Saturday, October 27, 2007

Penghujung Rindu

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:S. Hawa
Penghujung Rindu by S. Hawa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd

"Lagu rindu bernyanyi di hati yang dah berbunga"

Lepas baca buku ni, saya pi la kat web alaf nak mencari maklumat mengenai enulis dan buku ni, tapi result carian keluar "tiada rekod" hmm kenapa ye? whatever pun, buku ni dah seminggu saya habis baca cuma tak berkesempatan utk mengetuk keyboard utk buat entry kat website ni.

Karya s.Hawa yang pernah saya baca sebelum ini adalah Diari Seorang Guru dan saya aaaaaaaaaamat menyukainya. Ini juga merupakan salah satu faktor yg menyebabkan saya membaca buku 'penghujung Rindu' ni, selain dari itu, masa sibuk2 macam ni saya memang aim baca buku2 yang lebih nipis. Teknik penyampaian penulis ni memang ringkas dan pantas. Teknik ni digunakan semasa dalam "Diari Seorang Guru" dan ianya amat bersesuaian tetapi dalam 'Penghujung rindu" teknik nyata tidak berkesan dan di awal2 cerita saya cepat bosan. Bila tiba di pertengahan cerita barulah saya boleh meneruskan sehingga tamat cerita. misteri siapa talibarut nenek Farha agak menarik. Kebetulan yg timbul dari pertemuan Farha-Adam seperti terlalu cepat kerana terus membawa dia kepada wanita yang dicari-cari iaitu ibu kandungnya. mungkin sebab tu buku ni tak der la tebal sangat. Konflik ibu kandung Farha dgn neneknya tidak diselesaikan. tak tau la nenek Farha tu idup ker, dah wasalam ker. Buku ni sesuai dibaca semasa kita betul2 free.

serba sedikit tentang cerita ni, semasa nenek Farha koma, dia mendapat tahu neneknya cuba utk mensabotaj restoran milik ibu kandung Farha yg disangkanya telah mati. Ini membawa Farha ke bumi Keningau. Pertemuan dgn Adam membawa Farha terus ke ibunya yg tidak tahu latar belakang Farha. Farha mahu mencari tali barut yang mahu menjatuhkan ibunya dan
pada masa yg sama mahu mencuri kasih ibunya. Kasih ibu dipancing, kasih Adam pulak yang bertaut.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Naluri manusia berkasih sayang, walau bagaimanapun cuba diputuskan... biar disekat dengan tujuh petala langit, namun naluri kasih seorang anak terhadap ibunya tetap kuat terasa.

Farha, gadis yang selama ini mempercayai ketiadaan ibunya sejak bertahun lalu, tidak dpat menahan rasa apabila mengetahui cerita rekaan tersebut palsu belaka. Keputusan dibuat, ibu yang dikatakan telah tiada perlu dicari. Tidak ada siapa yang dapat menahannya. walau
nenek yang selama ini menatangnya sepenuh hati cuba menentang, tapi kuasa kasih sayang... sukar dimengerti.

Lantas Farha menguatkan tekad cuba mencari ibu tercinta. Meski di sudut hati dia tidak begitu meyakini, namun dia berserah pada takdir dan percaya... kuasa kasih sayang adalah kuasa yang akan mengatasi segalanya.

Pertemuannya dgn Adam secara tidak sengaja berjaya merungkai seribu persoalan yang terpendam selama ini. Meski dia sudah bersedia menerima segala kemungkinan, namun banyak perkara yang tidak diduga terpaksa ditempuhinya. Berakhirkah kemarau rindunya atau mungkinkah duka berpanjangan? Dia pasrah menerima segalanya...

RM11.00
246 mukasurat

Pesta Buku Alaf21: 1-3 Nov 07

Start:     Nov 1, '07 10:00a
End:     Nov 3, '07
Location:     seksyen 16/16 Shah Alam
Pesta buku alaf kembali! ha kali ni dalam mood raya.. sambil beli buku, sambil beraya dgn penulis2, kakitgn alaf dan rakan2 pembaca yg lain :)

Wednesday, October 17, 2007

Raya 2007

Raya 2007
 
Tahun ni raya jatuh pada hujung minggu so, cuti extra sehari saja. nasib baik la cuti aku byk lagi, dpt jugak bercuti 3 hari sebelum raya dan tambahan 2 hari selepas raya. Tiket raya memang awai2 aku dah beli, seminggu sebelum posa. Tahun ni i choose utk balik siang sbb dua tahun sebelum ni aku balik malam dan memang menyakitkan hati jer syarikat bas yg selalu aku naik tu. Aku ni jenis beli tiket awal2, tapi biler bas sampai orang bas tambahan dah berebut dulu. last2 aku plak yg kena naik bas tambahan.. hehe aduih.
 
Keta aku parking kat opis jer, masa naik bas ke ERL aku ternaik bas yg round Alamanda dulu.. perggh kat setengah jam kat dalam tu, aku terus terlepas tren 8.04pg. so terpaksa la tunggu lagi 1/2jam for the next tren. takut gak aku terlepas bas balik kg. kena sampai jalan duta before 10pg. pukul 9.15 baru aku sampai kat Puduraya utk confirm kan tempat bas bertolak. Memang sah2 semua ke utara kena naik kat jalan Duta. Feeder bas disediakan (rapid KL), tambang rasa macam berganda jer dari last year. whateverlah, janji sampai. Bas ni stail penuh baru jalan, dia sumbat sampai ke pintu baru nak gerak. Dekat2 pukul 10pg baru dpt turun dari bas sbb jalan nak masuk ke jalan duta jem gilerrr. Aku terus pi cek kat kaunter utk tengok waktu perjalanan bas, lega rasanya biler org kat kaunter tu cakap bas yang pukul 10pg tu dikira dari Puduraya, dari Jalan Duta ni kira pukul 10.15 pg la.
 
Haritu beg aku penuh gak ngan majalah2 karangkraf yang tak pernah aku beli sebab diorang bagi free jer. so buku citer yg aku usung tak bersentuh langsung sebab asyik tengok magazines warna warni :) Budak yg dok sebelah aku rajin menyembang lah pulak. Kebetulan masa dia nak sorong beg dia kat bawah bas aku tolong sbb dah sendat dgn beg2 besar. Rupa2nya bakal doktor yg masih menuntut di Sulawesi. Menarik jugak citer2 dia tentang pengalaman dia di bilik bedah dan hidup di Indonesia sbg pelajar Malaysia.
 
Masa singgah kat stesen petronas simpang pulai, ada org astro dok edarkan beg2 astro berbagai warna. tak sangka pulak dapat kipas yang ada 'marhaban di astro' of course la ada akma. :) Petang tu dalam pukul 3 lebih aku dah ada kat Kulim.
 
Raya tahun ni budak2 tak ramai lah pulak. peket berisi duit raya pun banyak lagi kat rumah. Hari raya pertama tu memang hari mengunjungi jiran2 dekat rumah jer. Esoknya barulah kitorang balik kg tengok paklang, maklang, pak ngah, paklong. Memang perut dah penuh semua compartment dengan macam2 jenis makanan.
 
Raya ketiga kitorang pegi rumah maklang sebelah aruah ayah di ptg pauh. Lepas gi rumah dia kitorang nak pi carefour seberangjaya utk beli ayam dan bahan2 utk bbq kat rumah malam nanti. Masa kitorang smpai tu dia hidang kuih raya. Kitorang blasah la laju2 sbb nak balik cepat, lepas tu dia hidang nasi himpit kuah kacang plak. sedap lak tu, kami makan sampai abis kuah. Then utk penutup dia bawak keluar mee kuah.. terbeliak mata ha. Nasib baik la hari tu pi rumah dia sorang saja.
 
Malam tu main asap la bakaq ayam ngan ikan. Siap guna kipas angin letrik lagi utk nyalakan bara. Adik aku yg sorang tu tak leh hidu asap banyak2 dia rasa sesak dada, siap guna topi birthday yang muncung tajam tu utk cover mulut dan idung dia. hehe, sepanjang malam tu dia asyik kena sakat, "Burung apa?!!" Memang makan sedap malam tu.
 
Raya keempat barulah aku boleh rilek2 sambil tengok tv. buku citer tak sempat pun nak belek. Raya keempat tu semua orang ada kat rumah, so kitorang buat sesi fotografi, nasib baik la adik wak balik kamera dia, so guna selftimer jer. peh tu sesi bday girl dan bday boys bergambar dgn kek.
 
Raya kelima kitorang gotong royong bersihkan rumah kecil kat kampung.. peluh merambu rambu.. balik petang tu terus kukus ayam makan ngan nasik.. nyum nyummm nyummm.
malam ni dah nak balik KL. cepatnya masa berlalu. Walaupun budak2 tak ramai beraya tahun ni, rumah kami meriah dgn adik beradik. SElamat hari raya semua, maaf zahir dan batin :)
 
sure fine whatever
Rinn
 

Happy Birthday Abgju, Suhani & Mus


Happy Birthday Abgju, Suhani & Mus.

Happy birthday buat 3 orang penting dlm hidup aku. dulu 2 orang jer selebret birthday bulan oktober ni, tahun ni tambah Mus sorang lagi, so makin meriah la birthday dan jimat la duit beli kek sebijik jer utk tiga orang. hehe. Semoga panjang umur, murah rezeki. Ingatlah orang tersayang dan berhati-hati di jalan raya.

sure fine whatever
Rinn

Buka puasa bersama Lynn Dayana & Sueailee

7-10-2007 Buka puasa bersama Lynn Dayana & Sueailee

Tak sangka di hujung minggu terakhir hari sabtu di bulan Ramadhan yg lalu dpt mesej dari Lynn utk buka posa sama2 kat Alamanda. Lynn bwk Sue, so saya bawak Amy ngan Anis utk berkenal-kenalan dgn penulis kiter :) Kebetulan Anis tengah baca buku JBC, rasanya tahun depan habis la tu. Thanks Lynn sudi otograf buku utk rakan jiwanganku, Suh.

Pestaim bertentang mata dgn Su, before this kami byk berpantun jer di alam cyber. Macam dah kenal lama kan? cuma bila dah jumpa face to face ni, bunga pantun semua hilang pi mana taktau la. Walaupun Rose tak der, kena jugak sebijik dua 'kepala otak' dgn Lynn kat chicken rice shop tu.

Selesai makan, kitorang bergerak ke MPH & atas saranan Amy aku gunakan bajet buku bulan ni utk bli novel 'Kalung' by Zahida Zarkasi. Ntah la bila nak baca, siap bawak balik kg ni, tapi plastik pun tk sempat nak bukak lagi. Kitorang sempat jugak bergambar dgn kamera aku yg mereng sikit tu. huhu. Lynn.. sebenarnya kamera tu tak leh amik gambar. Dah rosak. so yg amy amik tu sebenarnya movie.. hehe.. balik rumah saya capture jer frame by frame, terhasillah gambar2 yang saya email tu. Su ngan Lynn macam konfuse plak sbb aku kerap tukar tempat masa 'bergambar' tu.

Tahniah buat Lynn atas cetakan kedua 'Jika Benar Cinta' dan novel baru yang bakal muncul hujung tahun ni. Sebelum balik tu sempat gak saya singgah kat google beli tiga stokin warna warni utk raya ni.

sure fine whatever
rinn

Buka Puasa Bersama Akma 2007


Buka Puasa Bersama Akma.
 
Thanks AFC dan JiwangUnited sudi include me dlm majlis berbuka puasa ni. Seronok dpt jumpa akma dan tangkap2 gambar utk menambahkan koleksi gambar bersama Akma ;) Akma makin sweet ngan rambut pendeknya. Many-many thanks to Diana sebab sudi bagi i hijack kamera dia sbb my camera dah mereng sikit. dpt la merakamkan gambar2 akma dgn lebih jelas lagi.. almaklumla kemerer branded gitu. Siap berbuka di Restoran Puteri lagi, yg Rubiah suparman tu. Siput sedut dia best. nyumm nyumm. Terima kasih Suh, sudi fetch me kat stesen LRT. Also terima kasih juga buat Nuha yg sudi drive me home walaupun aku ni ntah mana2 tunjuk jalan. berputar putar. len kali aku kena dok dendiam tak yah tunjuk2 jalan.

 
Izan, Suzi, Maxx, Kak Sari.. thanks sooooooooo much, glad dapat jumpa you all & Akma lagi. Geram jugak dah berapa puluh kali akma buat cabutan bertuah, saya ni tak bertuah-bertuah pun. Sabo jer. CP, Maibristol, km, suh, diana, nuha, kakliza.. tak sangka dpt jumpa di bulan puasa. Nuha and K.Mai selamat pulang, semoga berbahagia di Malaysia.


Thanks akma sudi borak2 panjang walaupun kitorang tak der la borak2 pasal akma sgt pun.. lebih pasal diri sendiri.. sesi luahan perasaan ker hapa.. huhu. Later walaupun akma dah balik kitorang tak abis2 lagi dgn sembang2nya.. lagi tuan restoran tak tutup lampu, tak keluar la. hehe. Pada sapa2 yg nak buat kenduri dlm masa terdekat ni, sudi2 la jemput saya di stesen LRT.. :p.

sure fine whatever
Rinn

Friday, October 12, 2007

Mungkin




VC dari surefinewhatever lagu Mungkin nyanyian Anuar Zain. Bila saya dah mula terima request utk vc Memori Bahagia dan Jangan Bersedih Lagi, ada la pulak lagi yg nak video yg disesuaikan dengan lirik lagu 'Mungkin' by Anuar Zain utk nak cure kesedihan ekoran ending Memori Bahagia dan Jangan Bersedih Lagi. Saya memilih untuk menggunakan Software Sony utk music video ini. "Rinnnnnnnnn.. ah.. Rinnnnnnnnnnnnnn ah.. faham-faham sajalah cikgu."