Rozni tau tu, mesti awai2 dia gi meminang pa.


Aku suka watak Datin Rozni yg nak kata jahat tak jahat, baik tak baik. Dia rasa yg dia buat tu dah cukup baik sedangkan utk orang lain, ianya bukan sesuatu yang baik. Famili Zulaika pulak sangatlah sporting sampai Armand dan Zulaika tak segan nak menunjukkan kemesraan di depan mereka.


Scene sedih berjaya dilayarkan dengan baik oleh penulis ni. Merambu-rambu jugak lah airmata.


Zulaika dan keluarganya terpaksa merelakan Armand berkahwin dgn Asilah kerana akur dgn kehendak keluarga Armand. Armand ada sebab tersendiri kerana dia mahu menjaga maruah Asilah yg sedang mengandung anak luar nikah tanpa pengetahuan keluarganya. Asilah akan dilepaskan sebaik saja anak itu lahir. Setelah rahsia terbongkar, Asilah dibuang keluarga dan tinggal bersama keluarga Armand. Dia menghembuskan nafas terakhir dalam keinsafan. Aliff Danial membesar dgn penuh kasih sayang di bawah jagaan Armand.


Armand meneruskan perhubungan dgn keluarga Zulaika tanpa pengetahuan Zulaika. Malah Aliff Danial pun rapat dgn keluarga Zulaika. Peristiwa penculikan Armand memaksa keluarga Zulaika menceritakan hal sebenar. Harapan utk bersama kembali cerah tetapi Armand berada dalam bahaya. Memang banyaklah dugaan diorg ni. Ingat ker lepas memberi restu, ibu Armand akan berubah, dia buat hal lagi. Dia masih lagi menurut kata hati sendiri utk menentukan kebahagiaan Armand sedangkan sesiapa pun yg tengok Armand mesti tahu dia sangat bahagia dengan Zulaika.


Ending yg membuat kita pun tersenyum bahagia. Kalau guna bahasa melayu sepenuhnya lagi best rasanya ;)


sure fine whatever
alongside


sinopsis/novelcinta @ multiply/blurb


Jatuh cinta adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Tetapi bagi Armand Danial dan Zulaika Husna, jatuh cinta bukanlah sesuatu yg biasa. Sekali mereka bercinta, biarlah ia menjadi sesuatu yg abadi. Kekal utk selamanya. Namun apa yg dihajati, tidak semudah itu utk dimiliki. biarpun cinta mereka tidak mendapat tentangan, tetapi pelbagai dugaan mereka perlu hadapi utk mencapai bahagia. Saat kata sepakat sudah dicapai, Armand Danial bernikah pula dgn sepupunya Asilah. Hancur luluh hati Zulaika Husna, namun dia pasrah. Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi. Zulaika Husna membawa diri ke Pantai Timur, berbakti di sana sambil mengubat hati yg luka.


Namun sejauh mana pun Zulaika Husna membawa diri, hatinya tetap pada yang satu. Walaupun sedih dgn perpisahan yg berlaku, dia reda dan tidak berniat utk mencari pengganti Armand Danial. Baginya, biarlah kenangan bersama kekasih hatinya itu kekal di sudut hatinya, namun kembalinya Zulaika Husna dari perantauan telah mengubah segala-galanya. Kehilangan Armand Danial, kehadiran si kecil Aliff Danial kembali menggugat ketenangan hidup Zulaika Husna. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hanya Pelukan Cinta ada jawapannya...