Monday, October 5, 2009

Sepohon Rindu Terlerai

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iyza Amyza
Sepohon Rindu Terlerai
Penulis : Iyza Amyza
Terbitan: Rhythm Publishing
Cetakan Pertama 2006
isbn: 9559831875673
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM20.90


"Rindu yang hilang... kini kembali sinar kasihmu..."



Dah susah nak jumpa buku ni kat kedai2 buku, aku dpt bli ni pun kat kedai 2nd hand jer. Kenapa? sebab aku penah nampak cover buku ni dia mukasurat belakang2 novel yg aku suka 'Tanya Pada Hati' karya Iman Xara. ni adalah karya pertama penulis muda ini.


Kisah ini adalah cerita cinta terpendam. Aiman adalah jejaka yg pernah kecewa apabila ditinggalkan kekasih hati yg sudah berjumpa kekasih baru. Dia menjauhi diri dari wanita, namun kemudian dia menjadi lelaki yg suka berkawan dgn ramai wanita sehingga org mengecop dia sebagai playboy termasuklah Anis Najwa yg dalam diam menyimpan perasaan cinta kepada Aiman.


Aiman memang sudah jatuh cinta pada Anis Najwa tetapi Anis menolak huluran kasihnya. Anis tidak mahu menanggung perasaan kecewa jika bercinta dgn lelaki mata keranjang seperti Aiman. Aiman mengakui keluar dgn ramai wanita tetapi dia hanya jatuh cinta pada Anis. Dua kali Aiman mencuba menghulurkan cinta pada Anis tetapi kedua2nya ditolak dan mereka hanya kekal sbg kawan.


Kemunculan semula Amira mengundang rasa kasihan Aiman kerana Amira meninggalkannya dulu bukannya kerana ada kekasih lain tetapi kerana dia mengidap leukimia. Sekarang dia sudah semakin sembuh dan merayu semula cinta Aiman. Keakraban semula mereka menjauhkan anis dari Aiman.


Rizman, kawan seuniversiti sahabat baik Anis (Dani) turut jatuh hati pada Anis. Tetapi Rizman tak tahu dalam diam, sahabatnya Dani, sudah jatuh hati padanya. Dani hanya memendam perasaan dan melihat saja Rizman berusaha menghulur cinta kepada Anis melalui dirinya. Dani ni baik tak der langsung cuba memburukkan sahabat baiknya Anis, walaupun hatinya terguris.


Anis ni pun jenis suka jer layan org kat telefon, mungkin menimbulkan pengharapan dari Rizman mahupun Aiman.


Tapi Anis dapat membaca perasaan Dani dan cuba menyedarkan Rizman tentang perasaan sebenar sahabatnya. hehe suka pulak aku part Rizman-Dani tu. cute semacam jer ;)


Dalam pada tu, muncul kembali pulak jejaka yg pernah merisik Anis ketika dia berusia 15 thn dan kini Hakim sudah bergelar doktor. Kebetulannya Hakim tu ada kaitan kekeluargaan pulak dgn Amira, x-girlfren Aiman.



Cerita ni dimulakan dgn pertunangan Anis dgn Amirul dan kemudiannya di bab 4 hingga ke bab 40 lebih adalah flashback kepada kisah yg membawa kpd pertunangan itu dan kisah Anis-Aiman juga.


Amira sengaja merahsiakan pertunangan Amirul Hakim dgn Anis Najwa dari pengetahuan Aiman kerana tak nak Aiman terus mengenang Anis. Dalam perjalanan utk mendapatkan penerangan Anis, Aiman ditimpa kemalangan. Tragedi itulah yg mengembalikan Anis pada Aiman.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dalam persoalan hati antara Anis Najwa dengan Aiman, masing-masing memendam perasaan cinta. Biarpun aiman sudah meluahkan perasaannya, namun dia kecewa apabila hasrat hatinya ditolak. Bagi Anis Najwa, bukan kerana tiada rasa sayang di hati, tetapi takut diri dipermainkan. Peribadi Aiman menjadikan Anis Najwa takut utk menerima huluran kasihnya. Dia berharap Aiman berubah, tetapi harapannya hancur apabila Aiman kembali menyambung kasih dgn Amira. Anis Najwa tegar mempertahankan perasaan kasih dan setianya terhadap Aiman walaupun hatinya cuba dimiliki Rizman. Masa berlalu, Anis Najwa dipertemukan dgn Dr. Hakim, lelaki yg sekian lama menaruh hati terhadapnya. Lantaran itu, Anis NAjwa terpaksa akur akan takdir hidupnya walaupun hati tidak merelakannya. Namun, ternyata musibah yg menimpa Aiman telah mengubah perjalanan perhubungan mereka.



Jalan Pulang

Rating:★★
Category:Books
Genre: Teens
Author:Nur Hazma
Jalan Pulang
Penulis: Nur Hazma
Cetakan Pertama: 2004
isbn: 9789838934886
RM14.90
244 mukasurat
terbitan: creative enterprise



"Dia terlalu rindukan kasih sayang seorg ibu"


Cerita budak sekolah la.. hehe.. aku bantai baca jer sbb tengok ada nama Nur Hazma kat depan tu. Kalau budak2 skolah baca sesuai sangat la citer ni.


Wahida adalah budak tingkatan dua yg tinggal dgn bapanya kerana ibunya sudah meninggal dunia. Dia seorg student yg pandai dan menjadi kebanggaan bapanya. Pencapaian akademik Wahida berubah apabila dia mula berkawan dgn Amira dan Tania. Dia semakin leka dan selalu keluar tanpa pengetahuan bapanya. Amira dan Tania suka berkawan dgn Wahida yg senang jer nak belanja diorang.


Wahida memberontak apabila bapanya nak kawin lain. Tapi apa kuasa dia utk menghalang perkahwinan itu. Salmi, ibu tirinya adalah wanita yg baik hati, tetapi Wahida tak dapat menerima Salmi sbg pengganti ibunya. Dalam memberontak, Wahida tersentuh juga dgn kelembutan dan kesabaran Salmi.


Tanpa pengetahuan Wahida, rupa2nya Amira ngan Tania tu pencuri. Wahida marah2 apabila Salmi menuduh mereka tu pencuri dan Wahida terus lari dari rumah terutamanya setelah ditampar ayahnya kerana bersikap biadap.


Wahida pergi bermalam di rumah Tania. Masa kat situlah dia sedar, dia bertuah sbenarnya beribu tirikan wanita sebaik Salmi.


sure fine whatever
rinn






sinopsis/blurb:


Wahida dahagakan kasih sayang seorg ibu setelah ibunya meninggal dunia. Ayah pula sentiasa sibuk dgn tugas di pejabat. Terasa hilang tempat utk meluahkan isi hati. Dan apabila kesunyian semakin menghimpit perasaan, dia terpaksa memilih jalannya sendiri. Dia merelakan dirinya hanyut dlm arus kebebasan akhirnya memerangkap diri sendiri.


Nopen Izza Aripin: Kasih Yang Tak Pasti

Tajuk: Kasih Yang Tak Pasti

Penulis: Izza Aripin

Terbitan: KarnaDya Solutions

Cetakan Pertama: 2009

 

"Kasih yang tak pasti. Satu naskah, tujuh kisah. Berbaloi!"

 

haaa ni tengok nama kat cover buku jer, aku dah tak sabo2 nak bli :)

 

Sinopsis:

 

Kasih Yang Tak Pasti menghimpunkan sebanyak tujuh koleksi novel pendek (nopen) atau kisah-kisah menarik termasuk sambungan nopen Cinta Terakhir yang pernah dimuatkan dalam Biarlah Ku Sendiri. Ketahui kesudahan kisah cinta antara Kay dan Shah dalam Cinta Terakhir II.

 

Turut dipaparkan ialah dua kisah fantasi dan sains fiksyen yang membawa pembaca mengembara ke dunia dan masa yang berbeza. Dalam Cendana Petualang Merah, anda dibawa mengembara ke alam selari yang mengamalkan hukum karma.

 

Tiara Dayana pula memaparkan kisah penyiasatan dan perisikan pada masa hadapan. Ikuti pencarian Shazrynn dan rakan-rakannya dalam Kasih Yang Tak Pasti.

 

Nopen tiga berangkai Cupido I, II, dan III menyingkap kisah empat watak yang akhirnya bersimpul dalam suasana yang tidak terduga.

Sunday, October 4, 2009

hang tuah fail spm.WMV




aku dapat video ni dalam email. aku tak tau la sapa yg first post kan emel tu.. tapi memang lawak giler.. haha..

Friday, October 2, 2009

r1n1

Aku r1n1?


haha ada jer idea Cik Roslinda tu nak pekena aku. Dia jumpa aku weekend yg lalu so aku warning la dia suruh rajin2 basuh mata guna optrex sbb aku dah kena sakit mata. Ada ka patut dia kata aku pembawa virus r1n1? Dah tu biler chat, dia spell nama aku r1n. Cit.


Korang doa2kan lah aku cepat sembuh. Walaupun dpt mc byk hari tapi sangatlah tak bestnya. Kadang2 terpaksa gak kuar nak beli barang2 dapur, kena makan la... aku pakai eye patch ngan spek itam. huhu.. macam burung hantu. Eye patch tu utk nak ngelak jangkitan ke mata yang sebelah kiri. memang aku kena kerap basuh tangan dan gi mana pun aku usung hand sanitizer yg saiz kecik tu.


mengong jugak jalan sebelah mata.. jadi tak balance, ter 'lap' awai, cium dinding la jwbnya. huhu. sedikit dan sekejap jer ALLAH amik balik kelebihan yg dia bagi kat kita, dah huru hara kan? So bersyukurlah dgn apa yg ada.


terperuk kat rumah ni memang membosankan. Adik aku yg bongsu sempat perturun ilmu kat aku cara nak online guna handphone nyer bluetooth. Excited betul aku nak online sbb mcm menarik, tak payah beli usb broadband, just online dari bluetooth laptop ke bluetooth handphone. Lagipun aku dah dpt laptop baru. Thanks adikku tersayang, Abgju :)


Gila jugak aku mencari setting dan connection dial up dia. aduih. tapi akhirnya berjaya jugak online dan update website ni. Tak der la laju sgt. tak sampai 1mbps pun. Kalau guna usb broadband yang paling lekeh pun 3.6mbps kan? jadi yg ni memang slow. Setakat nak online tu boleh la. Yg aku test ni utk maxis prepaid broadband 24jam, caj yg dipotong dari prepaid adalah RM8.00. Kalau nak langgan yg 7 hari  nyer RM25.00. kalau nak test, dail *100# dan pilih prepaid broadband. Dia akan bagi instructions utk aktifkan mende2 yg perlu. Requirements yg kena ada, dua2 hp ngan laptop mesti on bluetooth dan pair kan kedua2nya supaya senang nak detect.


nanti nak test plak yg celcom lah.. tapi kena gi bli celcom prepaid nyer simkad dulu lah. hehe. Peh ni bleh la aku online seminggu sekali utk update website2 yg ofis block. nak bli yg 7hari tu pun, aku ingat mana sempat nak online 7 hari tu kalau dah keja, kang rugi pulak. So nanti online tengah hari sabtu sampai tengah hari ahad dah ler. kalau cuti seminggu ker boleh ar guna yg RM25 tu, tapi biasanya kalau cuti panjang aku mesti balik kg. Kat kg lagi best, ada streamyx yg lagi laju so wat per nak purchase yg Rm25 tu. apa2 jer lah... Thanks adik for sharing! nanti biler adik dah grad, usb broadband tu bleh pass kat sini ek? hehe.

 

sure fine whatever
r1nn

Novel Oktober dari JS dan KN

Memang dah lama aku ternanti2 sambungan Percayalah dari Ruby Hazri, Akhirnya tiba juga! Padanlah ngan tajuknya "Percayalah... Akhirnya". Bagi yg tak penah baca lagi Percayalah, boleh la beli combo offer utk dua2 novel ni dgn harga RM33 sahaja. boleh ke website www.jemariseni.com utk maklumat lanjut tentang offer ni ya.

 

Tajuk : Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM22 (SM) & RM25 (S&S)
Di pasaran : *** Oct


Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan,

berolak dan bergelora di dasarnya


Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan

itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki

Eropah romantisnya tidak setanding dengan lelaki tempatan.

Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang.

 


Tetapi...


Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan

dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak

untuk memiliki hatinya ~ Khairil

 

 

Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang

 

 

Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~

Danial Wolfgang

 

 

Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan

ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati,

kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada

maknawi.

 

 

Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini?

Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah


*****


Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi

kisah Nur Atiqah.

 

 


Sempena ulang tahun Jemari Seni ke-3

Tawaran Percayalah Berganda berlangsung

mulai 6 Okt. sehingga 6 Nov. 2009

(tawaran sah untuk pelanggan yang membuat pesanan online
berserta bayaran dalam tempoh ini)

---------------------------------

ni pulak dari kaki novel. Blurbnya ada berbau thriller.. waaaa best ni.. aku ni dah semakin suka jugak baca romantic-trhiller nyer citer..

Segala-galanya berlaku di luar dugaan. Haniza telah diwasiatkan untuk menjaga anak Ratna Dewi – Amanda yang juga merupakan waris tunggal kekayaan keluarganya. Tambah menghuru-harakan keadaan, Haniza terpaksa menemukan Amanda dengan pak ciknya, Iskandar yang telah lama terputus hubungan dengan keluarga tersebut. Dek wasiat Ratna Dewi, Haniza rela melepaskan jawatannya sebagai guru untuk membantu arwah Ratna Dewi. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi ada syaratnya. Dia dikehendaki untuk terus tinggal bersama Amanda di rumah Iskandar sementelah Iskandar seorang yang mementingkan kerjaya dan tiada masa untuk melayani kerenah Amanda yang masih hijau usianya itu. Namun semua itu hanyalah ‘lakonan’ semata-mata kerana Iskandar ingin melindungi anak buahnya daripada pembunuh yang dahagakan harta kekayaan arwah ayah Amanda, iaitu Fairuz yang juga merupakan pak cik Amanda. Dalam masa yang sama, nyawa Haniza turut menjadi taruhan kerana Fairuz dapat menghidu betapa pentingnya Haniza di dalam hidup Iskandar. Berjayakah Iskandar melindungi Amanda dan Haniza? Berjayakah Iskandar mengubah persepsi Haniza yang menganggapnya sebagai seorang insan yang berhati batu? Berjayakah Iskandar menyumbat Fairuz ke dalam kandang lokap? Siapakah yang membunuh ayah Amanda? Semua persoalan ini bakal terjawab di dalam INGIN KUSENTUH CINTAMU karya penulis baru, Aryanie Ismail.


sinopsis/blurb

 


HANIZA - Beratnya amanah yang dititipkan. Kasihnya pada Amanda tidak ternilai sehingga kerjaya impiannya sebagai guru terpaksa dilupakan untuk sementara. Tohmahan dan cacian terpaksa ditelan demi sebuah pengorbanan.


AMANDA - Kematian ibu tercinta membuatkan dia bergantung kasih sayang kepada wanita yang tiada pertalian darah dengannya. Setelah sekian lama, dia dipertemukan dengan bapa saudara yang belum pernah dikenalinya. Tetapi kenapa lelaki itu bersikap acuh tidak acuh terhadapnya?


ISKANDAR - Selama ini dunianya hanyalah pekerjaan. Kehadiran anak saudara yg dititipkan mengubah rentak hidupnya. Dia digelar batu oleh seorang gadis. Dapatkah dia menangani segala masalah yang datang menimpanya.

 

Thursday, October 1, 2009

Baju Pengantin Mak Andam

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Areila Sahimi
Tajuk: Baju Pengantin Mak Andam
Penulis: Areila Sahimi
terbitan: KakiNovel Enterprise
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675067297
524 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00


"Zain, sekeras-keras aku, seselamba manapun aku, Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba bab nak luahkan isi hati ~Aleeya~

"Biarpun dia srabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap istimewa." ~Zain~


SEronoknya dpt baca dengan santai, tak payah terkejar2. Ini bukanlah karya yg dipandang sebelah mata. WALAU BAGAIMANAPUN aku terpaksa membacanya sebelah mata sbb aku sakit mata yg belah kanan. aduila.. tapi habis juga akhirnya :)


Cerita yg disampaikan dalam bahasa yang santai dengan motif utk menghiburkan pembacanya. Kalau dari segi jalan cerita, ini bukanlah jalan cerita baru, ia adalah kisah yg cinta yg sangat biasa, cuma alunan Areila Sahimi menjadikan cerita ini menarik dan subjek utamanya adalah seorang mak andam sambilan menjadikan cerita ini mudah diingati.


Bahasa cerita ini tentu lebih enjoyable buat golongan remaja. Bagi orang lama2 saya tak taulah perasaan diorang biler baca cerita yg ada gaya bahasa santai-modern begini. Saya suka jerrrr :) Makin ramai penulis muda yg menggunakan pendekatan begini utk menyampaikan karya mereka supaya lebih mengikut rentak pembaca2 muda rasanya. Dengan cover yg comel-cute, tajuk yg agak unik, memang mudah memikat hati pembaca utk mencapai novel ini walapun nama Areila Sahimi masih baru dalam dunia penulisan novel.


Cuma pada awal cerita, saya rasa penulis hilang fokus dalam bercerita. Dia tengah cerita tentang satu perkara, tapi tetiba dia termasuk cerita perkara lain sampai beberapa muka surat, and then sambung balik benda yg dia nak cerita mula2. Aku pun jadi hilang fokus and kena flip balik ke muka surat sebelumnya. Tapi memang ralit la baca kisah yg mcm ni sedar2 jer dah abis dah. Dialognya memang sentiasa gila2 dan mengundang tawa. Bahasa-bahasa biasa dan simpulan2 bahasa biasa yg dijumble-rock kan kadang2 nampak pelik dan kadang2 nampak kelakar. Cerita yg ada intipati dan perisa yg sudah cukup sedap dan menarik tetapi ada part2 yg 'serabai' yang perlu digunting kemas2.


Cerita ni disampaikan dlm penceritaan orang ketiga tapi kadang2 jadi macam diceritakan oleh ganti nama aku. hmm rasa macam ada masalah editting. Rasanya cerita ini boleh jadi lebih kemas dan tentunya akan lebih menarik. Nasib baik happy ending. tu yg penting tu ;)



apa2pun tahniah buat penulis muda ini dan saya amat menantikan karyanya yg seterusnya.



serba sedikit tentang kisah ini:


Aleeya ni P.A kat jabatan kerajaan yg merupakan partime student dan partime mak andam (kalau cuti sem lah). Pertemuan dgn Zain di sebuah majlis perkahwinan, lebih mencetuskan rasa sakit hati, tapi lama kelamaan mereka menjadi kawan. Zain terlebih dahulu meluahkan perasaan kpd Aleeya. Di saat Aleeya mula yakin dgn perasaannya, timbul salah faham yg menyebabkan mereka terpisah.


Rasanya dengan membaca novel ni pembaca sebenarnya akan merasa lebih mengenali penulis ini dengan lebih dekat dan mesra. Dia seperti menceritakan pengalaman sendiri yg penuh warna warni dan tentulah gila-gila-mengong.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.


Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.


Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?


Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?


---

Ada beberapa perkataan yg sangat biasa buat penjawat jabatan kerajaan tetapi mungkin tak biasa utk pembaca umum, contoh mcm CC. Penjawat awam mgkin tau CC tu chief Clerk tapi kalau org lain mgkin tak tau apa perkataan tu. Jadi mgkin lebih elok kalau guna perkataan yg org lain mudah faham jugak. apa2pun itu tak mengganggu jalan cerita yg nak disampaikan.