Thursday, April 30, 2009

Hanya Dia Tahu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aleya Aneesa
Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2009


"Tali cintamu merantai diriku dari menjauhimu"


Disebabkan malam masih muda, aku berani mula buka buku Aleya Aneesa yang terbaru ni, sbb buku2 dia ni susah nak stop biler dah mula. Memang dah lepas tengah malam baru abis.


Aleya Aneesa gemar memilih kisah motherhood, brotherhood, sisterhood dan ngorathood. haha... aku suka jer citer2 macam nih. Garapan AA memang sentiasa kelihatan manis aja di mata aku. Kalau aku bias, minta ampun lah ye. kalau hati dah jatuh suka tu, nak wat macam mana. hehe.


Keakraban Ariana, Zaen sekeluarga dan Nasuhah dgn ibu2nya memang menyentuh hati. membuat kita cemburu dgn kebahagiaan mereka. Pengajaran tentang nilai2 persahabatan dan kekeluargaan sangat tinggi dalam kisah ini. Membuat kita terfikir, adakah kita seorang anak, adik, abang, kakak dan sahabat yang baik? Mungkin sesetengah org memandang cerita ini sbb hiburan kosong, tapi bagi aku ceritanya menyentuh hati dn tangkap nangis juga. Novel2 Aleya Aneesa sebelum ni pun ada saja scene yg mengundang air mata. Rasa macam jadi ratu air mata pulak biler baca novel dia nih. Kalah Neng Yatimah.


Ariana dan Nasuhah bersahabat baik. Melebihi adik beradik. Nasuhah merupakan penyelamat Ariana yg menjadi anak yg baik sejak bersahabat dgn nasuhah. Ariana cuba mengenenkan abgnya Zaen dgn Nasuhah (tanpa pengetahuan Nasuhah) tapi Zaen awal2 lagi dah reject sebelum bertemu mata dgn nasuhah. Dia telah melukakan hati Nasuhah melalui panggilan telefon yg takkan dilupakan Nasuhah sampai bila2.


Pertemuan pertama dgn Nasuhah membuatkan Zaen tak lena tido sbb Nasuhah tu memang lawa giler. dia dah tak ingat pun perempuan yg bernama Nasuhah yg pernah direjectnya sebelum. Nasuhah minta Ariana merahsiakannya. Bermula lah aksi kejar mengejar antara Zaen dgn nasuhah.


Kehadiran Rezuan telah meleraikan ikatan nasuhah dgn ariana. Rezuan cintakan nasuhah tetapi menggunakan ariana utk mendekatinya. Ariana percaya yg Rezuan cintakannya tetapi tiba2 saja Rezuan mahu berkahwin dgn Nasuhah. Nasuhah terima Rezuan sbb mahu lari dari Zaen yg dh macam org gila tu rasanya.


Ariana tahu yg Nasuhah tak pernah tahu yg Rezuan pernah bercinta dgn Ariana, so dia tak nak kacau. Dia percaya Nasuhah akan bahagia dgn Rezuan. dia pun membawa diri ke luar negara. Zaen pulak frust menonggeng sbb awek yg dia bekenan dah dikebas orang. padan muka. dah la ngorat stail 'caveman' org zaman batu. Nak jer, angkut! tak sesuai langsung, menakutkan orang saja.


Tanpa pengetahuan Zaen, Nasuhah menarik diri di saat2 akhir pada hari pernikahannya kerana dia baru tau yg Rezuan pernah lukakan hati Ariana. Dia takkan sanggup merampas kekasih kawan baiknya. Keluarga Nasuhah dan Keluarga Zaen bersetuju utk merahsiakan peristiwa tu dari Zaen sbb takut nanti Zaen tu, dia kejar dan angkut Nasuhah tu entah ke mana2. Bila dia anggap Nasuhah tu bini orang, dia jadi elok dan kurang gatai la sikit. hehe...


lain2 korang baca la sendiri.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dgn abangnya Zaen Luthfi seorg pengurus muda. Sbg seorg adik yg nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi nasuhah dan menghamburkan kata-kata yg nista.


Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba utk mendekati nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.


Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya utk menyelesaikan masalah yg melanda. Namun huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak balik.


Walau bagaimana payah pun, nasuhah mesti berani membuat keputusan yg bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta org yg sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yg tidak pernah wujud di hatinya.


RM19.90
sabah sarawak: RM22.90
500 mukasurat
isbn: 978983124-4135

Wednesday, April 29, 2009

Bila Dah Suka

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Bila Dah Suka by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions
Tahun 2009


"Bila hati dah suka, semua jadi indah belaka."


Cerita ni heroin dia asyik melarikan diri saja bila ditimpa kekecewaan. Heronya pulak memang la tak jenis tak reti cakap baik2, sebab tu kejanya gaduh jer ngan heroin.


Nurul Huda kecewa apabila Shazlan memilih utk memperisterikan bekas kakak iparnya yg dianggap seperti kakak kandung walaupun abg Shamnya sudah meninggal dunia. Dia tidak tahu rupa2nya Shazlan berbaik dgn nya supaya dpt mendekati Kak Diba.


Ayahnya yg tidak pernah mempedulikan perasaannya menguatkan lagi tekadnya utk berhenti belajar dan melarikan diri ke Taiping utk bertemu Abg Amar yg telah lari ke sana kerana tidak tahan dengan sikap ayah mereka. Namun rancangan kejutannya tidak seperti diatur apabila dia diragut.


Segala yg terjadi ada hikmahnya. Dia menikmati kasih sayang seorang ibu dan keluarga yang bahagia apabila bertemu dgn paksu mizi dan ibu mahani yang baik hati.


Kehadiran Huda mendamaikan hati Annuar tetapi menjengkelkan hati Alam. Anuar & Alam tu anak ibu mahani. Huda turut terpikat dengan Annuar tetapi dia lebih banyak berinteraksi dengan Alam yang lebih suka mencari gaduh dengannya.


Saya suka dgn character Annuar yg lebih matang dan gentleman. Alam terlalu kebudak-budakkan. Namun setelah Annuar salah faham hubungan rapat antara Huda-Alam, watak Annuar seperti dimalapkan dan ditonjolkan sbg lemah, mungkin sbb nak menaikkan character Alam sebagai watak positif.


Annuar kecewa kerana menyangka Huda-Alam bercinta lalu bersetuju utk mengahwini Erin, anak aunty Rohaya yang tak pernah mahu berdamai dgn ibunya. Macam la tak der pompuan lain kat dunia nih. Rasanya Annuar ni seorg anak yg mendengar kata dan baik. Tak sesuai rasanya dia memilih Erin yang mengada-ngada dan tidak menghormati ibu Annuar. Malahan aunty Rohaya terang-terangan membenci ibu Annuar. Seorg anak seperti Annuar rasanya tentu akan berfikir dengan lebih panjang lagi sebelum mengambil keputusan yang sudah tentunya akan mengecewakan ibu yg sangat disanjunginya.


Huda kecewa dgn keputusan Annuar lalu balik semula ke rumah bapanya, lagipun abg amar yang dicarinya sudah meninggal dunia kerana kemalangan di dapur. Kena sambar api gas. dahsyat betul. Kak Diba gembira, namun kemesraan Huda-Shazlan menimbulkan rasa cemburu dan Farhan-Huda terperangkap dalam fitnah ayah Huda lalu dipaksa berkahwin. Huda kecewa lagi dengan keluarga sendiri lalu membuat keputusan utk kembali kepada keluarga angkat nya yg jelas lebih ikhlas menyayangi dirinya.


Dia cuba menutup perasaannya kepada Annuar. Annuar bertukar menjadi lelaki yang menurut kata isteri lalu mengecewakan hati ibunya. Dia lebih percaya kata2 isterinya yg menabur fitnah kpd Huda. Alam bertindak sebagai pembela. Alam berjaya mencuri hati Huda.


Namun Huda tak berani menyimpan harapan tinggi kerana Alam kelihatan mesra semula dengan bekas kekasihnya yg juga merupakan isteri arwah abang Amarnya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?


Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.


‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.


MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...


RM19.90
sabah /sarawak: RM22.90
540 mukasurat
isbn: 9789833316885

Tuesday, April 28, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 26-4-2009




Akhirnya tiba hari terakhir pesta buku :) sempat jugak aku jumpa beberapa orang sebelum pesta buku berakhir. last day tu org ramai macam tu jugak lah. aku heran macam mana boleh ada statistik mengatakan hanya 3% rakyat malaysia yang membaca. aku pun dah tak teringat kat mana aku tahu mengenai statistic tu. hehe..

 

 

ni ada beberapa gambar masa last day tu.

 

 

sure fine whatever

rinn



Monday, April 27, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 25-4-2009





Hari Sabtu yang ditunggu-tunggu dah tiba... Pagi2 lagi dah janji nak jumpa Sue dan Ta. Memang org dah ramai walaupun aku ni perasan aku datang awai.. orang lain lagi awai wo.

 

 

Sempat la jugak meninjau2 booth2 yg dah  ntah berapa kali ditinjau. Mood nak membeli tu masih tinggi la. Weekend ni aku lebih kepada tolong beli buku utk org. biar penuh beg beroda aku yg glamer tu, hehe. Selesai dgn Sue & Ta, aku jumpa pulak dgn gengkicap buat rombongan sesi pagi :). pestaim la jumpa miss presiden.

 

 

Sempat jugak bertemu dgn Norisah A. Bakar dari Singapura & dpt T.T utk novel Rinduku Di Angin Lalu. Untuk nak tau apa lagi aktiviti hari tu, boleh la tengok gambar2 yang saya upload ni. Penulis2 pun ramai. ada yang datang utk sesi tandatangan dan beramah mesra dgn peminat2 dan ada jugak yg datang jalan2 utk shopping :)

 

 

 

 

sure fine whatever

rinn



Saturday, April 25, 2009

Ada Cinta

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rina Farizq
Ada Cinta by Rina Farizq
Terbitan Kaki Novel
Tahun 2009


"Cinta itu indah bagi yang mengerti,
namun ucapkanlah walaupun sekali...
agar hati tidak keresahan lagi."


Untuk menerima kisah cinta dengan background begini mungkin memerlukan minda yang terbuka. Ini dalam genre kisah cinta selepas kahwin.


Faktor terbesar utk membuat kisah cinta antara pasangan yang jauh perbezaan usia (lebih 20 tahun) adalah cara garapan penulisnya. Kerana saya pernah membaca kisah background begini (kisah tak samalah, kisah cinta antara 2 insan yang mempunyai perbezaan umur yg besar) tetapi sangat menarik dan meruntun perasaan. Satu tindakan yang berani dari penulis baru ini kerana menjadikan plot begini sebagai karya pertamanya.


Kisahnya tentang Qazrina yang masih bersekolah tetapi terpaksa bertunang dgn Danish kerana bapanya mahu merapatkan silaturrahim dgn sahabatnya, Azhari, seorang duda hensem. Mustakim mahu Qasrina mendapat keluarga yang menyayanginya dan dia percaya yg Azhari dan anak bujangnya, Danish dpt menjalankan tanggungjwb itu.


Danish menerima walaupun keberatan. Lama kelamaan kedua-duanya saling menerima. Ibu bapa Qasrina meninggal dunia dlm sebuah kemalangan dan Qasrina disingkirkan dari rumah mewahnya oleh ibu dan bapa saudaranya sendiri. Azahari dan Danish bertindak melindungi Qasrina. Namun perangkap yg dipasang oleh ibu saudara Qasrina, Zaila, (agar anaknya Mukhriz ditangkap basah dan terpaksa berkahwin lalu boleh lah dia membolot duit insurans Qasrina) tidak berjaya kerana Azahari yg tertangkap ketika bersama-sama dgn Qasrina. Danish hilang kepercayaan pada ayah sendiri dan tunangnya. Untuk menutup malu, Azahari berkahwin dgn Qasrina yg baru abis spm. Ntah la.. susah nak terima situasi 'terpaksa' tu sebab perkahwinan tu boleh dielak. Mungkin Azahari tu yang tak nak Qasrina terlepas ke tangan anak nya sendiri? Qasrina pulak tak der la membantah.


Qasrina melanjutkan pelajar ke luar negara. Ketika dia kembali untuk bercuti, hubungannya dgn Azhari semakin baik tetapi sekali sekala bahtera perkahwinan mereka digoncang oleh Danish yg sudah menyesal dan masih menyintai Qasrina yg kini merupakan ibu tirinya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Bermula dengan sebuah tragedi, sebuah kisah cinta tercipta. Dalam Marah dan benci, ikatan yang terjalin menambah sakit di hati. Namun akhirnya hati terpaksa akur, di suatu sudut yang paling dalam, rasa kasih dan sayang tidak dapat dipendamkan lagi.


Namun, bibir tidak mampu mengucapkan kata cinta. Hati tidak tertahan menanggung beban perasaan.


Dia sedar, cinta bukanlah segalanya. Cinta itu terlalu luas pengertiannya. Sebelum menemukan cinta sejati, cintakan Allah adalah kunci utama sebuah kebahagian yang hakiki.


RM18.00
sabah/sarawak RM21.00
411 mukasurat
isbn: 978975067174

Thursday, April 23, 2009

Diari Sayang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Fatimah Kassim
Diari Sayang by Fatimah Kassim
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cetakan ketujuh tahun 2003


"mungkin itu satu pengorbanan yang selama ini dirahsiakan"


Kisah cinta suami isteri yang bermula setelah diijabkabulkan tanpa rela. Atie menyangka Faris terpaksa menikahinya kerana kemahuan keluarga, namun Faris sebenarnya jatuh cinta pandang pertama dan bekerjasama dgn abg Atie untuk memastikan Atie menjadi isterinya. Atie terpaksa berpisah dgn kekasihnya.


3 tahun berlalu. Hubungan mereka semakin akrab, namun ibu Faris tidak senang hati kerana belum bercucu. Kematian abg Atie meresahkannya kerana dia sudah tiada tempat bergantung, dia bagai orang asing di kalangan keluarga suami.


Rasa cemburu membara apabila Faris mengambil bekas kekasih sendiri (Rosmah) sbg setiausaha.


Geram pulak memikirkan si Atie memilih Dato' Johan sbg tempauh meluahkan perasaan kecewa terhadap suami. Walaupun Dato' Johan sudah lama jatuh hati dgn kejelitaan Aite, dia tak mahu meruntuhkan masjid yg sudah lama terbina.


Berita kehamilannya diharap mengundang bahagia, namun kehadiran Rosmah ketika Faris terlantar di hospital membuat Atie putus asa dan menghilangkan diri.


Diari Atie membuka cerita hatinya kepada Faris tentang betapa cintanya dia pada Faris dan betapa cemburunya dia pada Rosmah. Terbang keraguan Faris lalu dia pergi memburu cintanya dan anak2 yg bakal lahir.


Tragedi tak diduga. Walaupun selamat bersalin, Atie tergelincir lalu mengalami pendarahan dan meninggal dunia. Faris berjanji akan setia pada Atie dan menghabiskan sisa hidupnya yg tak panjang juga. Tinggalah pasangan kembar sebagai penyambung generasi. Mak si FAris tu lepas Atie mengandung barulah dia baik dgn Atie. Kesian menantu dia.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku.


Kadangkala sepi itu indah. Tapi bagi mereka sepi itu bagai api dalam sekam. Biarpun demikian, diharungi juga hidup mereka dgn tabah. Pada satu titik mereka dianugerahi segarit cahaya penyesuaian. Mereka menjangka panas hingga ke petang tanpa menduga hujan di tengah hari.


RM12.90
191 mukasurat
isbn 9838931284

Rahsia Hati Sofia

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Nazurah Aishah
Rahsia Hati Sofia by Nazurah Aishah
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009


Lagi karya online yang dizahirkan dalam bentuk buku. Kalau yg online tu memang aku jenis susah nak menghayati. tak der feel :). Aku ni old fesyen, kena pegang dan baca baru puas.


Semalam aku mula menyelak buku ni sbb buku yang sedang aku baca tertinggal kat ofis masa kalut2 bersiap utk balik semalam. Pagi ni aku dah abis baca before mula keja.


Permulaannya dalam rentak yang biasa tapi selepas tragedi yang menimpa Sofia, cerita ni jadi tak sabar aku nak habiskannya.


Tak sangka pulak kisah ni tentang kahwin paksa, stail Nazurah Aishah nyer kawin paksa memang lain dari pada kisah2 yang pernah kita baca sebelum ini. Kalau before this kita baca buat sempadan letak binding tape atau lukis dgn kapur kat atas lantai or sekadar letak bantal peluk kat atas katil, well cara2 tu gerenti tak berkesan. hehe.. dlm citer ni heroin tu tido dgn pisau potong ikan kat bawah bantal. Gerenti husband dia tu nak menguit masa tidur pun pikir berjuta kali sbb mata pisau tu mungkin end up tenggelam dalam pusat dia. haha.


Bukan mudah sofia nak memaafkan Ikhmal. Penyampaian Nazurah Aishah mengenai kemelut dalam jiwa Sofia memang mengundang hiba dan mengalirkan air mata. Cerita yang tangkap nangis. Lu buat wa nangis la Nazurah Aishah *sob *sob (perah comforter).


kalau nak baca buku ni, boleh stop setakat ini kerana selepas ini banyak spoiler akan di reveal ya dan mungkin akan mengganggu mood membaca :)


Sofia dan Ikhmal bercinta ke? diorang sendiri tak pasti kedudukan hubungan diorang. Dari sekolah mereka saling mengenali dan mereka setia tanpa ikatan. Ikhmal seorg yang panas baran dan cepat cemburu. Dia sering keluar dgn wanita lain, tapi apabila dia terserempak dgn Sofia bersama rakan sepejabatnya kat tempat makan, dia terus dibakar cemburu. Dia menggunakan alasan keluarga utk membawa Sofia balik ke rumahnya lalu Sofia dicabul tanpa simpati.


Sofia hilang arah, dia mendpatkan bantuan Dr. Najihah. Dia enggan buat laporan polis demi menjaga kehormatan keluarga kedua-dua pihak yg dipandang tinggi dlm masyarakat. Ikhmal segera menghantar rombongan meminang namun ditolak mentah2 oleh Sofia yg tak mahu bersuamikan syaitan bertopengkan manusia. Rahsia Sofia terbongkar apabila Ikhmal sekeluarga kembali dan mahu mereka berkahwin kerana sudah terlanjur. Akibatnya Sofia dibuang keluarga dan terpaksa tinggal dgn keluarga Ikhmal. Bencinya membuak2 buat Ikhmal yang berdusta. Terlalu banyak dosa Ikhmal padanya yg tidak terampun. Ikhmalnya akhirnya membuat pengakuan mengenai kekejamannya terhadap Sofia, so dapat jugak la dia bonus penumbuk penampar penendang dari bapa tersayang dan juga bapa mertuanya. Abg iparnya awal2 lagi dah blasah dia. Padan muka. Mulai saat itu, jika Ikhmal tersilap langkah sedikit dan membuat Sofia sedih, memang dia akan menerima 'bonus' tiga serangkai sekali lagi.


Mereka cuba melayari hidup suami isteri sebaik mungkin. Rasa cinta yg sememangnya ada mekar dan penyeri hidup bakal lahir. Namun tindakan Ikhmal merahsiakan aktiviti malamnya membuatkan isterinya curiga, cemburu dan salah faham. Kemalangan yg menimpa Ikhmal sebelum kelahiran anak kedua mereka menggegarkan lagi bahtera mereka. Ikhmal tercabar dengan Nizam yang sudah lama menaruh hati pd isterinya. Dia tidak dpt membuang rasa curiga.


Nizam dan Ikhmal kedua2nya ada kekurangan yang hampir sama. Cuma bezanya Ikhmal percaya bahagia cuma akan datang bila dia dpt memberi kepuasan zahir batin pada isterinya tapi Nizam lebih mementingkan cinta dan tanggungjawab. Tak sangka pulak aku suka endingnya. Buat apa meneruskan perkahwinan yang penuh dengan curiga dan kata2 menyakitkan hati. Bukan selalu dpt tutup novel yg mcm ni dgn rasa puas. Habis baca buku ni barulah aku macam faham la (macam saja hehe) coretan Nazurah Aishah masa amik signature nya:


"Jika cinta... lepaskan
Jika rindu... pendamkan" - Nazurah Aishah


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…


Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!


Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!


Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!


Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?


--------------------
NAZURAH AISHAH kembali dgn cerita yg sarat dgn emosi. Bahasa Nazurah Aishah terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!


RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
isbn: 9789675118173
555 mukasurat.