| Start: | Sep 7, '08 7:00p |
| Location: | Restoran Muhibah |
Friday, August 29, 2008
Berbuka Puasa dgn Geng UltraKID!
Salam Kemerdekaan & Selamat Berpuasa
Sekejap jer dah tiba sambutan kemerdekaan dan kita akan berpuasa lagi tahun ini. tak payah pejam celik pun.. memang rasa sekejap sangat, rasa macam baru jer abis puasa tahun lepas.. hmm dah setahun berlalu. Saya ucapkan Selamat Menyambut kemerdekaan dan juga Selamat Berpuasa buat kawan2 semua yang sudi menjengah saya di sini. Semoga segala amalan kita di bulan mulia ini akan diberkati dan dirahmati Allah. Tahun ni kibaran bendera Malaysia tak der lah meriah sangat macam tahun lepas kat opis ni.. mungkin menyahut seruan amalan berjimat cermat kot :)
Insyallah saya akan menyambut hari pertama puasa di kampung bersama keluarga tersayang :) harap2 masa salah satu weekend dlm bulan puasa ni dapatlah saya balik utk berpuasa dgn keluarga lagi. tak kisah la walaupun penat nak travel jauh2. Awal2 lagi dah ada rancangan buka puasa dgn geng2 ITM dulu. Yong! Lin! Umi! Mak Inaaaaaaaaaaaa aimieu ol!!!! tak sabar nak jumpa korang lagi.. walaupun kita tak jumpa selalu, aku bersyukur sbb tiap kali bulan posa kita bersua muka :) Ermm jiwangans ada tak majlis bukak posa tahun ni? minggu kedua puasa tu dah booking nak balik kampung! hehe.. ada projek lah!
sure fine whatever
Rinn
Thursday, August 28, 2008
Sentuhan Cinta
| Rating: | ★★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Haiza Najwa |
Terbitan Alaf 21
Tahun 2007
"Walaupun zahirnya tiada getar namun namamu membikin tiap helaan nafasku menderu"
Wah makin ramai ya penulis baru alaf 21. Saya agak sukar nak proses kenyataan yang orang seperti Hurin sanggup menelan bulat2 kata2 ibu tirinya mengenai rupanya yg hodoh sehingga disamakan dgn hantu yg buruk. Hakikatnya Hurin adalah wanita sebaik baik kejadian, sempurna paras dan tubuh badan. Saya mungkin boleh terima fakta yg cuba diketengahkan penulis kalau Hurin menganggap dirinya hodoh apabila dia tidak bercampur langsung dgn orang. mungkin dikurung sehingga dewasa di rumahnya sendiri, mungkin dgn cara itu mental akan lebih kuat menerima sogokan kata2 ibu tirinya yang menyayanginya tetapi meracuni fikirannya. Hurin dlm cerita ini adalah wanita terpelajar dan belajar sehingga ke peringkat universiti. Rasanya kalau dia mendpt pendedahan sehingga ke peringkat setinggi ini, kepercayaannya terhadap momokan ibunya tidak lah sepatutnya sampai ke tahap yg ditonjolkan dalam kisah ini melainkan kalau dia betul2 dipisahkan dari masyarakat.
apa2pun, agak menarik jugak membaca kisah seorang wanita cantik yang merasakan dia hodoh dan sesiapa saja yang mengatakan dia cantik akan dianggap sengaja mengata dan mencerca dirinya dan nahaslah orang tu, kalau tak kena tampar pun mungkin akan kena penendang Hurin Ain. Ibu tirinya (Tajiyah) sengaja mahu Hurin Ain begitu kerana mendendami arwah isteri pertama suaminya (Pamela) yg dicintai sepenuh jiwa oleh Ilham sedangkan dirinya dikahwini hanya sekadar utk menutup malu kerana buntingkan anak kpd abang suaminya tanpa ikatan perkahwinan. Ilham menganggap Tajiyah adik tapi demi menutup malu yg dicipta Idham, Tajiyah dinikah selepas isterinya Pamela meninggal dunia setelah melahirkan Hurin Ain.
Bukan itu saja krisis yg dialami Hurin Ain. dia menyintai Redzal dan Redzal juga menyintai dia tapi dua2 tak luahkan perasaan membuatkan Hurin menerima lamaran Steven kerana bagi Hurin bertuahlah dia kerana orang sekacak dan sekaya Steven sanggup memperisterikan dirinya yg hodoh. Steven pd mulanya ada agenda utk memanipulasi harta Hurin yang mencecah jutaan ringgit. Namun dia betul2 cintakan Hurin yg cantik jelita yang sering dipanggilnya hodoh kerana mahu Hurin mengagungkan dirinya kerana sudi berkahwin dgn wanita hodoh. Geram la kat Redzal tu.. eeeshh slow motion, dah suka cakap la suka dah tentu Hurin akan pilih dia.
Hurin ni pun saya tak sure lah berkahwin utk apa. mungkin sbb takut terlepas peluang berkahwin sekiranya membiarkan lamaran Steven. Lepas kawin Hurin takut nak bersama suaminya so dia buat syarat Steven tak boleh sentuh dia selagi dia belum bersedia. Adus.. bila Steven menuntut haknya secara paksa, Hurin tuduh dia diperkosa suami sendiri dan menyampaikan kisah itu pada Redzal. Ada rasa yang tak kena bila membaca bab ini. Saya sangat2 tak suka watak Steven pada peringkat ini.
Steven dgn berat hati menceraikan Hurin dan Hurin memberi ganjaran 4juta RM kpdnya kerana dia terlalu gembira dpt kawin ngan Redzal. Macam tebus talak la.. tapi jeng jeng jeng.. saya sangat suka kisah Hurin selepas dia berkahwin dgn Redzal. Hurin lahirkan anak steven dan kemudian mengandung anak Redzal, Redzal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia. Kebencian pada Steven berkurangan apabila anak pertamanya yg baru mencecah 6 tahun menjadi tonggak utama dalam keluarga kecik 3 beranak itu kerana Hurin buta sbb byk menangis.. huhu macam kasim selamat! tapi tak der saxaphone dalam citer ni. hehe. I'm looking forward to more karya baru by this writer :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.
"Hah, teliti betul-betul muka kamu tu! Alangkah hodohnya muka kamu. Rambut perang dan mata biru kamu serupa mcm hantu. Bila org kata kamu cantik, org itu sebenarnya hina kamu."
Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.
"Mahu sahaja aku membawa hati ini dan pergi jauh dari sini. aku gadis yg buruk parasnya. tidak layak untuk bergandingan dgn mana2 lelaki. Oh TUHAN... berikan kekuatan kepadaku menempuh kehidupan ini."
Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?
"Cantik atau tidak seseorg itu, semuanya bergantung pada hati. Mereka yg bersih hatinya, akan berseri-seri wajahnya dgn nur keindahan. Insaflah dan buanglah sifat mazmumah yg hajat dari jiwa kita."
Harga : RM 18.00
Halaman :474
ISBN : 9789831243091
sinopsis di website alaf21
Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.
Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.
Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?
Harga : RM 18.00
Halaman :474
ISBN : 978-983-124-309-1
Wednesday, August 27, 2008
Joget Cinta Pertama
| Rating: | ★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Matt Romeo |
Terbitan Creative Enterprise Sdn bhd
Tahun 1994
"Relakah emak melihat anak emak ini menderita? Sanggupkah emak melihat anak emak ini berbinikan perempuan yang bernama jantan? Sampai hatikah emak membiarkan anak emak memeluk kaki katil pada malam pengantinnya?"
Masa korek2 kotak kemas rumah kat kampung terserempak dgn buku lama ni. Ntah la sapa punya. Matt kembali dalam kisah Joget Cinta Pertama ini dan memang dari sekolah lagi tahap miang dia aduih.. bukan main. Matt ni dalam hati lain, cakap yg terkeluar lain. Control gitu. Disebabkan rasa sayang yg meluap2 buat haslinda dia mengirimkan warkah cinta kpd gadis cantik itu. Tak sangka pulak haslinda tu nak sambut salam cinta Si Matt hingga jadi couple glamer kat skolah.. first time aku baca pepatah ditelan mati katak diluah mati pucuk. aduih.. memang gelak jer biler layan citer nih.
Bukan saja haslinda yg syokkan Matt ada jugak la hati2 lain yg terpikat termasuklah sorang gadis bersama Azizan tapi matt terang-terangan reject sbb tak lawa. Percintaan dgn Haslinda telah menjadikan seorg yg lebih rajin belajar sbb Haslinda rajin bertanya tentang pelajaran kpdnya.
Walau bgmanapun ada pertelingkahan keluarga berkaitan dgn tanah Tokwan Matt dengan bapa Haslinda.. Berjayakah Matt berbinikan Haslinda?
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
"MUlanya dia buat hal juga"
"Hal macam mana?"
"Dia terus buka seluar... huh, buruk betul. Nampak macam katak tak pakai baju!"
"Ah, tak senonoh."
Haslinda mencubit lenganku dan sekaligus memaksa aku mengaduh kecil.
"Cakaplah betul-betul Matt... dia buat apa?"
"Okey." Aku meneguk liur.
RM10.90
180 mukasurat
isbn 9838931411
Cuti Merdeka dan Sambut Puasa
| Start: | Aug 30, '08 11:00p |
| End: | Sep 2, '08 |
| Location: | Kulim |
n then sambutan Merdeka. Dah lama tak balik kampung masa cuti merdeka yang sebelum ni selalu jatuh bukan pada hari minggu. siap ganti cuti on monday tu jatuh pulak first day puasa! yay! selalunya tiap2 tahun aku mintak cuti extra utk balik kmpung sbb nak sambut puasa dgn mak, tahun ni aku amik cuti sehari saja lah.
Rasanya balik ni dah boleh angkut biskut tayamum dgn muruku! haha.. laris pulak.
Tuesday, August 26, 2008
Cinta Di Langit Hamra
| Rating: | ★★ |
| Category: | Books |
| Genre: | Romance |
| Author: | Lily Haslina Nasir |
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors
Tahun 2002
"Adilkah cinta andai sering bersanding di pelamin mimpi?"
saya tak ingat dah biler kali terakhir saya baca kisah tentang pramugari. kalau drama tu ada la tengok citer jepun sakura yang nak jadi pramugari tu. :)
susah juga ya jadi orang cantik ni, penuh dugaan dan sentiasa mudah difitnah. watak2 seperti Maizura dan Nurin memang menyakitkan hati dan berjaya menambah rencah ke dalam kisah Elya Nur & Azhan ni.
kisah ini kadang2 diceritakan ke depan dan ke belakang tanpa warning.. kadang2 saya mcm confuse, salah susun page ker. rasa baca mcm biasa tapi biler teliti balik flash back rupanya.
Kerana cinta Azhan mengahwini Merlisa di London tanpa izin keluarga. Dia membawa hati yang remuk redam dan kembali ke malaysia setelah 10 tahun di London. Di awan biru dia bertemu dgn Elya Nur yang menawan tetapi pertemuan itu mengukir siri2 pertemuan lain yang bagi Elya Nur membawa malang kepada dirinya. Dia hampir dibuang kerja sbg pramugari, dia berpisah dgn tunangnya, dia dicemuh kerana dianggap perempuan curang. Dia tidak berkesempatan utk meleraikan semua kemusykilan dan meneruskan hasrat menyambung pelajaran hingga ke menara gading. Masa remaja habis dikerah tenaga oleh ibunya yg seolah2 membezakan kasihnya dgn anak2 yang lain. Luluh semangat Elya Nur bila mengetahui dia anak luarnikah kerana ibunya pernah dicabul majikan yg berbangsa Inggeris.
Rindu Azhan terlerai apabila terserempak dgn Elya Nur di universiti yang sama.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Ya, kalau cerita hitam itu merantai seluruh pegangan dan kepercayaan, bagaimana terpateri pelamin cinta? Kalau benar dugaan menyatu cinta itu terlalu kuat menerjang, mengapa kita harus mengalah terlalu awal? Aku ini bukan Majnun, aku juga bukan Shah Jehan. Kalau benar masih ada ruang utk mencambah kasih sayang, biarlah aku tugukan arca cinta kita, di sanggar rindu yg kita dirikan.
RM13.90
230 mukasurat
isbn 9839459368