Saturday, July 28, 2007

Sejernih Lazuardi

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Samsiah Mohd Nor
Sejernih Lazuardi by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Citra Kurnia Enterprise

"Kan kuindahkan dunia untuk sebuah pengabdian"

Bab satu, mata saya meluncur laju di baris-baris awal buku ini, "Angin tetap berpuput di mana-mana melemparkan desirnya di kg, di kota. Hububan bayu usik-usik air di danau, di tasik yang malu-malu macam gadis pingitan."

terus terkeluar perkatan ALAMAK! citer puitis ker ni? hehe. Bagi saya awalan mukhadimah macam ni menunjukkan penulis sangat peka dgn alam sekitar dan masyarakat. Dugaan saya tak jauh meleset tapi Samsiah Mohd Nor ada cara tersendiri utk menjadikan isu ini sangat menarik utk diikut sehingga ke helaian terakhir. Kisah Adibah, Sema dan Nek jah ini diwarnai jugak dgn watak2 antagonis seperti Muzafar, mail, khuzaimah dan Che Bayah menjadikan pembacaan saya lebih rancak dan penuh rasa ingin tahu. ermm cuma ada beberapa kesilapan editor meletakkan tanda 'pembuka kata' di tempat yg tak sepatutnya menjadikan pembacaan saya sedikit terganggu.

Persahabatan Adibah-Sema sangat indah dan perpisahan mereka menjadikan saya sebak hingga bila baca muka surat 300 ke atas, saya terpaksa berenti2, bukan sebab cerita tapi sebab tak tahan sebak.. huhu sensitip la pullek. setiap barisnya mengundang air mata hiba. Sebelum ni kalau nangis pun sebab sesuatu menimpa hero heroin, dugaan jiwa melanda hero heroin tapi dalam buku ini, semua itu tak perlu utk menyentuh hati pembaca.

Sejernih Lazuardi memberi pengajaran dari kisah yang sangat hampir dgn realiti, ada motivasi dan kisah masyarakat yg dekat dgn kita. I'm sure i've read each and every word n i finish reading before matahari terbenam. :)

Adibah seorang gadis yang terjerat dalam dunia setinggan tetapi mahu memajukan diri. Dia nekad membawa diri merantau lalu bertemu dgn Nek Jah dan Sema yg ikhlas memberi perlindungan kpdnya. Sema diajak berniaga lalu hidup mereka berubah dan tdk dikerah lg. Adibah cuba mendptkan bantuan ahli politik femes kat situ, Cik Bayah tetapi hampa, lalu membuat inisiatif sendiri utk mengumpulkan orang2 tua di sekitar kg itu supaya duduk sekali dan dapat melakukan aktiviti berfaedah. Ini berikutan kematian salah seorang warga tua di kampung itu yang tidak dihiraukan anak2nya. Sema dan Nek jah ada konflik sendiri, masalah perebutan tanah dgn Mail.

Keikhlasan Adibah disalahertikan oleh Che Bayah yg risaukan pengaruhnya di kampung itu berkurangan dan akan diambil alih oleh Adibah. Adibah balik semula ke pangkuan keluarganya utk mengelakkan pertelingkahan dgn Che Bayah walaupun berat hatinya utk meninggalkan sahabat dunia akhiratnya, Sema. Keluarganya turut berhijrah ke tempat lain utk membina hidup baru.

Pemergian Adibah memburukkan lagi imej Che Bayah sbg ahli politik kerana dia terlalu sibuk utk menumpukan perhatian seperti yang dilakukan oleh Adibah yg turut memanjakan mereka. che Bayah menyesal, tambah2 lagi apabila Sema pergi utk selamanya dan makin luluh lah hati2 warga tua di kampung itu. Ini memaksa Che Bayah utk mencari Adibah semula.

thanks lynn for suggesting this book :)

Sure fine whatever
Rinn

Catatan Belakang buku:

"Samsiah Mohd Nor mempunyai gaya bercerita yang amat luar biasa.

Novel terbaru karyanya ini sekali lagi membuktikan skil kreatifnya
yang tinggi"

- Dr LIM SWEE TIN
Penerima Anugerah
S.E.A Write Award, 2000

RM19.90
321 muka surat

Sunday, July 22, 2007

Percayalah...

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ruby Hazri
terbitan Jemari Seni

Ada beberapa suara dan emails yg mencadangkan saya baca buku ni, so
tak pikir panjang saya pun beli la... perghh memang tak rugi.. cara
penceritaan satu persatu oleh Ruby Hazri menjadikan kita akrab dgn
watak2 dalam buku ni. citer berentak sentimental jiwang mcm ni memang
ralit la bila baca.. disulam pulak dgn pantun2 jiwang.. aduih..
membuai kalbu betul! sabar menanti sambungan nya :)

mengisahkan cinta terpendam antara Danial dan Atiqah. Mereka dari
latar yg berbeza tapi cinta menyatukan mereka. Danial hidup dalam
kesesatan agama, manakala Atiqah menjadi petunjuk ke jalan yg benar.
salah sangka dan kurang komunikasi menjadikan mereka jauh, tapi kalau
dah jodoh tidak ke mana. Ruby hazri managed to make this a sweet love
story :)

pengalaman di Jerman byk dikongsi di sini dn juga kelihatannya
(betulla yam) Ruby Hazri berpengalaman bekerja di jabatan kerajaan,
den pon orang gomen jugak! :) lepas baca buku ni baru saya jengah blog ruby hazri, siap ada gambar2 lagi di mana scene2 dalam buku ini berlaku.. sgt2 membantu kita menghayati kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai
hatimu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ?
~ Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar
hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?
~ Nur Atiqah

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih
dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya
sebagai Danial wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan
ciptaannya sehinggalah dia bertemu... Nurnya.

Nur Atiqah, gadis melayu yg hadir di tengah-tengah kelompok budaya yg
berbeza. Datang dengan harapan utk melunaskan satu cita-cita. Namun
tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yg hadir
dalam diam.

Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan; pada saat putih salji yang
jatuh menjadi saksi. Namun, rasa yang bertunas itu tersimpan
dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran?

Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga?
Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa
itu. Duka lara tiba lebih awal sebelum segalanya terjadi. mampukah
badai meleraikan pautan hati seteguh gunung salju itu? Mungkinkah,
kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

RM21.00
590 mukasurat






Saturday, July 21, 2007

Janjiku Bersamamu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aleya Aneesa
Janjiku Bersamamu by Aleya Aneesa
terbitan alaf 21 sdn bhd

"Aku datang membawa sejambak kenangan dari halaman mimpi kita buat hari esok"

memula tu ingat ker Aly Rashid hero citer ni, bapa Dhamira rupanya. Citer dimulakan dgn kisah Dami yg berusia 13 tahun, n then muka surat kedua terus jump ke scene Dami dgn suaminya yg masih dimisterikan oleh penulis dan mereka sudah punya anak.

Dhamira dibenci ibu tirinya dan nenek serta datuknya kerana dia berdarah inggeris dan dianggap jahat. Abg tirinya (Effendi) terpikat dgnnya dan cuba memujuk ayah tiri dan ibunya utk mengahwinkannya dgn Dhamira. Dami mencari Za'iem lalu mereka berkahwin. Perkahwinan itu menimbulkan kemarahan Aly Rashid lalu dia dipisahkan dari keluarganya. Ibu tirinya mengambil peluang itu utk menyuburkan rasa benci suaminya terhadap Dhamira.

Kemalangan meragut penglihatan anak kesayangan mereka. bertimpa2 pulak malang keluarga kecil itu, Zamirul buta, Dami dan Za'eim kehilangan kerja. Dami cuba mendapatkan bantuan ayahnya tapi Za'iem melarang sampai sanggup meninggalkan anak dan isteri macam tu saja. anak mereka diculik dan za'iem langsung tak tahu, dia lebih leka melayan gundah gulana sendiri. Fendy cuba menggoda Dami tapi sebaliknya secara tak sengaja membongkarkan kisah dia yg menculik Zamirul.

Kata2 Zamirul menyedar dan menginsafkan nenek dan atuk Dhamira lalu diorang tobat nasuha. Proses penyatuan keluarga mereka menuju ke arah positif, za'iem kembali, Aly rashid menyisihkan isterinya yg busuk hati. tapi Dami cuba memujuk bapanya agar menerima kembali ibu tirinya malah mempertaruhkan diri (yg sedang pregnant) utk menyelamatkan ibu tirinya dari accident.

Tindakan za'iem agak tak logic sbg seorang suami yg bertanggungjwab dia takkan meninggalkan isteri dan anaknya mcm tu saja. walaubagaimanapun cara penulisan Aleya Aneesa masih mengingatkan kita pada 'semusim rindu' dan 'kasih antara kita'. Aleya Aneesa still good at writing scene sedih.

sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:

Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

RM 19.90
508 mukasurat

Tanah Andriyana

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Noor Suraya
Tanah Andriyana by Noor Suraya
Terbitan cesb

"Haruskan sengketa keluarga diteruskan..."

sebahagian besar kisah ni telah saya ceritakan dalam review "GUrindam Jiwa". Dalam buku ni saya lebih tertarik dgn kisah cinta Ku Fitri dgn Andriyana yg masih lagi mesteri bagi saya walaupun dah baca 'hati andriyana' banyak yang diungkaikan terutamanya dalam nota2 yang ditinggalkan oleh Andriyana, cerita lama menjadi sgt jelas dan menarik. Kisah Lara dgn Yusof dan Ali Hakem dgn Maryam tak banyak sangat especially ttg kisah cinta mereka. bagi saya watak2 dalam citer ni ada chemistry yg baik :) Lagi satu, pantun2 jiwang kat sini best la.. :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Apa guna pasir setambun
kalau tidak setinggi duduk
apa guna kasih setahun
kalau tidak seumur hidup

Yana.

Apa khabar nasi di daun
nasi di talam bagai nak mati
Apa khabar tinggal setahun
Tinggal semalam bagai nak mati

Ku Fitri.

RM17.90
307 m/s

Friday, July 20, 2007

Gurindam Jiwa

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hlovate, Imaen & Noor Suraya
"Tiga ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa"
Terbitan Jemari Seni Publishing

Ceritera 1: Schubert's Serenade by Hlovate
Gurindam Jiwa:
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Mulanya ingat nak baca 5Tahun 5 Bulan dulu tapi tak kesampaian.. buku dah dapat tapi dah baca Schubert's serenade dulu. What can i say, awai2 lagi saya dah ngam ngan gaya berbahasa yg errmm boleh dikatakan funky/urban.. huhu ada ke? Rasanya very close to gaya percakap biasa, penampilan perumpaman yg moden dan baru menarik dan mencuit hati dan ada kadang2 tu saya ni bukannya paham sangat, maklumla orang kampung. saya mmg blank tambah2 bab2 muzikal, piano dan violin, blurr la sikit amik masa nak paham tapi sangat enjoyable biler baca kisah ni.

Mengisahkan Ju'a yang kehilangan kasih sayang seseorang yg asalnya bgitu asing bagi dirinya tapi kemudian orang itu (abg shah - abg tiri) menjadi seseorang yg significant dlm hidupnya, tapi pada hari dia menerima adik baru, abg shah pergi utk selama lamanya. Kehadiran EG mencuit hati Ju'a kerana sgt2 mengingatkan kepada abg shah. Dia jadi marah pada EG kerana seolah2 mengingatkan dia pd abg shah, dari schubert's serenade hinggalah ke romano sport dan RXZ membangkitkan kenangan dgn abg shah melalui EG.

Ceritera II: Vendetta by Imaen
Gurindam Jiwa:
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

fuh.. gurindam jiwa yg nekad ni.. sanggup mati utk kekasih. Nampaknya Imaen seorang penulis thriller yg ada masa depan yg cerah. Bahasa yang digunakan menunjukkan dia begitu familiar dgn isu-isu yg diketengahkan. saya seperti sedang belajar benda2 baru. Mungkin juga sebab saya tak pernah amik tau hal-hal sebegitu sebelum ini. 'foreign legion', komando pencen, macam2 lah. Tajuknya saja menunjukkan cerita ini penuh dengan dendam, dendam seorang kekasih yg mahu membela kematian kekasihnya. Watak utama, D menjejaki those yg terlibat dalam satu rompakan yg meragut nyawa isterinya. Satu persatu diburu dan dihapuskan. Teringat pulak citer P.Ramlee, enam jahanam. :) Not my cup of tea, sekadar membaca dan menghabiskannya, namun di sepanjang pembacaan banyak pengajaran yg dpt saya kutip dan menginsafkan.. yer la tetiba jer gi kedai cari semula buku2 fiqh dan tauhid.. huhu..

I was hoping D insaf dan tak terus membunuh kerana dendamnya sbb dia macam sudah mula kembali ke jalan Allah tapi tula.. dendam tetap perlu dilunaskan, bagi melengkapkan kisah 'vendetta'

Ceritera III: Hati Andriyana by Noor Suraya

Gurindam Jiwa:
Batang selasih mainan budak
daun selasih dimakan kuda
becerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Bila baca tajuknya saya teringat salah satu buku Noor Suraya ada bertajuk 'tanah andriyana'. selepas baca 'hati andriyana' baru lah saya baca 'tanah andriyana'. kelihatannya 'hati andriyana' adalah seperti ringkasan kepada 'tanah andriyana' namun ada jugak 'the lost scenes' yg disisipkan dalam 'hati andriyana' yg menjadikan keseluruhan kisah lebih menarik dan lengkap. kisah permusuhan keluarga di tangan Noor suraya menjadi menarik dan diwarnai kisah2 cinta 4 keturunan. Andriyana-Ku Fitri, Manjalara-Joshua, Ali Hakem-Maryam dan tentu sekali Aliya-Hadi.

Cerita ni adalah tentang sengketa dua keluarga yg berakar umbi dari kehadiran Andriyana ke pulau langkawi, mencuri hati Ku Fitri. Tanah yg diwariskan kepada Andriyana dipersoalkan ke sah han nya.. Pertemuan Aliya dan hadi membangkitkan sejarah & sengketa lama. cinta Andriyana dan Ku Fitri memecah belahkan dua keluarga, dapatkah cinta Aliya - Hadi menyatukan mereka semula? Hadi seorang pecinta yg pasti dengan hatinya manakala Aliya lebih byk berfikir komplikasinya.

Saya belum pernah membaca 'tanah andriyana' semasa membaca 'hati andriyana', tp saya tiada masalah utk memahami kisah ni, semuanya diceritakan dgn baik. Garang betul la aliya tu tapi tak sangka dia berjiwa seni. lepas dia jatuh hati dgn hadi, nenek dia bagi markah B- utk perubahan aliya.. hehe ingat ker leh dpt A- ker.

Aliya dlm buku ini kelihatan lebih berkobar-kobar membongkar misteri kisah moyangnya berbanding aliya dalam 'tanah andriyana'. Kisah Aliya dan tok nek nah ada dalam buku ni, tapi dalam 'tanah andriyana' tak der. Hati Andriyana dan Tanah Andriyana memang saling melengkapi. Benda yg dlm Tanah Andriyana, ada dalam Hati Andriyana.

disebabkan 'hati andriyana' saya beli 'tanah andriyana' :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Ceriteria I - Hlovate (m/s 1-175)

"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"

there could be beauty in tragedy, anyway.

Ceritera II - Imaen (m/s 179-319)

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!"

Ceritera III - Noor Suraya

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seriu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri.

Cerita Hati Andriyana adalah edisi berkembar dgn Tanah Andriyana, terbitan CESB




Wednesday, July 11, 2007

Setia Menanti

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fauziah Ashari
Setia Menanti by Fauziah Ashari
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Hanya sonata rindu yang mampu merawat luka-luka semalam"

*sighs* tulisan fauziah ashari memang best. susah nak lepas buku ni selagi tak abis. Ternyata F.A berjaya membawa kisah bermadu yg biasanya jarang menjadi pilihan pembaca. Tapi citer ni memang seronok dibaca. Kalaupun kita dpt meneka ending nya tapi perjalanan ceritanya sangat padat dan tak dijangka dan tentunya F.A nak buat kiter menangis. dua tiga kali ulang baca benda yg sama pun air mata still nak mengalir tu.

Setia Menanti membawa kisah Adrina yg pernah melafazkan cinta kpd Ajmal semasa zaman persekolahannya. Kini dia tak tau nak menghalakan wajahnya ke mana bila Ajmal kembali sbg abg tirinya bila bapanya berkahwin dgn ibu Ajmal. Ajmal pulak jatuh cinta kat Adrina. Bapa Adrina tak merestui cinta mereka sbb dia teringin nak rujuk semula dgn mak Adrina. Tapi mak Adrina berjaya memujuk bapa Adrina lalu perhubungan mereka direstui, tapi kasih itu teruji bila kehadiran Fatihah, kekasih pertama Ajmal. Ajmal masih cintakan Adrina tapi Fatihah yang teraniaya lalu mengandung mengundang rasa simpati yg menebal. Lalu Fatihah dinikahi. Adrina kecewa tapi dia tabah berbanding dgn Fatihah yg hampir2 membunuh diri.

Adrina & Ajmal bertunang utk menutup cerita sebenar dari keluarga mereka. Kehadiran baby comel Faishal merapatkan lagi hubungan Ajmal & Fatihah tetapi Fatihah tau Adrina masih segar di ingatan Ajmal. Adrina cuba menerima cinta Zul tapi Ajmal meragut segala2nya apabila mereka dituduh berdua-duaan semasa di kampung, Adrina membantah dan cuba membela diri tetapi Ajmal bertindak mendiamkan diri dan mengaku salah (mcm Syafiq dan Afiqah dlm 'Pergilah Sepi'). Atuk Adrina yg garang dan berparang telah memaksa mereka berkahwin.

Menarik juga cara Fatihah menghadirkan diri dalam keluarga Adrina. Dia ada agenda sendiri utk melihat sendiri siapa Adrina yg dipuja2 Ajmal dan mampukah Adrina menjaga Faishal apabila dia terpaksa pergi nanti.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.

RM 19.90
552 muka surat

Monday, July 9, 2007

Lakaran Kasih

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Laila Kamilia
Lakaran Kasih by Laila Kamilia
Terbitan Alaf 21


"Kulukis memori dengan jemari waktu berwarnakan butir-butir air mata rindu"


Akhirnya!!! abis jugak!! haha.. seminggu yg paling susah nak selitkan masa utk membaca sebab tersangat sangat sangat lah sibuknya.. masa weekend memberi ruang utk baca buku ni and subuh2 tadi masa on the way ke office dari Puduraya saya berjaya menghabiskan buku ini.. yahu!!!


ada kesilapan cetakan ke, pada nama penulis dan tajuk buku dalam helaian2 muka surat buku ni? Ada kadang2 tu muncul nama LIZA ZAHIRA dn tajuK BAHTERA KASIH di beberapa muka surat dlm buku ini. LK byk gak share pengalaman camping dlm buku ni siap ada nota perkhemahan pengakap di akhir buku ini.


Laila Kamilia, saya jumpa orangnya dulu sebelum jumpa bukunya.. Perkara pertama yg saya suka tentang buku ini adalah tak tebal sangat dan keduanya jalan cerita yang ada twist and turns tapi tak mengelirukan, quite interesting. Dua perkara menjadikan saya senang dgn buku ini.. Pada pembukaan cerita kita sudah dimukhadimahkan dengan persoalan siapakah anak Nizar yg diserahkan kepada Habibah dan Zikri setelah kematian isterinya.


Kemudian pula kisah nostalgia cinta tak kesampaian Dzalia-Firwan yg diselang seli dengan kisah hubungan cinta tak terucap antara Dzalia-Zuhairee. Dzalia memilih utk berkahwin dgn lelaki yg melafazkan kata cinta kepadanya di khalayak ramai iaitu Firwan. Tinggaila Zuhairee tu frust menonggeng.. Part Zuhairee pegi jumpa Dzalia sebelum pernikahan dia tu mengingatkan saya kepada scene Kajol/Shahrukh dalam Kuch kuch hota hai lah.. huhu.. ish.. dah lama aku tak tengok citer hindustan.


Beberapa tahun bersama Firwan tak membawa bahagia keapda Dzalia menyebabkan dia menyesali tindakan berani dia semasa menolak Zuhairee yg merupakan pilihan keluarganya. Rupa2nya Firwan kawin dgn dia setelah berkomplot dgn Nina, isterinya sendiri iaitu bekas kawan baik Dzalia. Mereka nak kikis harta Dzalia utk merawat anak mereka yg sakit dan juga utk membantu perniagaan Nina. Nina dah 'ubatkan' Firwan supaya hilang kelakiannya. Dzalia akhirnya bercerai mati dgn Firwan yg mati bersama2 dgn Nina. Anak2 Firwan, dijaga oleh Dzalia dgn baik.


Peluang kedua ini digunakan sebaik mungkin oleh Zuhairee utk melafazkan cintanya dan memiliki Dzalia, tapi tetiba muncul pulak Elly yg merendah rendahkan martabat Dzalia dan mengaku dia tunangan Zuhairee.. Part lepas pertemuan semula Dzalia dgn Zuhairee yg dirancang kemas oleh kawan baik Dzalia dgn adik Zetty seronok dibaca. Tak sangko plak Zuhairee dapek jando berhias!


Perhubungan Zuhairee-Dzalia ni memang diharap2kan oleh kedua2 keluarga mereka, so byk pertemuan mereka ni dirancang keluarga, tapi tak dapat dihidu oleh kedua duanya. even masa nak kawin ni pun, diorang kena ugut ngan mak bapak Dzalia kata ada orang nak masuk meminang.. kalau tak tentu la lagi tebai buku ni. hehe.


RAsanya pengajaran dlm buku ni, jgn menolak pilihan keluarga, kalau tak pun, secara tak langsung mcm menyokong kawin atas pilihan keluarga. contohnya Hilmi ngan Sarah, memulanya tak serasi tapi kemudian bahagia, Dzarina dgn first husband dia, kawin ngan pilihan sendiri, end up ditinggalkan suami. Perkahwinan Dzalia sendiri dgn cinta pertamanya Firwan, tak bahagia jugak. Then ada watak 'Aisyah' memilih utk menerima pilihan keluarga.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Dzalia & Zuhairee, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan jatuh cinta. Dua insan yang sekadar menyimpan rahsia hati, sedang diri menanggung sakit tidak terperi. Betapa lemahnya manusia... semudah itu tewas dalam ujian hidup yang tidak seberapa.


Siapa sangka... setiap pertemuan mereka sebenarnya dirancang. Ikatan dua keluarga tidak memungkinkan mereka berpisah. Tapi... ingkarkan namanya jika janji yang terlafaz tidak terungkai? Apa perlunya dipateri ikatan jika tidak membawa sebarang erti? Ah, cukuplah derita yang menjerat diri. Biar dilunaskan ikrar yang menghambat memori.


Dzalia... pilihanmu cuma satu. Sedarlah, belum tentu tugu cinta yang kau impi menjadi realiti. Bebaskan dirimu dari belenggu cinta yang tidak pasti.


Zuhairee... jangan kau pandang enteng cinta yang bersemi... kerana diammu akan memudaratkan hati. Kebisuanmu pasti memakan diri.


Ah... biarkan! tiada perlunya ucapan cinta, pengakuan kasih jika tidak mampu memiliki. Tiada perlunya lafaz sayang sedang diri makin dijauhi. Argh... jujurkah dirimu wahai hati?


'Manusia yang pernah jatuh tetapi tidak pernah belajar sesuatu dari kesilapannya, malah jatuh lagi di tempat yang sama adalah manusia yang paling malang."


Sinopsis di website alaf 21


Dzalia dan Zuhairee, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan jatuh cinta. Dua insan yang sekadar menyimpan rahsia hati, sedang diri menanggung sakit tidak terperi. Betapa lemahnya manusia... semudah itu tewas dalam ujian hidup yang tidak seberapa.


Siapa sangka... setiap pertemuan mereka sebenarnya dirancang. Ikatan dua keluarga tidak memungkinkan mereka berpisah. Tapi... ingkarkan namanya jika janji yang terlafaz tidak terungkai? Apa perlunya dipateri ikatan jika tidak membawa sebarang erti? Ah, cukuplah derita yang menjerat diri. Biar dilunaskan ikrar yang menghambat memori.


Dari sinopsis ini, apa yang terjadi hubungan kedua-dua teruna dan dara ini? Berpisah dan akhirnya bertemu? Adakah jodoh mereka membawa kebahagiaan?


RM 14.00
390 mukasurat