Monday, October 20, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Norhayati Berahim

Start:     Nov 1, '08
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada kakak-kakak, adik-adik, cik-cik, puan-puan dan tuan-tuan sekalian....


Dengan mandat yang telah diberikan oleh editor Puan Norhayati Berahim daripada NBKara Sdn. Bhd.( melalui Cik Suraya Adnan) maka dengan ini iejay ingin menjemput anda semua yang sudi melapangkan masa anda ke Rumah Terbuka Penulis : Norhayati Berahim.


Tarikh : 1 November 2008 (Sabtu)

Masa : 3 - 6 petang

Tempat : Pejabat NBKara Sdn Bhd D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000, Kajang, Selangor (03-8736 4025 / 03-8736 4028)


Sekiranya anda berminat, sila sahkan kehadiran anda kepada iejay selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com. Sila nyatakan berapa jumlah comrade / batallion yang akan turut serta bersama-sama anda sekali bersama pengesahan kehadiran anda memandangkan tempat tidak terhad. maka anda bolehlah ajak sesi keluarga, rakan-rakan, adik/kakak ipar mahupun jiran tetangga anda yang berminat untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya di adakan ini.


Kepada yang sememangnya failed area Kajang (seperti iejay sendiri...) pejabat NBKara terletak berdekatan dengan Giant Kajang dan tak jauh daripada Tesco Kajang. terdapat bas Intrakota dan bas mini yang melalui kawasan tersebut. Apapun di email akan datang setelah iejay dapat pengesahan kehadiran, iejay akan attached kan peta ke NBKara Sdn. Bhd.



p/s: Kalau ada sesiapa yang hendak letakkan jemputan ini di blog anda sendiri adalah dipersilakan. Tetapi sila pastikan pengesahan kehadiran di emailkan kepada iejay juga selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com

Sunday, October 12, 2008

Aku Cinta Kyra

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Ramlah Rashid
Aku Cinta Kyra by Ramlah Rashid
Terbitan Buku Prima
2008


"Mencintai adalah hak aku, rasanya tidak berdosa jika aku terus menyimpan perasaan ini"


Saya terpikat dengan penulisan Ramlah Rashid. Tiga buah bukunya yg saya dah baca mempunyai delivery cerita yang sangat-sangat memikat dan mengikat. Susah nak berenti selagi tak dihabiskan. Panjang betul muncung Yam selepas menamatkan kisah ini lalu buku ini dipaskan kepada saya dgn mulut terkumat kamit tak puas hati. Kebetulan masa tu dah abis membaca "Hanya Kita Berdua". So saya pun bacala novel ni. Kisah ini sebenarnya mengingatkan saya kepada Takdir Nor Aida by Kusyi Hirdan. Kedua2 kisah ini mempunyai ending yang tergantung.


Sepanjang pembacaan novel ini saya sangat terhibur dengan kisah 'kejar-mengejar' Kyra & Hairee. Tapi memang jelas Kyra akan memilih Idham sekiranya dia tahu Idham tu bukan abg kandungnya. Dia sentiasa mencari jejaka yang macam abgnya utk menjadi teman hidupnya. Ternyata pilihan Kyra adalah seorang yg sangat dekat dgn Idham. Hairee yg mulanya sekadar mahu membalas dendam bagi pihak sahabat baiknya akhirnya jatuh tersungkur di halaman cinta Kyra. Puas dia memancing perhatian Kyra, susah betul nak mendengar ungkapan cinta dari Kyra. Namun di saat segalanya mahu dimateri satu rahsia besar terbongkar.. mula2 tu ingat ker Heri ngan Kyra yg adik beradik tapi rupanya Heri dgn Idham. Kyra terus nekad mahukan Idham sbg suaminya kerana dia tahu Idham juga mengasihinya bukan sbg adik. Setelah memperjuangkan cinta mereka (Kyra yg beria) mereka akhirnya bakal diijab kabulkan namun nampaknya takdir pun tidak menyebelahi mereka. Perasaan lega selepas mengetahui Idham & Kyra akhirnya akan disatukan bertukar menjadi sayu pulak bila isu talesemia pulak yg timbul. Kedua2 mereka adalah pembawa dan itu akan menimbulkan kesan kepada keturunan mereka. Idham pergi membawa hati yang luka. Kyra tinggal dgn hati yang luka. Tinggal Heri yang mungkin boleh mengubat luka. Tak kira sedalam mana cinta Kyra-Idham, namun itulah penghujung yg terbaik utk mereka berdua. (ni dok belek2 dah novel Memori Rindu by Ramlah Rashid :))


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


"Karya terbaru novelis Sara Kirana & Qaseh
Qaisy"


Sepatutnya aku gembira dgn kebahagiaan Kyra. sepatutnya aku bahagia dgn kegembiraan ibu. Tapi kenapa tiba2 jiwaku jadi kosong, sekosong langit malam tanpa bulan mahupun bintang, gelap! Pengap! Bahang! - Kyrul Idham


"Abg baik sgt pd Kyra. Sejak kecil Kyra berangan-rangan nak kawin dgn abang. Namun itu dulu, zaman budak2. Kyra ingat ayah dgn ibu adik beradik sebelum jd suami isteri. Jadi Kyra pun berangan-rangan begitu. Tapi kan baik kalau abg bukan abg Kyra?" - Kyra Idora.


"Tapi cintakah Kyra pada aku? Sedangkan selama ini dia seakan mencintai abang? Pastinya cinta nya kian mendalam selepas siapa abg terungkai." - Hairee


Namun kita hanya merancang. ALLAH penentu segala. Cinta yg wujud tanpa diduga. Hadirnya tanpa sengaja, berakhir jua tanpa dijangka.


Aku cinta kyra, terhasil dari pemerhatian penulis pada rasa kasih dan sayang sesama adik beradik dan keluarga. Saya melihat begitu suci dan indahnya persaudaraan dan persahabatan jika ianya terjalin atas landasan keikhlasan dan rasa tanggungjawab. namun ianya akan menjadi duri yg bisa mencederakan serta membunuh juga, jika kasih sayang itu dihimpit rasa cinta sama ada datangnya diundang atau tanpa sedar. Akan lebih parah jika cinta itu terhalang dek tali persaudaraan dan wujudnya cinta tiga segi. ALLAH memandang tinggi masyarakat yg bersedia bantu-membantu tetapi melarang sam sekali mengakui hak ke atas anak angkat ~Ramlah Rashid~


RM18.90
521 mukasurat
isbn: 9789833669714


Thursday, October 9, 2008

Hanya Kita Berdua

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Aina Emir
Hanya Kita Berdua by Aina Emir
Terbitan KarnaDya solutions
2008


"Demi cintaku
ke mana pun kau kan kubawa
ke hujung dunia ke bintang kejora"


Saya agak lambat memulakan bacaan buku ni sebab Yam tercerita sebahagian kisah ini. So saya tangguhkan hasrat membaca novel ini sampai la saya dah tak berapa ingat apa yg Yam dah citer :) Masa mula baca memang tak ingat langsung tapi biler smpai part tengah tu saya dah mula teringat, ataupun mungkin dah boleh meneka siapakah yg end up dgn Najla.


Kisah ini mengingatkan saya kepada Haris-Hani-Naim dalam Suara Hati (Anis Ayuni).


Isu kekeluargaan dlm kisah ini agak heavy dan memang berjaya membuat saya rasa tak sabar nak tahu apa rahsia tentang Najmi yg disembunyikan oleh Adil. Konflik ini menambahkan background cerita agar isu Adil-Najla-Danni tidak berlegar-legar di situ sahaja. Sentuhan penulisan romantis Aina Emir masih kuat seperti dulu ;)


Najla sudah mengenali Adil sejak berusia 10 tahun. Meningkat remaja, perasaan mereka bertukar kepada cinta tapi cinta antara 2 darjat ini mendapat tentangan hebat dari keluarga Najla. Tetapi Tok Mat Kaya tak pernah membantah kehendak Najla. Ini membuatkan Najla kuat mempertahankan cintanya pada Adil. Tetapi satu peristiwa telah menyebabkan Adil hilang dari hidupnya. Najla mahukan penjelasan, lebih 10 tahun dia menunggu tetapi Adil tidak kembali. Danni yg seiras Adil menyentuh perasaan Najla. Saat dia bersedia menerima Danni, Adil muncul semula. Dilema kasih bermula... Kehadiran anak angkat Adil bernama Najmi membuat Najla tertanya tanya kerana anak kecil itu seiras wajahnya dan mempunyai singkatan nama yg sama sepertinya 'NAJ'. Ada rahsia besar yg disembunyikan Adil sehingga tiba Tok mat kaya membuat keputusan utk memperisterikan ibu Adil. Najla semakin keliru dan ingin tahu...


sure fine whatever
Rinn



Sinopsis belakang buku:


Dlm novel Hanya kita Berdua, Aina Emir membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak, Pantai Remis yg terletak tidak jauh dari pekan Bruas, Taiping dan Lumut. Di pekan kecil itu, anda akan berkenalan dgn seisi keluarga Tok mat Kaya.


Pembaca akan bertemu dgn Najla Haifa, gadis ayu mirip anak Jepun yg tinggal di situ bersama keluarga besarnya. Sejak kecil lagi, Najla terpaksa menempuhi pelbagai dugaan hidup terutama sekali yg melibatkan kerenah abg-abgnya yg sombong lagi tidak beradab itu.


Pantai Remis telah menemukan Najla dgn Adil, anak Mariam dan Zamani cucu kepada Tok Awi yg bukan hanya miskin tetapi nasibnya seringkali dirundung malang. Walaupun begitu, dari mata hati gadis yg baik itu. Adil dilihat sebagai remaja yg istimewa dan berjaya memikat hati mudanya.


Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan pasangan yg sedang hangat bercinta itu. Perpisahan itu telah merobekkan perasaan dan melukakan hati Najla.


Pertemuan dgn Danni, seorg lelaki romantis lagi penyayang dan berkarisma telah berjaya melembutkan perasaan yg terbuku di hati Najla Haifa. Kehadiran Danni, jejaka macho Melaka-Singapura itu telah menceriakan dn mewarnai hari2nya semula.


Berjayakah Danni dlm usahanya utk memikat hati gadis yg pernah gundah gulana itu dan tercapaikah keinginannya utk menjadikan Najla sbg isteri yg didam2kannya? Apakah pula rahsia yg sekian lama berselindung dan telah mencemarkan nama keluarga Tok mat Kaya itu?


Sebuah novel berunsur kekeluargaan sarat dgn pertelingkahan dan dendam yg berpanjangan malah turut menyentuh naluri hati seorang wanita yg terpaksa mengharungi rentetan suka duka kehidupan. Ini diperkuatkan lagi dgn watak2 romantis dan humor di samping jln cerita yg penuh dgn persoalan. Yg pasti, anda akan terus membaca utk mengetahui kesudahan kisah yg menarik ini!


Sinopsis di website KarnaDya:


HANYA KITA BERDUA oleh Aina Emir



Hanya Kita Berdua akan membawa anda ke sebuah pekan kecil di persisiran pantai negeri Perak. Di sana anda akan temui Najla Haifa dan keluarganya yang kaya. Anda juga akan temui Adil, remaja yang tidak setaraf dengan Najla. Malangnya, satu peristiwa telah berlaku dan memisahkan mereka berdua.


Pertemuan dengan Danni seorang lelaki romantis lagi penyayang telah mengubah hidupnya. Berjayakah Danni untuk menjadikan Najla isterinya dan apakah pula rahsia yang sekian lama terselindung dan mencemarkan nama keluarga gadis itu?


Sebuah novel berunsur kekeluargaan, sarat dengan pertelingkahan dan dendam berpanjangan, namun mempunyai plot cerita yang romantis, terselit unsur humor dan penuh dengan persoalan.


RM19.90
540 mukasurat
ISBN 978-983-3316-38-0

Tuesday, October 7, 2008

Potluck 2008

Start:     Oct 11, '08 11:00a
Location:     Shah Alam
:) nak bawak muruku dgn snack tayamum haha. Bermula jam 12 tgh hari sehingga tuan rumah halau balik.

L.U.V.E

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Pingu Toha
L.U.V.E by Pingu Toha
Terbitan Jemari Seni
2008


"The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy."


RAsa macam baca kisah cinta muzikal. Aduka Hadi & Hasya menambahkan sentuhan ala-ala theatre dalam kisah ini. Bagi saya kisah ini menghiburkan dan tidak membosankan. Kisah ni bagi saya bukanlah romantik komedi; romantik: ya, komedi: ermm mungkin sikit, penyampaian Pingu menjadikan kita rasa isu hati ini sangat serius. Cerita ini menjadi cute, secute nama penulis dan cover bukunya. Mungkin sebab pendekatan penyampaian pingu ala2 luahan hati menjadikan kisah ini menarik. Memang terasa kisah cinta ni penuh warna warni dan 325 mukasurat memang sudah lebih dari cukup untuk novel ini :) i feel colorful lah lepas baca kisah ni.. banyak betul ya warna pink dalam hidup Uth dan Lana. Ermm sisipan lukisan komik dalam novel ini langsung tak membantu penceritaan tapi membuatkan novel ini kelihatan lebih cute ;)


Uth dan Lana sudah jatuh cinta tapi tak sorang pun mahu melafazkannya demi menjaga hati sahabat baik yang menaruh hati pada insan yg sama. Uth tak dapat meluahkan rasa kerana Keri lebih menyintai Lana. Lana tak sampai hati melukakan hati Vee yang sungguh2 mahukan Uth. Lalu hati mereka terluka. LOVE! menemukan mereka dalam cinta Aduka Hadi & Hasya. Cinta yg cuba ditolak terus berkembang tanpa kawalan. Yg pasti, ada hati2 yang terluka walau apa pun keputusan Uth & Lana.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Siapa yang harus dipilih?


Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360 darjah secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!


Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?
Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi....


Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantis-komedi L.U.V.E dari hati seorang Pingu Toha!


RM16.50
325 mukasurat
ISBN: 9789675118081



Sunday, October 5, 2008

Akhirnya...

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Zanariah Abdul Manan
Akhirnya... by Zanariah Abdul Manan
Creative Enterprise Sdn. Bhd
2008


"Bagaimana lagi harus aku terangkan padanya... cintaku hanya satu dan yang satu itu sudah kuberikan padanya..."


Lagi kisah dilema cinta seorang wanita. Kisah ini berputar-putar dalam skop yang sama membuatkan terasa seperti sengaja dipanjang-panjangkan. Buku ini mungkin lebih menarik sekiranya ianya lebih nipis ataupun lebih mengembangkan kisah2 sampingan seperti kisah Salina-Zahid, Salina-Jamal atau suzy-fikri, Suzy-zahar. Zalia-Adzim dan Zalia-Amirul dan Zalia-Adzim-Amirul terasa seperti beating around the bush.. pusing2 situ jugak. SElepas selesai baca novel ni barulah saya menyemak sinopsis dan apa yg diceritakan di kulit novel ini adalah everything you need to know dlm kisah ini dari mula ke akhir. Pembaca tidak diberi jawapan tepat mengenai siapa pilihan Zalia tetapi senyuman Zalia mungkin sudah cukup untuk menunjukkan siapa yg dia mahu.


Bagi saya, saya rasa tak kisah Zalia pilih siapa. Jarang sekali kalau baca kisah dilema cinta seperti ini yg tiada favourite, selalunya saya akan ada juga berkenan salah satu watak yg saya rasakan baik utk heroinnya. Penulis tidak pilih kasih ke atas watak lelaki2 yg ada dalam senarai pilihan Zalia (Amirul & Adzim). Kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan dan Zalia memang sukar membuat pilihan.

Amirul - dia ni lelaki kaya yg baik tapi terlalu menunjukkan kasih sayang. Mesti nak belai, nak sentuh, nak cium. Kelebihan Amirul adalah dia mempunyai keluarga yg kaya raya dan tidak memilih darjat.
Adzim - rasanya dia ni lebih gentleman tapi ibunya memilih darjat, so mcm biasalah pilihan ibu yg kaya2 tentulah bakal menantu yang sexy dan ngengada.


Bagi saya kisah ini adalah happy ending walaupun yam yg terlebih dahulu membaca kisah ini seperti tidak puas hati dengan ending sebegitu.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Kata org, cinta itu perlukan pengorbanan. kata2 itulah yg sering ditiupkan ke telinganya sejak kecil. Kata2 yg sekadar angin lalu di cuping telinga. Dia tidak pernah menghadapinya hinggalah dia berkenalan dgn adzim dan Amirul. Dua lelaki yg bermula dari pangkal nama dan latar belakang keluarga yg sama, namun berbeza dari segi rupa dan peribadi. Kedua-duanya dikenali dlm masa yg hampir sama.


Dia menyintai Adzim kerana nama itu yg terdahulu menduduki takhta hatinya. namun kehadirannya tidak diterima di dalam keluarga itu lantaran perbezaan darjat yg memaksa dia melupakan semua impian yg telah dianyam secara sedar.


Tika hatinya luka berdarah, amirul kembali hadir membebat luka. Lelaki yg dianggap sbg abang pada mulanya telah berupaya menjadi teman, sekaligus penghuni hati setelah dibelai dgn keprihatinan lelaki itu. Perasaan yg sama-sama dibajai itu akhirnya merimbun segar menjadi kuntum-kuntum cinta yg mekar mewangi.


Namun saat cinta itu ingin disimpulkan di singggahsana abadi, Adzim kembali hadir menuntu janji kesetiaan. Kali ini bersama izin restu siibu yg telah kembali sedar bahawa cinta yg abadi tidak mungkin bisa dipisahkan. Tegakah Zalia membuat keputusan hati siapa yg harus dilukakan?


RM18.90
383 mukasurat
isbn: 9789838938471



Friday, October 3, 2008

Bila Nysrah Kata Tak Mahu

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Parenting & Families
Author:Aidil Khalid
Bila Nysrah Kata Tak Mahu by Aidil Khalid
Terbitan Jemari Seni
2008


"Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air
~ Faisal Tehrani, Sasterawan"


Nysrah seorang gadis manis yang penuh emosi, penuh rasa ingin tahu. Sangat real. Kagum betul dengan cara Aidil Khalid menghayati dan melakarkan watak2 pelbagai warna dalam novel ini. Sangat sangat berkesan penyampaiannya.


Cerita ini sangat real, menutup buku ini adalah seperti menutup sebuah akhbar harian. Terasa Nysrah is still around, lingering, tak der closure. Saya kurang puas dgn penutup kisah ini walaupun penulis sendiri membuat special appearance di akhir cerita. Saya masih tertanya-tanya.. apa khabar Nysrah sekarang? Betul2 macam baru lepas baca berita dalam newspaper. Cerita yang sama sekali tidak mengarut, amat mendebarkan, menyakitkan.. aduh seperti ada tangan yg meramas jantung. Reality bites. Jgn salah faham ye. Delivery citer ini bukan seperti delivery berita dalam akhbar, cuma perasaan saja rasa macam tu. Kisah ini sangat tersusun, tidak memeningkan. Ini sekadar luahan rasa seorg pembaca santai.


Memang susah nak berenti bila dah mula membaca kisah ini. Nysrah seperti open target. Bila2 masa saja dia akan kena peluru sesat. Dirinya sentiasa dlm bahaya dan org sekelilingnya seperti tak peduli. Kalau saya seorang ibu membaca kisah ini gerenti saya takkan benarkan anak belasan tahun saya belajar2 jauh2 begitu. Bayangkan orang yang tugasnya menjaga keselamatan yg menjadi orang yang meragut segala-galanya dari Nysrah. Penyelamat-penyelamat yang digaji dalam kisah ini yg menjadi duri. Budi yang hanya mahu berbudi ketika Nysrah masih suci juga menjadi elemen penyumbang kepada rasa sakit hati. Apa khabar ya Nysrah sekarang? Rasa kerisauan terhadap Nysrah hampir sama darjahnya dgn risaunya saya dengan keselamatan adik2 saya (saya ada 4 adik perempuan).


Nysrah seperti menerima pembalasan dari ketelanjurannya dgn Budi tetapi insan2 lain yang 'tidak baik' dalam citer ni ada juga yang tidak menerima pembalasan setimpal.. tu salah satu sebab lagi membuat saya tak puas membaca kisah ini. Seperti masih ada lagi perkara yang perlu disampaikan. Aduh, nampak sangat saya membaca utk lari dari realiti kan? hmmm apa khabar ya Nysrah sekarang?


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Apa yang Nysrah tak mahu?


Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!


Kenapa pula Nysrah tak mahu?


Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?
Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.


Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.


Harga: RM18.00
ISBN No: 978-967-5118-05-0