Sunday, February 14, 2010

Aku tak tau dah nak bubuh tajuk apa...

kalau buku2 ni masuk dlm list aku pun, aku terpaksa tunda beli hingga book fair kat pwtc nanti lah... budget tight.. karang nanti ada yang makan sup buku ngan air masak.



Tajuk Buku : Galau Di Hati Seri [526 m/s]
Penulis : Kusyi Hirdan
Harga : Semenanjung RM 21.50
Sabah / Sarawak RM 24.50
ISBN : 978-967-5229-13-8
DAPATKAN segera di pasaran!

----SUDAH TERBIT - FEBRUARI 2010----


Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.


Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.


Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

-------------------

Tajuk: Ingin Hati Melukis Kata
Penulis: Ebriza Aminudin & Bikash Nur Idris
Terbitan Fajar Pakeer

Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.

-------------

Tajuk: Tika Hati Kata Cinta
Penulis: Aryn Arianis
Terbitan Fajar Pakeer
2010

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka. 

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.



Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinya hanya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya. 


Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.



Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira. 


Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?
-----------------------

Tajuk: Madah Berzikir
Penulis: Eisya Aqila
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010



Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa.


Namun memori madah berzikir ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan. Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu. 


Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal jadi mangsa amarah ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, namun bukan di samping Allah.
 


Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku demi liku di depannya, untuk mencapai makna diri?

------------
Tajuk: Bukan Tak Sudi
Penulis: Mimie Afinie
KarnaDya Solutions
2010


"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.


Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

---------------
Tajuk: Cinta Antara Kita
Penulis Nur Hidayah
terbitan: KarnaDya Solutions
2010

"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

-----------------

Tajuk: Pada Angin Aku Berpesan

Penulis : Adileah

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)



perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?



Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!



Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?



Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.



Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?



Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.



Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?



Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.



Atau... cintakah itu?

* * * *


Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri.

Odisi Bulan Biru

Rating:★★★
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:John Norafizan
Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00


Nampaknya kali ni mood aku lebih terbuka utk membaca novel2 karya penulis2 lelaki :) takper, sekali sekala, nak juga baca kelainan pena penulis lelaki pulak. Memang ni misi nak mengabiskan baca buku2 Jemari Seni yang ada dlm simpanan aku. Lepas ni kan Jemari seni akan mengeluarkan 2 novel sebulan! waaah bertambah la budget bulanan buku2 aku. Tak per. Boleh la jadikan pembakar semangat utk membaca lebih byk novel lagi berbanding tahun2 sebelum ni.


Bagi penggemar gaya John Norafizan seperti dalam 'Tunjukkan Aku Satu Bintang', karya ini kelihatan menyerlah. Bagi aku, aku lebih suka Garis-Garis Dejavu berbanding Odisi Bulan Biru. Odisi bulan biru terasa spt sedang membaca karya alih bahasa, mungkin sebab latar cerita di Jepun dengan nama2 yang kekok di pendengaran aku.


Qistina dijadikan watak misteri utk kita bongkar sejak awal cerita. Kisah Qistina ni ada di ujung2 cerita dan character dia memang sangat2 misteri. Hari ni dia ingat esok dia lupa. Memang ala2 Dorry dalam Finding Nemo gitu. Hari2 dia tulis diari utk membuat dia ingat apa yg berlaku pada hari sebelumnya.



Kisah Sietsuke ngan Yuko di rumah En. Ishigaro tu mengingatkan aku pada kisah adik beradik dalam anime Jepun bertajuk Grave of Fireflies. Sangat menyentuh hati.


Akira adalah pendokong watak utama dalam kisah ini. Sifat dinginnya terhadap Umazaki membuat dia ditimpa rasa bersalah yg berganda2 apabila adiknya itu mati lemas gara2 bergelut dengannya di atas jambatan. Tambahan pulak ibunya turut terkorban semasa cubaan menyelamat. Dulu dia sangat menyayangi Umazaki, tapi setelah diserang demam panas, Umazaki jadi cacat dan lembap. dia terus membenci adiknya itu.


Itulah menjadi titik tolak utk anak muda 21tahun itu membawa diri menjejak ayahnya. Perjalanan itu membawa dia bertemu dgn Dr Ayumi dan Kafka. Kafka lebih menarik perhatian Akira kerana wajahnya mirip Umazaki. Dr. Ayumi pula berjaya mengesan penyakit dlm diri Akira, dia pengidap synesthesia. Dia boleh melihat perasaan, emosi, muzik, persekitaran dalam bentuk warna. Menarik! Setiap pengidap synesthesia mempunyai tafsiran warna yg berbeza.


Rentak cerita bertukar ke arah thriller apabila Dr Ayumi dan Akira dlm misi menjejak Kafka yg mahu mencari kitab yg mengandungi nama Tuhan ke100 dan juga kemunculan Nakamura yg mengganggu hidup Dr Ayumi. Nakamura tu memang masalah mental tahap kronik la.. ngeri betul.


Nakamura tu lah trigger segala-galanya. Dialah penyebab Kafka mahu meneruskan pemburuannya dan bila dijumpa dan sembuh, Kafka menjadi seperti Umazaki, seperti kanak2 yg sangat besar. Rahsia Qistina juga dlm genggaman Nakamura dan Akira nekad mahu menyelamatkan Qistina dari Nakamura yg liat betui nyawa dia tu.


Sepanjang perjalanan Akira nak cari ayahnya tu memang tak der langsung kaitan dgn ayahnya. Dia cari sampai turki, rupa2nya, ayahnya ada di 'Kuala yang berlumpur'.






sinopsis/blurb


Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini. Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi. Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.


JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.

Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.

*****

Judul: Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM18.00

Bas Ekspress 2 Tingkat




Masa penghujung Januari baru ni, aku balik semula ke KL naik bas tengah hari. Pestaim la dpt bas 2 tingkat. dah la tak ramai orang, cuaca cerah terang benderang pulak tu, dan memandangkan seat byk kosong, aku pilih utk pilih tempat duduk di tingkat atas, di depaaaaaaaaaan skali. ha atas kepala drebar.


duduk2 jer, lepas make myself comfortable, aku pun terus la mengeluarkan kamera nikon aku yg dah menggelupas sana sini utk memulakan misi snap gambar sebaik saja tayar bas bergolek. huhu... memang best la capture gambar dari kedudukan yg lebih tinggi dan betul2 centre tu... aku rasa naik bas 2 tingkat ni best kalau dapat seat depan tingkat atas saja. kalau duduk seat lain, perasaannya sama jer macam naik bas biasa.


Ni ada la beberapa gambar yg aku suka sepanjang perjalanan tu, kalau nak ikutnya banyak lagi.. tapi ni yg aku dah pilih2 :)

owh.. bas yg aku naik tu shamisha ekspress.

Pergilah Air Mata

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Hanni Ramsul
Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
isbn: 9789675067372
RM28.00
Sabah/sarawak: RM31.00
858 mukasurat.


"Karya terbaharu penulis best-seller BIARLAH YM BERBICARA..."


"Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu."


Tengok ketebalan buku ni memang membuat aku seram nak baca. Tapi sokongan dari pompom girls yg memberi semangat pada aku utk membaca karya yg diorang kata 'best giler' ni membuat aku memilih novel ini utk menemani perjalanan aku balik kampung sempena cuti Chinese New Year baru2 ini.


Bahaya wo. Sekali start tak bleh stop. so aku nasihatkan jgn stat baca waktu malam, kang ada yg tak tido sampai subuh sebab nak perabis. hehe. Bagi peminat2 tegar cerita kahwin paksa atau kisah cinta selepas kawin, this one is a must buy. Buku ni tebal bukan sebab ceritanya meleret, buku ni tebal sbb penulis has a lot to tell. :)


aku tak pasti nak point out scene mana utk mengatakan cerita ini ada kelainan dari cerita kahwin paksa yg lain. Secara keseluruhan cerita ini ada identiti yg tersendiri selain daripada saiz nya yg besar dan berat. hehe.


Aku rasa penyebab diorang terpaksa berkahwin tu kurang believable utk zaman sekarang ni. Namun apa yg lebih menarik adalah kehidupan Sabrina di rumah mertua selepas terpaksa berkahwin dengan Badrul. Sikap semulajadi Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yg keras. Tanpa sedar, sikap nya yg mudah bertolak ansur itu meletakkan dia dalm keadaan yg selesa dlm rumah besar itu walaupun dia terkurung. Tidak susah utk jatuh sayang pada menantu sebaik Sabrina walaupun mereka masih belum pasti penyebab sebenar bagaimana Sabrina boleh tertangkap basah dgn Badrul. Kelam kabut jugak si Badrul tu bila merasakan kasih ibu bapanya mula beralih arah malah perkahwinannya dgn Dayana telah menyerlahkan lagi keperibadian Sabrina yg jauh lebih baik dari mana2 wanita yg pernah dikenalinya. Dayana kalah teruk jika mahu dibandingkan dgn Sabrina.


AWal2 lagi memang dah boleh nampak agenda sebenar si Mar tu. Siapa pun boleh meneka dia sebenarnya dalang di sebalik semua itu tapi Sabrina menyangkal semuanya kerana Mar tu lah tempat dia mengadu dan kawan yg terbaik dia pernah ada.


Ntah naper rasa mcm Sabrina deserve to be in Bad's family wpun Bad tu mulanya benci kat Sabrina. Memang Bad tu baik, tapi disebabkan dia percaya dia diperangkap, dia jadi benci kat Sabrina tanpa berfikir panjang. Mungkin juga sbb aku rasa Sabrina selamat kat situ dgn adanya Datuk Hamidi yg baik hati tu.


Rindu kat Firdaus ngan Tiya dari BYMB? Diorang ada buat cameo appearance dlm novel ni.


sinopsis/blurb:


Noktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? atau... mungkinkah segala yg berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yg menyapu langit... SABRINA


Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dgn takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yg paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran tiap kali kau menagih perpisahan yg pernah aku janjikan? Cintakah ini? apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yg berlaku di antara kita? bagaimana cara utk aku hapuskan wajahmu yg terus menemani mimpiku? Di manakah noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL

Pulau Pinang: 30 Dis 2009




Selepas jalan2 kat Toy Museum, kitorang pegi jalan2 kat padang kota dan singgah makan laksa n pasembor kat situ.


Langit tak berawan sangat sbb masa tu ujan renyai2. memang masam dan muram suasana kat pantai tu. Tapi ada few scenes yg i dpt caputure on tht day that still make me smile dan mengagumi keindahan ciptaan Allah.


Ntah bila la nak jalan2 camni lagi :)

Benang Biru

Rating:★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Siti Zabeha Ibrahim
Benang Biru
Penulis: Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2002
RM17.90
isbn: 9789838934787
343 mukasurat


"Aku tidak mengharap kau penuhi janji-janji lalu..."


Misra adalah org yg komplikated yg suka menyulitkan situasi dirinya. Dia sudah menjangkau umur 30-an dan kekecewaan dgn Nizam membuat dia serik bermain cinta dgn lelaki. Mirzan cuba mengambil hatinya atas galakan keluarga, lama-kelamaan hatinya terpaut juga pada Misra, tetapi Misra masih jinak2 merpati. Walaupun dipinang dan dipaksa bertunang, Misra berani menemui keluarga Mirzan dan menyuakan Noralita utk diperisterikan Mirzan kerana wanita itu lebih lama menyimpan perasaan kepada Mirzan. Cerita mudah yg aku rasa dibelit2kan oleh sikap Misra yg sangat berhati-hati dan memilih, malah most of the time dia sebenarnya tidak langsung berminat utk bersuami.


Di helaian2 terakhir, muncullah Amil yg lebih baik dari Mirzan yg hanya memikatnya atas saranan keluarga dan juga lebih baik dari Nizam yg bercinta dgnnya tapi berkahwin dgn org lain. Amil tidak berlengah utk mendekati keluarga Misra dan mencuit hati Misra.


Kehadiran Amil kurang terasa impaknya kerana kemunculannya yg amat singkat dan kemudian menjalinkan ikatan seumur hidup dengan Misra.


sinopsis/blurb


Benarkah mengalahku itu menyebabkan kau dan aku terluka? Mencipta derita dan sengsara... lantas menyepikan diri tatkala diri dicari-cari! Jemu rasanya mencipta bahagia. Letih rasanya bercinta... sendiri2 jua sudahnya. Perlukah aku mengalah dan sembunyi lagi? Krana aku perlu menjadi manusia normal walaupun tidak berpasangan kesudahannya.

Rumput Masih Hijau

Rating:★★★★
Category:Books
Genre: Romance
Author:Iman Xara
Rumput Masih Hijau
Penulis: Iman Xara
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789675118326
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
516 mukasurat


Last minit decision utk baca novel ni. So akibatnya, pukul 2 pagi baru aku tido. Dah la esok nya keja. TAk dak pasai cari pasai. haha.


Memang tak rugi aku berjaga habiskan buku ni. Nasib baik ending dia membuat aku tersenyum puas. hehe.


Dgn tajuk yg ada perkataan rumput dan cover yg ada gambar tumbuhan, skali tengok macam buku halaman pertanian lah pulak. Kalau terserempak kat rak kedai, memang gerenti aku tak sambar la buku nih. Nasib baik lah ianya keluaran publisher yg dlm senarai favourite aku.


TAk ada cerita cara2 nak tanam rumput sebagai tanaman tutup bumi atau rumput hiasan, ia cuma membayangkan harapan yg lebih baik sentiasa ada.


Permulaan cerita yg mungkin kita rasakan tipikal bg seorg gadis menaruh hati pada seorg lelaki yg segak berketrampilan serta baik hati. Cerita ini menyediakan arah tuju yg tidak tipikal. Membuat kita sama-sama memikirkan apa yg terbaik utk Wafa, siapa yg terbaik utk Wafa. Bagi saya, tiada sapa yg bersalah dalam kisah ini (ermm kecuali Ikram sekeluarga, hehe) semuanya permainan takdir yg menduga hati-hati insan yg terlibat dalam lingkungan takdir Wafa.


spoiler ahead: kalau tak nak tau mengenai jalan cerita kisah ini, boleh skip part bawah ni ya. kot2 la nak simpan suspen. ;)


Seorg ibu takkan pernah silap menafsir isi hati anak lelakinya, tetapi Naim sebenarnya menimbangkan apa yg lebih baik dan layak utk dirinya seorg duda beranak satu, tentulah yg sesuai dgnnya adalah janda beranak satu yg juga merupakan sahabat baik arwah isterinya. Dia cuba utk tidak pedulikan Wafa supaya rasa cinta tidak berbunga utk gadis itu. Saya amat senang hati dengan pilihan Naim walaupun itu tanpa sedar telah memalit malu pada Wafa yg sudah terlanjur menyatakan persetujuan pada ibu Naim yg pernah merisiknya.


Wafa memang seorg gadis yg sangat kuat mentalnya. Demi ibu Naim yg penyayang itu dia menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka walaupun hatinya hancur luluh. Wafa ni anak yatim yg menumpang kasih seketika dgn ibu Naim dan anak Naim, Asyikin.


Separuh dari novel ini akan membuat air mata bercucuran. Ha tu dia ayat, 'bercucuran' tuuuu... Memang tangkap nangis lah mengenangkan Wafa yg anak yatim piatu, ditemani hati lara menempuh hidup. Pertemuan dgn Murni telah membawanya ke pangkuan pakciknya yg kaya raya. Walaupun kebetulan yang agak keterlaluan tapi ianya manis.


Watak Adam tu memang kelihatan sangat pemalu apabila bersama-sama dgn Wafa. Aisyah pun kata Adam tu pemalu sgt dgn perempuan, tapi aku tak nampak pulak sikap pemalu tu bila dengan Mona. Macam tak ada pulak sifat malu-malu kucen dia.


Hujung2 cerita yang bakal membongkar pilihan Wafa sama ada menerima tawaran menarik Humairah atau jejaka setia pilihan keluarga membuat aku jadi tak sabar nak perabih, i kinda hoping aku ada kemahiran membaca dan memahami setiap baris dengan sngat pantas. Kedua-dua pilihan yg terbentang di depannya adalah ending yg tidak tipikal utk sebuah novel :)