Tuesday, September 20, 2011

Kau Curi Hatiku

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Xara
Kau Curi Hatiku
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni
Editor: Mohd Rosdi b. Mohd Zin
518 muka surat
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789675118524


Aku tak tau kenapa cover novel ni mengingatkan aku kepada negara Jepun. mungkin bebunga ala-ala sakura tu kot. Lagipun aku tengah seronok melayan 'Nodame Cantabile', mungkin sebab tu la terpengaruh sikit dengan elemen2 kejepunan nih. haha. Apa-apapun, citer ni memang tak der kaitan langsung dengan kejepunan atau sakura. Tapi cover dia aku suka :)


ARissa dan Zamil. Gabungan nama mereka saja sudah buat telinga aku rasa bingit. Memang pantang berjumpa, mereka akan berperang dan mengeluarkan kata-kata yang menusuk dan menghiris perasaan. Kedua-duanya mempunyai koleksi perbendaharaan kata yang tajam dan sinis. Zamil ni jenis lahir-lahir jer dah kurang asam dan baran. Arissa pula pantang orang kurang asam dengan dia, dia akan jadi seorang yang kurang asam juga. Kalau orang buat baik dengan dia, dia jadi baik la. Urusan kerja memaksa mereka saling berinteraksi tanpa boleh mengelak satu sama lain.


Zamil telah tersalah tafsir perasaan Ain terhadap dirinya membuatkan dia rasa 'frust'. Mungkin kata-kata Ain meminta dia berbaik-baik dengan Arissa membuat Zamil membuang egonya dan cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan Arissa dan kawan-kawan lain di pejabat. Aku memang tak sedap hati dengan Zamil ni, walaupun dia mula berubah, sikap panas barannya tu seperti gunung berapi pendam. Sekali dia meletup, habis la semua jadi abu.


Arissa pernah bercinta dengan Firdaus tetapi hasrat mereka terhalang apabila Pakcik Arissa berkahwin dengan adik Firdaus. Keluarga Firdaus tidak mahu menjadi buah mulut orang apabila keluarga mereka jadi keluarga 69. Ibu Firdaus sendiri meminta Arissa agar menjauhkan diri dari Firdaus. Firdaus dan Arissa terpaksa berpisah dan mengorbankan perasaan masing-masing. Firdaus akhirnya memilih Nurin sebagai isteri kerana Nurin banyak mengingatkan dia kepada Arissa.


Arissa terpujuk dengan perubahan Zamil tetapi ianya tidak disenangi ibu bapa Arissa yang pernah terlihat cara Zamil menyindir Arissa ketika berkunjung ke rumah mereka bersama sahabat-sahabat lain. Masa tu diorang ni masih lagi bermusuhan. Zamil mencuba nasib menghulur kasih kepada Arissa (dengan bantuan kawan baik ARissa, Zulfa). Zamil tahu bukan senang untuk mencuri hati gadis yang selama ini dicerca siang malam. Dia perlu membuktikan kepada Arissa bahawa dia ikhlas dan tidak main-main. Watak Zamil juga perlu membuktikan kepada pembaca yang dia akan menjadi suami yang baik buat heroin kita :)


Kesungguhan Zamil turut dizahirkan dalam akuan bertulis demi membuktikan hajat hatinya bukan main-main. Masa tiga tahun digunakan Zamil sebaik mungkin untuk memenangi hati Arissa dan akhirnya hajatnya tercapai walaupun ibu Arissa agak bimbang dengan pilihan hati Arissa. Tidak banyak kisah alam percintaan dan pertunangan mereka diceritakan penulis. Mungkin kerana penulis mahu terus membawa kita menghayati kisah hidup mereka sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, langkauan tiga tahun itu membuat pembaca belum cukup yakin pada Zamil.


WAtak Ayie walaupun tak selalu timbul, peranannya utk menambah perisa benci dan sakit hati memang sangat kuat. Aku rasa dia nilah berperanan besar mengapi-apikan Zamil dan menggalakkan Zamil berprasangka hingga merekacipta fitnah yang keterlaluan terhadap Arissa. Malah setelah Zamil dan Arissa berkahwin pun Ayie mempersoalkan ketelusan Arissa meluluskan wang syarikat untuk kegunaan Zamil ketika menjalankan tugas. Memang teringin jer nak baca watak ayie ni kena sepak ('serr pak') dengan tapak tangan atau sepak ('sey pak') dengan kaki. haha siap bagi cara nak sebut!


Kelahiran Alif Rayyan menghiburkan hati Arissa dan Zamil namun gerimis-gerimis yang ditakuti pembaca sudah mula merintikkan cecair asidnya di tasik yang tenang. Jeng jeng jeng... Alam perkahwinan membawa mereka meniti jalan yang penuh liku, menduga hati dan perasaan, menguji cinta dan keikhlasan. Yang pastinya, menjadi isteri dan ibu membuat Arissa menjadi matang dan rasional dalam menghadapi dugaan. Cara dia decide untuk berpantang di rumah mertuanya setelah melahirkan anak kedua menunjukkan usahanya untuk menjernihkan keadaan yang semakin keruh. Perjalanan kisah yang mengajar Arissa dan Zamil tentang hati dan perasaan walaupun cara pengajaran yang diterima mereka adalah berbeza di hujungnya...


Kisah selepas perkahwinan memberi peluang kepada Iman Xara untuk membawa rentak cerita ke arah yang lebih beremosi dan drama, memerah air mata pembaca.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Seteguh manakah hati seorg isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?


Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti ajing dengan kucig tidak boleh berdekat. Seorg bermulut laser dan seorg lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata org, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan sua itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dgn Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dgn Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu jadinya.

Kau Curi Hatiku

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu utk ada fahami, dgn membaca Kau Curi Hatiku.

Syurga Di Wajahmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Laila Hanni
Syurga Di Wajahmu
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Julai 2011
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
539 mukasurat


"Suamiku, sesungguhnya cintaku untukmu adalah bukti cintaku kepada-Nya,
redamu padaku ingin sekali kuraih agar bisa kugapai reda-Nya.
Kerana sesungguhnya... syurgaku ada di wajahmu.


Penulis ini ada gaya bahasa syahdu yang membuai perasaan, mungkin akan terasa perbezaannya kalau anda sudah membaca beberapa karya baru terbitan Kaki Novel yang lebih banyak mengalunkan rentak bahasa yang santai dan tidak formal. Penceritaan yang berhati-hati tetapi tidak membosankan. Watak seperti Engku Lokman dan Idayu memang selalu kita jumpa dalam novel-novel melayu. Rasanya tentu mudah sekali watak-watak ini memikat hati pembaca. Gaya penulisan penulis ini memikat hati namun beliau banyak menumpukan penceritaan kepada saat-saat intim Engku Lokman dan Idayu. Tidak sesuai untuk bacaan anak-anak bawah umur. Idayu adalah watak yang kelihatan agak lemah dan pasrah. Mungkin sifat lemah lembut dan pemalunya membuat dia kelihatan begitu. Namun sifat lemah lembat dan pemalu itulah yang menawan Engku Lokman yang selama ini ke hulu ke hilir dengan wanita-wanita yang 'daring' dan berani. Terasa seperti Idayu terlalu cepat jatuh cinta kepada Engku Lokman, mungkin sebab selama ni kalau saya baca cerita kahwin paksa, mesti dah beberapa lama barulah jatuh hati. Tapi cinta itulah yang telah merubah Engku Lokman ke arah yang jauh lebih baik.


Penulis mengangkat Idayu, seorang gadis kampung yang dijaga rapi ibu dan bapa angkatnya, sebagai heroin dalam kisah ini. Dia lahir dari hasil kerakusan lelaki. Dia tidak pernah tahu hal itu hinggalah suatu hari segalanya terbongkar. Rahsia itu membuat Idayu merasakan harga dirinya runtuh, malah memilih untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi demi untuk mengelak krisis di kemudian hari. Hairi berprasangka buruk dengan keputusan Idayu.


Idayu enggan bekerja di tempat yang ramai orang, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja di rumah Engku Maryam. Menjaga kebajikan harian Engku Maryam. Idayu berjaya mencuri hati Engku Maryam dengan sikap prihatinnya malah menjadi peneman terbaik untuk Engku Maryam. Kehadiran Engku Lokman mengocak ketenangan hidup Idayu. Idayu yang sebelum ini kelihatan biasa-biasa, tiba-tiba jadi begitu menyerlah di mata Engku Lokman yang gemar menggoda wanita. Dia gagal mengawal nafsunya lalu meragut kehormatan Idayu. Dia berjanji akan bertanggungjawab namun tidak menyangka akan dipaksa menikahi Idayu.


Engku Lokman ni membesar di luar negara dan mengamalkan gaya hidup bebas. Kepulangannya ke tanah air tidak langsung mengubah gaya hidupnya. Dia sangka dengan menyanggupi untuk mengambil tanggungjawab menjaga Idayu sudah cukup untuk menebus kesalahannya. Bapanya, Engku Badrul, membuat tawaran yang tidak dapat ditolak. Menikahi Idayu, dia akan menerima wasiat separuh dari harta kekayaan ayahandanya. Baginya itu tawaran lumayan yang tak mungkin ditolak. Dah la dapat bini lawa dan baik, dapat harta pulak tu.


Engku Badrul dan isterinya berhasrat untuk mengahwinkan Idayu dengan Engku Lokman kerana percaya Idayu akan dapat menundukkan Engku Lokman dengan sifat semulajadinya yang serba memikat. Idayu bukan sahaja bersopan santun dan baik hati, dia juga seorang yang mementingkan solat dan membaca al-Quran. Malah dialah peneman setia ketika Engku Maryam membaca al-Quran setiap kali selepas solat. Mereka tidak kisah dengan asal usul Idayu kerana Engku Lokman pun bukannya jenis yang baik-baik.


Engku Lokman sanggup berkampung selama seminggu di rumah kampung Idayu. Sangkanya dapatlah mengintai-ngintai bakal isterinya namun Idayu diarah pulang ke rumah Engku Maryam dan tinggalah Engku Lokman di situ untuk dibasuh dan dicuci oleh bapa Idayu. Bapa Idayu tahu Engku Lokman mudah diajar. Membesar di luar negara telah merosakkan agama Engku Lokman walaupun dia seorang lelaki yang sangat budiman. Engku Lokman diajar asas bersuci, berwuduk dan bersolat. Baru berangan nak mandi dengan Idayu, sekali kena mandi dengan bakal pak mentua kat perigi. haha. Walaupun separuh hati menghadiri sesi ceramah dan tazkirah, isi kandungan penyampaian sedikit sebanyak menyentuh sanubari Engku Lokman.


Idayu enggan bersuamikan lelaki seperti Engku Lokman. Tambahan pula, setelah mengetahui gaya hidup bebas Engku Lokman, lagilah dia seram nak bersuamikan lelaki itu. Dia impikan lelaki yang dapat memandu hidupnya agar menjadi isteri solehah. Namun, dia tidak dapat menolak arahan bapanya yang pernah kecewa ketika dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Hairi dulu.


Engku Lokman ada perancangan sendiri dengan teman wanitanya, Astri, namun setelah bernikah dengan Idayu, dia lupa segala-galanya. Tumpuannya hanya berpusat pada Idayu malah solatnya semakin terjaga apabila dipantau dengan penuh berhemah oleh Idayu. Apakah yang bakal mengocak kebahagian mereka? Sebab yang agak tipikal iaitu sikap tidak berterus terang dan kisah silam yang kembali tanpa dijemput...

Anak yang lahir dari sebuah kemungkaran akan menjadi suci dan unggul dengan didikan agama yang sempurna manakala anak yang lahir dari sebuah ikatan suci, belum tentu akan dewasa sebagai manusia suci. Begitulah 'contrast'nya Idayu dan Engku Lokman, namun jodoh menjadikan mereka saling melengkapi.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, membuahkan rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yg Hairi rasakan. Mereka akhirnya bertunang dlm tempoh perkenalan yg singkat. Namun rahsia yg terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu dengan rasa rendah diri memutuskan pertuangannya dgn Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan.


Setelah tamat pengajian, Idayu bekerja sebagai jururawat peribadi kpd Engku Maryam, hanya kerana igin terus meminggirkan diri dari dunia luar. Namun pertemuannya dgn Engku Lokman, cucunda Engku Maryam membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu. Kehadiran Idayu pada mulanya tidak diendah oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu. Bila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya, dia dipaksa mengahwini Idayu.


Mampukah Idayu mengubah suaminya dari noda dan dosa semalam? Mampukah dia bertahan dengan cinta barunya? Bahagiakah mereka melayari sebuah bahtera dgn cinta yg terpendam dalam diam? Mungkinkah akan ada badai yg melanda bahtera cinta yg baru sahaja memulakan pelayarannya itu? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya utk menagih cintanya yang tidak kesampaian?


Wednesday, September 14, 2011

Yuna di Alamanda 16 Sept 2011

haaaa... nak tengok yuna live? Boleh pegi jumpa dia and say 'hi' personally :) she'll be in Alamanda Putrajaya Jumaat ni promoting Olay.

Friday, September 9, 2011

Mari Mewarna




Pada suatu hari aku rasa rimas tak tau nak buat apa. bukan tak ada kerja tapi aku just tak boleh nak buat apa2. tiba2 jer aku rasa this... urge to buy pencil colors, crayon and color magic. Aku print coloring book and start coloring. and then i feel so much better :)

aku memang tak pandai melukis, selain matematik tambahan, subjek lukisan merupakan subjek yang tak pernah tertulis dgn pen biru dalam buku rekod aku masa zaman2 skolah dulu. haih... aku memang jeles dgn org yg pandai melukis. Aku pernah lukis gambar orang (semasa dlm kelas lukisan) tapi bila aku warnakan dgn water color, aku terpaksa adjust jadi bentuk pokok sbb horrible giler lukisan itu. haha.

aku suka warna-warni. and recently aku beli water color pen utk menambah koleksi alatan mewarna aku. I LOVE IT! sbb aku tak pandai guna water color yg kena bancuh dari tube tu. :) Kalo korang tengok hasil kerja mewarna aku ni memang lah still fail mcm dulu, hehe tapi aku suka :) aku pun tak tau kenapa aku post menda ni kat multiply aku :D

sure fine whatever
rinn

Monday, September 5, 2011

Drama Adaptasi dari Novel: Keimanan Cinta di TV9

jom tengok di tv9. Novel ni bakal diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Drama bersiri ni ada 10 episode sahaja yang disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 hingga 9.30 malam :)

dapat poster dari website ni:

http://photoimagepics.blogspot.com/2011/09/gambar-poster-drama-keimanan-cinta.html