Thursday, October 11, 2007

Kuseru Kasihmu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Izzul Izzati
Kuseru Kasihmu by Izzul Izzati
Terbitan Kaki Novel

"Dalam desiran rindu yang terpendam, ada seru membisikkan... kaulah kekasih hingga ke akhirnya."

pastinya peminat2 izzul izzati tertunggu-tunggu buah tangan baru dari penulis ini. Tajuk buku ni memang menarik. dari segi penyampaian, saya rasa buku ini tidak dapat lari dari kebiasaan novel2 melayu, begitu juga dari segi genre cerita tetapi endingnya bagi saya agak tidak disangka :) and i like ending tu :)

mengisahkan Afrina yg sudah lama menaruh hati kepada Hakimi. SEgala permintaan hakimi tidak dapat ditolaknya, kerana hakimi selalu mintak tolong sbg sahabat kat AFrina ni. Hakimi menyerahkan hatinya kepada Natasha sedangkan semua orang tahu girlfriend dia adalah Haliza. Natasha pulak memang bercinta sembunyi2 dengan Hakimi dan semua orang tahu dia adalah kekasih Azlan. Afrina dijadikan medium oleh Hakimi utk menyampaikan cerita sebenar kpd Haliza dan Azlan. Dia seolah2 sengaja meletakkan AFrina di tengah2 dilema. Hakimi ni jenis suka nyusahkan orang la. dia yang buat pasal suruh orang lain pulak settle. hampeh.

Afrina seolah olah diberi peluang bersama Hakimi apabila dia dan Hakimi terpaksa dinikahkan utk menjaga maruah AFrina. Rasanya lagi malang Afrina bersama Hakimi, bukan rahmat. Hakimi sentiasa berdalih dan makin nekad utk mengahwini Natasha tanpa mempedulikan Haliza dan Azlan yg merupakan sahabat2nya, malah hati Afrina tidak pernah diambil tahu. Afrina makan hati sendiri tambah2 apabila Haliza salah faham kedudukan dirinya dalam hidup Hakimi. Hakimi sentiasa lepas tangan.

Afrina tetap cuba menyeru kasih Hakimi, tapi disedarinya dari satu sudut ada seseorg yang lebih hensem dan berkerjaya yang sedang menyeru kasih Afrina malah bersedia bila2 masa utk memiliki Afrina bila Hakimi melepaskannya kelak.

Hati Hakimi terpaut jua akhirnya kat Afrina tetapi Afrina ni bukan macam hakimi yang tak mempedulikan hati orang lain. Giliran Afrina pulak utk jual mahal. Senang2 jer Hakimi tu nak madukan Natasha dgn Afrina. swinging bowl punya mamat.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dari mana datangnya kasih? Dari mata turun ke hati. Dalam diam cinta itu hadir. Tanpa sedar rasa rindu berbunga jua akhirnya. Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorg drpd mereka.

Namun sejauh mana kasih yang bersemi dapat dihindari, biarpun dia cuba untuk menjauhi. Sedangkan wajah Hakimi sentiasa hadir di ruang mata. Dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar utk ditafsirkan. Tetapi apa yg pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan & disimpan kemas drpd pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kesulitan yang menjelma itu turut membuat Afrina tersepit antara diri, maruah keluarga & sahabat baik sendiri. Hati siapakah yang perlu diutamakan?

Hati siapa pula yang perlu dijaga? Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran AFrina, kasih Hakimi harus dimiliki dgn apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai "muka tembok" demi menyeru secebis kasih? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi? Sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati.

Karya terbaru Penulis 'Best Seller' Bukan cinta biasa.

RM19.00

Wednesday, October 10, 2007

dan Mimpi Pun Bersatu

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Izza Aripin
…dan Mimpi Pun Bersatu by Izza Aripin
terbitan Kaki Novel Enterprise

“Kucari… Cinta yang tak pernah melukai, Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati.”

Terima kasih kepada penulis ini kerana sudi melayari laman web saya yg berselerak ni, tak sempat nak kemas dan update. Buku saudari saya berjaya habiskan dalam masa satu malam! Wah tak sangka. Sengaja saya memilih ujung minggu so tht saya boleh guna semua tumpuan, tak sangka pulak boleh habiskan 590 muka surat sepantas itu. Kenapa? Bagi saya kisah ni adalah fresh dan ada kelainan. Kisah cinta berlatarkan kehidupan keturunan darah pahlawan, bangsawan dan raja di zaman modern. Adegan2 pergelutan diceritakan dengan baik dan mendebarkan. Sebelum ni saya amat suka gaya penceritaan Ramlee Awang Murshid dan Liza Zahira (Bahtera Kasih) tentang gerak2 menyerang. Buku ni saya letakkan dalam kategori ’expect the unexpected’ walaupun saya pasti ianya happy ending. Jarang sekali saya memilih membaca buku yg menyelitkan kisah konspirasi politik, nak menggulingkan kerajaan, latar belakang cerita ini menjadikan penceritaan menarik dan tak sabar2 nak habis kan. Tahniah kepada izza aripin.

Mengisahkan tentang cinta Anne dan Iskandar yg bertemu dan berpisah dan bertemu semula. Ada jodoh di antara mereka tetapi Anne tak tahu yang she’s a part of a very huge plan buat Putera Mahkota Dhiyapura. Kebenaran menjadikan Anne kecewa, fitnah telah melontarkan dia jauh dari Iskandar. Iskandar mengambil masa yg lama utk membina semula semangat diri. Ayrin yg cuba disembunyikan dari Iskandar seolah-olah dihanyutkan takdir ke arah Dhiyapura lalu meletakkan dirinya di tengah2 kancah pertelingkahan antara keturunan al-Muttaqi dan al-Mansur.

Sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Anne
Cinta pertama sewaktu zaman remaja yg terputus di pertengahan jalan bersambung semula selepas lapan tahun berlalu. Lantas dia mengharapkan peluang kedua itu berakhir dgn kegembiraan. Malangnya fitnah yg berakhir dgn tragedi meragut segala kebahagiaan yg diimpikan. Dia mangsa pergolakan politik dan perebutan takhta.

Tengku Iskandar
Kematian bonda & kekanda tercinta menjadikan dia pendendam. Misi mencari dalang yg ingin menghapuskan seluruh keturunannya menjadi agenda. Dlm kesungguhannya mencari pengkhianat, dia sendiri mengkhianati cintanya terhadap satu-satunya wanita yang telah memberikan inspirasi dan semangat utk terus mencari kedamaian.

Ayrin
Akibat trauma yg dihadapi oleh uminya, dia membesar tidak seperti gadis biasa. Sepanjang hidupnya dia tidak kenal sesiapa, tiada saudara mahupun rakan yg berkekalan. Dia seorg pengembara yg mengembara mencari erti kehidupan sehinggalah dia tiba di Millenium Perdana. Buat pertama kalinya, dia temui erti hidup dan bersedia untuk mempertahankannya meskipun mengkhianati uminya sendiri.

Zarul
Hidupnya lengkap dan bahagia. Kasihnya mekar di Millenium Perdana. Namun tanggungjawab kpd keluarga & negara memaksa dia mengorbankan segala-galanya. Dia terpaksa meninggalkan kehidupan yang dia kenal semata-mata mahu menjalankan tugasnya terhadap satu kehidupan yang begitu asing. Dlm kekeliruan, cinta yg sedang mekar rupa-rupanya tidak pernah jauh daripadanya.

Dari satu daerah bersejarah, lahir seorang sri kandi cinta yg mewarisi semangat juang keturunannya. Dari satu kerajaan lahir seorang putera yg mengharapkan kedamaian dan cinta sejati. Mereka dipertemukan di Bentara lantas memahat satu episod perjalanan yg penuh liku & ranjau. Sifat manusia yg rakus dgn keduniaan, yg tamak kuasa, yg dahagakan kemewahan melarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. Dan akhirnya mimpi pun bersatu.

RM21.00
590 muka surat.

Tinggallah Pujaan

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Mimie Afinie
Tinggallah Pujaan… by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions



”Takkan terganti segenap memori. Takkan terpadam seluruh kenangan.”


Saya masih lagi kagum dengan karya ”Masih Ada Rindu” tulisan penulis ini. Citer yg best. Tu antara sebab membuatkan saya tak sabar nak baca ”Tinggallah Pujaan...” Cover buku ni kurang menarik tapi nama di kulit buku ni mampu menarik minat peminat2 buku untuk mencapai buku ni tanpa berfikir dua kali. Buku ni saya baca masa saya dihujani beban tugas yang agak luar biasa. Peh tu saya kena selsema, batuk, demam. Hari jumaat yang lalu baru sempat saya habiskan. Masa mula2 capai buku ni saya just flip randomly to one page (lebih kurang ketebalan 1cm towards the end). Dgn taktau ujung pangkal i just read wht i see and rasa sedih sungguh yg penyampaian ceritanya. Nangis wo. Ingat ker bila baca sampai habis dah tak sedih, tapi rupanya lagi berganda sedih dan sendu nya tu. Saya memang suka buku yang mampu buat saya menangis. Buku ni byk jugak scene romantis antara Norman dan Nurain.


Citer ni tentang Nurain yg di zaman kanak2nya tersangatlah nakal. Dia kamcing dengan Norman dan Haikal. Permergian Baizura, adiknya dan Norman yg berpindah menjadikan Nurain kecewa. Dia dan Haikal membesar bersama sebagai sahaja dan akhirnya mengaku saling jatuh cinta. Kemunculan semula Norman yg hampir dilupakan oleh Nurain menjadikan Nurain lebih ceria. Perubahan drastik sikap Haikal melukakan hati Nurain dan nekad menerima Norman yang meluahkan perasaan kpdnya. Nurain mula jatuh cinta dengan suaminya, kelahiran Muiz yg disangka menjadi pengikat kasih sayang rupa2nya menambah kecewa di hati Nurain kerana sikap ibunya yang enggan menyerahkan Muiz. Kehadiran Zureen yg mahu memancing Norman serta kerenah kakak kandung Nurain yg syok giler kat Norman menjadikan Nurain makin tertekan dan cemburu. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain mengeratkan hubungan Nurain/Norman tapi Norman kecewa setelah mengetahui yang rupa2nya Haikal yg dianggap sbg adik rupa2nya pernah bercinta dgn Nurain. Dia diterpa rasa bersalah kerana memutuskan hubungan cinta antara sepasang kekasih. Pujaan manakah yg ditinggalkan?


Sure fine whatever
Rinn


Ringkasan belakang buku:


Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.



NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.


Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.


Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yg tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.


Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...


”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.


RM19.90
560 muka surat